boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, June 2, 2009

Kejadian bumbung stadium runtuh memalukan negara


Salam Sejahtera....

Menteri Baru Jabatan Kerjaraya 1Malaysia mengatakan kejadian bumbung runtuh AMAT-AMAT memalukankan negara... BACA DI SINI.

Betui tu.. aku sokong 100% memang memalukan.....

Cuma aku nak tanya sikit... siapa yang memerintah Malaysia ni..  Siapa yang mentadbir Negeri terengganu...Lee Kwan Yu... Chin Peng.... Banbang yudiyono.. Pak Gusdur...PKR..GOLKAR... ....

Buat Menteri JKR dato Shaziman... cakap mulut mau jaga.. lu baru ambik post Menteri lu boleh la  cakap... lu tunggu 1-2 tahun lagi.. berapa banyak lagi mau bangunan runtuh.. itu jam lu baru boleh cakap lagi ka tidak...


Muktamar PAS 55 - MSO merapu lagi...(1)

Salam Sejahtera...

MSO masih lagi tak puas hati...kalau yang sebelum ini ia cuba menulis menjawab balik tulisan blogger kick de fella, tetapi kali ini ia secara direct menghentam Husam lagi... Baca Di Sini.

Bagi aku tahap kemanusiaan yang ada pada MSO sudah sampai ke zero....sudah hilang pertimbangan.. aku tak tau nak kata apa lagi kepada makhluq Allah yang ini..apakah kerana komisyen kambing tu masih tak habis-habis lagi...

Tetapi kali ini ia cuba menaikkan imej Husam dulu, dengan setinggi-tinggi perhargaan, bila dia olak begitu tinggi umpama dia meletak lembing kat bawah dan membiarkan lembing itu menyula Husam dari bawah, itulah caranya ia nak membunuh manusia yang nak menegakkan syiar Islam.

Hangpa baca sedikit dari sedutan tulisannya... 
Barang kali juga selain Husam, Nik Aziz tidak nampak orang lain boleh menguruskan dan menjana ekonomi negeri, tetapi nak serah begitu saja juga tidak berapa ‘arap’, kata orang Kelantan. Kenapa Tok Guru tidak ‘arap’, sebabnya mungkin Tok Guru juga menilai Husam seperti mana saya menilai pemikiran, karektor cita-cita politik serta keperibadian Husam menerusi beberapa penulisan dan catatan saya mengenainya akhir-akhir ini.

 Ha ha kelakar... kalakar juga ya.. perasaan dia umpama TGNA, hidup menulis tiap-tiap hari dengan mengata adu domba kat orang.. perasan macam tok Guru... oii kencing dalam mangkok suluh muka tu dulu... malu la sikit... eeei geli aku....

Selagi hang tulis mengganggu orang nak melaksanakan Islam.. selagi itu aku pun kacau hang... itu janji aku.....


MOHON MAAF !!!!!

Salam Sejahtera!!

Gambar ni aku ambik dari blog Kick De Fella... silalah hangpa baca dan fahami keseluruhan intisari cerita dalam tu....

Kalau sapa yang tak berapa jelas.. tak ada masaalah.. boleh pakai spec mata, yang penting nampak jelas dan faham... isi kandungan cerita.....

Aku cuma nak ambik satu cerita saja.. cukup... Oii mangkok.. sabaq la... aku tak habis nak cerita... tak ku lapaq dah nak kempen untuk Dato Husam tu... dah banyak blog untuk kempen kat dia... Insyaallah, kalau Allah izinkan dia menang, maka pada 7 Jun nanti Timbalan Presiden lah dia... Dahhh aku dah melalut lain dah... 

Dari cerita dalam gambar ni aku nak tanya hangpa... sapa yang minta maaf tu, pasai apa dia minta maaf...
OKlah.. aku tanya aku jawab...padan muka hangpa...
Yang minta maaf tu orang UMNO.... pasai apa dia minta maaf... takut kena sama dengan Husam... jadi minta maaflah...kurang-kurang pun settlelah kat dunia... kat akhirat nanti lain cerita... situ mahkamah Allah sure adil....punya...

Di sini aku nak tanya kat saudara-saudara seperjuangan ku semua... apakah kita sanggup meminta maaf kepada sesama kita setelah kita melakukan kesalahan sesama kita dalam jemaah?!!!

YB Norzula Md Diah minta maaf sebab takut kena saman... OK.. takut hukum kat dunia.. lantak pi dia... Tetapi kita yang berjuang atas nama Islam.. ada juga diantara kita yang menyakiti antara satu sama lain,,, tambah pulak waktu ni pemilihan ni muktamar ni... tak kiralah Ustaz, ka Ulamak ka.. apa hangpa ingat Ustaz ada imuniti dengan neraka ... sorry Yob... sama saja......

Jadi termasuk dengan diri aku sekali yang asyik dok maki hamun aja... sama-sama fikiaqlah.. pakah kita ini dah bersedia untuk........

Runtuh - Apakah ini secara kebetulan...

Salam Sejahtera,...

Minggu lepas bangunan supermarket yang nak dirobohkan runtuh sebelum di robohkan... mengakibatkan berapa nyawa manusia terkorban... garis panduan kononnya akan dikeluarkan... itu kata PM 1Malaysia sebelum berlepas ke Korea...

Tup-tup tak lepas lagi nak lapang dada hari ini bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu pulak runtuh... baru setahun digunakan, kalau gitu masih ada gurantee tu... siapa pemajunya, siapa kontraktornya, siapa consultantnya, siapa menteri kerja raya... Samy Veloo.... oppp sorrry tamby... lu sudah pencen...lu Maika holding juga jaga... Itu jam kalu Datu Ir Mohd Zain ka...tak tau la sapa mau jawab....

Apa pun tarak risau punya... SPRM kita orang punya, tak ada hal punya, boleh kowtim, sikit saja... orang pun tarak mati... boleh tutup cerita....

Apakah runtuhnya bumbung bangunan stadium ini akan membawa runtuhnya UMNO di Terengganu. ishk, Ishk.iskh kesian kat penyu.......

Catatan Petang semalam 01/06/09 - DUN Pasir Panjang.

Salam Sejahtera....

Petang semalam, balik saja dari Pasar malam, sempat tengok sikit cerita Aqso& Madian TV9 habis jam 6.30 telefon aku berbunyi... rupanya MSK call, tanya malam tadi punya program, aku pi ke tidak... aku jawab aku pi, tapi aku tak posa.. aku ingat nak pi lewat sikit, disebabkan MSK, Dugong Darat dan Sya dan sampai, aku terpaksa kelam kabut mandi, pakai baju start motor pi ke tapak perhimpunan majlis berbuka puasa DUN Pasir Panjang.

Aku sampai, orang-orang dah ramai.... tak lama lepas tu nampak Nissan Sentra MSK dah sampai, Dugong yang drive MSK dok belakang jadi bos... BOS PerakExpress.
Dalam pukul 7 lebih MB Perak DS IR Nizar pun sampai bersama-sama pengiring dan VAN untuk kegunaan Pejabat Khidmat DUN.

Sempat berbual mesra dengan Ketua PAS Cawangan Sungai Wangi, Haji Hasbullah.. dulu dia ni bekas Jurulatih aku dalam Tentera, boleh tahan... tahun 83.....

Masing-masing mengambil tempat untuk berbuka puasa.....

Diadakan tahlil dan doa selamat.....

Masing-masing menunggu dengan penuh sabar waktu nak berbuka...

Bakal-bakal pewaris yang nak meneruskan perjuangan Islam.....

DS IR Nizar selesai mengimamkan sembahyang magrib dan membaca doa......

Ceramah ucapan alu-aluan oleh YDP PAS Kawasan Lumut....

Ceramah dari wakil DAP, pun turut serta.... menceritakan kejadian kes tangkapan polis sewaktu majlis makan malam di Sekolah Nan Hwa Stiawan kerana menyangkan video rampasan kuasa Sidang DUN 7 Mei 09.

Penceramah Utama oleh DS IR Nizar sendiri, banyak menyentuh isu-isu semasa yang bersangku paut dengan UMNO, menceritakan semula kejadian sidang DUN pada 07 Mei 09, rentetan perbicaraan kes mahkamah dan yang akhir beliau menasihati pasukan keselamatan terutama polis supaya menjalankan tugas ikut arahan berdasarkan undang-undang, bukan ikut arahan UMNO, nanti jika PR yang memegang tampok pemerintahan mereka ini akan di hina oleh rakyat. 

Apa pun pada pengamatan aku, DS IR Haji Nizar masih menaruh kepercayaan dan kesetian ke bawah duli paduka Sultan,, itu yang sering aku nampak, beliau masih menaruh pengharapan yang kuat kepada keadilan pihak istana... tapi bagi aku ...ohhh tidak...

Masing-masing tetap setia menunggu sampai habis....

Di sebelah luar sana pun tetap setia mendengar ucapan DS IR Nizar.



Inilah salah sorang insan penting buat DS IR Nizar, malam tadi aku bercadang nak kena khorma kambing, dah ambik pinggan dan nak isi nasi... tup-tup si dia ni tak mau, ajak MSK, Dugong dan Sha pi makan kat lain, aku terpaksa ikut juga, nak tunjuk tempat kedai makan....
Tapi tak apa .... dia belanja semua......







Dah 27 tahun aku menetap di daerah Manjung.... inilah baru kali pertama pihak wakil rakyat yang sedia dengan ikhlas memberi sebuah kenderaan untuk kegunaan penduduk DUN Pasir Panjang. Nasib baik PAS yang menang, dapatlah pengundi-pengundi di sini merasai sedikit dari hasil kemenangan tersebut. Kalau nak harap wakil rakyat BN... tunggu dulu.......tunggu dalam proses.........

Apa pun aku bagi penduduk Pasir Panjang mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Dato Seri Ir Haji Nizar kerana sudi menyediakan sebuah kenderaan buat DUN Pasir Panjang... Moga-moga pemberian Dati Seri ini akan diberkati Allah...

Muktamar PAS 55 - MSO merapu lagi...

Salam Sejahtera....

Nampaknya perlawanan idea, hujah dan buah fikiran masih berterusan di antara penulis/blogger politik cari makan MSO berhujah berterusn dengan blogger Kickde Fella..

Kedua-dua mereka ni aku tak kenal pun, cuma aku ada baca adalah dua tiga buak buku tulisan MSO dan ruangan blognya, manakala Kick De Fella aku hanya baca blognya....
Hangpa mungkin tanya balik, pasai apa yang aku dok sibuk apa hal... aku sibuk pasai MSO terlampau-lampau menghentam Datuk Husam, kalau pun ada sekali pun masaalah peribadi mereka berdua, janganlah dihentam begitu rupa, ia sendiri cerita TGNA meminta berhenti menghentam Dato Husam, tapi dalam dia dok bercerita tu dia hentam lagi,, apa punya jenis manusia ni....

Apa yang aku nampak MSO memang jenis manusia pendendam apabila kehendaknya tak kesampaian... hangpa perasaan atau tidak, memang ia dah buat persediaan terancang untuk menjatuhkan Husam, cuba hangpa klik dairymaya MSO dalam blognya, dah masuk siri 11 tajuk baju petak merah...ini pun satu dari usaha penulisannya untuk menjatuhkan Husam.

Sebagai penulis politik, MSO ia tak peduli apa tujuan ia menulis, yang penting ia nak glamour, ia nak terkenal, dengan cara itu blog dia sentiasa di kunjungi pembaca, mempunyai pengikut yang cukup tinggi sampai 371 pengikut, disamping itu buku-buku tulisan politik yang ia nak menjatuhkan sesorang itu laku terjual, memang itu punca ia cari rezeki.....

Sekarang MSO dah rasa terdesak, bila Kickde Fella mengeluarkan bukti-bukti mengenai kes projek kambing jampary. Pandai pulak mengaku ia tak terlibat, mana ada nama dia sama kat dokumen-dokumen tu, cittt... macam bebudak darjah 1 punya jawapan......hangpa baca blog dia tu hangpa sendiri fikirlaaa... standard MSO yang dah nak hampir terjerat diri sendiri.

Kemudian si MSO ni buat pengakuan yang si Mohd Amin tu bukan kenalan dia...dia kenal Mohd Amin sama dengan kenal Husam, satu lagi cakap yang sukar untuk di percayai...Kalau dah baru saja kenal Mod Amin kenapa sehingga sekarang dendamnya kepada Husam, cuba hangpa bayangkan...kira hebatlah MSO ni ... seorang yang begitu pengasih kepada orang yang teraniya macam Mohd Amin.. walaupun sebelum tu ia tak pernah kenal.......

MSO sebelum ini ia sangat berbangga kerana ia ada menulis mengenai ramalannya Anuar akan jatuh dalam era Mahathir seketika dulu, kebetulan dengan izin Allah S.W.T maka berlaku betul kejadian tersebut,, itu yang aku selalu baca apa yang ditulis dan diulang-ulangnya... yang mana ia juga meramalkan dengan ini tulisan-tulisannya akan menjatuhkan pula Datuk Husam...

Oiii... jangan takbur sangat... itu semua kerja Allah, kalau dah tertulis yang Datuk Husam akan menggantikan Ustaz Nasa sebagai presiden, tak ada sesiapa yang boleh menghalangnya.. itu semua kerja Allah, kalau niat Dato Husam ikhlas nak memperjuangkan Islam, nak menjatuhkan UMNO laknatullah, insyaallah Dato Husam akan menang pada pemilihan muktamar nanti. Yakinlah.. perwakilan yang memilih hanya sebagai sebab sahaja, yang nak memenangkan itu semua kerja Allah.

Muktamar PAS 55 - BH ambil alih tugas UM.

Salam sejahtera....
Kalau 2 hari sudah mulai hari Ahad dan Isnin, UM cuba membuat sesuatu terhadap calon Timbalan Presiden Dato Husam, maka hari ini BH harian pula mengambil alih tugas-tugas dakyah mereka cuba untuk memesong/merosak pemikiran ahli dan penyokong-penyokong Parti PAS. Baca DI SINI

Dengan menggunakan Prof-prof plagiat yang secara terang-terangan menjadi barua UMNO sebelum ini mereka cuba nak menggambarkan yang si polan akan menang, dan 2 percabar akan tewas tipis... kepala hotak hang... hang lebih pandai dari kuasa perwakilan yang masih belum membuat pemilihan.

Buat para perwakilan yang akan memilih siapa calon timbalan Presiden PAS, aku harap ingat baliklah pesanan Almarhum Presiden PAS Dato Fadhil Noor iaitu  "Apabila Musuh menyukai kita maka ada sesutu yang tidak kena"Siapakah di antara kita mau pun pemimpin yang disukai musuh(UMNO)??? Fikir lah sendiri.

Kira tidak boleh nak dok marah hentam UMNO... sebab ini semua memang tugas utama mereka, mereka tidak boleh lihat mana-mana pemimpin PAS yang cuba nak menaikkan Imej Islam di mata rakyat Malaysia... itu adalah pantang tok nenek UMNo dari dulu sampai bila-bila...  sedaya upaya mereka akan hapuskan... Kita lihat dari kesan sejarah lampau....Arwah Prof Zulkifli Mohamad.. meninggal melalui accident, masih diragui hingga sekarang..., Arwah Ustaz Ibrahim Libya... ada ketokohan kepimpinan... mereka bunuh... kes sampai sekarang senyap.... dan yang terbaharu sekali Dato Seri IR Nizar MB Perak, UMNO lihat DS IR Nizar ada potensi untuk membawa Islam kepada semua rakyat negeri Perak, maka mereka akan halang, mereka guna segala-galanya,,, bukan kerana kuasa yang mereka mahu,,, tetapi punca utama mereka takut pada Islam,

Dan besok lusa pula mereka risau, mereka gelabah besar kalau Datuk Husam akan menang calon Timbalan Presiden. Sebabnya kerana Islam. UMNO memang tidak mahu kepada Islam.

Monday, June 1, 2009

Kisah Dato Husam VS MSO = Jihad Ternak.

SAYA banyak menerima email dan pertanyaan mengenai dakwaan dan tuduhan ke atas saya berhubung projek kambing Jamnapari atau Jihad Ternak. Saya tidak bersedia untuk menjawab di sini sebab isu itu sudah lama ditimbulkan. – Mohd Sayuti Omar a.k.a Imam as Souti

Benarkah Husam Sedang Menyabung Nyawa?

Di dalam artikel bertajuk “Husam’s Fight For Survival” di dalam The Star hari ini, antara lain ianya melahirkan kegusaran yang mungkin akan dirasai sekiranya Haji Husam Musa tewas di dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS.

Artikel itu juga memetik tajuk temuramah antara Husam dan Berita Harian semalam yang bertajuk “Saya sedia kalah dalam pemilihan PAS”.

Hakikatnya, bukan sahaja Husam sedia untuk menghadapi kekalahan, tetapi Husam bermula dengan tewas dan besar kemungkinannya berakhir dengan kekalahan.

Memang Husam ramai tukang kempen, terutamanya di internet, contohnya blog ini sendiri. Tetapi kebanyakan tukang kempen Husam berkempen atas dasar mahukan perubahan dan bukan mahu menjatuhkan sesiapa.

Tetapi mereka yang tidak mahu Husam menang walaupun mungkin tak banyak tetapi amat berkesan terutamanya di internet. Mereka ini, kebanyakannya berselindung disebalik nama samaran dengan hanya seorang dua menggunakan identiti sebenar, taktik mereka adalah mudah, hapuskan Husam waima apa cara sekalipun.

Apa cara sekalipun itu termasuklah menggunakan fitnah dan mencipta cerita yang bukan-bukan.

Dalam temuramah dengan Berita Harian, Husam dipetik berkata,

Sesetengah pihak mendakwa blog (yang memburukan saya) ini didalangi kumpulan di pejabat Jalan Raja Laut (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini.

Namun apa yang pasti, satu nama telah disebut oleh pihak media massa sebagai orang yang sering menghubungi mereka untuk memberitahu mereka bahawa Husam akan kalah kerana pencalonan yang diterimanya sedikit. Orang yang samalah yang mendedahkan kepada media jumlah pencalonan yang diterima untuk kesemua dicalon bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sesuatu yang tidak patut dilakukan apabila ianya dianggap sulit. Malangnya, orang ini berkhidmat dengan pucuk pimpinan parti dan ini membuatkan seolah-olah pucuk pimpinan parti merestui perbuatannya walaupun kita yakin tidak sama sekali.

Antara yang paling ketara memfitnah Husam ialah blogger Mohd Sayuti Omar atau menurut saudara Rozali Ahmad, di panggil dengan jolokan Imam as- Souti oleh Abangnya Ahmad Laksamana Bin Omar yang mengaku dirinya tuhan dan memanggil Rasulullah S.A.W sebagai Mamat Syariat yang jahat, penipu harta benda Mek Jah (Saidatina Khadijah r.a). Fitnah Sayuti bermula apabila Husam enggan campurtangan menyelesaikan kemelut antara syarikat milik sahabat Sayuti, Dato’ Amin Pipet dengan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKB) berhubung isu Jihad Ternak atau lebih terkenal dengan nama Jamnapari. Dan fitnah ini dijunjung oleh segelintir pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan gaya pentadbiran Husam.

Sahabat Sayuti itu, didapati telah tidak berlaku jujur dalam berurusan dengan pihak APKB dan program Jihad Ternak. Lalu usaha diambil mengikut saluran yang tepat untuk menghentikan penerimaan bekalan darinya.

Sayuti berusaha memujuk Husam supaya campurtangan di dalam urusan itu. Apabila gagal didalam memujuk Husam campurtangan supaya keputusan menyebelahi sahabatnya, Sayuti berusaha pula memujuk Husam supaya campurtangan didalam urusan pembayaran pampasan yang diminta.

Sekali lagi Husam tidak mahu campurtangan, lalu Sayuti memulakan ugutan terhadap Husam dengan berjanji untuk menulis pelbagai tuduhan ke atas Husam sehinggalah Husam campurtangan menyelesaikan urusan pampasan itu. Tetapi Husam tekad dan tidak tunduk.

Lalu mulai detik itu Sayuti mula menulis artikel-artikel yang diharap dapat membebankan Husam. Sayuti kemudian beralih kepada menjaja tuduhan demi tuduhan. Malangnya tiada sebarang tuduhan itu dibekalkan buktinya.

Sayuti berkali-kali berjanji akan mengeluarkan bukti tetapi kemudian senyap begitu sahaja. Antaranya ialah apabila Sayuti menuduh Husam telah mengambil seorang perempuan cina sebagai isteri kedua secara rahsia. Ianya cukup berkesan sehinggakan Annuar Musa ditengah-tengah malam menghantar sms tahniah kepada seorang wartawan kanan akhbar berbahasa Inggeris.

Sayuti kemudiannya berjanji untuk mengeluarkan bukti termasuk saksi nikah dan salinan surat nikah. Apa yang berlaku bagaimanapun berlainan sekali. Bukti tidak dikemukakan, sebaliknya Sayuti menghantar sms damai pada Husam yang antara ayatnya seperti berikut,

As’kum biar apa anggapan sdr pd saya, saya takan membawa rasa kecil hati selamanya. Mulai jam 11 malam tadi (akhir 2007) saya tamatkan segala aktiviti melepas geram dan kritikan pd sdr.”

Begitulah kerenahnya, sendiri bikin perang, sendiri isytihar damai.

Namun serangan Sayuti semakin menjadi-jadi semula apabila dia mula rasa akar umbi PAS mahukan Husam menggantikan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden. Maka sendiri isytihar damai, sendiri perang semula.

Masalah Sayuti ialah berhubung Jihad Ternak.

Maka blog ini hari ini mengambil inisiatif untuk mencabar Mohd Sayuti Omar berdepan dengan wakil Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad di sebuah forum terbuka yang sedia saya anjurkan bagi semua yang berminat tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam isu Jihad Ternak.

Ustaz Zulkifli Yaacob, wakil Akademi yang terlibat dari awal dengan Jihad Ternak Sdn Bhd telah menyatakan persetujuan untuk tampil dalam forum terbuka ini.

Pihak Akademi juga sudah memberi kebenaran untuk blog ini menyiarkan dokumen-dokumen dan kertas sebut harga berhubung dengan urusan kambing Jamnapari. Ia juga akan membuktikan jumlah wang yang sudah pihak Akademi bayar kepada sahabat Sayuti seperti perjanjian awal perniagaan.

Dengan Nama Allah, saya mengambil tanggungjawab untuk mempamerkan dokumen-dokumen itu. Para pembaca boleh menafsir sendiri dengan membuat kajian harga pasaran kambing Jamnapari.

Husam Tewas?

Ya. Husam bersedia untuk tewas dan diharap semua pihak, baik ahli PAS maupun penyokong dan peminat PAS dan Husam bersedia untuk menerima hakikat ini.

Apa yang mampu dilakukan sekarang hanyalah supaya Husam tidak tewas kerana fitnah. Biarlah perwakilan tidak mengundi Husam kerana menolak idea dan matlamatnya dan bukan kerana termakan fitnah.

Terima Kasih.

Kes Kejadian Zambri di Halau - Ini jawapan Zambri....

MENYEMAI KEBENCIAN

1.6.09

Respon (0)

- Nukilan : Dr Zambry Abd Kadir -

Perkara yang paling saya tidak gemar ialah bila agama menjadi sandaran untuk seseorang menabur fitnah dan menabur maki hamun yang tidak langsung ada batas-batas keagamaan.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana akhbar yang menjadi lidah rasmi sebuah parti yang berteraskan perjuangan Islam tidak rasa berdosa dan bersalah menulis sesuatu yang penuh dengan kebencian sehingga melahirkan generasi pembenci yang sangat parah buat ummat Islam sendiri.

Demikian juga dengan portal-portal berita yang dikeluarkan selain dari blog-blog yang menulis penuh manipulatif sehingga hilangnya rasa "mahabbah" (kasih-sayang sesama umat).

Kelmarin berlaku angin puting beliung yang melanda kawasan Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, iaitu kawasan Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Sebagai Menteri Besar saya tidak perlu mendiskriminasikan kawasan pembangkang dan kawasan kerajaan bila berlaku hal-hal begini. Lebih 100 buah rumah yang terlibat samada kehilangan bumbung atau ditimpa oleh pokok kelapa dan sebagainya.

Kawasan DUN Pasir Panjang berada dalam Parlimen Lumut, di mana saya juga adalah Ketua UMNO Bahagian Lumut. DUN Pangkor iaitu kawasan saya juga berada dalam Parlimen Lumut.

Saya sempat meninjau kejadian angin kuat yang memukul kawasan pantai DUN Pasir Panjang sehingga membawa ke kawasan Rungkup.

Alhamdulillah tidak berlaku sebarang perkara lebih buruk seperti kehilangan nyawa. Apa yang agak menarik dalam kebanyakkan rumah yang saya lawati itu, ada sebuah rumah yang menjadi perhatian saya.

Saya melawat rumah keluarga nelayan yang ditimpa pokok kelapa. Mengikut maklumat yang saya terima keluarga nelayan ini membina rumah di atas tanah yang bertuan yang juga jirannya.

Bila sampai saya, Dato' Seri Kong Cho Ha (Ahli Parlimen Lumut dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), pegawai daerah dan YDP Majlis Perbandaran Manjung, meletakkan kereta di kawasan jalan ke rumah mangsa.

Kebetulan hanya ada dua buah rumah sahaja di situ, satu rumah tuan tanah dan satu lagi rumah mangsa. Apa yang mengejutkan pemandu saya, Tuan DO, Menteri, dan YDP ialah bila tiba-tiba sahaja tuan rumah (yang berusia awal 40an) meluru ke arah kereta dan mengarahkan supaya keluar dan melarang kereta kami diletakkan disitu.

Katanya dia juga bayar cukai dan dia punya hak untuk benarkan siapa masuk. Masing-masing tercengang lihat gelagatnya sehingga ketua kampung hilang sabar.

Bila ditanya rupanya dia tidak suka Menteri Besar datang melawat mangsa kerana beliau menyokong parti lain.

Cuma apa yang saya katakan biarlah dia dengan sikap yang bengis itu sehingga sudah hilang rasa kemanusiaan untuk sama-sama membantu orang dalam kesusahan. Saya tidak terkejut melihat watak-watak seperti orang itu.

Inilah hasilnya bila benih kebencian dan permusuhan ditanam, maka buah dipetik adalah buah kebencian dan permusuhan. Saya tidak salahkan dia, tapi saya salahkan orang yang menanam benih itu.

Penghasut itu mungkin sudah tidak ada di kampung lagi. Dia mungkin datang sekali sekala untuk memberi "baja" ceramah kebencian.

Jarang anda saksikan orang dan penyokong Barisan Nasional enggan bersalam apabila tangan dihulur. Tetapi saya mengalaminya sendiri sudah berkali-kali.

Saya tetap pergi jua kepada mereka kerana saya tahu mereka tidak bersalah dan mereka hanya terpengaruh dengan ceramah-ceramah politik yang mengapi-apikan kebencian. Akhirnya yang lahir adalah generasi pembenci.

Sumber : http://www.zambry.com/

MM... Inilah akibatnya rakyat dah rasa tidak puas hati, bukan hasutan daripada sesiapa..tetapi itu sebahagian jawapan restu dari rakyat. Kalau dah rasa sedar macam tu, fikirlah balik.. pulangkan balik kepada rakyat ... BUBARKAN DUN.....

Menjawab Rencana Zulkiflee Bakar, Mingguan Malaysia.

Suka saya mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Zulkiflee Bakar di muka 8 Mingguan Malaysia. Didalam kolum Rencana, artikel yang ditulis oleh Zulkiflee Bakar bertajuk “Menilai Hujah Husam” antara lain telah menjatuhkan maruah penyunting akhbar arus perdana dan penganalisa politik tempatan.

Sebagai seorang yang rapat dengan pihak media, saya merasakan tulisan Zulkiflee ini satu penghinaan kepada pengamal media dan menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau. Saya berharap ini bukanlah mentaliti yang dikongsi oleh kakitangan dan pengurusan Utusan Melayu.

Di dalam artikel tersebut, Zulkiflee ada menulis seperti berikut,

“Apakah dosa besar yang dilakukan oleh UMNO terhadap PAS sehinggakan sesiapapun pemimpin PAS yang cuba berbaik-baik dengan UMNO harus disingkirkan.”

Bersandarkan kepada anggapan bahawa tulisan Zulkiflee berlandaskan niat yang baik, ternyata ia hanya menunjukkan sikap malas penyunting akhbar ini untuk melakukan sedikit kajian. Berikut saya senaraikan diantara dosa besar UMNO terhadap bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti politik tetapi kepada ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS dan pengundi-pengundi PAS.

·         Pada 30 Januari 2008 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir membuat pengakuan dihadapan lebih 30 orang pengamal media dengan mengaku telah dipaksa oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menyekat sebarang bentuk bantuan oleh Kerajaan Pusat kepada Negeri Kelantan. Tun berkata, “… bukan sahaja Mustapha (Mohamed) tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lain pun mintak sekat”. Pengakuan ini dibuat ketika mengulas pengakuan Dato’ Mustapha Mohamed yang ketika itu Menteri Pelajaran Tinggi dan ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas di dalam Dewan Negeri Kelantan.

·         Pada 24 November 2007, Dato’ Mustapha Mohamed ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan telah mengaku menekan Tun Dr. Mahathir supaya menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat.

·         Bukankah ini jelas satu pengainayaan kepada parti PAS selaku Kerajaan di Kelantan, ahli-ahli PAS selaku mereka yang berusaha keras memenangkan PAS, Pengundi PAS yang menunaikan tanggungjawab mereka di dalam PRU dan seluruh rakyat Kelantan yang setengahnya tidak ada kaitan langsung dengan proses menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan.

Dosa ini berterusan sehingga ke hari ini walaupun ada usaha oleh segelintir pihak di dalam PAS untuk membawa parti itu bekerjasama dengan UMNO.

Sikap barbarik UMNO sebenarnya amat dahsyat sekali dan saya amat pelik bila Zulkiflee seolah-olah tidak pernah mendengar Tragedi Memali yang berlaku pada subuh November 21, 1985. Ketika itu Presiden UMNO ialah Tun Dr. Mahathir dan Timbalannya adalah Tun Musa Hitam.

Saudara Abd. Rahman telah menulis di Muslimedia, January 16-31, 1999 yang saya temui di internet, antara lainnya,

“The police had surrounded the whole village by then, motorist to and from Memali were stopped and their names taken. Ustaz Ibrahim had just finished his daily lecture – kuliah subuh – after prayers,”

Beliau kemudian menyambung,

“On that day, the police numbered around 4,000; they were heavily armed and dangerous. They were acting on orders from Mahathir (Presiden UMNO) to arrest Ibrahim Mahmood, the man the villagers were ready to defend till their last drop of blood – which they did.”

·         Sejarah mencatatkan seramai 14 orang terbunuh dan mereka terdiri dari lelaki dan perempuan yang bersama Ustaz Ibrahim menunaikan sholat subuh.

·         Al Shahid Ibrahim adalah ‘orang’ PAS begitu juga mangsa yang lainnya.

·         UMNO menerusi medianya menyalahkan Presiden PAS sekarang dengan berulang kali mengaitkan kejadian tersebut dengan Amanat Haji Hadi.

·         UMNO menuduh mereka yang terkorban mempertahankan hak mereka yang diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan sebagai telah termakan hasutan Tuan Guru Haji Hadi.

·         UMNO melepaskan tanggungjawab mereka terhadap kejadian itu dan sehingga hari ini menyalahkan PAS.

Tidak cukup dengan penyalahgunaan kuasa dan keganasan terhadap Parti lawan, UMNO juga seringkali sanggup membelakangkan undang-undang dan perlembagaan negara untuk mencapai hasrat mereka dalam merampas apa yang diberi Rakyat kepada PAS.

Kalau Zulkiflee boleh tidak ingat kepada kejadian Memali sudah tentu Zulkiflee juga tidak tahu tentang peristiwa Turn About About Turn.

Bagi mereka yang merasakan bahawa apa yang berlaku di Perak adalah sesuatu yang membelakangkan undang-undang dan pencabulan terhadap mandat rakyat, mungkin anda akan lebih terkejut dengan peristiwa ini.

Turn About About Turn adalah satu kejadian dimana 4 wakil rakyat PAS termasuk speaker Dewan Negeri Kelantan telah diculik, dikurung dan dipaksa membuat kenyataan media mengaku mereka menyertai UMNO.

Peristiwa yang berlaku pada 1968 ini sepatutnya berakhir dengan speaker yang diculik memanggil sidang Dewan Negeri bagi meluluskan usul Undi Tidak Percaya kepada Menteri Besar PAS. 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri yang diculik pula akan hadir ke sidang Dewan dan menerusi undi mereka, Kerajaan Negeri pimpinan PAS Kelantan akan tumbang.

Berikut adalah rentetan apa yang berlaku,

·         Pada 25 Julai 1968, YB Umar Muhammad (ADUN PAS) yang ketika itu di dalam perjalanan balik dari Kota Bharu ke Tanah Merah telah ditahan oleh polis dalam satu sekatan jalan raya. YB Mustapha Ahmad, Ahli Parlimen PAS Tanah Merah yang mengekori YB Umar melaporkan bahawa YB Umar dibawa menaiki kereta Ketua Polis Tanah Merah ke Balai Polis Kota Bharu.

·         YB Umar kemudian tidak dapat dikesan selepas dibawa masuk ke Balai untuk soal siasat.

·         Pada 2 Ogos 1968, Suratkhabar (mungkin Utusan Melayu terbabit sama) melaporkan 4 ahli Dewan Undangan Negeri PAS Kelantan telah masuk UMNO. Mereka ialah YB Abdullah Haji Yusof, YB Umar Muhammad, YB Abdul Rahman Muhammad Soleh dan YB Yusof Abdul Latif, Speaker Dewan Negeri.

·         UMNO terus menggunakan media dan pada 3 Ogos 1968 dan 4 Ogos 1968 menabur fitnah dengan menyebut nama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS yang lain turut juga menyertai UMNO dan menyebabkan Kerajaan Kelantan Pimpinan PAS telah tumbang.

·         UMNO Besut dan Tanah Merah secara besar-besaran menyebarkan dakyah dengan pelbagai cara untuk menghancurkan hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS dengan menyebarkan lakaran kubur PAS serta masuk ke kampung-kampung dengan kenderaan yang dipasang speaker melaungkan “PAS dah Mampus. PAS dah Mampus dan Perikatan memerintah Kelantan.”

·         Pada 18 Ogos 1968, 4 ahli YB PAS Kelantan telah dipaksa keluar dalam televisyen mengisytiharkan sokongan kepada UMNO.

·         Selepas pengisytiharan di Televisyen, keempat-empat YB itu dibenar pulang ke Kelantan dengan kenderaan yang dikawal rapi oleh polis.

·         Pada 20 Ogos 1968, Speaker Dewan Negeri yang telah isytihar menyokong UMNO mengendalikan persidangan khas Dewan Negeri.

·         2 Ahli Dewan Negeri PAS yang turut isytihar menyertai UMNO telah memberitahu Dewan Negeri bahawa mereka tetap ahli PAS dan melafaz taat setia kepada Parti Islam SeMalaysia itu.

·         Usul yang ditaja UMNO tumpas dan PAS terus memerintah Kelantan sehingga Pemimpin PAS membawa PAS menyertai Barisan Nasional.

·         Akibatnya dalam pilihanraya umum 1974, PAS tidak lagi berdepan dengan UMNO dan ini memudahkan UMNO untuk merangka episod seterusnya membunuh PAS.

·         Selepas itu, BN bertegas melantik Menteri Besar yang tidak mendapat sokongan padu dari PAS.

·         Akibatnya PAS berpecah dan akhirnya kehilangan Kelantan.

Di atas tadi adalah antara dosa besar UMNO. Dan jika diambil kira juga tindakan-tindakan zalim UMNO kepada orang-orang perseorangan di dalam PAS dengan pelbagai cara termasuklah menghumbankan mereka ke dalam penjara sebagai tahanan politik, tentu sekali tidak tercatat banyaknya.

Begitu juga penghinaan dan diskriminasi kepada penduduk-penduduk kampung yang mengundi PAS.

Zulkiflee Bakar juga mempersoalkan mengapa PAS boleh duduk semeja dengan DAP tetapi tidak dengan UMNO. Zulkiflee juga berpendapat bahawa DAP menentang penubuhan negara Islam yang dikatakan menjadi agenda PAS.

Adalah bukan suatu yang pelik bagi DAP menentang penubuhan negara Islam kerana rata-rata pemimpin, ahli dan penyokong DAP adalah terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam. Bagaimanapun DAP tidak pernah bertindak zalim sehingga membunuh, menculik dan mencederakan pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang mahu menegakkan syiar Islam.

Zulkiflee mungkin lupa juga UMNO yang diangkatnya adalah lebih pelik. Ini kerana pemimpin, penyokong dan kebanyakkan pengundi UMNO adalah penganut ajaran Islam. Tetapi mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.

Mungkin Zulkiflee boleh menjelaskan takrifan orang yang mengaku Islam tetapi menentang ajaran Islam sehingga sanggup membunuh, menculik dan mencederakan, menyekat hak dan menyekat pembangunan dari dinikmati rakyat.

Berbaik dengan UMNO tidak boleh disamakan dengan berbaik dengan DAP. DAP menghormati PAS, menghormati pejuang PAS dan kepimpinan PAS.

Zulkiflee menutup rencananya dengan berkata,

“Kalaulah puak Erdogan dipilih, ahli-ahli PAS harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya.”

Persoalan yang dibawa dalam menjadi teras penawaran diri sebagai Timbalan Presiden oleh Haji Husam adalah bukan persoalan puak atau fraksi sebaliknya diasaskan oleh rasa risau atas usaha-usaha oleh segelintir pucuk pimpinan untuk bersama dengan UMNO.

Haji Husam melihat cara terbaik untuk mengangkat kepimpinan ulama ialah dengan terus bersama Pakatan. PAS hari ini adalah parti induk Melayu kedua selepas UMNO. Berbaik-berbaik dengan UMNO tidak akan menjadikan PAS lebih besar sebaliknya berpotensi untuk menguncup dan sampai bilapun tidak mungkin PAS akan muncul sebagai parti induk Melayu.

Sebaliknya hanya dengan berdepan dengan UMNO secara bersemuka di gelanggang demokrasi, PAS akan dapat mengambil alih peranan itu.

Saya akhiri dengan petikan temubual Haji Husam dengan Ahmad Naim Tahir dari Berita Harian,

“Apabila saya menyertai Pas pada 1982, satu daripada sebabnya saya percaya Pas perlu jadi parti peneraju utama dalam negara jika dasar Islam yang komprehensif mahu dilaksanakan. Saya berpendapat jika ada kerjasama politik dengan Umno dalam bentuk berkerajaan, ia akan menyekat kemaraan Pas. Tak mungkin Pas dapat bertanding pilihan raya di kawasan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan ini akan hadkan kerusi Pas lalu Umno tetap jadi parti utama dan perjuangan Islam akan terbiar. Buat masa ini saya berasa Pas mesti berusaha untuk keluar dan memenangi kerusi yang dikuasai Umno dan BN bagi mencapai cita-cita politik parti. Di kawasan ramai pengundi bukan Melayu, rakan Pas seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menguasai kerusi itu, jadi tugas Pas yang utama sekali ialah menarik sokongan Melayu di kawasan kubu kuat Umno seperti di Johor dan Pahang. “

Sumber: http://kickdefella.wordpress.com

Muktamar PAS ke 55 - Zulkiflee Bakar (UM) merapu lagi...

Salam Sejahtera....

Semalam dalam Mingguan Malaysia si penulis ni dah mula hentam Husam secara direct... pada pagi ini mungkin takut ketara sangat apa yang di tulisnya.. ia cuba alihkan tajuk Siapa Naib Presiden Pas?. Baca Di SINI.

Memang pada awal cerita olak pi olak mai ceritanya tak pi mana pun, tak ada apa-apa yang boleh dia nak memburukkan PAS.. cuma sikit demi sikit ia cuba menggunakan jarum halusnya untuk menghalang calon-calon Naib Presiden PAS kepada calon-calon tertentu. 

Kenapa si mangkok ni sibuk sangat buat macam tu.. walaupun dia sendiri mengaku dia bukan ahli PAS.. tapi pasai apa dok menyibuk......

Sebab UMNO dah mula kecut perut... UMNO dah mula rasa telurnya dah mula mengucup ke dalam... UMNO dah mula goyang apabila orang melayu tiada lagi ada perasaan percaya kepada parti keramat melayu itu..

Dalam pada itu simangkok cuba nak mengaturkan siapa yang patut jadi Naib Presiden.... jadi aku harap perwakilan boleh faham..cubalah fahami kehendaki penulis UM... itu.. bila itu yang mereka mahu... bererti PAS boleh mereka ajak berbincang, mereka anggap nanti PAS mudah mereka akan permain-mainkan lagi...

Dan nampaknya ia paling takut pada Mahfuz dan Mujahid.. kedua calon ni mereka risau...itu mungkin fahaman dan pandangan penulis tu....

Tapi bagi aku Naib Presiden alangkah eloknya di Ketuai Oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diikuti pula Dr Mujahid Yusof Rawa... seorang lagi tu sapa-sapa pun aku terima.. sebab semuanya OK.....

Bila sampai penghujung baru nampak cerita sebenar, kerisauan mereka yang utama hanyalah pada Datuk Husam... itulah point utama si mangkok ni tulis. UMNO risau, gabra kalau Datuk Husam menang, sebab Datuk Husam akan membawa idea-idea sebagaimana beliau mentadbir Negeri Kelantan ke dalam parti PAS. Itu yang aku nampak... UMNO cukup bimbang, apa kan tidaknya daripada PAS hanya ada kelebihan 1 kerusi sekarang dah ada majority 2/3. Itu yang UMNO bimbang.

Dan yang paling UMNO takut sekali ialah apabila Dato Husam akan mengikut apa saja yang dipelajarinya dari Mursyidul AM PAS Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat. Itulah yang UMNO takut... bukan kerana Golongan ulamak atau pun puak Erdogan. 

PRK Penanti - Yang mana satu yang betui....

Salam sejahtera...

Keputusan PRK Penanti dah keluar... biasalah lepas tu... macam-macam suara yang keluar... kut mana pun nak cakap juga... tak mau kata no komen... dan Pengarah Pilihanraya BN yang juga Timbalan PM 1Malaysia pun nak cakap juga.. ia menafikan agar peyokong BN tidak leuar mengundi.... boleh baca DI SINI. Hangpa percaya ka cakap macam ni.....

Kemudian calon Bebas popular DUN Penanti Kak Min pula berkata '' beliau tidak kecewa dengan kekalahannya dan akan terus mencuba jika berpeluang. 

"Undian saya rendah disebabkan pengundi Umno yang sepatutnya menyokong tidak turun mengundi. Walaupun kalah tetapi puas hati kerana dapat mengurangkan undi PKR," katanya. Klik Di SINI.

Jadi cakap siapa yang betui ni.... Kak Min ka Muhyidin..!!!!

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari