boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, April 18, 2011

PRN Sarawak - Kenapa PAS tak menang...

Salam Sejahtera,,

Semalam sehari aku berehat, tak update blog, bukan kerana berkabung diatas kekalahan 5 kerusi PAS di PRN Sarawak, apa nak hairan kan, selama ini pun PAS dok bertanding kalah memanjang, cuma selepas tsunami politik 2008 kecermerlangan PAS baru nak terserlah, dan baru nak dikenali oleh semua rakyat Malaysia.

PAS kalah,,, tahniah aku ucapkan kepada kelima-lima calon yang bertanding, anda semua dah berjaya membawa mesej Islam untuk dikenali oleh pengundi di tempat anda di Sarawak, walaupun banyak halangan dan rintangan yang anda semua tempuhi, sehinggakan dalam era zaman IT penggunaan ilmu hitam atau pun bomoh sihir masih lagi dipraktiktan oleh BN,, hingakan apa yang aku dengar ada calon PAS yang nak berucap hanya boleh mengucalam salam sahaja, selepas itu kelu tak boleh bercakap...

Jadi PRU13 nanti, siap sedia sedia calon-calon PAS, tak mustahil khidmat bomoh dan syaitan akan turut diguna pakai oleh UMNO nanti, tak cukup dengan khidmat bomoh dan syaitan, laman-lama web seperti Malaysiakini, Harakah Online yang menjadi sumber maklumat utama pembaca habis kena hacked, sedangkan TV1, TV3 siang malam 24 jam bersiaran dari sarawak...

Aku tak hairan bila membaca penganalisa politik membuat analisa kenapa pas-belum-diterima-di-sarawak, yang aku cukup hairan ada melayu-melayu UMNO sanggup menubuhkan Gelombang merah untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Kelantan, yang itu aku hairan, berbanding dengan umat Melayu sarawak, yang mana hasil dakwah Islam yang mereka terima cukup terhad, mereka lebih gemar dari dulu hingga sekarang dengan hiburan, terutama sekali dengan menggayakan watak atau gaya seniman P.Ramlee..

Aku cukup hairan dan cukup sedih kerana masih ramai lagi umat melayu berugama Islam dibumi semenanjung terutama di negeri aku sendiri, malah di tempat aku cari makan, masih ramai lagi tidak mahu perjuangan politik dan dakwah yang berteraskan Islam, mereka masih setia dan nak bersama-sama perjuangan yang berteraskan bangsa,,, yang ini aku cukup sedih, kenapa Allah tak beri hidayah kepada mereka,

Yang paling aku frust tahap gaban dan hairan, ada pulak ostad-ostad yang berceramah pom pang-pong pam, tup-tup turut sama menyokong perjuangan bangsa,, .

Apa pun, kami yang berjuang atas nama Islam, yang mahukan Islam tertegak dibumi Malaysia ini, kami tidak risau atau gundah gulana nak gigit jari macam gambar PM gigit jari tu,, menang atau kalah, kami sentiasa bersyukur, kerana setiap apa yang Allah berikan keputusannya itu ada hikmah disebalinya....

Ada pulak yang bertanya soalan bodoh, kalau dah PAS berjuang nak menegakkan daulah islam, kenapa Allah tak berikan kemenangan, hurghh, sedap buat mereka yang bertanya....

Cuma aku pun nak bertanya juga, dah berapa puluh tahun Israel menakluk bumi Palastine dan Baitulmuqadis, dah berapa lama lama PLO berjuang menuntut kembali bumi mereka, tak berjaya, timbul pula gerakan HAMAS, baru hampir-hampir nak berjaya, geng PLO pula sabotaj.... itu satu hal,

Isu pokok yang aku nak tanya, isu Palastine ni, setiap kali Ramadhan, terutama dimalam yang dijangkakan malam lailatul kadar berjuta-juta umat Islam menadah tangan mengaminkan doa di belakang imam Syeikh Rahman Sudais sehinggakan mengalir airmata di hadapan kaabah, ..., namun sampai sekarang Israel masih bermaharaja lela di palastine, umat Islam dah berapa ramai kena tembak, kena sembelih, kenapakah Allah tidak memaqbulkan doa umat islam itu..jadi pakat-pakat fikirirkan lah.. .

6 comments:

  1. assalamulaikum bro MM dan semua pembaca MM

    perenggan last kau punya isi kandungannya,cukup menyentuh perasaan aku

    takbiiiiiiiiiiiir

    lawan tetap lawan

    ReplyDelete
  2. nak tau kenape? kerana ramai dikalangan orang pas yang berdoa

    ReplyDelete
  3. Kenangan akan di capai apabila ianya mencukupi syarat perjuangan.Salkah satu syarat ynag di tuntut ialah Pemimpin PAS mistilah yang di beri hidayah dan pertunjuk.Bukan terletak pada taraf seperti Ulamak ,Ustas atau Ilmu.Tetapi pemimpin misti ah di persucikan dan di beri hidayah dan pertunjuk.Banyak ilmu tinggi tarafnya tak misti gerenti dapat hidayah dari allah (SWT)walau pun duduk dalam Parti Islam.Apakah pemimpin yang bertaraf ustaz dan Ulamak bebas dari hasutan hawa nafsu duniawi.Disi letaknya ujian yang sering gagal pada kebanyakan pemimpin gerakan Islam.Ramai ulalak syahid atas katil dari syahid dalam penjara atau di medan Perang.

    ReplyDelete
  4. "yang ini aku cukup sedih, kenapa Allah tak beri hidayah kepada mereka,"

    tok sah rasa sedih la bro...orang dulu2 lagi teruk ujian yang depa trima.takkan allah bg ujian mcm ni pun hang dah rasa sedih.Mcm frust ngan ALLAH je......

    ReplyDelete
  5. Anoini 8:46..
    Terima kasih di atas teguran hang, aku tak bermaksud seperti yang hang tulis tu, apa yang terniat dihati aku ialah kenapa mereka tak boleh menerima hidayah atau petunjuk,,
    Ini adalah kesilapan aku menulis,, moga-moga Allah S.W.T mengampuni ku diatas kesilapan aku ,menulis...
    Terima kasih sekali lagi kerana memperbbetulkan aku...

    ReplyDelete
  6. apa nak heran....kat semenanjung nie pun ramai lagi dalam cahaya Umno...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari