boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, August 8, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. SPR Apa Cerita!!??

Salam Sejahtera....

Mamat sebelah ni dah mula berkokok balik... dia nak kuatkuasakan sepenuhnya pondok panas di PRK Permatang Pasir. Cerita penuhnya boleh baca DI SINI.

Nampak gayanya toyol peliharaan UMNO ini dah mula nak jaga air muka tuannya, tambahan pula di kawasan panas Permatang Pauh, UMNO tak sanggup nak menghadapi berbagai situasi keadaan semasa, mereka tak sanggup nak bertemu mata dengan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat jika sistem pondok panas diteruskan, lalu diprovokasi dengan pergaduhan, maka sang toyol peliharaan pun jalankan tugas nak menghalang pondok Panas.
Bagaimana pula dengan isu celup jari untuk pengundi,
jikalau dulu sebelum nak menhadapi PRU12 yang lalu sang toyol dah beriya-iya nak melaksanakan celup jari, seperti mana di negara Indonesia, India... tetapi bila saja hari PRU12 hampir tiba, tup-tup sang toyol dengan menggunakan pembantu-pembantunya dari IGP dan AG memaklumkan celup jari dengan dakwat tidak dapat dilaksanakan.....

Aku harap pimpinan Pakatan Rakyat kali ini dapat mengusulkan balik isu celup jari dilaksanakan, Kalau Sang Toyol minta dihapuskan pndok semak(panas) maka Pimpinan PR pula minta isu celup jari dilaksanakan dulu buat pertama kalinya di PRK Permatang Pasir.

Dari sini kita lihat, apa reaksi UMNO dan rakan-rakannya dalam BN, setuju atau tidak, bagi aku memang mereka tidak setuju seratus peratus.

Sang toyol, jin, syaitan perlulah dinyahkan dahulu dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), maka barulah Piliharanraya dapat berjalan dengan telus dan lancar... Jadi... Demontrasi Bersih paptut dilancarkan semula seperti mana demontrasi anti ISA, ini kerana kesan dari demontrasi yang lepas ada kesannya, kalau anti ISA NGO dari GMI yang melaksanakan, maka BERSIH pula MAFREL boleh melakukannya,

Rakyat Malaysia yang cintai keadilan sudah sedia mengikut kehendak pemimpin parti yang mereka sokongi, mereka sedia mengorbani masa, wang ringgit, keringat dan tenaga, malah mereka juga sanggup menerima keazaban dari bom asap pemedih mata dan air asid dari water cannon.

Keiga-tiga pimpinan PR dan pembantu-pembantunya harus memainkan peranan masing-masing dari sekarang, usaha untuk memBERSIHkan SPR harus dilaksanakan seberapa segera sebelum PRU13 nanti, itu pun kalau PR ada cita-cita nak mengambil alin pentadbiran negara.


1 comment:

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari