boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Zizie. Show all posts
Showing posts with label Zizie. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Hebatnya DS Anwar Ibrahim - Sesiapa nak kahwin dgn artis beliau boleh uruskan..

Satu peluru dua orang musuh politik boleh kena sasaran....



Entah berapa juta ringgit pula blogger ni dapat upah dari Sahrizat........


Sesak nafas dah UMNO.....



Thursday, November 24, 2011

DS Dr Haji Zambry & UMNO iktiraf artis rampas suami....

Memanglah jodoh, ajal, pertemuan semua tu ditangan Allah, tetapi kalau sang suami tu yang tak menggatal, tak boleh tengok dahi lichin, tembam dan gebu, masakan perkara sebegini boleh berlaku.....



Yang paling celaka,,, UMNO Perak dibawah naungan Zambry a/l Kadiaq seolah-olah merestui apa yang berlaku,,,, mereka tak fikir dengan perkahwinan tersebut telah berlaku juga perceraian.... apa faedahnya,,, tolak pi kut mana mana yang untung Bung jugalah,, dapat yang baru, yang gebu...,, UMNO Perak bagi sokongan,,, agak-agak lepas ni Zambry a/l Kadiaq pun nak ikut serta gamaknya,,, Taipingmali pun boleh juga.....


Tuesday, November 22, 2011

Dasar pemimpin UMNO - Dapat bini muda artis cerai bini tua..

Sebelum ini Menteri dari sarawak Nor Efendi Nawawi,, ambik janda arwah artis Hani Mohsin,, Tiara Jaqeuline, cerai bini tua....

Terkini Ahli Parlimen dari Kinabatangan Sabah, Bung Mokthar, boleh bini artis cun tembam,,,, cerai bini tua.....





Sikit hari lagi kita boleh tunggu, tuntutan harta sepencarian bekas isteri tua di mahkamah syariah,, juta-juta bro......

Sunday, May 23, 2010

Mari Baca !! Apa Kata Joyah.?...

Joyah, Joyah..., hang ni jeles ka dengki kat Zizie.., apa standard wartawan hiburan macm ni... biasala Utusan Melayu nak pejatuh melayu....

Aku kesian juga kat Bung ni walaupun ia orang UMNO, tapi dari segi keadilan dalam Islam macam ada yang tak kena.... aku tak reti nak hurai panjang lebar.. bukan bidang aku..

Cuma aku ucapkan terima kasih banyak kat Joyah, ia kutuk Zizie secara tak langsung Bung pun kena sama..., Terima Kacih Joyaaah, hang kalau tak dfapat tokeh lombong mas tak apa Joyah nanti mana tau boleh dapat tokeh lombong .....!!?.



Monday, April 5, 2010

Ambik Kau .Nasib kaulah Bung..

Salam Sejahtera...

Entah macam mana pagi aku tersesat masuk ke dalam satu blog Ibu Tunggal, macam mana aku masuk, sebab tajuk ceritanya aku pun terasa juga... tak perlu handsome nak kahwin artis. Aku tak pasti kenapa ia buat tajuk begitu, apakah ia jealous dengan artis tu dah dapat laki walau pun jadi no 2 sedangkan sebab blogger tu ibu tunggal, blogger tu saja yang kata Bung tu tak handsome, tuan empunya bini masih terasa lakinya saja yang handsome.., tak gitu

Entahlah! hanya ia sahaja yang mempunyai jawapan sebenar.

Petang tadi, dalam dok merayau-rayau ternampak satu lagi blog pencacai UMNO buat cerita isu yang sama,,, lebih artis daripada ahli politik. Pulak dah kena lagi, padan dengan muka hang,,, itulah budaya orang UMNO,... rumahtangga orang pun depa nak buat isu..nak buat sibuk.tapi tak apa... peduli apa orang nak kata apa pun, masing-masing mulut bukannya ada insuran,, yang pasti dapat baguih punya.. masing-masing tengah dok kemaruk..

Nasib hang lah Bung. oii.., Bab diri hang sekarang ni, pembangkang tak payah susah hati, sebab UMNO dah tolong nak pejatuhkan kau bung.... kau tunggu ajalah...aku nak tengok next PRU13, sebab Najib dah bersuara kat SINI. Apakah benar kata-kata PM 1Malaysia...

Saturday, December 19, 2009

Usah senda perkahwinan Bung Moktar

"Jangan jadikan ia bahan jenaka, perkahwinan adalah perkara serius,"

Itulah nasihat atau kekata dari Meneteri Pembangunan Wanita, yang juga Ketua Wanita UMNO... mengenai kes perkahwinan Bung Moktar dengan artis Zizie..baca SINI

Dey Menteri, tak ada sapa pun yang dok buat lawak... nak buat macam mana, yang hero sendiri pun pandai buat lawak dan lakonan.. " saya buka lelaki kacak buat zizie... " phooordah... kemudian tak mengaku pulak...

Jadi kenalah sedar sikit, hero tu pun sebelum ni dalam parlimen seumpama "Joker".. jadi tempias baliklah kat tuan empunya diri... janganlah disebabkan ia orang UMNO, maka menteri UMNO nak bela pulak....

Apa pun aku puji menteri atau pun pimpinan UMNO yang lelaki ada nafsu kejantanan yang berlebihan... itu pasal pilih artis, model, wanita monggolia... oppps persepsi..., baguslah tu.. kalau tidak duit yang berlebihan tu orang tau... nanti kita tunggu saja bah...

Bila ada kes di mahkamah waktu perceraian berlaku, nanti terbongkar, pihak bekas isteri tuntut beribu-ribu juta ringgit harta sepencarian. ini salah satu kebaikannya.

Apa pun, hanya pemimpin UMNO dan BN saja yang sanggup mengambil artis sebagai bini no 2, tahniah.. kerana sekurang-kurangnya anda telah menyelamatkan artis tersebut.. itu pun kalau ada niat sebegitu,,, harap-harap begitulah, jangan kerana dok terliur !@#$%%^....., kalau kerana itu tak jadi apa...

Apa pun dari segi kenyataannya, dalam hal mengambil artis sebagai isteri ni, memang dah jadi tugas dan tanggungjawab pemimpin UMNO,, itu kenyataan.. nak harap pemimpin PAS aku rasa lambat lagi nampaknya, mana tau kut-kut ada artis-artis nasyid wanita atau pun artis yang ketrampilan macam Wahida tu ka...pulak..

Thursday, December 17, 2009

Hebatnya Ahli Parlimen UMNO ni..

Salam Sejahtera...

Aku memang salute kat saudara kita ni yang membawa ilmu kelakian dari Sabah... Kalau dalam Parlimen beliau begitu petah berucap, rupanya kat luar pun bijak juga ia mengatur ayat berbicara.... baca DI SINI.

Apa ilmu yang dipakai ya.. sehingga seorang artis glamour pun terpikat jatuh padanya,,, sanggup nak bermadu... kalau ikut kat muka depan Kosmo Mak Mertua pun dan sedia terima menantu.... kosmo

Kalau nak kira kacak sahabat aku blogger MSK atau Mamamat lagi handsome, kalau nak mengayat pun aku ingat Mamamat lagi baguih siap dengan loghat Perak lagi, tapi loghat Sabahan yang di cari bahhh...

Jodoh ditangan tuhan, tuah badan siapa yang tahu... artis pun artislah...Itulah untungnya dok dalam UMNO.. 1Malaysia...

Nanti tentu ada komentar kata Orang PAS pun ada kahwin dua juga... betui tu.. tapi buat masa ni yang aku tahu belum ada orang politik PAS kahwin dengan artis... melainkan artis Akhil Hai... dia pun artis..

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari