boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, December 22, 2009

Glamour Hari Ahad dan Selasa..


Aku sangkakan suasana semakin reda, tetapi nampaknya semakin panas, peluang yang ada didepan mata musuh yang siap sedia menanti 24 jam telah digunakan sepenuhnya.

Memang dah jadi kerja musuh, apa pun mereka cuba mencari sesuatu berita yang sensasi, pertama jualan akhbar mereka yang semakin merosot, yang keduanya pulak seboleh-bolehnya mereka nak menjatuhkan imej Islam ...

Sekarang mereka cuba mempersendakan apa yang berlaku, menyamakan sama taraf dengan artis yang secara kebetulan berlaku kes yang sama, namun fikrah dua mangsa adalah berbeza.




Dimuka hadapan, bahagian atas sekali.. bertarikh hari ini 22/12/09 mereka cuba memaparkan imej mangsa dengan melakukan kesalahan....

Bab artis tu lantak pi lah, tetapi seorang lagi ni, semakin hari imej jemaah semakin pudar dimata masyarakat awam, kenapa boleh jadi begini.

Aku tak mau nak pertikai hukuman yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah, sebab aku bukanya tau pun bab-bab hukum munakahat ni...,


[um201209.jpg]

Sekarang mari kita lihat Mingguan Malaysia Ahad 20/12/09, hanya selang sehari, muka hadapan juga, popular lagi YOB, dilaporkan oleh orang sama, aku memang tak mengenali siapa Dr Rosli ni, cuma sewaktu dok kecoh tak berapa lama dulu, Blogger Pink Turtle ada menceritakan juga perihal Dr Rosli ni, dengan Exco mana dia bekerja, cuma yang sedikit kesalkan kenapa tak ikut contoh pimpinan tertinggi Tuan Presiden, Timbalan Murshidul AM dan beberapa orang lagi bagaimana mereka menyelesikan kes tersebut, itulah contoh yang terbaik buat kita dalam jemaah, walaupun sasaran tu betul tetapi sedikit sebanyak ada pihak lain yang turut sama terguris hatinya.....

Mungkin ini sebagai kifarah buat Dr Rosli atau pun secara kebetulan Wallahuaklam, apa pun bagi aku ada pihak lain lagi disebalik ini semua...


Monday, December 21, 2009

Cadangan Yang Cukup Baik Buat Rakyat Malaysia.

Salam Sejahtera..

Banyak lagi fungsi yang boleh diguna pakai melalui suara Ahli-ahli Palimen tidak mahu dipraktikkan oleh Kerajaan UMNO BN, Kita sedia maklum beberapa hari lepas BN sudah mendapat kemaluan yang cukup besar bila pembentangan bajetnya hanya mendapat lebihan 3 undi.

Aku amat bersetuju dengan cadangan Pengerusi Gerakkan Anti Rasuah dan Korupsi (Gerak) Mohd Nazree Mohd Yunus supaya Perlantikan Ketua Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara (AG) yang baru disarankan melalui sesi penghujahan dan saringan integriti di bawah bidang kuasa Parlimen.

Ada berani ka Menteri-menteri UMNO melaksanakan cadangan seperti berikut, Tobat lahum menteri dalam negeri nak mencadangakan jawatan-jawatan tersebut seperti yang dicadangkan di parlimen.

Apa pun pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat perlu mengetengahkan cadangan berikut bagi rakyat semua dapat tahu betapa pentingnya jawatan-jawatan yang berintegriti dan ketelusan perlu di buat pilihan oleh ahli-ahli parlimen. Dari sini kita boleh lihat apakah jawapan dari PM 1Malaysia Bini Rosmah akan tergagap-gagap nak jawap, bergetap bibirnya.. he he.. ada berani ka nak laksana cadangan tu.....

Berita berkaitan : harakahdaily.

Lompat Katak Lompat Tinggi, Mulut katak dah mula berbunyi..


Salam Sejahtera...

Sekarang dalam agenda politik nun sebelah sana nu.. masing-masing nak menunjukkan KPI atau NKRA pulak kot, istilah baru..., Zahid Hamidi dah pun menunjukkan sesuatu yang cukup baik untuk peluang cari makan masa depan...

Cuma seorang lagi tu, dapat nyawa politik melalui belas ihsan TGNA dan PAS Kelantan, tetapi memang dah spesis kata suka melompat, jadi terpaksa rakyat Kelantan terima hakikat yang manusia jenis ini tidak boleh dibuat kawan..


Sikatak ni pun nak jaga prestasi juga, walaupun ia istihar ahli Parlimen bebas, jadi kita tak boleh nak buat apa-apa terhadap beliau, sebab beliau bebas pada fikirannya..

Kenapa sikatak sibuk sangat, tak cukup-cukup lagi nak ambik hati bini rosmah, sanggup menyarankan Tengku Razaleih pergi berjumpa bini rosmah, Kenapa...ya...

Pimpinan UMNO Pusat termasuk Kelantan, tak sibuk, yang si Katak Bebas pulak yang sibuk....

Isk, Isk.. kesian kat dia,, bekerja keras sungguh...pujuk rayuan dah berbuih dah, orang belah sana nampaknya buar derkk juga, layan pun tidak....tak juga dok lawa.... perasan sendirilah gamaknya...

Berita Berkaitan : Sumber




Sunday, December 20, 2009

Tembakan Zahid Hamidi Mengena Lagi...

Salam Sejahtera...

Dalam satu masa Zahid mengenakan tembakannya pada 2 target.. Target pertama kepada orang No1, mengenai kes kehilangan enjin pesawat F-5E, walaupun kononnya orang yang terlibat dah dikenal pasti, tetapi menteri yang menjaga hal-ehwal tentera waktu kejadian tersebut tentulah terpalit sama..

Target kedua pula Presiden Parti Gerakan, membuatkan kreadibilty Gerakan semakin parah. apa tidaknya Naib Presiden parti dah ishtihar keluar Parti baru-baru ini, manakala baru-baru ini kat Parlimen sahabat baik hero tak sekacak buat artis Zizie, Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Mohamad Aziz menghentam dengan teruk Presiden Gerakan, sehingga timbul perasaan tak puas hati ahli-ahli parti Gerakan terhadap cercaan ahli Parlimen Seri Gading.

Bagi aku, Zahid Hamidi dan Mohamad Aziz adalah seorang yang berani menyuarakan Hak orang Melayu, selama ini UMNO memang terlalu berlembut dengan Gerakan, sudah berapa penggal, Umno memiliki kerusi DUN Pulau Pinang melebihi Gerakan, namun KM Pulau Pinang tetap pada Gerakan yang dimulai dari Lim Choong Yu dan diikuti oleh Koh Ksu Koon.

Bab kerusi KM Pulau Pinang satu hal, kemudian bila PRU11 yang lalu, Kerusi Parlimen Bukit Gantang yang sebelum ini UMNO punya, diberikan kepada Gerakan, oleh kerana UMNO Bukit Gantang bising tak puas hati, kerusi Parlimen Grik dikorbankan kepada Gerakan. Itulah budaya UMNO, dengan kaum asing cukup berlembut, tetapi sesama melayu mereka tergamak melakukan apa saja, lihat sahaja di Memali, dan yang terbaharu dan terkini kes royalti minyak Kelantan... itulah UMNO...

Namun tindakan berani Zahid Hamidi selaku ketua perhubungan UMNO Pulau Pinang sangat-sangat aku hormati, ada keberanian buat anak Jawa Bagan Dato; berani menyuarakan hak orang Melayu Pulau Pinang, sekurang-kurangnya tunjuk ketegasan terhadap parti Gerakan itu, jangan melampau sangat.

Apa pun ketegasan Koh Ksu Koon tidak mahu menyerah jawatan Pengerusi BN PP itu harus dihormati, tak mungkin beliau akan menyerah begitu sahaja tanpa melawan, kurang-kurang pun bukai silat tai chi pun jadi lah, nanti apa kata ahli-ahli parti yang presiden mereka tak te***.

Bilakah lakonan semua ini akan berakhir, ternyata semua ini dapat menutup kelemahan kerajaan BN nak memerintah negara, isu bajet yang mendapat kelulusan dengan kelebihan 3 undi, masaalah ekonomi semakin meruncing dalam negara, harga keperluan makanan harian semakin meningkat harganya, rakyat semakin tertekan, awala tahun baharu rakyat yang mempunyai anak-anak bersekolah memerlukan perbelanjaan lebihan untuk pendaftaran anak ke sekolah, mana nak cekau semua itu, pemimpin negara asyik buat lakonan macam-macam hal dan isu, biar rakyat tereka, tertipu dengan permainan mereka sendiri...

Selalgi UMNO memerintah negara selagi itulah rakyat tertipu, rakyat tertindas, tiada kebebasan buat rakyat.
Mamposss UMNOO... Ameeen.

Saturday, December 19, 2009

Zahid Hamidi Dah Tembak Najib..

Salam Sejahtera..

Timbul pula isu baru, yang tengah panas, Enjin F-5E TUDM telah dijual dan kini berada di Amerika Syarikat. Hairan bin ajaib sungguh..

Kenapa.. sebab enjin pesawat tersebut bukan enjin kereta potong yang boleh dibeli di kedai-kedai potong. Ini barang kawalan hak kerajaan Malaysia, jikalau dalam Malasyia hanya TUDM sahaja yangmenggunakan nya.

Macam mana boleh bolos enjin tersebut kalau bukan orang dalam, orang dalam pula kalau hal macam ni bukan setakat koperal atau sarjan, paling bangsat kolonel ke atas, sebab arahan sesuatu benda projek begini arahan dari di atas, Pegawai Memerintah di Pangkalan berkenaan yang bertanggungjawab.

Kes ini telah pun jadi polis kes, tetapi sepatutnya kes sebegini ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Ini bukan setakat hilang rifel M16, ini maruah negara, sikap anggota tentera yang selama ini dihormati oleh pihak awam diluar sana dah tak boleh diharapkan lagi...Rakyat dah tak boleh menaruh harapan dan hilang kepercayaan kepada pihak anggota tentera.

Boss kepada pegawai memerintah tu pulak Panglima Tentera Udara, ia pun kena jawab juga, pasal apa enjin tersebut telah dijual, PTU nak jawab ia kena rujuk pada Panglima Angkatan Tentera, yang kini dijawat oleh PTU sebelum ini, ha ha .. nampak tak!!! Bijaknya Zahid Hamidi atur strategi... Kes ni dah tak boleh lari kemana dah... orang lain tak payah jawab, kaum puak TUDM saja yang kena jawab, tentu kita ingin tahu... siapakah Menteri Pertahanan waktu tu....

Inilah bala yang rakyat terima disebabkan Menteri Pertahanan yang dahulu tu bersikap lebih teruk dari apa yang anggota TUDM tula lakukan, cuma setakat jual enjin pesawat, tetapi Menteri Pertahanan waktu tu terlibat dengan banyak kes, sehingga Pak Lah terpaksa mengambil alih semula jawatan Menteri Pertahanan sebelum Pak lah pencen dahulu, mungkin juga ini kerja Pak Lah yang belum selesai sewaktu Pak Lah jadi Menteri Pertahanan yang kemudiannya disambung oleh Zahid, tahniah Zahid... anda telah melakukan tugas yang cukup baik....

Terima kasih Ku Li..!

Salam Sejahtera..

Ahli Parlimen Gua Musang telah memberi persetujuan untuk menerang penjelasan dalam isu tuntutan royalti petrolium negeri Kelantan. kenyataan lanjut baca DI SINI.

Nampaknya makin kepanasan sang no 1 dengan no 2 negara, tempohari no2 dalam negara seolah-olah memberi amaran atau merayu kepada Ku Li jangan terlibat dalam hal tersebut.

Mereka cuba nak tutup hak rakyat Kelantan, mereka lupa yang Ku Li juga rakyat Kelantan, malah boleh dikatakan Ku Li sahaja pemimpin kanan dalam UMNO yang paling senior... namun sebelum ini beliau diketepikan, beliau tidak ada apa-apa kepentingan dalam UMNO. Setakat Ahli Parlimen, jikalau beliau tak terpileh sebagai calon UMNO pada PRU13 nanti, beliau bertanding bebas pun boleh menang di Palimen Gua Musang, apa beliau nak risau.

Cuma yang aku risau takut Ku Li tak sempat ke perhimpunan yang dicadangkan itu, bukan apa, takut hilang macam kes pengakuan bersumpah PI Bala dalam isu Altantunya... sekarang ni silap sikit hilang,, jadi orang-orang Ku Li kena ambik perhatian....

Usah senda perkahwinan Bung Moktar

"Jangan jadikan ia bahan jenaka, perkahwinan adalah perkara serius,"

Itulah nasihat atau kekata dari Meneteri Pembangunan Wanita, yang juga Ketua Wanita UMNO... mengenai kes perkahwinan Bung Moktar dengan artis Zizie..baca SINI

Dey Menteri, tak ada sapa pun yang dok buat lawak... nak buat macam mana, yang hero sendiri pun pandai buat lawak dan lakonan.. " saya buka lelaki kacak buat zizie... " phooordah... kemudian tak mengaku pulak...

Jadi kenalah sedar sikit, hero tu pun sebelum ni dalam parlimen seumpama "Joker".. jadi tempias baliklah kat tuan empunya diri... janganlah disebabkan ia orang UMNO, maka menteri UMNO nak bela pulak....

Apa pun aku puji menteri atau pun pimpinan UMNO yang lelaki ada nafsu kejantanan yang berlebihan... itu pasal pilih artis, model, wanita monggolia... oppps persepsi..., baguslah tu.. kalau tidak duit yang berlebihan tu orang tau... nanti kita tunggu saja bah...

Bila ada kes di mahkamah waktu perceraian berlaku, nanti terbongkar, pihak bekas isteri tuntut beribu-ribu juta ringgit harta sepencarian. ini salah satu kebaikannya.

Apa pun, hanya pemimpin UMNO dan BN saja yang sanggup mengambil artis sebagai bini no 2, tahniah.. kerana sekurang-kurangnya anda telah menyelamatkan artis tersebut.. itu pun kalau ada niat sebegitu,,, harap-harap begitulah, jangan kerana dok terliur !@#$%%^....., kalau kerana itu tak jadi apa...

Apa pun dari segi kenyataannya, dalam hal mengambil artis sebagai isteri ni, memang dah jadi tugas dan tanggungjawab pemimpin UMNO,, itu kenyataan.. nak harap pemimpin PAS aku rasa lambat lagi nampaknya, mana tau kut-kut ada artis-artis nasyid wanita atau pun artis yang ketrampilan macam Wahida tu ka...pulak..

UMNO Yang Gila Kuasa..

Salam sejahtera..

Kalau sebelum ini yang kita selalu dengar UMNO ini gila meroyan nak kuasa walau pun sesebuah negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat. Apa pun UMNO tetap nak kuasai segala-galanya, baik urusan masjid, JKKK, Team Pasukan Bola Negeri dan bermacam-macam lagi.

Apa pun biasalah perkara ni buat pandangan kita kat UMNO, sebab ia tak mau lepas begitu sahaja kepada parti yang memusuhi nya.

Namun kini ada sedikit kelainan nampaknya, UMNO semakin gila kuasa tahap OTAI Gaban.... apa tidaknya, perebutan kuasa ini bukan dengan parti pembangkang, tetapi sesama komponen dalam BN.

Perkara macam ini aku sokong tindakan UMNO Pulau PInang, hak macam ni kalau hangpa nak berebut pun baguih, UMNO Penang memang berani, tambahan pulak dibawah Pengerusi Zahid Hamidi... Aku sokong sungguh, UMNO kena pengerusi BN Pulau Pinang, betui.. aku sokong, mana boleh bagi kat Gerakan, Gerakan satu kerusi DUN Pulau PInang pun tak dapat... cukuplah Koh Ksu Kun tu dah dapat lantikan Senator, walaupun kalah, dilantik jadi menteri lagi, UMNO apa yang dapat,.. padan muka UMNO... he he... apa pun aku sokong 100% supaya jawatan Penerusi BN Pulau Pinang UMNO yang pegang... Lawan sama Gerakan tu... jangan kasi muka!!!

Berita Berkaitan : bharian.

Friday, December 18, 2009

Khutbah Jumaat - Maal Hijrah.

Salam Sejahtera..

Hari ini semua bercuti, alhamdulillah aku berpeluang solat Jumaat di surau selalu, menjadi rezeki dapat Imam import dari Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh,..khutbahnya banyak pengajaran yang menyentuh jiwa aku,..

Habis selesai solat Jumaat, aku tunggu Imam tersebut, dengan muka tak malu, aku pi salam, bisik kat dia, aku minta tek khutbah dia, Alhamdulillan, Imam tersebut dengan rela hati memberikannya pada aku, jadi aku salin balik buat tatapan pengunjung blog.

Selesai membaca ayat-ayat wajib bekhutbah imam membaca ayat al Quran.
الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
(At Taubah 20)

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Sidang Jemaah Yang Berbahagia..
Alhamdulillah Syukur kepada Allah kerana kita dipertemukan pada hari yang merupakan penghulu segala hari dan tambag berseri apabila hari ini juga merupakan hari pertama kita berada dalam tahun baru Hijrah 1431.
Justeru mimbar atas semangat hijrah ingin melontarkan satu persoalan iaitu apa sebenarnya yang kita ingin hijrah atau berubah dalam hidup ini? kerana mungkin ada dikalangan kita yang ingin berubah tetapi tidak tahu atau tidak jelas, apa yang ingin diubah atau hijrah..

Bagi menjawab persoalan tersebut maka kita katakan yang PERTAMA kita perlu berhijrah atau berubah dari seorang yang hidupnya jahil tanpa pengertahuan agama kepada berilmu, Jahil adalah musuh nombor satu dalam agama, Dengan sebab jahil kebanyakan kita hidup dalam keadaan membelakangkan agama. Dengan sebab jahil seseorang boleh bertindak sampai menolak hukum Allah. Ini sebagaimana yang termaktub di dalam AlQuran surah Al Haj ayat ke 3,

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَانٍ مَرِيدٍ
Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan dia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.

Jadi selagi mana budaya jahil (agama) tidak kita benteras secara serius dan berterusan maka selagi itu kita akan berhadapan dengan krisis kefahaman serta kebiadapan yang dilakukan oleh mereka yang mengaku Islam, Lihat sahaja berapa ramai dikalangan umta Islam yang tidak selesai-selesai masaalah fardhu A'in, terutama anak-anak remaja kita.

Sebab itu tidak ada jalan melainkan setiap individu setiap yang yang hadir perlu berusaha dengan apa cara sekali pun untuk melakukan perubahan ini, salah satunya hadir dimajlis-majlis ilmu. Mari kita sama-sama belajar menadah kitabdan cuba memahami agama Allah dengan lebih mendalam.

Kalau tidak dapat pada setiap hari pun, setidak-tidaknya 2 ke 3 hari seminggu.., Kalau hari-hari biasa kita sibuk dengan tugas didunia, kita boleh hadir kuliah pada hari Sabtu atau Ahad sama ada kuliah subuh atau dhuha. Yang bekerja mungkin boleh anjurkan di pejabat kuliah sebelum zohor, Dalam erti kata apa saja yang termampu asalkan budaya ilmu ini hidup dan dapat dikembang suburkan.

Tuan-tuan, perkara ini sudah kita bangkitkan berulang kali namun sehingga ke hari ini kita melihat masih ramai dikalangan kita yang masih belum rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu.

Apakah kerana kita sememangnya sudah alim atau menunggu sehingga hari waktu pencen atau pun juga hati kita sudah terlalu cinta dengan kehidupan dunia. Denga itu kita sangat-sangat mengharapkan agar tidak ada lagi halangan san alasan yang akan kita berikan demi menyahut seruan hijrah yang kita sambut kali ini.

Manakala bagi mereka yang sudah pun berjinak-jinak atau sudah lama menjadi ahli tetap majlis ilmu maka kita ucapkan syabas dan tahniah, tinggal lagi apa yang perlu kita perelokkan ialah datanglah belajar atau kekuliah-kulian yang diadakan dengan membawa kitab atau sekurang-kurangnya buku nota catatan. Kerana yang dinamakan belajar itu mestilah berkitab, ditulis atau dicatat bukan sekadar mendengar..

Samalah sewaktu kita dizaman persekolahan dahulu dimana setiap hari kita dikehendaki membawa buku teks bagi setiap subjek yang telah dijadualkan, Sehingga ada pelajar yang didenda apabila terlupa atau tertinggal buku tersebut dirumah. Namun bila kita dah dewasa! Kenapa bila hadir ke kuliah ilmu samada di masjid atau surau kita datang dengan tangan kosong yang tidak menunjukkan kesungguhan yang mendalam untuk kita fahami satu-satu pelajaran yang dibentangkan. Ini dia tuan-tuan yang perlu kita ubah segera mulai saat ini supaya setiap ilmu yang kita pelajari dapat kita kuasai dengan baik dan sempurna.

Kaum Muslimin Yang dimuliakan..

KEDUA - Apa yang kita hijrahkan dalam hidup ini ialah brubah dari seorang yang hidup lalai iaitu hidup dengan dosa dan maksiat kepada seorang yang taat serta tabah melakukan amal soleh - Tidak kira siapa dan apa peringkat sekali pun.

Bagi golongan muda remaja misalnyakita minta setidak-tidaknya supaya jangan calarkan diari hidup anda dengan melakukan dosa-dosa besar dan dalam masa yang sama usahakan untuk menjaga ibadah yang paling asas iaitu solat.

Walaupun kita faham dizaman yang serba gila ini bukan mudahuntuk hidup atau membesar dalam keadaan taat kepada Allah. Tetapi cubalah pujuk hati dan yakinkan diri dunia ini akan hancur, maka ketika itu kita akan dihadapkan ke hadrat Allah. Ketika itu tidak ada yang dapat membantu melainkan iman dan amal, dan kita minta juga kepada anak-anak muda supaya cuba-cubalah mengingati mati, kerana mati bukan syarat tua, bukan syarat sakit. Ia ada dimana-mana, jadi bayangkan kalau kita mati hari ini atau esok dalam keadaan kita melakukan maksiat, Maka apakah jawapan yang akan diberikan kepada Allah S.W.T ?

Manakala buat golongan dewasa apatah lagi yang telah meningkat umurnya kita menjangkakan proses hijrah ini semestinya sudah pun berlaku dalam hidup kita, Kerana kalau dari zaman muda hingga ke hari ini yang mana sudah mencecah 40 tahun, 50 tahun dan 60 tahun, kita masih membawa watak happy, enjoy semata-mata, tanpa memikirkan soal bekalan amal untuk dibawa bertemu Allah, maka apa erti hijrah sebenarnya bagi kita.

Kalaulah tahun berganti tahun kita dimasih rentak yang sama iaitu rentak yang hidupnya tercabut dari sifat kehambaa, hdup yang bermottokan dunia, dunia, dunia..maka apakah didalam hati kita sememangnya tidak ada lagi perkataan hijrah. Sedangkan usia yang semakin meningkat membawa makna semakin dekatnya kita kepada Allah, dekat pada kubur.

Jadi kenapa masih ada dikalangan kita sehingga kini yang tidak ke masjid terus kekal tidak berminat ke masjid. Apakah yang tidak boleh membaca Al-Quran hingga kini masih juga tidak boleh membaca? Apakah punca orang yang selesa dengan maksiatnya masih ketagih dengan maksiatnya? Adakah kerana kita telah berputus asa dari rahmat Allah, adakah kita hanya menunggu sahaja hidayah Allah datang bergolek tanpa diusahakan atau adakah kita sememangnya sudah tidak ambil peduli lagi soal kubur dan akhirat kerana hati kita sudah mati disebabkan dosa-dosa kita?.

Tuan-tuan Jamaah Yang di kasihi sekelian.
Ingat dan sedarlah bahawa tubuh badan serta kulit kita yang ada ini tidak mampu sebenarnya untuk dijadikan bahan bakar diakhirat kelak, isteri dan anak-anak kita biarkan jauh dari petunjuk agama juga sebenarnya takkan termampu menanggung betapa dahsyatnya siksaan azab neraka Allah.

Maka atas nama hijrah, marilah sama-sama kita sahut suara hati kecil yang sudah lama menjerit dan meinta agar kita segera berubah, yang mendesak kita agar kembalilah kepada Allah sebelum segala-galanya terlambat.

Lihatlah kepada saidina Umar AlKhatab, Khalig Ibni walid dari kalangan para sahabat, Ibrahim Adham dari kalangan ahli sufi dan beberapa tokoh lagi yang dahulunya hidup jahil, buas, kejam, maksiat, memusuhi Islam tetapi akhirnya berubah, berhijrah menjadi orang yang paling disayang dan dimuliakan Allah.

Maka kita juga begitu tuan-tuan!, Semuanya layak untuk menjadi hamba yang diredhoi Allah, semua kita berpotensi menjadi hamba yang taat menjunjung segala titah perintahnya, asal saja kita sanggup berkorban sanggup menjinakkan hawa nafsu dan juga sanggup bersusah payah demi untuk meraih kesenangan dan kebahagian hakiki dinegeri yang bernama akhirat.

Saya bacakan satu firman Allah sebagai renungan..

۞ هَٰذَانِ خَصْمَانِ اخْتَصَمُوا فِي رَبِّهِمْ ۖ فَالَّذِينَ كَفَرُوا قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِنْ نَارٍ يُصَبُّ مِنْ فَوْقِ رُءُوسِهِمُ الْحَمِيمُ
Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api Neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak,

يُصْهَرُ بِهِ مَا فِي بُطُونِهِمْ وَالْجُلُودُ
Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit badan mereka.

وَلَهُمْ مَقَامِعُ مِنْ حَدِيدٍ
Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka.

كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا مِنْ غَمٍّ أُعِيدُوا فِيهَا وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ
Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab seksa yang membakar!

Sidang Hadirin Sekelian, Mudah-mudahan kita dirahmati Allah.

AKHIR SEKALI..

Bila kita bertanya apa yang perlu kita ubah, dalam hidup inimaka jawapannya ialah kita perlu dan wajib merubah sistem hidup yang sama sekali tidak berteraskan Islamkepada cara hidup yang mendapat keredhaan Allah S.W.T, dalam ertikata lain undang-undang jahilliyah yang kita warisi dari penjajah selam ini mestilah dikuburkan sesegera yang mungkin dengabn meletakkan kembali Al-Quran dan Hadis ketempatnya.

Tidak ada erti kita menyambut maal hijrah dengan berbagai-bagai tema sebelum ini tetapi sekiranya tidak ada niat dihati kita untuk mendaulatkan Agama Allah, dan cuba kita renung dan halusi peristiwa hijrah, kenapa baginda Rasullullah SAW diperintah oleh Allah berhijrah dari Mekah ke Madinah, jawapannya adalah untuk melaksanakan Al-Quran, untuk menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram atau untuk menjadikan seluruh bidang kehidupan manusia dipandu dan diputuskan oleh AlQuran dan Sunnah secara mutlak.

Bermulalah dengan pembangunan individu, keluarga dan masyarakat sampailah kepringkat yang paling tertinggi iaitu negara, - peringkat penggubal dasar semuanya tidak boleh dipisahkan sama sekali dari roh agama.

Dengan kata lain Islam ingin melahirkan yang kalau ia sebagai seorang pemimpin maka jadilah ia pemimpin yang amanah, kalau seorang pekerja makan ia berkerja dengan bersungguh-sungguh, kalau ahli sukan, ahli sukan yang menutup aurat, penghubur yang tidak melanggar batas-batas syariat, penyampai berita yang takut untuk berdusta, usahawan atau peniaga yang memberatkan sembahyang, dan kalau kita membentuk dasar pendidikan, biarlah pendidikan yang betul-betul bersepaduyang akan melahirkan pelajar yang berakhlak, anak muda yang berjiwa agama, begitu juga dalam bidang tentera, yang kita mahukan tentera yang inginkan mati syahid, kalau hartawan, hartawan yang perihatin akan masalah ummah, kemudian kita mahu ekonomi yang jauh dari amalan riba, politik matang dan bertanggungjawab serta kita ingin serlahkan segala keindahan dan kesyumulan Islam yang diacu oleh Alquran dan hadis yang sesungguhnya tercurahlah rahmat Allah dan hidayahNya kepada kita semua.

Sebab itu kita merasa amat malang, apabila sistem atau undang-undang yang ada hari initerbukti gagal dalam membentuk umat, tiba-tiba kita masih tidak mahu insaf untuk kembali kepada agama Allah, Setelah jelas segala kepincangan, keruntuhan, kekeliruan yang berlaku didepan mata adalah hasil dari acuan yang sedia ada, kita pula masih sombong dan berdegil mempertahankan ianya sebagai sistem yang terbaik, Sedangkan Allah telah bertanya kepada kita dalam Al-Quran ;
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah. (AlMaidah 50)


Tuan-tuan Sidang Jamaah Yang berbahagia,

Dengan ini kita sangat-sangat mengharapkan agar bulan hijrah kali ini benar-benar memberi erti kepada kita dan kepada umat Islam seluruhnya, Ingat, bahawa hidup ini sama-samalah kita jadikan redho Allah sebagai matlamat utama dalam apa jua yang kita lakukan dan cara hidup kita biarlah ianya sangat hampir dengan apa yang telah ditinggalkan oleh Rasullullah SAW.

Yang berlalu biarlah berlalu, kini kita tidak rela membiarkan maruah Islam terus menerus diperdaya oleh gemerlapan dunia dan kita juga tidak rela membiarkan maruah Islam terus dipijak, dipersenda oleh musuh-musuh agama Allah.

Atas nama hijrah, atas nama pengorbananmarilah tuan-tuan, jangan ada pun yang terkecuali dari duduk bersama-sama merasai arus perubahan ini, Sekali lagi ingat!.. bahawa bangsa atau umat yang tidak mahu berubah, pasti akan diubah oleh Allah dengan cara ditimpa ke atas mereka kemurkaan dan bala bencana yang maha dahsyat. Dan diakhirat pula tidak ada tempat yang lebih layak melainkan azab neraka.

۞ قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (AzZumar 53).

Poligami - Berbohong Perkara Biasa..

Salam Sejahtera...

"Mesti Pandai Berbohong, Mesti Pandai Temberang......" Itulah senikata lagu dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Madu 3. Nampaknya apa yang dikatakan oleh beliau itu ada kebenarannya.

Budaya berbohong ini untuk poligami dalam masyarakat Melayu Malaysia ini nampaknya adalah perkara biasa... Melainkan Kumpulan Al-Arqam atau kini dikenali Rufaqah, mereka memang betul isteri pertama selalunya tolong carikan madu buat suami tersayang, aku tau kenapa perkara sebegini berlaku dalam Al-Arqam, tapi biarlah dahulu...cukup buat pengetahuan diriku sahaja...

Sebelum ini kecoh seketika, artis yang juga pendakwah Popular yang Pro PAS Akhil Hai, pun melakukan perkara yang sama.. menafikan apa yang berlaku, tup-tup berubah 360 darjah lain cerita... !!!,

Dua tiga hari lepas, kecoh lagi... Orang UMNO Sabah pulak, keluarlah kata-kata ... saya bukan lelaki kacak buat Zitee.. phorrdah.. cakap mulut lain.. dalam hati lain.. oiii aku pun jantan juga.... memang hang temberang betul..

Bila sebut poligami, kekawan aku kata double barrel, stesyen 2 dan macam-macam lagi... oii sapa tak mau nak ubah selera,, teringin juga ubah tempat... tetapi bila ingat satu tulisan TGNA, orang Poligami kalau tak berlaku adil pada isteri-isterinya kat akhirat nanti bangun berjalan senget..., mungkin itu pasal agaknya TGNA ada satu ketika dulu ada anak gadis berumur 18 tahun sanggup nak menjadi isteri beliau, tetapi dengan penuh keikhlasan TGNA tolak.... tidak pula heboh akhbar-akhbar mengenai kes itu, tak seperti isu tajaan pergi Mekah, riuh rendah bagai nak rak.

Itulah TGNA, apa yang beliau mengajar, itulah yang beliau praktikkan... Tak seperti pemimpin UMNO dan yang lain-lain, lain dimulut lain pulak apa yang dilakukan.. memang cakap tak serupa bikin...


1 - 0, 1 Muharam, 1Malaysia

Salam Sejahtera..

Huhh.. lega.. kenapa.. Malaysia menang 1-0, semalam rakyat Malaysia disajikan siaran perlwanan bolasepak secara langsung dari Laos melalui 2 channel TV percuma TV2 & TV3.

Hampir semua rakyat tertumpu depanTV semalam, termasuk aku dengan anak-anak..

Entahlkah, bagaimana program yang selalunya dirancang sebelum ini bila nak masuk awal tahun bulan Islam, serlalunya masjid-masjid ada program majlis membaca doa akhir dan awal tahun, walaupun perkara ini aku sekali pun tak pernah hadhir, kenapa.. entahlah.. malas aku nak nak jawab..
Apakah kerana adanya siaran langsung bola sepak semalam program tersebut dah tak dengar ada ke tidak!!

Apa pun kemenngan 1-0 malam tadi di Laos menjadi penyelamat, kebanyakan blog-bloger pun berminat nak tulis atas kemenenangan team Malaysia semalam, mereka semua terlupa seketika apa yang berlaku dalam negara, malah bab Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mohktar dan artis Zizie senyap seketika, Bab SPRM dapat perintah mahkamah Rayuan boleh siasat saksi melebihi waktu kerja pun kita pakat senyap juga.

Dalam pada itu Kerajaan BN terus memwarwarkan bayaran taarif TNB bawah RM20 akan dapat penguacualian sampai Dec 2010, hangpa tunggula, depa huloq sekupang, lepas tu dia kebas RM2.00, itulah konsep kapitalis UMNO....

PM 1Malaysia dah mula bersuara, dengan muka kembang semangkok sekejap tadi dia dah berucap diatas kemenangan 1-0 tersebut, fuhh lama juga kat TV... selamat... banyak isu lain tertutup seketika....

Walau apa pun Tahniah Pasukan Malaysia.. Moga-moga dengan kemenangan ini membuatkan ada pihak teringin sangat nak ambil alih pegang jawatan Presiden Pafa dari DS IR Nizar.. he he.. Jawatan Pegawai Masjid depa dah dapat.. Terpaksa Pengarah JAIP mengikut kehendak mereka... Biarkanlah.. mereka sanggup dah pikul amanah Allah,, Biarkan mereka menang didunia....



Thursday, December 17, 2009

Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Kerajaan!!

Salam Sejahtera...

Apakah keadilan yang dilaung-laungkan keluhuran undang-undang dalam negara ini masih ada lagi buat rakyat marhaen ..., susah nak diperkatakan...

Apa yang bermain dikepala sekarang undang-undang yang dibawa ke mahkamah sekarang ni tenggelam timbul, bila kat mahkamah tinggi tunggu punya tunggu nak kes, menang, pihak yang kalah tak puas hati pi mahkamah tayuan rayu pi... menang pulak pihak yang kalah sebelum ini, pihak yang menang sebelum tu kalah di mahkamah rayuan bawa pula kes ke mahkamah persekutuan, rayu 11 hakim, tak layan, minta 9 hakim depa diam, rupa-rupanya 5 juga juga seperti sedia ada, itu pun dah nak masuk dua bulan tak boleh bagi keputusan, dengar cerita dakwat pen yang tuan-tuan hakim pakai tak ada stok, tu yang tak ada jawapan sampai sekarang...

Tangguh kes, lewat lain, pendam tak mau bagi tau keputusan pulak satu hal.... hebat Malaysia nikan 1Malaysia.

Kes yang terbaharu sebelum ini mahkamah tinggi dah buta keputusan saksi-saksi hanya boleh disiasat oleh SPRM dalam waktu kerja sahaja, SPRM pulak tak puas hatu, sebab staf=staf SPRM ni semua rajin kerja, kerja lebih masa tak bayar overtime pun tak apa, khidmat untuk 1Malaysia.. kes di mahkamah Rayuan... rayu dan pujuk mungkin berlaku, Rayuan diterima .. SPRM boleh menyiasat bila-bila masa....Hebatnya mahkamah Rayuan Malaysia, semua yang mustahil boleh jadi nyata... apa mau kira .. aku ada kuasa, mati esok lain ceriita... ini dunia...isk-isk kesian kat hakim-hakim tu, kerana jawatan terpaksa ikut kehendak mereka.....
Berita berkaitan : mstar
Mampus UMNO..... Ameen







Jahatnya UMNO Perak..

Salam Sejahtera..

Kalau sebelum hari raya Eidul Fitri yang lalu, Pengarah JAIP yang baru iaitu Tuan Sheikh Mohd Nor Mansur Alhafiz telah dituduh melambat-lambatkan peruntukkan wang bantuan (ehsan) buat bilal-bilal dan siak di seluruh negeri Perak.

Namun kini yang terbaharu beliau sekali lagi dituduh mempolitikkan isu perlantikan Pegawai Masjid, habis satu kes, depa cari lagi satu kes buat isu supaya Tuan Sheikh Mohd Nor tidak senang duduk dikerusi panas Pengerusi JAIP,.

Aku mengenali TS Mohd Nor ni dah lama dah, sejak tahun 85 lagi, waktu tu beliau mengajar kitab tafsir Fizilal Quran, jadi segala tohmahan terhadap beliau oleh UMNO aku harap janganlah sesiapa yang mempercayainya.

Mungkin UMNO dah panas dah, nak lantik sesiapa pun menjadi pegawai masjid pun ada etikanya, seperti dibawah...



Be1. Beraqidah Tauhid

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لآَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَ ئِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لآَ إِلَهَ إِلاَ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Maksud Nya : “Allah menerangkan (kepada sekelian makhluk Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbirkan seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian) tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa , lagi Bijaksana.” Surah Al Imran Ayat :18


2. Sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tugasnya sebagai pimpinan agama:

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي

الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ(122 )

Maksud Nya: “Dan Tidaklah (betul dan elok) orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang : oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaum mereka (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).”Surah At Taubah Ayat : 122


3. Beramal : إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ Maksud Nya : “Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh”Surah Al Asr Ayat : 3


4. Ikhlasوَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ Maksud Nya : “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada Nya.”Surah Al Baiyyinah Ayat : 5


5. Benar dalam percakapan dan tindakan :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ (119 )Maksud Nya : “Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kamu kepada Allah , dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar.” Surah At Taubah Ayat : 119


6. Amanah kepada Allah dan tugas :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ(27)

Maksud Nya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui (salahnya)” Surah Al Anfal Ayat : 27


7. Berani dan tegas terhadap kebenaran :

إِلاَّ تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلاَ تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ(39)

Maksud Nya :

“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah) akan menyiksa kamu dengan azab siksa yang tidak terperi sakitnya , dan kamu tidak akan dapat mendatangkan mudharat pun kepadanya (ingatlah) Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Surah At Taubah Ayat : 39


8. Sabar : يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ(153)

Maksud Nya :

“Wahai sekelian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan perintah Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”

Surah Al Baqarah Ayat :153


9. Berakhlak mulia dalam tuturkata dan budi bahasa : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ آلأَخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا(21)

Maksud Nya :

“Demi sesungguhnya ! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah contoh ikutan yang baik bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat , serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” Surah Al Ahzab Ayat : 21


10. Gemar kepada kerja-kerja kebajikan dan benci kepada segala bentuk kemungkaran: كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ َ

Maksud Nya :

“kamu (Wahai umat Muhamad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan nagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah” Surah Al Imran Ayat : 110

11. Tawadduk:

وَلاَ تَمْشِ فِي اْلأَرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ اْلأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولاً(37)

Maksud Nya :

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung ganang”. Surah Al Isra’ Ayat : 37

12. Zuhud : وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ(185)

Maksud Nya :

“Dan (Ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”.

Surah Al Imran Ayat : 185

13. Bersih jiwa perasaan, badan, pakaian dan kediaman :

يَابَنِي ءَادَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلاَ تُسْرِفُوا إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ(31)

Maksud Nya :

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah, berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat”.

Surah Al A’raf Ayat : 31

14. Tepat pada janji :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ

Maksud Nya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian”

Surah Al Maidah Ayat : 1

15. Pemurah

:وَلاَ تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَى عُنُقِكَ وَلاَ تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا(29)

Maksud Nya :

“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabisnya” Surah Al Isra’ Ayat : 29

16. Bijaksana

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Maksud Nya :

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhamad) dengan hikmah kebajikan dan nasihat pengajaran yang baik”.

Surah An Nahli Ayat : 125 Adalah diharapkan agar Etika Imam ini dapat memandu para Imam dalam menjalankan kewajipan mereka serta membantu meninggikan lagi kewibawaan Imam sebagai pimpinan masyarakat, pembawa kemakmuran sekaligus pengurusan masjid dapat dipertingkatkan di bawah pimpinan Imam-Imam yang berketerampilan. Firman Allah:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَءَاتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ(18)

Maksud Nya :

“Hanya Sanya yang (layak) memakmurkan(menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah. (Dengan adanya sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka tergolong dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. Surah At Taubah Ayat : 18


Sekian, Terima kasih

Disediakan Oleh Imam BesarMasjid Sultan Idris Shah Ke II Ipoh(Masjid Negeri Perak) 12 Zulkaedah 1420H17hb. Februari 2000


Sumber : jaipk.

Jadi buat sesiapa yang teringin sangat nak jadi pegawai masjid, kalau tak ada sifat-sifat yang disebutkan itu, lebih baik tak payahlah... awak hanya sesuai jadi bouncer kat kelab dangdut saja.....


Berita Berkaitan: bharian.


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari