boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, March 24, 2011

Apa Kata UMNO!.. Bagaimana kisah ini selanjutnya.....

Salam Sejahtera..,

Nampaknya pemimpin PR terutama dari PKR asyik bertahan sahaja apabila diserang bertalu-talu oleh UMNO, sehingga tak sempat nak mengimbau balik banyak lagi kes-kes tertangguh yang seakan-akan dilupakan dan mungkin terus dilupakan..

Salah satu kes berprofail tinggi mengenai kes akuan bersumpah....



Apa cerita dengan Mamat PI Bala, sebelum ini aku dengar cerita SPRM akan ke London untuk menemui PI Bala, namun entah di mana silapnya sampai hari ini senyap tanpa cerita.....

Entah-entah PI Bala pun sekarang dah kaya agaknya....Kesian Altantunya.....

Antara 2 wajah ....

Salam Sejahtera...

Semalam ada dua peristiswa bersejarah buat segelintir rakyat Malasyia...,

Pertama, lihat wajah-wajah anak-anak dan ibu-bapa yang penuh ceria bilamana anak-anak mereka mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun lalu..... Tahniah....;


Kedua, semalam juga akhbar memaparkan wajah-wajah jantan celaka, itu sahaja yang boleh aku katakan...Trio celaka.....


Ya Allah, kau berilah petunjuk ke atas ketiga-tiga jantan melayu yang telah membuat fitnah ke atas pemimpin-pemimpin kami Ya Allah... Kau laknatlah mereka dan kawan-kawan mereka yang sama-sama bersubahat membuat kerja-kerja fitnah ke atas pemimpin-pemimpin kami Ya Allah...

Hanya pada mu jua kami mengharap dan berserah Ya Allah... Amin Ya Rab Alamin...


Wednesday, March 23, 2011

Dato Seri Hishamudin Tun Hussein - Apa tindakan anda..

Salam Sejahtera,

Dato Seri,
Selaku Menteri Dalam Negeri, apakah tindakan anda yang menjaga pasukan keselamatan, terhadap perbuatan Trio-trio ini,

Mereka telah membuat pengakuan dengan sukarela.... seperti mana yang dilaporkan di NST Online dan Beritaharian Online.

Kita semua sedia maklum, pihak Polis yang sedia berkhidmat kononnya,, Dato; Seri sendiri mempertahankan Polis yang tidak terlibat, hanya akan melaksanakan tugas jika mendapat kebenaran atau pun diarahkan... Bolehkah diandaikan jika polis tiada mengambil apa-apa tindakan terhadap trio-trio gampang maka sahlah polis pun turut terlibat..

'WE ARE DATUK T': Former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (top, with sunglasses) and businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah beside him held a press conference today to clarify that the mysterious Datuk T who was behind the recent 'Anwar sex video' is actually three people comprising themselves and Perkasa treasurer Datuk Shuib Lazim. - Pictures by SYARAFIQ ABD SAMAD
Mar 23, 2011 6:47 pm


,AHLI perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah (kiri) bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengadakan sidang akhbar mendedahkan identiti 'Datuk T' berhubung video seks membabitkan pemimpin pembangkang di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, petang tadi. Rahim mengakui beliau bersama Shazryl Eskay dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang membawa maksud 'trio' bagi merujuk mereka bertiga. - Foto Syarafiq Abd Samad Mar 23, 2011 6:50 pm





Anda mempunyai wajah seperti mereka ini.... Silalah..

Salam Sejahtera..
Buat semua rakyat Malaysia, tak kira apa keturunan, dan lelaki...

Berupa wajah seperti di gambar sebelah, apa bangsa tak kisah, bermata sepet, berkulit putih, tubuh badan sebaya, kalau melayu boleh bertutur stail telo Cina cakap melayu dengan sedikit gagap-gagap.....







Atau seperti wajah di gambar ini, berwatakkan seorang yang alim, ada janggut yang beruban kaler putih, kena pandai bertutur (goyat) bahasa Kelate dan sehat tubuh badan....














Wajah yang paling dikehendaki, seperti di dalam gambar ni,,, ada sedikit talent yang boleh menyamai dengan individu ini akan diberi keutamaan......











ANDA AKAN DITOLAK SEKIRANYA MEMPUNYAI PERUT BOROI SEPERTI GAMBAR DI BAWAH INI........




JIKA ADA SESIAPA YANG BERMINAT SILA DATANG KE SESI TEMUDUGA DAN UJI BAKAT BERTEMPAT DI HOTEL SERI CARCOSA KUALA LUMPUR...
DATANG DENGAN SECARA DIAM-DIAM,,, JANGAN HEBOH-HEBOH, DAN BERTEMU DENGAN WAJAH-WAJAH DI BAWAH INI...



Tuesday, March 22, 2011

UMNO lebih bemaruah..


Salam Sejahtera..
Bila aku terbaca satu artikel di blog pencacai UMNO... Rasa nak berguling-guling aku bila satu soalan bodoh yang dilontarkan oleh penulis yang cuba nak membangangkan pembaca terutama umat melayu mazhab UMNO...


Baca seterusnya DI SINI

Tak apalah, biar aku yang bagi kredit.. diantara Anuar Ibrahim dengan Chua Soi Lek, UMNO sahaja yang lebih bermaruah, bukan sahaja setakat di Semenanjung Malaysia, malah di Sabah Sarawak, lebih lagi,, di sekitar jajahan Asia Tenggara melangkaui Asia, UMNO lebih bermaruah, malah hingga ke peringkat dunia, keseluruhan makhluk dunia, manusia, jin syaitan dan binatang semuanya tahu yang UMNO lebih bermaruah... UMNO bermaruah..

Tak payahlah aku nak kena ulas kenapa UMNO 1Malaysia lebih bermaruah, moga-moga selepas PRU13 nanti UMNO akan jadi arwah.. Amin ya rab bal alamin....

Monday, March 21, 2011

Jawatan Kosong - Diperlukan dalam kadar segera!!

Salam Sejahtera;
Dalam nak menempuh iklim suasana politik 1Malaysia, yang penuh dengan cabaran, satu jawatan kosong yang paling mencabar amat-amat diperlukan dengan kadar segera...

Butir-butir jawatan dan deskripsi tugas adalah seperti di bawah....




JawatanJurukamera (photo & video) professional. Ala-ala paparazzi..

Tugasan UtamaMengambil gambar-gambar pemimpin yang melakukan aktiviti maksiat dan haram tetapi halal di sisi UMNO..

Berminat – Boleh hubungi :

1. Datuk Seri Choi Sua Lok – Presiden Parti Cukong

2. Mr Datuk T.

3, Blogger PapaGOMO,

4.Blogger Parpukari

5. Blogger SiLuncai dan Pendita Kainsingkat....

Sunday, March 20, 2011

Satu lagi kerja bidaah orang melayu....

Salam Sejahtera..

Sering dok terfikir berlegar-legar dalam fikiran apa yang berlaku di dalam keluarga orang-orang melayu, kerana apa yang dipraktikkan selama ini, entahlah, sebelum ini jikalau 20 tahun yang lalu, tak ada pun..

Entahlah, kalau tak silap perkara sebegini dipelopori oleh artis -artis melayu, sehinggakan ada yang sanggup pi ke Mekah, bernikah di Masjidil haram..

Yang rasa seronok dan rilek ialah Tok Naib atau juru nikah, tak payah nak kelam kabut, tunggu kat masjid aja, pihak yang nak menikah datang
mencarinya..

Namun hari ini alhamdulillah, ada lagi tokoh-tokoh alim ulama
berani menerangkan hal yang sebenar.... moga-moga jadi perhatian buat semua ibu bapa yang nak bermenantu.... .


Bahasa

Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah, kata Majlis Fatwa Perlis

March 20, 2011

KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. — Bernama


Kantoi.. Gambar Puteri UMNO dengan Ketua cawangan ......!!

Salam Sejahtera..

Kantoi lagi, ada lagi saki baki ahli-ahli UMNO yang tak bersofan sungguh, kalau ya pun dah suka sama suka, janganlah dok tunjuk perangai buruk laku kepada orang...

Pi masuk dalam hutan no,,, buatlah apa pun,,, ini tidak,, nak menunujuk-nunjuk pulak..., memang dasar UMNO dahulu kini dan selamanya...

Hangpa nak tengok ka..., sebelum nak tengok istigfar banyak-banyak....


Klik di DI SINI.







Berita Pelik... Apa yang dah berlaku ni...

Salam Sejahtera,

Apa muslihat atau ada sesuatu yang tersirat?.. Wallahhuaklam...;

Cuma dok terfikir..., kalaulah apa yang dirancang tu berjaya dan mencapai matlamat...., apakah semua ahli UMNO Besut tu semua pakat-pakat isi borang jadi Ahli PAS!! Ke guano...;

Lah ni tok sahlah dok buat haru biru, bagi bertambah celaru,,, jom gi lawan BN di Sarawak tu dulu, gi perjatuh Taib tok Uban tu...

., ;

PRU Sarawak - Pengundi Sarawak jangan tertipu....

Salam Sejahtera...
Taib akan akan berundur, itulah tajuk muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini..
Apa pun baca dulu bagi habis, jangan sekadar membaca tajuk besar sahaja...


Bila si mangkok tua ni nak berundur... hangpa baca sendiri " "Kemungkinan saya akan bersara adalah sudah dekat, saya akan mengetuai pilihan raya nanti tetapi hanya untuk memastikan semua perkara berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dilahirkan," Baca seterusnya DI SINI.

Kalau nak belah tu, belah sahajalah, apa orang lain tak boleh nak mengetuai entera BN sarawak ka?..

Apa yang aku dok nampak, habuan untuk anak menantu dah selesai dah, habuan untuk bini baru anak arab Lebanon tu yang belum selesai lagi,,, jadi dengan muka tak tau malu,, terpaksalah nak memerintah Sarawak lagi.. tengoklah dalam gambar tu, mengkal lagi tu.. tu yang semangat muda menjalar kembali... ..

Peluang dah terbuka luas buat Pakatan Rakyat, buat PKR janganlah dok gelojoh sangat nak bolot kerusi, agih-agihlah kepada rakan-rakan yang lain.... Ingatlah semangat Sibu,,, sebelum nak menuju ke Putrajaya atau pun nak lagi ke penjara... .

Saturday, March 19, 2011

Lu siapa?.. Along atau tawkeh ayam....

Salam Sejahtera,

Memang betui punya cilaka apek Chua Soi Lek ni.., sahabat baik gerombolan UMNO,,.


Apakah kepala otaknya masih seperti apa yang ia lakukan sebelum meletak jawatan dahulu,,, sentiasa nak kepada empat mata sahaja...

Suka-suka lu saja, lu ingat lu siapa,,, sama orang UMNO lu boleh bikin apa yang lu suka... tiiow na seng lu...

'Pertemuan empat mata Nik Aziz-Chua tidak munasabah'
Abdul Rahim Sabri
Mac 18, 11
5:51pm
Syarat yang dikemukakan MCA yang mahu bertemu empat mata dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mendapat penjelasan berhubung pengharaman penjualan tiket loteri dianggap sebagai satu syarat yang 'pelik'.

Menurut setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata 'tidak munasabah' syarat yang diletakkan oleh presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek sedangkan Nik Aziz mempunyai barisan exco, pegawai termasuk pembantunya.

"Adalah tidak munasabah meletakkan syarat (bertemu) satu sama satu. Saya rasa pelik. Tidak munasabah kerana tok guru kena ada pembantu, exco dan pegawai-pegawainya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Bahkan dengan nada menyidir, Ahmad Fadhli yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan juga pelik mengapa presiden MCA "suka bertemu satu sama satu".

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata pihaknya "tidak boleh memenuhi" kalau syarat itu diletakkan oleh Chua sepertimana yang dilaporkan sewaktu presiden MCA itu mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu, Ahad lalu.

Dalam sidang media itu, Chua dilaporkan berkata pihaknya "tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS".

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua.

Bagaimanapun Ahmad Fadhli sekali lagi menegaskan kesediaan Nik Aziz untuk bertemu dengan pemimpin MCA tanpa syarat sepertimana yang dilaporkan sebelum ini.

"Nak berjumpa dengan Tok Guru (Nik Aziz), tak ada halangan," katanya sambil menambah pihaknya belum menetapkan tarikh pertemuan tersebut seperti yang diminta MCA.

Ditanya mengapa pihaknya masih belum berbuat demikian, Ahmad Fadhli berkata Nik Aziz mempunyai urusan dan beberapa exco negeri kini berada di Eropah.

Keputusan tarikh pertemuan itu dijangka diketahui minggu depan, tambah Ahmad Fadhli.

Calon Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pertama dicalonkan..

Salam Sejahtera;
Berita yang dimaklumkan dari blog MSO, pimpinan sudara Tuan haji Mohamad Sabu teah dicalonkan sebagai Timbalan Presiden PAS...



Satu perkembangan masa depan PAS yang cukup baik... Tahniah buat ahli PAS Kubang Kerian, nampaknya mereka mencalonkan bekas YB mereka satu ketika dahulu..

Friday, March 18, 2011

Dah buta agaknya Mufti Perak...

Salam Sejahtera;

Tak tau nak kata apa lagi, hangpa pakat-pakat perhatikan dalam gambar yang dah berapa lama aku paparkan, apa yang si Zambri lakukan... tup-tup Mufti Perak masih lagi nak mempertahankan...

.




Wednesday, March 16, 2011

Apa itu saman Ekor - Penerangan buat yang tidah tahu...

Salam Sejahtera...

Petang tadi sementara nak balik kerja sempat tengok ucapan bahas titah diraja oleh ahli Parlimen Kalabakan Ghafur Salleh, bagi aku dia ni layak digelar pembangkang UMNO dalam UMNO, ucapannya banyak menghentam UMNO selama ini, apa yang aku dok peratikan...
Petang tadi ia sentuh isu saman ekor, ia sendiri kena, katanya samannya dah tak boleh dibayar saman lagi, kena naik mahkamah, itu yang JPJ maklumkan, ia beli kereta tahun 2008, saman yang dikenakan tahun 1996, tudia, hebat JPJ buat kerja, betuilah saman ekor, ia tak tengok kepala....

Si Gahafur ni tanya, kalau ia naik mahkamah, ia terpaksa bawa lawyernya, biasalah orang UMNO... lagak mana mau kurang..., jadi kos bayaran UMNO tu siapa mau bayar, ia tanya dalam parlimen, belum sempat habis ia bercakap, bangun lagi sorang makluk pembodek UMNO ahli Parlimen Seri Gading, berucap meminta kerajaan menangguhkan lagi pembayaran saman 50%....

Nampak tak, seri gading cuba nak tutup kelemahan kerajaan, kemudian merayu supaya sambung lagi pembayaran,,, bijak depa ni berlakon,,, jadi dengan slogan rakyat didahulukan, duit rakyat depa tibai lagi, walaupun 50%, tetapi sepatutnya kita tak perlu bayar walalu sesen pun...

Jadi sebagai pengethauan untuk para pembaca, aku scan balik pamplet bab saman ekor ni, jadi pakat-pakat baca dan sebarkan, pakat-pakat jangan bayaq kalau boleh... yang mana dah bayaq macam aku nak buat macam mana dah terlepas dah..., namun aku tak halal dunia akhirat atas perbuatan mereka mengcekik rakyat...


















Muktamar dan pemilihan PAS 2011.. Aku cadangkan Dr Mujahid sebagai calon Timbalan Presiden.

Salam Sejahtera.
Pagi tadi buka saja Malaysiankini terkejut seketika aku... sebabnya dah bermula, apa yang mula.. kempen, entahlah tak tau aku nak identified apa ... hangpa nilai sendiri... DI SINI dan juga DI SINI

Kemudian bila masuk kat blog MSO, pun ada juga isu-isu yang lebih kurang serupa,, sila baca DI SINI .


Sebelum, sengaja aku buka topik isu ini di Facebook aku Nak tengok pandangan kekawan, walaupun ada seorang dua yang tak bersetuju namun nampaknya majoriti memberikan jawapan yang positif...

Apa yang aku tahu dalam parti PAS tak seperti dengan UMNO, jauh berbeza umpama langit dengan bumi..., UMNO tidak melaksanakan semangat demokrasi seperti mana yang dilaung-laung selama ini..., Hak ahli untuk memilih sesiapa pemimpin mereka di sekat dengan secara terang-terangan demi untuk mengelak perpecahan parti... alasann......

Jadi di sini dengan secara resminya aku memaklumkan, blog Manjungmari mencadangkan Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai calon Timbalan Presiden PAS.

Di sini aku mengharap, mana-mana pembaca yang juga ahli-ahli PAS yang bersetuju dengan cadangan blog MM bolehlah mencadangkan dalam mesyuarat agung kawasan masing-masing.

Selamat bermesyuarat...


Tuesday, March 15, 2011

Apakah ini secara kebetulan...ada peluang aku....

Salam Sejahtera,,

Posting aku yang sebelum ini, mengenai nak jimat elektrik, dan nampaknya da juga yang berminat nak tahu berapa value capacitor tu,.. mana boleh bagi tahu hakcipta orang punya,, salah dari etika tu,,, dan ada juga booking nak sebiji,, namun aku tak boleh bagi lagi, sebab aku baru cuba balik, kena tunggu sebulan lagi, bila bil letrik sampai baru boleh tahu, berjaya atau tidak apa yang aku dengan kawan aku buat...

Cuma apa yang aku nak sebut, dalam dok sembang bab jimat letrik,, tup-tup keluar pula berita paling gumbira buat pengundi UMNO BN di Merlimau, Kerdau dan juga Tenang.., mereka dapat lagi satu berita gumbira...

Tarif elektrik mungkin naik dalam 6 bulan
Hazlan Zakaria
Mac 15, 11
7:04pm
Tarikf elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

NONEIa dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Fong bertanya menteri berkenaan sama ada akan terjadi peningkatan atau semakan terhadap tarif elektrik dalam tempoh setengah tahun lagi.

Chin bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kerajaan akan menjalankan penyelidikan terperinci sebelum menguatkuasakan sebarang kenaikan tarif.

Tambahnya, kerajaan akan sentiasa memastikan bahawa apa sahaja tarif baru hendaklah datang bersama keselamatan bagi melindungi pengguna, terutamanya yang berpendapatan rendah.

[Baca berita penuh]

Cuma di sini kalau ikut adat resam resmi turun temurun UMNO laknatullah, tak ada yang tak benar melainkan benar belaka....walaupun perkataan "mungkin naik", Jadi sama-samalah kita tunggu, harap-harap PRU13 berjalan dahulu dalam masa 6 bulan ni, dan nampaknya Najib dalam ucapannya di Berita TV mengatakan Malaysia tak akan jadi seperti di utara Afrika, rakyat demontrasi, sebab majoriti pengundi di PRK Merlimau dan Kerdau ada peningkatan, ini bererti rakyat menyokong kepimpinan BN... tu dia....... tahniah Najib....

Dalam Nak berjimat?.Terkena juga rupanya...!!

Salam Sejahtera,,
Dalam kehidupan seharian sekarang ini kita masing-masing ingin meneruskan kehidupan dengan hidup berjimat cermat...

Kalau kenderaan seperti kereta, ada alat penjimat minyak fuel saver, keberkesanannya.. entahlah sebab aku tak pakai... tak berapa yakin,, kalau betul boleh jimat kenapa kilang pengeluar kereta tak sediakan untuk keberkesanan masa depan kereta tu...

Cuma yang aku nak highlightkan alat penjimat letrik, seperti gambar dibawah.. .


Benda alah ni aku beli sewaktu dipromosikan dekat Giant Manjung, ini kerana terpesona dengan penerangan dan bukti-bukti yang ditunjukkan kepada aku, terbang duit aku sebanyak RM199.00,

Balik rumah penggunaannya, memang ada kesan, dalam sat bulan penggunaan elektrik dapat jimat lebih kurang RM20 - 25 sebulan.., ini anggaran congak aku.., Oklah tu, taklah rasa rugi aku beli...

Tapi entah macam mana, baru 6 bulan lebih kurang aku pakai, satu malam, aku dengan bunyi benda meletop, pergi lihat benda alah ni, dah berbau hangit, automatic breaker dah off, terpaksa aku cabut keluar, ikutkan ada jaminan 5 tahun kononya, tapi lu nak cari kat mana, beli main ikut ejen aja,,, buka ada kedai tetap...,

Ambik ketetapan, suruh kawan yang mahir dengan bidang elektrik suruh dia buka, janganlah dok pi suruh ostad Kazim yang buka, tak maunya, setakat jampi dan doa ostad tu tak boleh pakai,, kenapa ni,, sebab waktu aku dok cerita aku tak sehat, ada mangkok hayun suruh pi minta maaf dengan ostad Kazim, depa kata aku hina dia...., tak payahlah... aku dah sehat dah,,,

Bila dah dibuka, dalam kandungan smart saver ni isi kandungannya hanya seperti dalam gambar di bawah ni... ...


Apa yang ada, 1 capacitor, itu yang meletop tu, connector untuk 4 way, fuse 5am dengan carriernya, dan suis berlampu, accessories luar ialah 1 kaki cable 3 core, 13amp 3pin plug, dan 1 kotak (box plastik) yang mana kalau nak kira harganya tak sampai RM30.00.

Tetapi pembuat ni memang smart, kat capacitor tu, di buang tellynya, tak tau berapa dia punya UF dan sebagainyanya, nasib baik kawan aku ni, cekap, ada alat yang boleh check...., he he,, boleh pi cari kat kedai spare-part elektrik.... ...


Harga kat kotak tulis RM45.00, bila nak bayar, tanya towkey kedai hanya RM15, itu pasai aku kata, budjet kos buat benda alah ni tak sampai RM30.00, depa jual RM199.00..... Smart kat depalah.... bukan aku saja yang terkena, rasanya ramai lagi....

Monday, March 14, 2011

Adilnya saman ekor !.....

Salam Sejahtera...

Sebentar tadi sempat seketika melihat ucapan terakhir Presiden PAS membahas ucapan perasmian yang diPertuan Agung di Parlimen, salah satu mengenai saman ekor, tujuan saman itu ialah untuk mendidik rakyat, itu yang sepatutnya, bukan mendera rakyat,,

Kenapa ekor sahaja yang nak di saman.... Kepala kenapa tak disaman.!!!!

Cuba perhatikan gambar di bawah ni,, boleh percayakah dengan saman ekor,,

GURU agama, Abdul Wahab Tampal menunjukkan saman trafik dan notis yang diterima di samping motosikal Honda 70cc-nya ditemui dirumahnya, di Kampung Telok Durian, Kupang, Baling, Kedah 14 Mac. Dia disaman kerana memandu motosikal melebihi had laju di Jalan Alor Setar-Butterworth tiga tahun lalu. - Utusan/AZMAN MD NOOR

TERKINI

Guru agama disaman bawa motosikal lebih had laju

14/03/2011 4:03pm

BALING 14 Mac – Seorang guru agama yang kabur mata kiri terkejut apabila menerima saman trafik atas kesalahan menunggang motosikal melebihi had laju di Km 46 Jalan Alor Setar-Butterworth, tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang mengalami masalah kabur mata kirinya berkata, selain tidak pernah melakukan kesalahan melebihi had laju itu, dia juga tidak pernah melalui jalan tersebut selama ini.

Dia yang hanya mampu menunggang motosikal tidak sampai 10 km di sekitar tempat tinggalnya di sini, hairan bagaimana dia boleh dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa antara 90 hingga 250 kuasa kuda.

Sedangkan, kata Abdul Wahab, dia hanya mempunyai motosikal Honda berkuasa 70cc dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau ke rumah saudara berdekatan.

"Saya hanya menunggang motosikal buruk berkuasa 70 cc sahaja itupun di daerah ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini hari ini.

Dalam notis saman yang diterimanya, Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PEX 9314 dan melakukan kesalahan tersebut pada 10 September 2008, kira-kira pukul 7.30 pagi. - Utusan


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari