boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, March 23, 2013

Siapa Calon PRU13 yang akan dimalukan oleh Ambiga.

Well done Datuk Ambiga! Good idea... Saya sokong....

Siapa calon-calon itu ya...



BAHASA

   

Bersih berikrar untuk malukan calon PRU13 yang terlibat dalam keganasan politik

TERKINI @ 04:08:25 PM 23-03-2013
OLEH SYED JAYMAL ZAHIID
MARCH 23, 2013
Ambiga pada sidang Akhbar di Dewan Persahabatan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di iringi oleh Datuk A. Samad Said, pengerusi Bersih bersama beliau.KUALA LUMPUR, 23 Mac — Mana-mana calon Pilihan Raya 2013 yang bertanggungjawab dengan isiden keganasan semasa acara politik akan “dinamakan dan dimalukan” dalam media sosial seperti Twitter, kata Datuk Ambiga Sreenavasan dari Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini.
Pengerusi bersama gabungan itu berkata, langkah tersebut adalah sebahagian daripada respon mereka selepas kegagalan pihak berkuasa tempatan dan pemimpin kebangsaan di sini untuk mengutuk dan menghantikan budaya keganasan politik.
“Ia adalah wajib ke atas penggubal undang-undang untuk keluar dan mengutuk, (keganasan politik),” katanya pada sidang akhbar kempen pelancaran “Tolak Keganasan Politik” gabungan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).
“Diam bukan satu pilihan,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu, sambil menambah tidak bertindak terhadap keganasan adalah sama seperti “penyertaan dalam perbuatan keganasan” itu sendiri.
Ambiga mengatakan telah menjadi amalan biasa pemimpin kebangsaan untuk menjauhkan diri mereka dari tindakan keganasan oleh penyokong mereka walaupun bersetuju dengan etika semasa pilihan raya.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama dengan pemimpin parti komponennya baru-baru ini telah menandatangani Ikrar Pilihan Raya Transparency International — Malaysia, langkah yang mereka katakan menunjukkan kesungguhan untuk berlawan secara adil dalam pilihan raya akan datang.
Tetapi Najib dan gabungan yang dipimpinnya dikritik kerana mendiamkan diri berhubung beberapa serangan ganas ke atas pembangkang yang didakwa dilakukan oleh penyokong BN atau ahli Umno, parti Melayu tunjang gabungan tersebut.
Pada sidang akhbar itu, Bersih disenaraikan beberapa insiden keganasan yang telah berlaku sejak Januari tahun ini termasuk serangan fizikal ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor di mana ahli Umno dikatakan membaling batu, kayu dan mercun.
Pada insiden lain di Pahang bulan lepas, anak perempuan Anwar, Nurul Izzah Anwar, hampir diserang secara fizikal oleh penyokong Umno dan walaupun penyokong beliau telah berjaya untuk mengelakkannya, naib presiden PKR itu terus didera secara lisan.
Pada 12 Mac, ahli Umno disyaki terlibat dalam satu serangan ganas terhadap pembangkang, termasuk ugutan membakar ibu pejabat PKR beberapa hari selepas pemimpin parti mendakwa diserang penyokong kerajaan di Melaka.
Ahli-ahli dari kumpulan sayap kanan itu melontar batu, kayu dan kon trafik ke arah bangunan tersebut. Beberapa telah membakar bendera parti. Kejadian itu berlaku di bawah pemerhatian polis. Walau bagaimanapun, tiada tindakan diambil.
Pemimpin PKR telah dipersalahkan respon “lembut” polis terhadap insiden terdahulu menyebabkan keganasan yang semakin meningkat, mengatakan tindakan yang tidak diambil dan kesenyapan Pejabat Peguam Negara telah menggalakkan dan memberanikan penyokong Umno untuk menyerang rakan-rakan PR mereka.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli baru-baru ini mengatakan tindakan senyap polis memaksa Pakatan Rakyat (PR) menyalahkan Najib, yang turut berdiam diri mengenai perkara tersebut, bertanggungjawab terhadap keganasan.
Pemimpin Bersih hari ini mengatakan penggunaan kekerasan sebagai alat politik adalah satu bentuk politik kotor.
“Bersih 2.0 terkejut pemimpin-pemimpin politik yang membiarkan keganasan dengan memberi alasan untuk penjenayah atau dengan mendiamkan diri. Kami mengingatkan semua pihak keganasan politik adalah melanggar bukan sahaja hak calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya, tetapi juga pengundi,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Ambiga berkata kumpulan itu akan mengeluarkan kod model kelakuan untuk calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya 2013 sebagai sebahagian daripada kempen untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.
Mereka yang dilihat melanggar kod tersebut akan dinamakan secara “umum dan dimalukan” melalui media sosial seperti Twitter kata pengerusi bersama Bersih itu.

Apa yang aku dok nampak,, comfom Menteri Hishammudin Teropong tersenarai peserta pertama,

Calon kedua Najib,, pun tersangkut sekali...

Patutnya Ambiga kena bagi senarai nama-nama calon yang bakal dimalukan!, baru senang nak buat kerja........

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari