boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, June 16, 2013

Kalau pemimpin umno rasuah susah sikit nak tangkap - Mantan KPN.

Bila dah pencen baru nak bersuara apa yang didepan matanya sendiri berlaku.....



Orang muda benci rasuah, kata Musa Hassan



Musa Hassan
Tan Sri Musa Hassan
KUALA LUMPUR - Pemimpin BN yang diterajui Umno perlu melakukan perubahan untuk meneruskan kemenangan pada PRU14, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurutnya, pemimpin yang sedang mentadbir kerajaan khususnya Umno perlu melakukan perubahan dalam isu rasuah dan kroni seperti sebelum ini.

Beliau berkata, rakyat paling tidak menyukai pemimpin politik khususnya orang Melayu terlibat dalam isu-isu tersebut yang disifatkan sebagai menjual "hak" kaum.

"Orang muda tak suka rasuah, orang Cina juga tak suka rasuah. Mereka anggap orang Melayu boleh dibeli, orang Melayu jual haknya pada orang lain.

"Kalau orang politik susah sikit nak tangkap, kalau pegawai kerajaan sudah banyak kita tangkap, jadi itu sebab kita kena berubah, bagi khidmat kepada semua kaum," katanya pada Forum Rakyat : Melayu Islam Bersatu? di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Musa juga berkata sekiranya ketua kerajaan mahu dikekalkan dibawah pentadbiran orang Melayu, pemimpin kaum tersebut juga perlu terbuka dengan mengekalkan ciri ke Islaman.

"Kita kena terbuka, kita kena ubah persepsi bahawa pentadbiran orang Melayu adalah terbaik, kalau kita berubah Insya-ALLAH semua suka.

"Kita akan terus kekal menjadi pemimpin negara ini," katanya.

Bukan orang muda sahaja yang benci Rasuah/UMNO,, orang melayu ahli/penyokong PAS juga benci rasuah,,, itu pasal kami benci umno,, sebab rasuah...lain ler Pak Juragan  69.... 

Masa inilah nak tunjuk warak warkak,,, hairan kan,,, kenapa semasa berkuasa dulu tak nak cegah atau tangkap segala pemberi perasuah dan juga penerima perasuah.... 
Kenapa... takut dengan orang politik yer.... lebih takut dengan manusia dari takutkan Allah,,, dah pencen baru takutkan Allah....





8 comments:

  1. sekadar hiburan


    " Don't you find the sound of the cathedral bells inspiring ? "
    asked a friend.

    " Pardon ? "
    said Mulla Nasrudin.

    " I said don't you find the sound of the cathedral bells inspiring ?
    Would you mind speaking up a bit ? "

    " THE BELLS -- DON'T YOU FIND THEM INSPIRING ? "

    " SORRY "
    said Nasrudin

    " I CAN'T HEAR A WORD YOU ARE SAYING FOR THOSE DAMN BELLS ! "

    ReplyDelete
  2. Kalau masih jadi KPN cakap camtu, alamat fulus terbang. Silap silap vedio dengan amo..... Pun tersebar. Belum Ada dalam sejarah Malaysia mereka yang masih berjawatan melawan arus.

    ReplyDelete
  3. kalau tak de kekuatan yang diberi oleh Allah pada setiap insan yang berjawatan jangan haraplah nak tegak keadilan

    ReplyDelete
  4. Nak tanya sikit bolih tak?
    Hai Musa(ng) Hassan,dah kah kau bersihkan diri dengan terlibat ketua penyanggak "tengku Goh" saperti tersebar surat dari mantan pegawai Polis juga masa awak jadi PIG?
    Bolih tak jelaskan peranan awak menganiaya DSAI dangan kes pertama masa mamakutty jadi PM?
    Bolih tak awak terangkan kenapa Hakim Mahkamah kes Dato Ramli,pegawai kanan Polis juga,terang2 kata awak saksi penipu kesaksiannya?
    Jelaskan tu baru syarah kan orang.Orang2 Umnob memang sa-acuan dengan awak kan?Jadi awak faham lah kelakuan dan amalan mereka.

    ReplyDelete
  5. UMNO tak perlu berubah...bolih teruskan rasuah, salah guna harta kerajaan, jual tanah melayu dan lain-lain yg sama waktu dngnya...sebab orang melayu khasnya yang sokong UMNO totok akan TETAP SOKONG sehingga mati!!! SO, pemimpin UMNO...sila teruskan perangai syaitan kamu tu...insyaallah, kami ramai2 akan TUNTUT di akhirat kelak!!!

    ReplyDelete
  6. malang le sape yg sokong umno tu....

    ReplyDelete
  7. ada saya dengor crita sorang tua ganyut umno brdengung cakap x kesah kalo depa nk merompak... asalkan tolong melayu.. drpd x merompak tapi tolong cina.. kecian kat beliau..

    ReplyDelete
  8. UMNO merompak bukan nak tolong melayu tapi "tolong" perkayakan diri sendiri dan saudara mara!! Kalau nak tolong melayu dan islam, tak perlu nak merompak..mcm2 cara bolih dilakukan...mcm2 ada!!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari