boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, October 27, 2009

Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan

ISLAM memimpin perubahan.

Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut.

Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu.

Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan sebesar PAS di Malaysia. Dengan keahlian mencecah sejuta, sebahagiannya menyertai PAS dengan kefahaman Tarbiyah, manakala sebahagian yang lain menyertainya dengan kesedaran Siasah. Sebahagiannya naik kapal dengan rasional, sebahagian lain pula emosional. Dari profesor di menara gading, hinggalah serendah-rendah pendidikan manusia, tetapi ada sesuatu yang difikirkannya.

Kedua-duanya berkumpul di bawah satu hasrat dan cita-cita, tetapi dengan kapasiti yang amat luas kepelbagaiannya.

Justeru sesuai dengan saiz PAS yang semakin besar, jiwa dan pemikiran pendukungnya juga harus membesar sama. Pandangannya perlu besar, dan bersedia untuk berdepan dengan cabaran-cabaran yang datang akibat saiz yang sebegitu besar.

Setelah pemerintahan Islam bukan lagi di kejiranan Madinah, berubah kepada sebuah Daulah yang bersempadankan dua lautan dan benua, kaedah bai’ah bukan lagi berjabat tangan seorang demi seorang di minbar masjid. Ada perkembangan yang berlaku, dan perkembangan itu perlu.

KOMUNIKASI GENERASI EMAS

Sebagai perbandingan, nilaikanlah keberkesanan komunikasi di era Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dalam memindahkan satu berita atau maklumat daripada seorang kepada seorang yang lain, berbanding dengan komunikasi di era Umar al-Khattab r.a, Ali bin Abi Thalib r.a, membawa kepada era Bani Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah.

Tidak perlu menunggu hingga ratusan tahun selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Hanya kira-kira 25 tahun selepas kewafatan Baginda, umat Islam sudah teruji dengan Perang Saudara di medan Siffin, berpunca daripada beberapa sebab, terutamanya soal KOMUNIKASI.

Muawiyah radhiyallaahu ‘anhu bukan pemberontak sebagaimana yang dikehendaki imej sebegitu oleh musuhnya. Muawiyah selaku ahli keluarga kepada Uthman radhiyallaahu ‘anhu menghendaki supaya pembunuh Uthman diheret ke muka pengadilan. Hal tersebut harus menjadi keutamaan tertinggi pada ketika itu. Ali radhiyallaahu ‘anhu pula melihat, urusan menghukum pembunuh Uthman adalah sulit sekali untuk dilakukan kerana kucar kacir umat Islam tanpa pemimpin akibat terbunuhnya khalifah Islam ketiga itu. Malah lebih memburukkan keadaan, kumpulan yang memberontak terhadap Uthman hingga membawa kepada pembunuhannya telah membai’ah Ali secara licik dan meletakkan diri mereka di tengah posisi tentera Ali.

Sungguh membingungkan.

Ali berada di Madinah.

Muawiyah berada di Syam.

Jarak ribuan batu yang memisahkan mereka tidak memungkinkan suatu bentuk komunikasi yang efektif untuk masing-masing saling mengetahui sisi pandangan masing-masing.

Persengketaan Perang Siffin menjadi lembaran sejarah yang hitam untuk dikenang oleh umat Islam zaman berzaman. Biar pun Muawiyah dan Ali, masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri, kebenaran tidak cukup untuk menyekat perpecahan. Benar sekali sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-dua kumpulan tersebut adalah satu (yakni kebaikan Islam dan umatnya).” [Sahih Muslim – hadis no: 157]

Ya, perpecahan boleh berlaku di dalam kelompok yang batil. Perpecahan juga boleh melanda kelompok yang benar. Asasnya ialah pada cara pengendalian mereka, sama ada menetapi hukum Sunnatullah atau sebaliknya.

Kita sangat berlapang dada dalam memahami asas kesukaran berkomunikasi yang berlaku di antara Muawiyah dan Ali. Jarak memisahkan mereka. Teknologi masih terbatas.

Namun apakah pula alasan untuk sebuah komuniti di era siber ini mengalami pengurusan maklumat yang tunggang langgang?

KOMUNIKASI GENERASI SEMASA

PAS seharusnya sedar dirinya sudah berada di tengah arus perdana. PAS tidak boleh lagi berfikir seolah-olah mereka hanya sekumpulan individu yang boleh bertemu di sebelah pagi untuk merancang, dan bertemu kembali di sebelah petang untuk muhasabah. Dengan keahlian mencecah sejuta, PAS sedang diuji dengan keupayaannya menguruskan penyebaran maklumat. Bukan sahaja di kalangan pendukungnya, malah rakyat jelata juga mahu tahu.

“Kita sabar dulu. Tunggu penjelasan daripada Tuan Presiden”

“Jangan percaya dengan manipulasi Utusan Malaysia malah Malaysiakini. Kita mesti berbaik sangka”

“Kami ada maklumat yang kami perolehi daripada sumber tertinggi tetapi tidak boleh didedahkan secara terbuka”

“Salah satu petanda Takwin yang sempurna, adalah pada ketaatan yang mutlak kepada arahan atasan”

Kesemua kenyataan di atas, menggambarkan yang PAS masih berfikir kecil ketika tubuhnya sudah membesar bagai raksasa. Masih menganggap, penyampaian maklumat dari mulut ke mulut, menanti pimpinan turun ke akar ubi untuk membuat penjelasan untuk mencerahkan pegangan, sebagai cara untuk menjaga keharmonian jamaah dan parti.

Apakah ini petanda yang PAS masih belum memfakihkan diri dengan bentuk peperangan semasa yang dirinya sedang berada? Bahawa peperangan hari ini adalah peperangan maklumat. Kegagalannya menguasai maklumat bererti mereka berperang tanpa senjata, atau masih berkeris ketika peluru berpandu menembak jauh dari ribuan batu.

Utusan Malaysia tetap Utusan Malaysia. Sentiasa ‘istiqamah’ dalam tingkah laku buruk kewartawanan mereka.

Begitu juga dengan sekalian pihak yang sudah secara tradisinya tidak berpihak kepada mereka.

Tetapi bagaimana dengan Harakahdaily? Bagaimana dengan halaman web rasmi PAS? Bagaimana dengan blog peribadi masing-masing? Mengapa tidak digunakan kesemuanya itu untuk menjelaskan apa yang perlu diperjelaskan kepada massa yang ramai ini.

Ketika segala propaganda UMNO dan Barisan Nasional bertebaran di media semenjak Isnin, apakah di tahun 2009 ini PAS masih mengharapkan ahlinya menunggu hujung minggu untuk mendengar maklumat tersahih dari usrah atau roadshow dan ceramah perdana?

belumbacablog

Kenyataan yang amat ‘tidak menepati zaman’

AMBILLAH IKTIBAR DARI KISAH MEREKA

Saya masih ingat, kejadian di era Reformasi 1998 dahulu, apabila Setiausaha Agung UMNO datang ke England. Slogannya ialah, rakyat Malaysia di perantauan jangan percaya dengan propaganda media asing yang memberikan liputan bias tentang perkembangan di Malaysia. Media asing diletakkan di hujung telunjuk sebagai pesalah yang memporak perandakan pandangan rakyat Malaysia tentang negaranya sendiri.

Lalu Setiausaha Agung UMNO diminta menjelaskan secara ‘live‘ apakah sebenarnya yang berlaku sehingga mantan Timbalan Perdana Menteri lebam matanya ketika berada di dalam tahanan Polis. Jawapan sambil lewa Setiausaha Agung UMNO (berserta dengan kesungguhan melarang percaya kepada media asing) memanaskan kepala setiap yang hadir sehingga ada yang hampir menumbuk beliau.

Sungguh membuang masa.

Ya, jangan percaya media asing.

Tetapi ruang yang diberikan tidak dimanfaatkan untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Sama jugalah dengan PAS. Jangan percaya Utusan Malaysia. Jangan percaya dengan Malaysiakini. Jangan percaya dengan ‘bloggers’ (bukankah ini kata-kata BN di ambang kekalahan mereka Mac 2008 yang lalu?), jangan percaya dengan TV3… habis mahu percaya dengan siapa?

Harakahdaily tiada maklumat.

Laman web rasmi PAS tiada maklumat.

Usrah masih bertatih untuk mengecap nilai efisyensi.

Dan dalam masa yang sama Mursyidul Am berkata sesuatu manakala Tuan Presiden berkata sesuatu yang lain.

Alasan manipulasi media sudah tidak laku kerana PAS serta sesiapa sahaja mempunyai 1001 ruang untuk menyatakan apa yang tidak boleh dinyatakannya di media milik UMNO atau Barisan Nasional. Mana mungkin penjelasan dilewat-lewatkan, berulang-ulang kali… tanpa menjangkakan kerugian dan kemalangan menimpa PAS akibat sikap tidak kompeten seperti ini.

Jangan nanti alasan ‘ada benda yang orang tidak boleh tahu’ diulang berkali-kali sehingga massa pun sudah malas untuk ambil tahu.

Era perang digital, jangan lagi membawa sikap analog yang membinasakan.

Saya menjangkakan laluan yang sukar buat Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, jika perubahan ini gagal dilaksanakan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Source: saifulislam.

Makanan Ringan 1Malaysia

Salam Sejahtera...

Aku dapat gambar ni dari abiumar09 melalui mahligai@yahoo.group.

Salam sahabat blog...

Sekadar kongsikan gambar... Erm. Patutlah apa yang berlaku di Indon hari
ini!!! Menggerunkan!!! mereka memainkan Allah... Allah mempermainkan
mereka. Anda lihat... bak kat Nabil... Lu pikir sendiri!!

50%...50% lagi ?.... Agak-agaknya sikit hari Malaysia pun macam ni juga... 1Malaysia....

Mamposs UMNO.... Ameen.

Memang Jenis Manusia Penyabar...

Salam Sejahtera...

Inilah salah sorang hamba Allah yang bagi aku yang cukup sabar dan tawadduk dalam parti Islam Semalaysia.. PAS... Tu gambar yang dok tercokoh tengah-tengah tu....

Semalam pun waktu dalam berita TV dengan tenang dan tersengih-sengih malu kambing beliau menjawab soalan dari pemberita,, siap speaking lagi... Inilah hebatnya orang banyak bersabar, hangpa nak kata apa katalah.. yang penting masyuuuk... Ada kuasa,

Tok Guru nak kondem ka, ahli PAS nak kutuk, arhhh peduli apa itu, yang penting ketuanan Melayu akan tercapai..... Pimpinan UMNO bagi sokongan... nak apa lagi..

Ada suatu ketika dulu, si mangkok ni dah kena belasah oleh Ahli PAS Besut, aku tak ingat tahun bila, tapi kes tu siap masuk mahkamah kalau tak silap, tak tau apa keputusannya..

Aku sendiri tak faham, bagaimana orang yang kena dakwa walaupun secara tak formal, tetapi boleh lagi mengendalikan mesyuarat khas mengenai dirinya sendiri, aduhai.. boleh pakai kan stail ini...ini kira lebih hebat dari UMNO ni... Fui Yooooo....

Kaitan : LINK
Mampos UMNO..... Ameen.

Hadiah 1Malaysia Buat Rakyat Perak..

Salam Sejahtera..



Belum pun masuk 10 hari lagi selepas perhimpunan besar-besaran buat julungkalinya di Negeri Perak dan pertama kali di Malaysia iaitu pada 18 Okt lepas di Stadium Perak, kononnya sampai penuh stadium rakyat Perak ingin bersama PM Bini Rosmah meraikan 1Malaysia.

Maka malam tadi satu peristiwa sedih bila kejadian yang mennyebabkan 22 orang pelajar telah hilang akibat jambatan gantung runtuh. Program yang dinamakan Kem 1Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.

Apakah yang dinamakan 1Malaysia ini membawa barakah kepada rakyat atau membawa sial? Wallahuaklam. Sampaikan nak ucap salam oleh selebriti TV dan radio pun Salam 1 Malaysia, aku sendiri tak faham ucapan-ucapan sedemikian. Habis dah serba serbi 1Maalysia.
Mamposs UMNO ... Ameen..

Kaitan:



Monday, October 26, 2009

Keputusan Tinjauan Edisi7.

Alhamdulillah,

Dari tinjauan Berita Edisi7 NTV7 sekejap tadi memaparkan keputusan dari penonton mengenai "PERLUKAH TUAN GURU NIK ABD AZIZ BIN NIK MAT MELETAK JAWATAN BESAR KELANTAN"

Ya = 27%

Tidak = 73%.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Ya Allah, Hanya pada mu jua kami memohon, Bantulah kami ya Allah.

Ya Allah, Kau Berilah Pentunjuk dan Hidayah Mu kepada Pemimpin Kami Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Pelihara dirinya dalam keadaan selamat sejahtera untuk beliau memimpim kami Ya Allah.

Ya Allah, kami bermohon pada Mu , kau kembalikan lah ungkapan-ungkapan atau kata-kata Nyanyok, tidak Relevan ke atas pemimpin kami itu kepada tuan empunya yang mengeluarkan kata-kata itu Ya Allah.

Amin Ya Rab Bal Aalamin.



Mari Kita kenali Timbalan Menteri Pelajaran...

Inilah rupanya Timbalan Menteri Pelajaran zaman 1Malaysia, sebelum ni watak dia ni dok menyibuk ganggu ahli AP PR berucap dalam Parlimen, bodek dan jilat cukup kuat waktu Pak Lah dulu, maka bini Rosmah lantik jadi Timbalan Menteri pelajaran, maka kuranglah suaranya mengacau dalam Parlimen kali ini...

Tetapi oleh kerana tak boleh nak bercakap banyak dalam parlimen, luar perlimen dia dok meracau meraban tak tentu pasal, panas juboq agaknya...

Apa tidaknya, mulut gatai tak ada insuran betui, yang ia sibuk suruh TGNA bersara, ketinggalan zaman , dan segala cakap-cakap TGNA tidak didengari oleh pimpinan PAS yang lain...

Oii Mangkok... Betuii, aku tak nafikan cakap TGNA memang tak didengari oleh pimpinann PAS yang jiwa mereka ada sifat nak bersatu atas nama melayu.......lantak pi kat pemimpin tu...,Ingat!!! apa yang pimpinan PAS buat pada TGNA akan sampai masadan ketikanya buat mereka pula seperti mana mereka buat pada TGNA, Allah itu Maha Adil,...

Dan kami ahli-ahli bawahan tetap di belakang TGNA.. Insyaallah

Mampos UMNO.... Ameen.

Berkaitan : DI SINI

Tahniah! - Azizan Tak Berminat.

Salam Sejahtera..

Aku tabik kepada MB Kedah DS Azizan yang menolak jawatan tertinggi PAS seperti yang dicadangkan oleh DR Aziz Bari dalam komenya terhadap PAS tempohari..

Antara sebab yang beliau tolak adalah kerana tak berminat disebabkan faktor usia dan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap memperkemaskan parti diseluruh negeri Kedah.

Moga-moga kerajaan PAS dan PR dapat meneruskan agenda Islam selanjutnya selepas PRU13 nanti...

Mampos UMNO.... Ameen.

Cerita sepenuhnya: SINI

Bajet 2010 - 99.2% Tolak..

Salam sejahtera....
Sungguh menghairankan... Tinjauan yang dibuat oleh Mstar Online kepada pembacanya sebanyak 99.2% tidak setuju Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat...

Kesian... rakyat dah tak percaya...


[bajet2010.jpg]

Mampos UMNO.... Ameen.

Sunday, October 25, 2009

Pimpinan PAS - Contohilah Sikap Khalid Ibnu Walid.

Salam Sejahtera..

Malam tadi sewaktu kat surau, aku dihujani soalan yang aku sendiri tak tau nak jawab, mula-mula soalan pakai isyarat tangan, aku tak faham lagi, pi dekat rupanya ... malas aku nak tulis.., kemudian mai sorang lagi dok bisik kat aku, " Hasan Ali dah keluar PAS masuk bebas", secara spontan mulut aku pun terus bersuara Alhamdulillah, bukan apa.. aku dok ingat dengan tindakan ini selesailah sedikit kemelut yang PAS dok alami sekarang.

Balik dari surau, on PC, ceeiiss, tak ada apa pun berita itu, apakah aku tertipu atau mendapat maklumat salah? Wallahuaklam.

Kemudian dalam masa nak tidok, terfikir dibenak kepala, kenapa pimpinan boleh jadi begini, masing-masing tak nak beralah, tak bolehkah nak berlapang dada buat jamaah Islam. Dalam pada itu teringat aku dalam satu kuliah dua tiga lepas, kata ustas nak tegak negara Islam cuma ada tiga cara, pilihanraya (politik), perang dan juga revolusi.

Suasana iklim rakyat Malaysia, perang memang tak mungkin berlaku lagi buat masa ini, revolusi pula, rakyat Malaysia yang sentiasa kekenyangan sehingga Dr Mahathir pun tegur ramai yang obesiti, pasti tak akan berlaku, revolusi hanya boleh berlaku seperti di Indonesia sehingga turunnya Suharto dari tahkta, kenapa? rakyatnya bangun kerana makanan dah tak ada, manusia bila dah lapar semua boleh berlaku.

Jadi yang ada dan sesuai hanyalah pilihanraya, walaupun ada sesetengah kumpulan Islam mengatakan pilihanraya dan politik tidak syarie, lantak pilah kat depa.. bagi aku politik dan pilihanrayalah yang boleh dipraktikkan untuk menegakkan negara Islam.

Dalam kontek Malaysia sekarang, Insyaallah, kemenangan buat Islam sudah semakin hampir, musuh utama dah hampir-hampir dapat ditewaskan. Dalam strategi peperangan kadang kala arahan dari pimpinan tertinggi amat mengelirukankan, seumpama kisah sahabat di zaman pemerintahan Khalifah Uthman ibnu Affan (RA) yang memerintahkan jawatan Panglima Perang dilucutkan dari Khalid Ibnu Walid dalam peperangan Yarmouk. Alhamdulillah, Khalid Ibnu Walid dengan rela hati menurut arahan khalifah tanpa sebarang bantahan walaupun pada zahirnya Khalid tiada apa-apa pun melakukan sebarang kesalahan.

Kenapakah pimpinan-pimpinan sensasi yang ada didalam PAS sekarang ini tak boleh nak berlapang dada seperti Khalid Ibnu Walid, aku nak tanya sikit, kita ni berjuang dalam PAS ni kerana Islam atau kerana nak cari makan, kalau nak cari makan pi dok kat UMNO, kat dalam PAS tak ada semua tu, dalam PAS yang ada adalah pengorbanan, itulah realitinya. Kalau untuk ahli dan penyokong yang diwar-warkan ialah pengorban masa, wang ringgit dan berbagai-bagai lagi, tetapi bila pimpinan baru diarahkan buat EGM sahaja dah berbagai helah yang kita dengar, kalau tidak bersalah dan yakin dengan kebenaran kenapa nak bagi bermacam alasan, dimanakah yang dikatakan wala' tu..

Inilah yang dikata 3 ta.. tapi dalam PAS mungkin 2 ta sahaja kut, iaitu takta dan harta, itulah yang sangat-sangat dipertahankan. Biasalah lah tu, katakan jika yang dituduh itu jawatannya setakat Pesuruhjaya negeri sahaja, tiada jawatan ADUN atau Ahli Parlimen, tiada jawatan EXCO dan kepentingan lain, agak-agaknya boleh jadi tak seperti sekarang? Cubalah contohi bekas pimpinan PAS seorang ini Wallahu aklam.

Harakah - Masih Tak Berubah.

Salam Sejahtera..

Kalau Utusan, Berita Harian dan lain-lain media tersohor perdana kita dok kata laporan mereka berat sebelah. Tetapi nampaknya Harakah pun dah berjangkit sama, kenapa jadi begini, sebabnya pentadbiran Harakah di monopoli oleh pemimpin PAS berjiwa UMNO, itu pasal Harakah turut berjangkit...

Aku ingat kut bila habis Muktamar yang lepas Harakah akan kembali Normal, rupanya sangkaan tak tak tepatlah.. suasana yang dialami oleh PAS sekarang ini pun nampaknya seakan-akan sama juga... setelah aku masuk sebenta tadi hanya berita INI sahaja yang keluar, berita TGNA sorry.. sepatutnya, kalau tak nak memburukkan keadaan, janganlah disiarkan berita dari kedua-dua belah pihak, ini tidak...berita dari Timbalan Presiden keluar... apakah penerbitan Harakah tu Timbalan Presiden punya!

Itu pasal. aku dah lama tak beli Harakah...



Saturday, October 24, 2009

Bajet sulung Najib, macam ada tak kena.

Oleh Dr Dzulkefli Ahmad.

YAB Perdana Mentri selaku Mentri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang semalam. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan “I-Malaysia — Kemakmuran Bersama”. Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis “imbuhan” serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan. Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6 peratus dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4 peratus dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5 peratus tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8 peratus — dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalti dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 peratus dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5 peratus dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1 peratus dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.

Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang “populis” yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib macam serba tak kena.

Ini adalah antara banyak dilema yang Najib depani kini. Kalau silap congakan, beliau tahu akan dihukum kemudian. Sebab itu ada perkara yang disebut, tapi macam tak mahu sebut. Contoh jelas ialah GST – Government Sales Tax. Cukai Jualan Kerajaan yang sifatnya cukai “Regressive” atau “mengena semua”. Beliau sebut juga tapi langsung tak berani mendetailkan. Najib semacam tak yakin itu baik bagi populariti, bahkan tak tahu meramal tekanan kepada rakyat nanti. Sebetuan tentang pemulihan ekonomi bukan mudah untuk diyakinkan.

Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V (turun dan naik), tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama-sekali. Parah dan ngeri juga buat dirinya, tambahan kalau-kalau berhampiran dengan musim pilihanraya.

Berlatarkan kesemua senario dan unjuran yang kurang senang dan tidak menentu ini, Najib terpaksa menelan nafsunya untuk bermewah atau bermegah secara melampau dengan pemberian subsidi, imbuhan atau penurunan cukai.

Sebaliknya, Najib terpaksa mendepani realiti pahit ini. Peruntukan wang sebanyak RM 191.5 bilion, yang meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7 peratus dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Malang pengurangan mengurus ini tidak dapat disalurkan kepada belanja pembangunan. Belanja pembangunan juga mengalami penurunan sebanyak 4.4 peratus atau RM51.2 bilion berbanding RM53.6 bilion pada tahun 2008.

Penulis sedia mengakui bahawa Najib telah cuba memberikan, seperti mana-mana bajet-bajet lain yang dibentangkan setiap tahun, pelbagai pemberian “penyedap hati”. Terlalu panjang kalau mahu dibsenaraikan akan seanika dan segala pemberian kepada setiap kelompok rakyat, atau lebih tepat lagi pengundi, samada kepada pelajar universiti, petani, nelayan, kakitangan awam, pesara, golongan pekerja persendirian yang tak berpencen, kelompok ibu yang punya anak kecil, pelepasan diri kepada pembayar cukai, kelompok miskin tegar, orang asli, OKU dan banyak lagi. Benar, pelbagai jaringan keselamatan sosial boleh dilaksanakan untuk kelompok yang “vulnerable” dan sensitif. Najib PM dan Mentri Kewangan pulak. Ini masanya.

Tegasnya semua dapat. Tidak ada yang wajar mengkritik kerajaan. Sepatutnya bersyukur. Mudahnya, apa lagi yang tak cukup yang diberikan Menteri Kewangan? Itu tidak termasuk segala peruntukan RM9 bilion tentang projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan termasuk luar bandar/kampung, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut, serta projek lapangan terbang dan lain lain.

Kesemua yang tersenarai di atas adalah perkara “regular” atau lazim dalam sebuah bajet. Bezanya hanyalah jumlahnya. Di segi itu, tidak ada yang luar biasanya bajet Mentri Kewangan ini. Sebab itu ramai yang tidak teruja dan tepukan dan sorakan tidaklah semewah yang dihajati pembentang. Malang dan sedih juga isterinya yang hadir dalam Dewan yang mulia itu.

Akan tetapi yang lebih merunsingkan ialah golongan yang lebih celik ilmu ekonomi dan kewangan yang menunggu-nunggu hingga ke hujung. Tegasnya, Mentri Kewangan membuktikan bahawa beliau hanya mampu memahami masalah namun tidak pula menampilkan penyelesaian. Jauh lagi secara tuntas.

Bahkan “resipi dan rumusan” seperti yang beliau bentangkan boleh sahaja dimuatkan dalam apa jua pembentangan Bajet. Sifatnya generik atau boleh sahaja digunakan dalam apa jua keadaan. Macam ubat generik seperti panadol untuk pening/sakit kepala. Tetapi sayugia diingatkan bahawa sakit kepala punya pelbagai puncanya? Mungkin juga migraine, stress, hipertensi atau lebih parah dari itu — ketumbuhan dalam otak, space-occupying lesion, dengan izin.

Begitu juga dalam hal perumusan belanjawan ini.

Najib mungkin mengenalpasti penyakit namun dalam banyak hal rawatan dan ubatnya gagal dipreskripsi secara konsisten dan koheren.

Buat permulaan ambil sahaja isu “Pergantungan kepada sumber Minyak”. Kalau sudah sampai ke tahap 43.5 peratus pendapatan dari sumber minyak mentah, sayugia dingatkan kepada Najib, bahawa ekonomi negara ini masih lagi dikategori ekonomi tua atau “Old Economy” yang berteraskan kepada sumber asli. Tepat sekali kerana sumbangan pendapatan lain juga turut bergantung kepada minyak sawit, getah, galian, kayu-kayan yang kesemua sifatnya tak boleh diperbaharui.

Sudah sampai masanya bahawa negara benar-benarnya beredar dari pergantungan kepada “petroleum-based soucres” dan “commodity-based sources” kepada teras yang lain yang menjadikan ekonomi kita tergolong dalam “The New Economy” yang berteraskan kegiatan ekonomi yang sarat “Knowledge” atau Pengetahuan. Satu satu dekad sebutan ini di buat, tapi hanya tingal sebutan.

Rhetorik dan impian untuk menjana “knowledge workers” adalah ungkapan molok pemimpin BN sewaktu seminar. Benar-benar “lip-service” sifatnya. Sejauhmana pencapaian di segi ini mampu kita banggakan? Penjanaan “New Economy” juga dapat dibantu dengan “internet connectivity” yang berkualiti di segi kelajuan bukan hanya penembusan. Tapi negara kita jauh terkebelakang.

Kita beraleh kepada satu lagi mantra terkini yang kerap juga diulangsebut oleh pemimpin kerajaan terutamanya Menteri Kewangan sendiri. Dalam Bajet ini juga beliau mengulang sebut tentang membawa ekonomi negara ini dari “Low-Income Economy” kepada “High-Income Economy”. Ini adalah masalah kronik ekonomi negara ini. Kerajaan yang mahukannya kerana dulu itu faktor tarikan pelabur asing (FDI). Kini ia telah menjadi liabliti dan perangkap.

Benar juga kalau kita duduk di paras ini kuasa membeli dan permintaan domestik kita tetap tidak berupaya. Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Bajet ini hanya sekadar menyebutkan bahawa kita perlu menjadi ekonomi yang punya pendapatan tinggi, tetapi tidak jelas cara, kaedah dan pendekatan untuk menuju ke matlamat tersebut. Najib lebih tahu masalah dari penyelesaian. Mungkin juga kerana ini bajet sulungnya.

Tambahan dengan kebanjiran pekerja asing yang tidak punya ketrampilan, maka negara akan kekal dengan kegiataan nilai-tambah yang rendah dalam sektor pertanian dan pembinaan. High-Income Economy bermula dengan memperkasa pembinaan modal insan yang bebas dan kreatif serta digalakkan dengan iklim kebebasan yang mampu akses maklumat dan hak berkarya. Ini berlawanan sifat dengan sebuah kerajaan yang takut memperkasa rakyatnya dengan maklumat dan kebebasan. sebaliknya mencekik rakyatnya termasuk ahli akademik dan bijak pandai dengan Akta – AUKU dan OSA dll. Kepimpinan negara wajar memahami erti kebebasan dan kemerdekaan serta menghayatinya.

Najib meletakkan harapan yang tinggi kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan kerana pihak awam (G-factor) tidak lagi mampu menjana pertumbuhan kerana terhalang dengan defisit melebar dan beban hutang yang menimbun. Akan tetapi hakikatnya, Najib memberitahu bahawa FDI jatuh ke paras yang teruk, RM3.36 bilion dari RM19.7 bilion tahun lepas.

Apakah sebab utama pelaburan asing langsung tidak merasakan negara ini menarik? Apakah sebab yang diberikan oleh kajian World Economic Forum ketika Malaysia lucut 3 tangga? Disamping faktor keselamatan dan jenayah, utama ialah tanggapan “institutional framework” yang bermasalah. Apakah SPRM atau MACC, MCMC, SPK, SPR, Institusi Judisiari atau Kehakiman? Najib perlu sedar bahawa Bajet bukan sahaj hal-hal ekonomi dan kewangan. Persoalan besarnya ialah: Mampu kah kerajaan merangsang dan menggesa pihak swasta untuk menjana pertumbuhan?

Mampukah kerajaan memujuk syarikat-syarikat milik orang malaysia yang beroperasi di luar negara dan negara jiran untuk pulang, seperti yang di akui sendiri kini oleh Najib? Dulu kita kata di Parlimen, itu pelaburan kita di luar negara. Mengapa mereka selesa di luar bahkan khuatir untuk beroperasi di negara ini? Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian dan mantra terbaru buat pemimpin BN/Umno untuk menarik pelaburan. sayugia diingatkan, ia penting tapi liberalisasi bukanlah segala-galanya. Jangan terlalu ghirah.

Perlu ada kesediaan juga untuk menerima bahawa polisi-polisi Umno/BN-sentrik dan amalan patronage-kronisme Umno/BN telah menjadikan negara kehilangan daya-saing sebenarnya. Penswastaan, mantra Mahathirisme, telah membebankan dan tidak mengurangkan kos kepada pembayar cukai dan perkhidmatan yang mahal dan dana rakyat ranap kerana kerajaan melakukan “bail-out” dan memberi subsidi kepada pihak swasta seperti IPP dan pemegang konsesi Tol dan Air. Apakah akan berlaku gelombang penswastaan kedua dalam era Najib?

Bajet telah dibentangkan. Harapan rakyat tinggi menggunung untuk mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan. Telah acapkali rakyat dikecewakan. Kali ini Najib memohon untuk di berikan “the benefit of doubts” — bersangka baik oleh rakyat. Silap itu penulis rasa. Ini bukan persolan berbaik sangka. Isunya ialah ketepatan polisi dan komitmen/iltizam politik untuk menggapainya.

Bagi melindungi kepentingan dan kemaslahatan rakyat, pemimpin Pakatan wajar terus menyemak-imbang pengurusan dan tabiat buruk pemimpin Umno/BN bagi melindungi kemaslahatan semua dan mengangkat dayasaing negara.

— drdzul.wordpress.com


* Dr Dzulkefly Ahmad ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Komen.. Ambik Kau.. Ciplak lagi hak orang, kena la balik dari tuan.. empunya...!

Kenali Setiausaha Agung Parti Islam Semalaysia (PAS).

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Aku bukan orang Terengganu yang pernah duduk bawah ketika Mustafa Ali. Tapi aku kenai dia sebab aku pernah kerja di Harakah. Organ parti yang sebenarnya dianak tirikan oleh PAS. Siapa Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah? Mustafa Ali la…sapa lagi!

Sebenarnya, PAS memang tak layak mentadbir negara ni sorang diri…sebab apa? Sebab ciri-ciri unggul kepimpinan Islam yang PAS dok lagang sana sini, masih tak dipraktikkan oleh kebanyakan pemimpin PAS sendiri. Toksah cerita la kisah Umar Abd Aziz…ramai lagi yang tak reti jaga akhlak sebagai pemimpin dalam PAS. Bahkan…dengan perangai huduh mereka, maka aku yakin menjadi punca Allah SWT tahan kemenangan untuk PAS dan tarik balik Terengganu. Dan aku yakin, PAS Kelantan mampu bertahan hingga kini pun, sebab TGNA masih dok ada lagi…dia adalah punca datangnya pertolongan daripada Allah SWT. Aku takut sangat jika dia dah tak ada…

Aku pernah kerja kat Harakah…makan tahun jugak la. Masa tu, kami kakitangan Harakah memang berbulu habis dengan perangai Cikgu Pa. Siapa tak percaya, pergi Harakah…temuramah la orang lama…Ust Masyhudi, Abu Hanifah dan ramai lagi. Zul Sulong pun pernah kena bahana dengan Cikgu Pa. Lutfi pun tahu…jangan kata aku karang sendiri story ni…pi la…depa dok bernyawa lagi tu…

Untuk makluman, PAS mempunyai beberapa buah syarikat bagi menerbitkan bahan-bahan bercetak yang menjadi media PAS. Ini kisah dulu la…sekarang mana aku tahu. Kisah ini era 1990-an. Jika nak tahu, selain Harakah…ada beberapa buah anak syarikat yang dimiliki oleh PAS, yang aku ingat PMSB dan Dewan Muslimat Sdn Bhd. Semuanya memfokuskan kepada pengeluaran bahan bercetak – akhbar Harakah, majalah Muslimah (dah kantoi dah…), majalah Tamadun (pinjam permit Muttaqin Amaludin) dan sebuah majalah budak-budak…tak silap aku nama dia Mari Membaca. Ada la lagi beberapa bisnes lain…aku tak payah habaq…

Aku nak bagi tau, masa tu Kelantan ‘dah bagi cuti dua hari seminggu kepada kakitangan kerajaan negeri, kami kat Harakah dan anak-anak syarikat…hampeh!!! Aku cuma nak tanya, awat cikgu Pa ketegaq sangat tak nak bagi cuti kat kami seperti mana Kelantan…sepatutntya piawailah…kan PAS tu satu, la ni..PAS for All…ceh!!! Jangan harap la…Tu aku baru bagi satu contoh. Aku tak sentuh lagi bab gaji, kemudahan kakitangan parti, kemudahan rawatan dan sebagainya…he….ngeri beb!!!

Sebab tu aku kata, selagi Cikgu Pa ni ‘tak dibetulkan’ (kot suka hangpa la nak tafsir kot mana…nak buang ka, nak disiplinkan ka…) maka…PAS payah nak betul. Nak betul macam mana, sebab di dah kontrol Hj Hadi. Dulu, zaman almarhum Datuk Fadzil Noor, dia cuba kontrol jugak, tapi orang tua tu pemikiran dia lain…dia lebih open minded dan mungkin akrabnya hubungan Datuk Fadzil dengan DSAI memberikan satu kesan lain dalam approachnya yang akhirnya memberikan kebaikan kepada PAS sendiri.

Ingat! Aku takkan lupa betapa Cikgu Pa dan gengnya di Lembaga Pengarah Harakah khususnya Dato’ Hisham, menjadikan Harakah macam mak bapak depa yang punya. Harakah untung berganda…isu DSAI akhir 1990-an melonjak jualan Harakah…sampai dicetak beratus ribu naskah. Kami dapat apa? Letih ada la…

Siapa-siapa tak percaya, aku nasihatkan pergi cari Zul Sulong…temuramah dia, bukak kes dia kena saman pasai artikel Dr Chandra Muzaffar…dan apa yang Harakah bantu dia? Siapa yang kena dan siapa yang terlepas…Cikgu Pa terlepas…dia yang kena…amik!!! Jika tidak, ada pembaca kata aku karang cerita…hei…aku pun tau dosa pahala jugak!

Apa hangpa jangan tak tau, kronisme pun wujud jugak dalam Harakah. Aku masih ingat Cikgu Pa bawak masuk anak lelaki dia ke dalam Harakah…nama apa aku dah lupa. Alasannya untuk bantu mantapkan pengurusanlah, itulah…inilah…cis…awat tak buat open interview…cari candidate yang really talented…bila Umno tak buat open tender beli kapai selam…bising…cis!!! Ni yang aku kata, CAKAP TAK SAMA BIKIN!

Banyak la lagi…tapi aku dah malas nak ingat. Jika aku terjumpa staff Harakah atau mana-mana anak syarikat dia, sampai la ni masalah masih sama. Kebajikan kakitangan masih corot…gaji masih ciput…so, engkorang bayang sendiri la…cara PAS layan warga kerja sendiri…pas tu kecoh pasai Negara Berkebajikan! Woi…Mustafa Ali…it’s enough…bila TGNA dah bersuara…baru hang tahu langit tinggi ka rendah!

P/s: Ha tengok…artikel aku kali ini, langsung tak sentuh Hasan Ali…puas hati kome?

Source : perakexpress.

Suasana Terkini Jalanraya ke Lumut.

Salam Sejahtera...

Inilah suasana yang rakyat terpaksa tempuhi didalam negara yang dikatakan aman sejahtera 1Malaysia, gambar ini aku ambik hampir jam 2.00 ptg tadi sewaktu balik dari kerja, lokasinya berhadapan Shell Jalan Lumut. Kenapa kesesakan jadi begini....

Inilah sebabnya, janganlah dimarahi mereka, mereka hanya menjalankan tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan mereka, pegawai atasan merekalah yang mengarahkan mereka menjalankan tugas sebegini ditengahari panas... Apa nak buat.. Bonos dad dapat separuh, tinggal lagi RM250.00 nanti hujung tahun dapatlah.. jadi kenalah kerja....ikut arahan bos.

Mengapa jadi begini!! Nak menghalang rakyat dari pi ke perhimpunan Pemuda PR di bandar Lumut, ltulah tujuan asalnya..., dimanakah hak rakyat..dalam dok sebut rakyat didahulukan...
Zambri, zambri.. ku sangkakan kau dah jadi MBH dah OK, rupanya semakin ? ............. apa dia jawapannya.. sapa dapat jawap.....silakan....

Mampos UMNO.... Ameen.


Tahniah Datuk Seri Panglima..

Fui Yooo...

Sapa itu orang!!!!

Jangan main-main.....jaga mulut, jangan tangan..

Bukan Datin lagi bah..... Sudah Datuk Seri Panglima bah....

Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK)...Datuk Seri Panglima.

Sudah lebih bah.. bini dia pun baru Datuk Seri....., ini macam dia lagi power bah..

Tukar Tiub mesti suka ini cerita....nanti ia ketawa lagi lama.. kah kah kah kah kah....
Link : SINI

Mampos UMNO..... Ameen.

Friday, October 23, 2009

Budget 2010 - Yahoo Ada Bonus.

Salam sejahtera...

Berita Baik...
Semua penjawat awam dok tungu pengumuman sama ada pemberian bonus atau tidak,,,, ada... pemberian khas RM500.00 yang lalu dipanjangkan kepada semua peringkat dari DG41 ke atas dan juga pesara wajib kerajaan. Jadilah dapat semua RM500.o0. Ekonomi negara kurang baik...sapa yang memerintah...oooooo...entah...

Income tax peribadi naik dari RM8000 ke 9000..

Cukai judi, arak dan rokok (Cukai DOSA) langsung tiada kenaikan cukai... seronoklah taik arak dengan taik judi, apakah ini sempena 1Malaysia?!! Rakyat diutamakan!

Berita Kurang Baik..

Skim insuran kenderaan motor yang murah akan diperkenal pada pertengahan tahun depan... Oii kenapa nak tunggu sampai pertengahan tahun depan, pengguna motor hampir keseluruhannya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kenapa nak dicekik penggunaan kenderaan motor sebegitu lama.....

Pemegang kad kredit kena bayar cukai perkhidmatan tambahan naik RM 25.00 lagi setahun... naik pilah.. aku tak pakai kad kredit pun...

Lepas ni orang malaysia semua akan sihat, kerana ada klinik mobile 1Malaysia yang bergerak dibandar-bandar terpilih bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, oiii seronok menteri kesihatan Tiong Lai, tak dapat jadi Tmbalan Presiden MCA pun tak apa dah, ada peluang masyuuuk.

Pemandu teksi, nelayan, bekerja sendiri boleh menyimpan wang di KWSP untuk bekalan dihari tua.. Ayoyo... KWSP wang sudah kurang ka....!!

Itu saja yang aku dapat dengar dan ingat... yang lain-lain nak tau esok beli suratkhabar... buang la 2 ringgit..kongsi beli pun tak apa....

P/s Komen dari S/U Fomca, tidak berpuas hati kerana kurang bersungguhan dalam usaha pencegahan penyalahgunaan...entah...tak tau aku nak sebutkan..!!!.

Mampos UMNo.... Ameen.



Kisah Bekas Menteri Andartu..

Salam Sejahtera...

Fui Yo... Gambar sapa tu... Tak kan tak kenai... 1st Chief Pu3 Umno... ada sapa yang berkenan ka!! Dengar cerita dia pi Mekah tunai haji, mungkin pi bersihkan segala dosa-dosannya sewaktu duduk dalam kabinet dulu kot, Menteri belia macam-macam cerita yang kita dengar, kemudian menteri pelancungan pun sama...

Apa pun, banyak lagi kisahnya, terkejut beruk aku tengok perangai menteri-menteri UMNO ni, tak kira jantan atau betina, tak kira yang dah nikah atau belum, sama saja pelapah harta rakyat, habis lingkup kat depa..

Ini bukan aku sengaja nak reka, ini cerita datang dari blog puak pencacai dia juga dulu ni, sebelum ini blogger ni jadi penjilat kat web Kelab Maya UMO KMU Net, aku ingat lagi, selalu dok bertelagah dengan aku, lama menghilang, rupanya ia jadi pencacai kat andartu ni... agaknya payment dah miss mulalah hentam balik, macam anjing jugalah, dah lapak tak dapat makan, tuan sendiri pun ia tokak..... Kisah mantan menteri andartu ini ada DI SINI
Mampos UMNO... Ameen.

Kekalahan di PRK Bagan Pinang - Ada Hikmahnya..

Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, malam tadi selepas balik dari surau, terkejut besar aku bila buka aja komputer, " Nik Aziz cadang EGM Khas buat "... tak cerita banyak, copy terus paste kat blog aku, bukan apa, pertama sekali aku terasa puas hati buat kali kedua kerana apa yang aku dan kawan-kawan bloger yang lain dok perkatakan turut sama diambik perhatian oleh TGNA, dan malam tadi aku terus tidok awai, tak gaduh nak fikir-fikir apa yang nak updated blog malam tadi.

Pagi ni bangun pun, masih terasa lega dengan tindakan TGNA semalam, aku nak tengok dan selidik balik, kebanyakkan kekawan bloger hampir kesemuanya menyokong, kecuali Bang Bakaq Penarik Beca yang komen sikit, ada aja tak kena, dan ada juga blog penyokong UG mempertikaikan apa yang Dr Aziz dengan TGNA cadangkan.

Mari kita sesama semak balik, Katakanlah jika calon PAS yang menang tempohari di Bagan Pinang, aku rasa tak akan berlaku perkara sebegini, kita masing-masing sibuk membicarakan soal kemenangan, soal UMNO yang dah hampir luput tempohnya, soalah nak alih kerajaan pusat pada PRU13 nanti dan banyak lagi yang akan dibincangkan.

Namun apa yang kita sama-sama dok jangkakan itulah yang berlaku, tetapi taklah seteruk apa yang telah berlaku. Maka belum sempat pun post mortem dikeluarkan, dah bermacam-macam analisa telah dikeluar, mula-mula ada kata faktor Undi POS, kalaulah PAS dapat semua UNDI POS pun tetap kalah juga jika nak dibandingkan dengan majoriti BN dapat, ada pulak suara mengatakan PAS hanya ada 3 cawangan sahaja, dulu pun 3 cawangan juga, tapi tak lah kalah seteruk ini, ada pulak kata pengundi India dah berubah sebab Makkal sakti dan Samy Vello dah janji macam-macam, dan macam-macam lagi..

Itu hanyalah alasan dan sebab penyebab sahaja, semua ini adalah kerja Allah.. sekurang-kurang ada pengajaran buat kita semua, pasal apa kita kalah teruk sangat... maka dari sini timbullah satu demi satu teguran buat PAS, ada yang boleh terima, ada yang tak boleh terima, maka bila dah sampai ke klimak TGNA pun bersuara... Haaa kali ini aku nak tengok, yang sebelum ini ramai ostad-ostad dok sebut wala' kepada pemimpin, janganlah bila Presiden kena tegur aja dah melompat Ketua Penerangan, tapi bila TGNA di serang oleh puak-puak UMNO, Ibrahim Ali, Mahathir kenapa diam semua, senyap aja.. melainkan blogger anti UG yang dok bantu.

Seruan aku buat pimpinan PAS yang ketagihan UMNO tu, ikut dan turuti lah perjuangan Al Fadhil Tuan Guru Nakhaei Ahmad, seteruk-teruk dia pun dia tak menyusahkan Parti PAS, ada sifat kejantanan dalam dirinya. Ikutlah beliau dan sama-sama perjuangkan Islam di dalam parti UMNO.

Insyaallah, jika UMNO dah menepati dengan hukum-hukum Islam kami semua akan turut bersama-sama ke UMNO, dari sini kita sama-sama akan bersatu kembali...... janganlah sekejap begini, sekejap lagi lain pulak, kami dah pening dengan sikap kamu.

Mampos UMNO.... Ameen.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari