Hari ini terbaca berita,, lagi best,,, nak istihar satu negeri,, tak layak,,, bukan Ketua Perhubungan Umno Negeri Kedah,, jadi istihar lah lah juga...
Mukhriz akan kempen untuk Najib, Muhyiddin
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau akan berkempen untuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika kedua-dua pemimpin itu dicabar pada pemilihan parti tahun ini.
Katanya, beliau tidak melihat orang lain paling layak untuk dua jawatan tertinggi parti atau mampu bersaing dengan mereka.
"Kalau jawatan tertinggi parti dipertanding iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden, saya melihat Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin akan kekal sebagai penyandang.
"Saya sendiri akan berkempen untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Datuk Azimi Daim, 49, sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.
Mukhriz mengulas gesaan banyak pihak agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertanding pada perhimpunan agung parti itu Oktober depan bagi memantapkan lagi Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 selain mengelak perpecahan dalam parti.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata beliau tetap akan membantu pasukan bola sepak Kedah dalam apa juga kapasiti meskipun tidak menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) seperti menteri besar lain sebelum ini.
"Walaupun tanpa jawatan itu, saya tetap akan bantu. Saya sentiasa terbuka kepada cadangan," katanya.
Jawatan presiden KFA dipegang bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sejak 2008 selepas pilihan raya umum ke-12 berikutan Perlembagaan persatuan itu sebelum ini yang menetapkan presiden persatuan ialah Menteri Besar Kedah.
KFA bagaimanapun meminda Perlembagaan pada 2010, dan jawatan presiden serta anggota eksekutif KFA bukan lagi automatik atau dilantik seperti sebelum ini sebaliknya semua jawatan akan dipertandingkan. - BERNAMA

Ayah dia duk meracau melolong....
Ha ha ,, nak jadi anak derhaka dengan ayahnya ka...
Okey...Tu kalau orang lain yang cabar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti. Macam mana pulak kalau Timbalan Presiden yang cabar Presiden??? Dalam scenario ini kau nak kempen untuk siapa wahai Anak M Kutty??? Jawab jangan tak jawab.
ReplyDeleteBhai lu salah blog bhai utk mnta dato mukhriz jwp...lu ptt komen kt facebook dia daaaa....
Delete