boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, June 3, 2013

"Beri kepercayaan kepada kami untuk siasat’ - Tobat aku tak percaya !

Mulalah berjanji dan membuat pengakuan bermacam-macam,, nak siasat,, betui ka?



‘Beri kepercayaan kepada kami untuk siasat’

June 3, 2013
Beliau meminta semua pihak tidak beremosi dan mengatur protes jalanan berhubung kematian tiga individu dalam tahanan polis baru-baru ini.                                                        




PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan semua pihak termasuk parti politik kerajaan dan pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) mewakili masyarakat India, supaya tidak beremosi dan mengatur protes jalanan berhubung kematian tiga individu dalam tahanan polis baru-baru ini.
Sebaliknya, beliau meminta semua pihak agar memberi kepercayaaan sepenuhnya terhadap jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam usaha menangani insiden kematian mengejut tahanan di lokap.
“Saya ingin memberi jaminan kepada masyarakat umum biarpun mereka terdiri daripada parti bersama kerajaan atau di luar kerajaan, selagi diberikan kepercayaan kepada kami, kami tidak bertolak ansur dalam soal kematian.
“Yakinlah, apa yang kami lakukan ialah sesuatu yang mengikut piawaian yang ditentukan di peringkat antrabangsa,” katanya ketika ditanya keinginan Pengarah Strategik MIC S. Vell Paari bersama NGO berasaskan India untuk menganjurkan protes jalanan sebagai membantah kematian berterusan individu India dalam tahanan polis.
Katanya kerajaan memandang serius perkara itu, justeru ketua polis negara sendiri mengetuai jawatankuasa khas siasatan itu dan bukannya pegawai kanan.
Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan tetap tidak akan berkompromi dalam isu itu yang hangat diperkatakan ketika ini.
“Kita cukup prihatin terhadap kematian di tahanan berkenaan. Saya juga menyatakan bahawa kami tidak boleh berkompromi sebarang kematian yang berlaku ketika siasatan dijalankan,” katanya.
Jelasnya selain kapasiti sebagai menteri, beliau sendiri melihat perkara itu atas dasar perikemanusian yang perlu dicari penyelesaian dan keadilan.
“Tidak perlu mengadakan protes jalanan dan sebagainya kerana saya dan timbalan mengambil keprihatinan yang cukup mendalam dalam perkara ini.
“Kepedulian ini bukan hanya atas kapasiti sebagai orang yang diberi tanggungjawab untuk mengetahui kementerian ini, tetapi tentang soal kemanusiaan harus diberikan tekanan bagi pelaksanaannya,” katanya.
Sehubungan dengan itu, katanya, kerajaan juga akan menyemak semula Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dijalankan oleh anggota polis yang bertugas dalam menyoalsiasat tahanan.
“SOP akan disemak semula dan jika individu tertentu melakukan siasatan di luar daripada SOP berkenaan maka tanggungjawab itu tidak diletakkan kepada pasukan polis secara keseluruhannya tetapi individu yang berkenaan,” katanya.
Ditanya sama ada pegawai polis yang menyiasat N.Dharmendran telah digantung kerja, Ahmad Zahid berkata proses itu sedang dilakukan.
Tiga insiden kematian tahanan terbaharu ialah; R. Jamesh Ramesh, 40, yang ditemui mati ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 26 Mei, sehari selepas ditahan atas kesalahan dadah.
N. Dharmendran, 32, pula mati ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas manakala jurutera P. Karuna Nithi, 42, menjadi individu ketiga yang mati ketika dalam tahanan polis di Tampin Sabtu lalu.

Halo Datu Seri,, Sejarah lepas masih baru lagi,, siasat juga,, tapi keputusanya ...errmmmhh....masih timbul keraguan dalam kepala otak rakyat yang waras,,, kes mendiang Teoh Beng Hock dan arwah Pegawai Kastam Ahmad Sarbini..











8 comments:

  1. SOP JADI SOPAK!

    ReplyDelete
  2. Hahaha...org melayu dan muslim dlm pr dah blh start training utk menangis dan meratap kematian wira hindu...kmpul duit bhai utk buat rombongan mngiringi mayat 3 hindu ni...tak adil klu pnhormatan diberi kpd kugan saja...tbh dah aman dah...alfatihah buat allahyarham sarbini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juragan half past six

      Delete
    2. Whatever bhai...yg pnting aku tahu apa yg aku buat...

      Delete
  3. Replies
    1. Dan para peliwat,pngkhianat dan pndusta cuba mnjadi pnyelamat....

      Delete
  4. Saidina ali pon pernah interrogate musuh sehingga menyebabkan musuh terpaksa mengaku benda yg dia sendiri pon x buat kerana x tahan dgn tekanan. Nabi saw menegur Ali yg bertindak keterlaluan lalu nabi sendiri yg menjalankan prosses siasatan. Semponnya baginda, baginda hanya memuji saja tahanan tersebut kerana tahanan tersebut merupakan seorang tukang masak bagi pihak musuh. Disebalik pujian nabi itu rupa2nya terselit soalan yg x sapa pon sangka bakal mendedahkan kekuatan tentera pihak musuh. Hanya bertanya berkenaan berapa ekor jumlah unta yg dikorbankan sehari utk menjamah bala tentera musuh sahaja. Lalu si tukang masak tersebut menjawab dgn rela hati tampa was2. Terus baginda sudah dapat mengagak berapa kekuatan pihak musuh.

    So jelas lah di sini. X perlu siksa pon kalo betul nak menyasat OKT. Cakap elok2 kan boleh. Ni la masalahnya bila pulis yg berotakkan papagomo jadi pegawai penyasat. Lingkop mampos semua OKT dalam tahanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai...berapa org yg lu dh buat soal siasat...ckp mmng mudah bhai..ada stngh ibu bapa dgn brtnya satu soalan anak dah mngaku salah....ttp berapa org yg sama dgn anak itu....ada guru dgn satu rotan...anak murid dah mngaku.... Ttp berapa org yg sama dgn anak murid itu.....brckp tnpa buat, lbh mudah dan mmng mudah....

      Delete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari