boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, December 10, 2013

Aduh sedapnya !... Package 2 dalm 1,,, Jom kita ....

Alhamdulillah, puas.. puas hati aku bila Tok Guru Mursyidul Am Pas sendiri yang tolong jawb kepada umno.... Sedap sungguh.... 



BAHASA   

Nik Aziz: Sebelum serang Syiah, bersihkan dahulu “taring daripada daging mangsa”




Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) bangkit menempelak pihak yang menyerang Syiah dengan berkata: "Jika Syiah menipu, nasional sekular apa kurangnya."
Nik Aziz berkata:"Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala.
"Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa," sindir Nik Aziz.
Beliau juga mencabar pihak berkuasa supaya melakukan tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik jika mahu membanteras Syiah.
"Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat," kata bekas Menteri Besar Kelantan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Tanpa menamakan sesiapa Nik Aziz dipercayai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menangkap “orang nombor dua PAS” atas dakwaan syiah.
Ketika dikatakan orang nombor dua PAS itu adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Zahid berkata, beliau tidak pernah menyebut nama Mohamad Sabu.
Nik Aziz berkata, beliau terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah dan menyatakan ciri utama Syiah ialah menipu.
"Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.
“Tidakkah menipu namanya apabila mewar-warkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut,” katanya.
Beliau berkata, Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad dan ciri akidah mereka ada ditulis dan diterangkan oleh ulama Sunnah dalam banyak penulisan.
Sehubungan itu, katanya, ulama berperanan untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah.
Nik Aziz berkata, beliau menyokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini tetapi meletakkan alasan membanteras Syiah supaya umat Islam tidak berpecah menunjukkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang.
"Justeru, janganlah mendabik dada diri sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah.
"Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan," katanya. – 10 Disember, 2013.


Ha ha ha, tepat dan padat, sekali tembak 2 sasaran yang kena,,,, kalau muka-muka pemimpin umno Tok Guru Nik Aziz boleh kenal hati budi mereka,, tak mungkin muka Mat Sabu tak kenal hati budinya..


4 comments:

  1. Semakin mendapat sambutan ? Nik Aziz kadang kadang lawak juga. Kerusi makin kurang dikatakan makin dapat sambutan...He he he

    ReplyDelete
  2. Juragon dah mampos ke bhai?

    ReplyDelete
  3. Bola tanggung yg disua, amat mudah bagi TGNA smash tepat dan tajam. Mari kita tunggu siapa yg mampu membalas pukulan smash tersebut. Atau sedang tercungap, itupun jika tidak tersungkur.

    ReplyDelete
  4. UMNO memamang perangai burok depa dah 56 tahun tipu rakyat tak pa, kalau orang lain dari umno dalam lubang semut depa nampak wahai umat yang mengaku Allah itu esa mari sama2 kita bertaubat kepada nya dan memohon ampun kepadanya tiada kebenaran didunia selain kebenaran yang datang dari Allah dan Rasul nya.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari