boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, April 29, 2013

PRU 13 - Mantan KPN Musa Hasan dilantik jadi Penasihat Pakatan Rakyat..

Terkejut aku bila membaca berita ini.., tak tau nak komen kut mana?..
Apa pun aku berlapang dada diatan tindakan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat..


Musa Hasan dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan

(Musa [dua dari kiri] bersama Tan Sri Md Hashim dalam sidang media hari ini)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini bersetuju untuk dilantik sebagai Penasihat kepada Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini selepas bertemu dengan Pengerusi MPKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

"InsyaAllah saya kan bantu tapi sekali lagi nak saya sebut bahawa saya tidak terlibat politik. Siapa nak nasihat saya, saya akan bagi untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Saya akan berikan nasihat terbaik untuk menentukan tidak ada sesuatu masalah keselamatan akan berlaku daripada kedua-dua belah pihak," katanya.

Ditanya skop nasihat yang akan diberikan, beliau berkata ianya lebih kepada bagaimana untuk berkerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa.

Beliau yang juga Patron, Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) berkata, beliau sangat prihatin terhadap isu keselamatan negara dan melahirkan harapan agar proses kuasa berlaku secara aman.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini.

Ianya termasuk isu letupan dalam satu ceramah di Nibong Tebal serata beberapa siri perbuatan khianat ke atas markas pilihan raya kedua-dua belah pihak.

"Saya prihatin isu ini kerana kita nak pilih sebuah kerajaan dan pemimpin bukan nak bergaduh. Saya berharap penyokong tidak akan mengganggu gugat mana-mana parti yang mahu berkempen.

"Saya juga ingin menasihatkan polis agar adil dalam siasatan terhadap kedua-dua pihak, jangan ambil bahagian dalam mana-mana politikal parti," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan agar parti-parti yang bertanding memaklumkan kepada pihak polis untuk sebarang ceramah yang diadakan.

"Dengan ancaman letupan ini saya rasa polis perlu lebih memantau. Mungkin selepas dimaklumkan akan dibuat ceramah, polis akan menghantar anggota lebih awal untuk memastikan kawasan itu selamat untuk digunakan," katanya.


Teringat satu lagu , entah rentak apa aku pun tau,, Rap kut,, Tipah tertipu,, tertipu dek Tipah...


5 comments:

  1. Ha ha dah ludah jilat balik sedapp!!!!.
    Dulu kutuk. Sekarang lantik jadi penasihat.
    Betul kata nabi. Kita jangan kutuk , fitnah dan hina orang tu. Kita tak boleh menentukan kedudukan seseorang. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
    Islam atau tidak , baik atau jahat dan syurga atau neraka hanya Allah yang tahu.
    Ingatlah kalau yang kita kutuk atau fitnah tu tak betul , fitnah itu akan balik kekita.
    Ustaz pas pun ceramah cam tu jugak.

    ReplyDelete
  2. berhati hati adalah ajaran Islam beringat sebelum kena

    ReplyDelete
  3. bagusla dulu kutuk masa kpn.bila jadi punaisihat puji melangit,standart pakatan

    ReplyDelete
  4. Ini org pggil strategi...mamat ni bekas KPN negara sudah tentu dia tahu penglibatan polis dlm politik..bleh dpt maklumat la...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari