Sampai sekarang.....
Pegawai polis diburu dipercayai terlibat kematian Dharmenderan
7 Jun 2013
KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang pegawai polis yang menghilangkan diri selepas disyaki terlibat dalam kes N. Dharmenderan yang ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei
lepas.
lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata usaha mengesan suspek sedang dipergiatkan selepas tiga anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu lepas.
"Kita akan kesan suspek, kerana suspek tersebut telah menjadi buruan polis dan diletakkan dalam senarai orang yang dikehendaki. InsyaAllah tidak lama lagi kita dapat (tahan) suspek," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di antara Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang sebelum ini menyandang jawatan tersebut kepada Datuk Hadi Ho Abdullah yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Risikan/operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Sebelum ini, tiga anggota polis masing-masing seorang berpangkat sarjan dan dua koperal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Dharmenderan, 32, di lokap tersebut.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu Khalid turut mengulas mengenai cadangan penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) polis dalam mengendalikan tahanan yang ditempatkan di lokap ekoran terdapat tiga insiden tahanan yang mati dalam tahanan polis baru-baru ini.
Khalid berkata cadangan penambahbaikan tersebut sedang dikaji pihak polis kerana ia melibatkan beberapa faktor yang perlu diteliti dengan sebaik-baiknya sebelum ia dilaksanakan.
"Kita sedang menyediakan satu pelan yang komprehensif, kita perlukan masa untuk siapkan SOP berkenaan kerana kita perlu kaji dengan sedalam-dalamnya sebelum dilakukan. InsyaAllah sebelum akhir Jun ini kita akan melaksanakannya (SOP baharu)," katanya.
Sebelum ini terdapat tiga kes membabitkan tahanan polis mati di lokap termasuk yang terbaru pada 1 Jun lepas apabila seorang lelaki berusia 42 tahun ditemui mati di lokap Balai Polis Tampin, Negeri Sembilan. - Bernama
Menjadi persoalan kenapa ia lari,,, rasanya dah banyak kes kematian dalam lokap,, ini bukan kali pertma,,, tapi ini kali pertama aku terbaca pegawai polis lari menghilang diri,, apa punya standard pegawai polis ni,,,
Apakah ia yang membunuh OKT dalam lokap tu,, manakala 3 anggota yang didakwa mejadi saksi atau menjalan tugas dari arahannya.....
Itu satu hal,,, yang aku tertanya-tanya betul ke dia menghilang diri,, atau dia kena arah menghilang diri,,, bukan ada sesiapa yang kenal dia pun,,, sekadar anggota dibalai yang terlibat....
Jika akhirnya jawapan dari siasatan yang diterima pegawai ini tak dapat dikesan,pihak pendakwa nak buat apa...macam-macam boleh jadi beb,,,
Mungkin sahabat aku blogger Cipan, Tapir & Tenuk (C++) boleh tolong bagi pencerahan...
Hahaha...ambik tindakan salah!!! Tak ambik tindakan lagiiiii lahhhh salahhh!!! Fenin fenin ini dunia...tp utk kes lebam mata...salute kpd ts rahim noor...
ReplyDeletePerghhh kematian pnjenayah dlm lokap telah diangkat melebihi kehilangan wira negara...ada kah kaum keluarga kpd mangsa penjenayah turut rasai kehilangan tersebut....adakh jika kita yg jd mangsa kpd penjenayah turut meratapi kematian penjenayah tersebut...masing2 punya alasan utk merasai....
tunggu adik beradik or sedara mara ko mati dalam lokap.
DeleteInsyaAllah bhai...aku tidak akan ada sekelumit pun perasaan kesal...dan aku yakin dgn kuasa Allah...jika kita tidak trpikir pun utk buat jenayah...maka Allah sbgi pelindung kita...jika kita difitnah dn jd mangsa,dgn kuasa Allah juga dugaan yg kita terima Allah jua yg mngaturNya...
DeleteYakinlah dgn doa org yg mnyayangi kita,maka kebenaran ttp Allah tunjukkn...mnkin bkn hari ini,mngu ini,bulan ini atau tahun ini...biarpun 10 tahun baru kita dpt keadilan...ada hikmah atas segala yg Allah rancangkn utk hamba Nya...
Janganlah kacau si C++ tu, dia tengah risau kalau-kalau jambatan Bukit Kuang tu runtuh...
ReplyDeleteCOBOL
AGAKX MACAM CERITA HINDUSTAN KAT tv 3/4, POLIS BELASAH OKT SAMPAI TERUK DENGAN ARAH MENTERI. LEPAS TU HERO DATANG BELASAH MENTERI SEPARUH NYAWA. BARU dsp pOLIS SAMPAI DAN TANGKAP iNSPAKTOR MAKA TAMAT CERITA. KESUDAHAN PENOTUN TERKULATX BIJI MATA.
ReplyDeleteSemenjak Tun Mahathir jadi menteri dalam negeri kualiti perkhidmatan PDRM merundum dan hilang kewibawaan sebagai polis yang profesional sehingga hari ini.
ReplyDeleteSalah guna kuasa, biadap, ganas, zalim terhadap rakyat sudah menjadi satu keperluan yang mesti dilaksanakan bagi menakutkan rakyat agar tidak berani mencabar kepimpinan UMNO Baru dan BN.
Kematian tahanan dalam lokap yang dilihat sebagai tragedi melampau memang sengaja dilakukan kerana mereka merasakan tiada siapa boleh menyentuh mereka.
Kalau tragedi Lahad Datu boleh dijadikan sebagai sandiwara, apalah sangat dengan kematian beberapa orang India yang miskin ?
Macam-macam jenis wayang boleh dimainkan.
Bhai...lahad datu tlh mngorbankn rakyat kita bhai...jgn dgn sewenangnya buat tuduhan dgn gunakn blog dibwh nama anon...itu bacul namanya!!! Klu lu betul2 pasti yg ini sandiwara,buatlh tuduhan secara jantan...buat tuduhan rasmi..br tngungjwb dgn setiap tuduhan...ada beran bhai...
DeleteTeringat zaman budak budak dulu, main polis sentri. Polis kejor polis.
ReplyDeleteBhai 69 hang tak baca akhbar berapa banyak dah kenyataan dikeluarkan tapi tindakan tak dilakukan hang ni otak pening agak kut.
ReplyDelete