boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, December 12, 2013

Jemputan Buat Semua Warga Perak.

Sempena musim cuti sekolah hujung tahun ni, aku ingin menjemput semua warga negeri Perak,, warga negeri lain pun boleh, kalau berminat untuk ...





Jemputan kepada semua anak bangsa terutamanya warga Perak ke Tayangan FreedomFilmFest 2013 (Perak) oleh Pusat KOMAS dengan kerjasama KUASA - Persatuan Aktivis Sahabat Alam. Semua dijemput hadir, masuk adalah percuma & pendaftaran boleh dilakukan pada hari tayangan.
Tarikh : 14 Disember 2013 (Sabtu) Masa : 8.45 pm - 11.30 pm Tempat : Sekolah Seri At-Ta'alim, Seri Manjung, Perak. (Belakang Stesyen Bas Seri Manjung)
Sesi Dialog & Soaljawab :- Sdr Zamri Edzri Brahim (Peguam) Puan Rohawati Abidin (DMPKL / Su PBSM Cabang Manjung) Otai Manjung (Aktivis Hak Asasi Manusia & Alam Sekitar)
3 Filem Hak Asasi Manusia yang bakal ditayangkan:-
1. ASHAARI - Pada 21 Julai 2007, sekumpulan anak muda Melayu-Islam telah ditangkap oleh pegawai-pegawai keselamatan kerana disyaki menyebabkan kekacauan di Krong Pinang Daerah, Yala Province. Mereka telah diambil ke dalam jagaan tentera. Salah seorang daripada mereka, Ashaari Sama-ae, 25, meninggal dunia di hospital selepas ditahan untuk satu malam. Doktor berkata beliau mengalami kecederaan teruk kepada kepala dan dada. ""Ashaari"" menceritakan kisah ibu Ashaari (Baedoh) dan perjuangannya selepas anaknya dipukul hingga mati di Deep South, Thailand." Link - http://freedomfilmfest.komas.org/film/ashaari/
2. TANPA WAJAH - Kisah mengenai wanita biasa yang berani untuk menentang masyarakat patriarki untuk memperbaiki kehidupan mereka untuk masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak mereka. Walaupun mereka datang dari pelbagai lapisan masyarakat, wanita-wanita berani ini mempunyai sebuah persamaan, iaitu keinginan untuk perubahan. Dokumentari ini akan menunjukkan bahawa sesiapa sahaja menpunyai hak untuk mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dalam masyarakat. Link - http://freedomfilmfest.komas.org/film/tanpa-wajah-unseen-faces/
3. ULAMA PEREMPUAN - Sesetengah orang Islam menganggap 'Ulama Perempuan' sebagai ungkapan pelik, kerana mereka menganggap wanita sebagai tidak layak untuk mengambil peranan kepimpinan dalam bidang agama. Adakah benar bahawa ulama wanita adalah asing atau dilarang dalam Islam? Dokumentari ini memaparkan pergerakan ulama wanita di Indonesia, pada perjuangan dan penglibatan mereka dengan teks dan realiti kehidupan, dan dengan Firman dan dunia. Link - http://freedomfilmfest.komas.org/film/ulama-perempuan/




No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari