boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, November 11, 2009

Cerita Lanjut Kes Kickdeffela...

Salam Sejahtera...

Cerita ini aku salin balik dari blog Saytomunafiqen, beliau mendapat cerita penuh....

KICKDEFELLA dibawa masuk ke PMBK oleh Exco terbabit pada tarikh 3 April 2007 manakala Ir Arifahmi pula dilantik menjadi CEO PMBK baru tidak sampai 3 bulan iaitu sekitar bulan Syawal lalu.

Sepanjang tempoh 3 April 2007 sehinggalah tarikh pemecatannya semalam (10 Vovember 2009), KICKDEFELLA hanya muncul 3 atau 4 kali setahun di pejabat PMBK. Itupun bukan masuk ke pejabat tetapi sekadar tunjuk muka sahaja. Habis sangat pun untuk hantar surat atau ambil surat sahaja. Ataupun untuk berjumpa dengan CEO PMBK sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Bilik yang diperuntukkan kepada KICKDEFELLA di PMBK langsung tidak pernah beliau sentuh dan akhirnya bilik itu diberikan kepada pegawai yang lain oleh PMBK. Beliau tidak kisah pun !!!!

Apabila pemecatan ini berlaku ramai yang terkejut dan memaklumkan bahawa mereka tidak tahu pun KICKDEFELLA sebenarnya berkhidmat dengan PMBK dan gajinya dibayar oleh PMBK. Termasuk Exco Exco kerajaan negeri Kelantan sendiri.

Umum menganggap gaji KICKDEFELLA dibayar oleh Exco terbabit dan berkhidmat untuk Exco terbabit. Beliau sentiasa berada di pejabat Exco terbabit dan di rumahnya sendiri berbanding menunaikan amanah di PMBK.

Mana mana syarikat pun akan memecat beliau jika begitulah cara beliau bekerja. Jadi, tidak timbul soal beliau dizalimi atau dianiayai oleh sesiapa.

Mengenai tuduhan pihak tertentu bahawa Ir Arifahmi mempunyai "rekod buruk" berkaitan mutu kerjanya, persoalannya, kenapa setelah KICKDEFELLA dipecat, barulah hal ini dihebohkan?

Kenapa tidak diwar warkan sejak dulu lagi? Kenapa setelah pemecatan KICKDEFELLA berlaku?

Berbalik kepada persoalan KICKDEFELLA dizalimi dan dianiayai. Sepanjang tempoh sebelum Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK, setiap kali bermesyuarat perihal tanah ataupun projek, akan ada suara suara yang akan "menyambar" tanah atau projek itu atas nama TG Hj Nik Aziz sedangkan TG Hj Nik Aziz tak tahu apa apa pun. Ayat "Tok Guru nak" itu sering berkumandang di dalam mesyuarat PMBK.

Waktu itu, siapa yang berani bertanyakan kepada TG Hj Nik Aziz tentang benarkah tanah ataupun projek itu beliau nak? Takde. Kecuali Exco itu sahaja.

Apabila Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK, amalan menyalahgunakan nama TG Hj Nik Aziz ini tidak lagi berlaku kerana Ir Arifahmi akan bertanya sendiri kepada TG Hj Nik Aziz jika ayat "Tok Guru nak" ini berkumandang di dalam mesyuarat.

Sekali lagi kita berbalik kepada persoalan asal, adalah KICKDEFELLA dizalimi dan dianiayai oleh sesiapa sehinggakan beliau dipecat oleh PMBK? Jawapannya, TIDAK.

Persoalan tersebut timbul akibat rasa kurang senang Exco terbabit apabila cengkaman beliau ke atas PMBK menjadi longgar apabila Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK dan segala "kerja jahat" beliau didedahkan satu persatu kepada pengurusan PMBK dan Menteri Besar Kelantan.

Jadi, persoalan ini ditimbulkan bagi mengubah isu daripada isu "tangan tangan jahat di PMBK" menjadi isu "tangan tangan jahat Ir Arifahmi". Kenapa ini berlaku? Pastinya kerana Exco terbabit mahu mengukuhkan semula cengkamannya ke atas PMBK dan itu hanya akan berlaku sekiranya Ir Arifahmi berjaya ditendang keluar daripada PMBK.

Jadi, bagi KICKDEFELLA dan Exco terbabit, sama ada cepat atau lambat, Ir Arifahmi "wajib" dijatuhkan. Maka, muncullah laporan demi laporan kepada SPRM supaya kredibiliti Ir Arifahmi terhakis sedikit demi sedikit.

Itu tujuan yang tersurat. Tujuan yang tersirat pula adalah untuk menjatuhkan TG Hj Nik Aziz setelah Exco terbabit mendapat maklumat bahawa nama beliau bukanlah nama yang dipilih oleh TG Hj Nik Aziz bagi mengisi kekosongan kerusi Menteri Besar Kelantan selepas pengunduran TG Hj Nik Aziz.

Bagaimanakah imej TG Hj Nik Aziz boleh dicalarkan? Cukup dengan hanya mencedera parahkan Ir Arifahmi. Memadai dengan menghakis sedikit demi sedikit kewibawaan Ir Arifahmi. Apabila Ir Arifahmi berjaya dipotretkan sebagai seorang CEO yang tidak amanah, maka tentulah pihak yang melantik Ir Arifahmi itu juga secara tidak langsung berjaya dipotretkan sebagai pihak yang mengamalkan kronisme.

Jika ini berlaku, maka berjayalah puak puak serigala lapar ini untuk menguasai PMBK dan seterusnya menguasai Kelantan dengan tersungkurnya TG Hj Nik Aziz.

Benarlah kata kata seorang pimpinan PAS di Kelantan - PAS AKAN JATUH DI KELANTAN APABILA TG HJ NIK AZIZ TIADA. JATUH BUKAN KERANA UMNO MENJADI KUAT TETAPI JATUH KERANA PEREBUTAN KUASA SESAMA PIMPINAN PAS DI KELANTAN.

Yang benar benar kelihatan seperti "gila kuasa" atau gila "kerusi MB Kelantan" hanyalah Exco yang seorang itu sahaja.

Kami akan terus membongkar dan mendedahkan segala galanya jika yang dipecat itu masih mahu mengatakan dirinya dizalimi dan dianiayai oleh PMBK.

Jangan sentuh TG Hj Nik Aziz kerana kami akan berdiri di hadapan beliau selagi mana beliau mentaati Allah swt dan Rasul-Nya.

Untuk Ahli Dan Penyokong PAS!!

Pas mungkin kehilangan Kelantan dan Kedah PRU Ke-13?

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penguasaan Pas di Kelantan dan Kedah mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.

"Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysiadi sini semalam.

Samsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar Memperkasakan Pas kelmarin.

Abu Hassan ketika mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.

Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.

Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.

"Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu,'' jelasnya.

Pendapat itu disokong seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera.

Katanya, Pas tidak mempunyai banyak masa kerana UMNO sendiri telah mengambil langkah ke hadapan dan dilihat semakin memperoleh semula sokongan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan.

"Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' ujarnya.

Menurutnya, kini bergantung kepada pucuk pimpinan Pas untuk melakukan perubahan seperti yang diinginkan rakyat jika mereka masih lagi bercita-cita memerintah negara ini.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menjelaskan, hilang sokongan dan imej negatif adalah satu proses biasa dalam mana-mana parti politik.

Katanya, apa yang mustahak ialah setiap parti politik perlu memahami aspirasi ahli dan dalam konteks Pas, Abdul Hadi harus selari dengan apa diingini ahlinya serta rakyat keseluruhan yang sebelum ini menyokongnya.

Mengenai hasrat penyokong parti itu yang ingin Pas berdiri sendiri tanpa perlu bersatu dengan DAP, Mohamad Agus menjelaskan, perkara itu mustahil jika parti tersebut bercita-cita ingin menerajui kerajaan Pusat.

"Pas akan mati jika berdiri sendiri. Persekitaran politik sekarang tidak boleh untuk Pas bersendiri walau sekuat mana pun mereka. Pas perlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan tanpanya ia akan tetap menjadi parti pembangkang,'' katanya.

Link: utusan

Komen: Arhh.. Ini persepsi!!! media musuh yang ingin memecah-belahkan parti.!!!!.. Kalau Dr Aziz Bari yang selama ini pro kepada Pakatan rakyat pun kena boo, tambah lagi lah Pro Dr Shamsul Amri dgn Zainal Keling, yang kita tahu mereka ini pro kepada UMNO....Bagi aku ada juga kebenaran dari Dr Shamsul Amri dan Dr Agus Yusuf, persepsi!!!.... kalau dianggap negatif..tentulah jadi negatif...

Tuesday, November 10, 2009

Kelantan Pulak Dah...Inikah Blogger Yang Dimaksudkan Oleh TGNA.

Salam Sejahtera...

Ribut yang berlaku di PMBK hampir terlerai sudah.. Insyaallah. Hari ini 10 Nov 2009 blogger terkenal Kickdefella telah ditamatkan perkhidmatannya di PMBK. Keputusan penamatan jawatan ini adalah atas kehendak dan persetujuan TGNA sendiri selaku Pengerusi PMBK.

Beliau yang menjawat jawatan Pegawai Perhubungan Awam kononnya hanyalah sebagai nama sahajal,,,,dengan dibayar gaji RM4 ribu lebih sebulan.

Tugasnya utamanya ialah menulis didalam blognya untuk membantu menaikkan nama seorang ahli Exco Kelantan, inilah yang dikatakan makan gaji buta...... Mungkin ada yang tahu siapa EXCO itu, tapi biarkanlah dahulu, aku tak boleh terkehadapan untuk melapor berita ini.

Apakah ia yang dimaksudkan oleh TGNA yang melaporkan kononnya ada penyelewengan di PMBK... apa pun sebenarnya beliaulah dan ramai lagi yang menjadi biawak hidup dalam agensi-agensi anak syarikat kerajaan Negeri Kelantan.

Penyelewengan tersebut telah dapat dikesan oleh pegawai-pegawai yang memegang amanah, insyaallah, kami akan membongkar dan melaporkan apa jua penyelewengan. Buat EXCO yang terlibat tu, cukuplah, terimalah hakikat yang sebenarnya....

Tahniah buat TGNA selaku Menteri Besar Kelantan yang bertindak tegas demi melaksanakan tugas yang diamanahkannya.

Kesesatan Akidah Umno : Fahaman Kebangsaan dan Melayu Islam

Nash Ar-Rawy

Akidah Umno yang dipertahankan Najib adalah termaktub di dalam ‘By Law” parti itu ,iatu: demi untuk menegakkan kebangsaan : raja-raja dan ugama Islam diperalatkan untuk mencapai tujuan tersebut.

Jenama ‘MelayuIslam” digunapalkai sebagai umpan untuk memikat-ikat pengundi Melayu dengan mencantikkan assobiyyah Melayu atau Kebangsaan Melayu( Malay Nationalism) dengan ‘make up’ Islam dan dipropagandakan politik ‘MelayuIslam” ; yang mana islam dan raja hanyalah alat kerakusan kebangsaan Melayu sahaja untuk memuaskan nafsu serakah politik ‘The end justifies the means” ; suatu bentuk kezaliman ; yang tiada mengambil kira sifir halal dan haram dosa , pahala, surga dan neraka.

Bukankah fahaman kebangsaan Melayu ( MelayuIslam) adalah akidah yang sesat lagi menyesatkan. Akidah kebangsan (Nationalisme) atau assobiyyah telah di haramkan dan dikuburkan oleh Rasulillahu 1.4000 tahun yang lalu . Mengapakah akidah yang sesat ini dikorek kembali dari pusaranya dan dihidupkan semula dan dijaja , diprojeksi dan dipropagndakan ajaran dan fahaman sekular yang sesat ini kepada pengundi-pengundi Melayu .

Bukankah dalam hadis Rasulillahu menegaskan,: Barangsaiapa yang menegakkan kebangsaan dan mati kerna kebangsaan, matinya, mati jahiliyyhah.yakni. bukan sahaja jadi bodoh ; tetapi sesat dan hadis lain nabi tiada mengaku umat. Seluruh umat Islam hendaklah membuang Umno kerna menganut akidah sesat dan menyesatkan orang Melayu yang sudah Islam berpegang kepada Islam sebagai “ad-Deen” diubah kiblat oleh Umno kepada akidah baru ;iatiu fahaman kebangsaan Melayu yang dihiasi dengan “MelayuIslam” untuk menghalalkan perjuangan assobiyyah Melayu( Kebangsaan Melayu ).

‘Indian muslims”, “Malay muslims”, “American muslims”, “Arabmuslims” ,”Chinese Muslims” adalah pengenalan rupa bangsa dan anutan agama itu sahaja. Tiada bisa dijadikan bangsa sebagai asas perjuangan kerna Islam adalah ‘ rahmatan lil ;alameen” Perjuangan bangsa bukan diajar Rasulillahu tetapi; ISLAM ISLAM bukan MelayuIslam sebagai perjuangan bahkan diharamkan sekali kerna melakukan kezaliman apabila meletakkan bangsa iatiu ; MelayuIslam bukan ISLAM ISLAM sebagai dasar atau akidah dan pegangan perjuangan.

Tidak salah orang Cina sayangkan Cina, Orang India sayangkan bangsa India hatta orang Melayu sayangkan kaumnya sendiri; keturunan Melayu . Maka apasalahya menganut akidah Umno ? seperti yang dipertahankan najib dan yang dipersoalkan TGNA ?.

Sayangkan bangsa, kaum , kumpulan ethnik dan keturunan adalah fitrah semula jadi manusia yang di jadikan Maha Penciptanya perbagaian kaum dan bangsa supaya manusia itu bisa kenal mengenal antara satu sama lain budaya dan bahasa yang berbeza. Ini kebijaksaan yang Maha Esa yang mencipa perbagai bangsa dan bahasa. Bukannya bisa mencipta satu bangsa dan satu bahasa sahaja di dunia ini.

Namun sistem dan akidah yang mahu digunapai manusia Islam oleh yang Empunya Global ialah ISLAM ISLAM bukannya politik ‘MelayuIslam”. Sayangkan bangsa tidak salah , tetapi menjadikan bangsa sebagai teras perjuangan itulah ‘derailment” atau berlakunya kesesatan akidah Umno. Firmanullahu, “ Inna solati, wanusiki, wamahyaya wawamati lil lahi robbil ‘alameen” ( Sesungguhnya, solat aku, ibadat aku, hidup ku dan mati ku adalah kerna Tuhan semesta alam ).

Hanya ISLAM ISLAM yang bisa menyelamatkan Melayu dan bangsa lain ; kerna MelayuIslam : Melayu tipu Melayu (Kroni elit Umnoputra) dan Melayu bunuh Melayu( Memali) “ ISLAM ISLAM is the world future constitution “(Piagam Madinah) ; “ISLAM FOR ALL “ against akidah baru “MelayuIslam” (Dunia Islam Ketawa)

Islam satu ‘complete set of life” tiada perlu di hiasi lagi dengan ‘make up’ atau kosmetik yang berjenama palsu bukan ‘ORI” ( ISLAM ISLAM); tetapi akidah baru seperti ‘MelayuIslam” atau yang sinonim dengannya hadhari Islam, sosialisme Islam, Nationalisme Islam, progresif Islam dan sebagainya yang merupakan antara fahaman sekular dunia, ajaran dan akidah sesat lagi mengesatkan.umat Islam di seluruh dunia.

‘Rumah Allahu” ( Ka’abah) di mekah itu , kepunyaan ArabIslam atau MelayuIslam . Tiada bangsa dan kaum di sini kerna ianya kepunyaan UMAT ISLAM seluruh dunia . Dunia ini diciptakan Yang Empunya Global untuk di warisi oleh orang-orang yang Soleh . Al –Qur’an tiada nyatakan untuk di warisi oleh :ParsiIslam , ArabIslam, TurkiIslam, Kurdish Islam atau MelayuIslam.

Tetapi , oleh orang Islam (mukmim) yang soleh dan paling bertakwa untuk menegakkan agama dan memerintah dunia dengannya .Yakni, ISLAM ISLAM bukannya dengan akidah dan perjuangan yang sesat seperti MelayuIslam atau ArabIslam. Orang Melayu jika mahu bersatu hendaklah tinggalkan perjuangan kebangsaan Melayu dan masuk Islam ; yakni, masuk perjuangan Gerakan Islam yang dipelupori PAS dan jangan tertipu dengan perangkap sesat assobiyyah yang di saluti Islam ;iaitu MelayuIslam.

Tinggalkanlah MelayuIslam dan MASUK ISLAM ISLAM secara keseluruhannya ( KAFFAH) bukannya ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian. Contohnya Islam Hadhari, Islam cabut lari ; Hudud disalahi ; diletakkan dikandang orang salah .

Umno cuba melarikan fokus orang Melayu yang cenderung kepada PAS/Pakatan supaya jangan mengundi PAS kerna Pas ada kerjasama politik dengan DAP. Sebaliknya sokonglah Umno yang memperjuangkan ‘MelayuIslam untuk keselamatan dan masa depan orang Melayu dan Islam.dan mengajak PAS bergabung semula dengan UBN; setelah dengan ego dan bongkaknya tendang PAS keluar magerankan Kelantan.Jangan biarkan anjing tersepit gigit lagi ; cukuplah!.

Inilah fahaman sesat nationalis dan perkauman Melayu Umno yang MENOLAK ISLAM ISLAM dan menerima kebangsaan “MelayuIslam”;satu akidah baru yang sesat lagi menyesatkan kerana Rasulilahu menolak dan ,mengharamkan ArabIslam dengan hujjah bahawa ; yang paling baik di antara kamu bukan kerna kamu orang Arab tetapi sipakah yang paling bertakwa di sisi Allahu.

Justeru itu, UBN hanya bisa hidup dengan isu perkauman yang dimainkan Umno, MCA dan MIC untuk menjadi juara kaum di dalam pilihanraya. Justeru kerna semua parti dalam UBN adalah parti perkauman yang bernaunsakan bangsa semata-mata.

Sedangkan massa sekarang sudah muak dengan retorik ‘MelayuIslam” jajaan Umno dan menolak gagasan perkauman UBN dan sudah mula memahami dan menerima konsep perjuangan yang universal yang tidak berasaskan kaum seperti PKR, DAP dan PAS . Apalagi PAS yang dasar perjuangannya dan akidahnya Islam yang mengenengahkan ‘ISLAM FOR ALL” dan JUSTICE FOR ALL” tanpa mengira kaum dan agama: siapa saja yang susah berhak mendapat pertolongan Negara Berkebajikan yang dipersetujui semuan kaum dan agama.

Justeru itu ;Pas menolak kerjasama politik “MelayuIslam: Umno dan menerima kerjasama politik PAS DAP/PAKATAN demi untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara daripada kerosakan , kefasadan , kerakusan kezaliman ISA yang .dipaksakan ke atas massa.


Anologinya, adalah lebih afal seorang Cina yang soleh , warak dan bertakwa menjadi MB Kelantan umpamanya berbanding dengan mendapatkan seorang PM MelayuIslam yang menyekat khazanah rakyat Kelantan yakni , Royalti.sedangkan royalti di Sabah dan Sarawak bisa dibayar.

Kelantan berjaya menjadi model NEGARA BERKEBAJIKAN SATU MALAYSIA. Dengan sistem pemerintahan Islam 19 tahun rekod tanpa koruspi dan hidup tanpa perkauman atau “MelayuIslam: tajaan Umno.Buang UBN berarti buang perkauman dan rasuah politik yang perlu dilakukan massa pada PRU 13 ini , insyaAllahu, pusingan untuk PAKATAN.

Source: harakahdaily.

Krisis PAS - Tuduhan Bangsat dari seorang Penulis

Salam Sejahtera...

Achmad Dzariean Mohd Nadzri, inilah nama penulis yang sering kita baca tulisannya di Malaysian Insider, dan lain-lain akhbar media UMNO.

Kali ini tulisannya cukup bangsat, membuat tuduhan melulu yang punca sebenar kemerosotan PAS bermula dari Perak, apa punya kajian aku pun tak tau, dia pun nak tiru Dr Abu Hassan dari UM tu ka!!

Tulisannya berbunyi begini ;

‘Turning point’ kejatuhan kredibiliti Pas bermula sejurus selepas BN berjaya membentuk majoriti mudah dalam DUN Perak yang akhirnya menyaksikan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak.

Tindakan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, yang murka dengan titah Sultan Perak yang meminta beliau mengosongkan kerusi Menteri Besar Perak membawa cerminan negatif kepada pimpinan Pas yang tidak peka serta sensitif terhadap isu ketaatan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Watak jahat Pas kemudian diserlahkan lagi dengan peristiwa perhimpunan penyokongnya di Kuala Kangsar yang menghalang rombongan Raja Muda daripada menghadiri Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar dan jelas tidak menghormati institusi beraja dan sistem perundangan di negara ini. Baca sepenuh di SINI.

Ini adalah satu tuduhan jahat yang tak menepati fakta dan bukti yang jelas, OK ...kalau seperti itu yang dimaksudkannya, kenapa Keputusan PRK Parlimen Bukit Gantang PAS mendapat undi majoriti di kawasan Bukan Melayu!!!!!

Mamposs UMNO....Ameen.

Monday, November 9, 2009

Dr Asri Nak Menyertai PAS!!.Niat dah ada..

Salam Sejahtera..

Dari laporan akhbar hari ini, mantan mufti Perlih dah bersedia untuk menyertai politik untuk berdakwah, jika beliau tidak diberi ruang untuk berdakwah.

Nampaknya Dr Asri lebih pandai berpolitik dari orang-orang PAS yang berpolitik... nampak tak.. ia bagi bagi amaran akan masuk politik, bagi aku ini beerti ia tak kan masuk politik la.. sebelum ni pun Johor dari awai-awai lagi dah bagi kebenaran untuknya berceramah tanpa tauliah.

Dengan secara tidak langsung selepas ini Dr Asri akan diberi kebenaran dan kebebasan untuk berdakwah oleh pihak berkuasa untuk mengelak dia joint PAS, apa pun kut mana ada baguihnya, bagi aku lebih baik buat masa dan suasana sekarang ini Dr Asri tak payah masuk PAS lagi, dok kat luar lagi baguih, ambik alih tempat Dr Aziz Bari, tolong perbetul dan monitor apa yang tak betul pimpinan PAS buat, baru depa ada akai...


Kelantan Pulak Dah...1

Salam Sejahtera..

Malam tadi aku punya N3 mengenai PMBK, lebih kurang sejam lebih aku posting, terus dapat satu komen dari anony tak bernama, dari awal mula pengkomen tu minta jangan siar komennya, dia minta aku selidik dulu sebelum aku nak tulis sesuatu minta aku janga menyebelahi mana-mana pihak...., dan akhirnya memberi amaran kat aku.!!!

Kemudian pagi tadi aku buka semak lagi, ada lagi satu komen dari orang yang sama, mengulangai arahan yang sama, kemudian menasihati aku jangan mengambil maklumat dari beberapa orang blogger, kerana menurutnya ada dua orang blogger upahan, he..he..he dia nak kelentong aku, pandi dia punya lakonan, maklumlah bekas pengarah filem dulu, jadi dia bubuh nama dia sendiri sebagai blogger upahan....

Oii, aku peduli apa lu blogger upahan, ka apa... buat apa aku nak sibuk menyiasat mengenai kisah sebenar, kerana kes itu dah jadi kes SPRM, biarlah SPRM yang siasat... cuma aku tunggu masa dan ketika sahaja nak siarkan siapakah blogger yang membuat laporan kepada SPRM itu, sebabnya aku ikut arahan SPRM seperti di SINI.

Aku berblog adalah untuk melepaskan perasan yang terbuku dihati, setiap bulan RM68.00 duit aku terbang bayar kat Celcom, tak ada sesiapa pun yang nak tolong bayar kan, jadi aku bebas nak tulis apa pun jika ada yang menimbul keekliruan, aku tak berpihak kepada sesiapa.. jadi tak payahlah nak nasihat atau nak beri amaran kat aku, aku peduli apaa..

Buat masa ni juga blog aku bukan blog iklan, sebab tak ada sesiapa pun datang nak minta suruh beriklan, kecuali sekali ada siar program PAS....., kerana niat aku nak membantu PAS, tetapi sekarang ni nampaknya PAS pun tak berapa nak aman sejahtera, haru biru kelam kabut disebabkan oleh dua tiga orang pimpinan.

Apakah selepas seminar khas Sabtu lepas suasana akan pulih seperti sedia kala...Wallahuaklam.

Malu VS Politik

Salam Sejahtera...

Zaman aku anak teruna dahulu, aku sempat ikut kawan baik aku ke rumahnya di Perlis, kemudian aku bertandang ke rumah bapa mertuanya, Ustaz Ramli di kampong Mata Air, memang cukup baik dan peramah Ustaz Ramli ni, walaupun kali pertama aku bersua muka dengannya.

Bersembang punya bersembang, waktu tu topiknya bab Kassim Ahmad berdebat dengan beberapa orang alim ulamak yang terdiri dari Ustaz Halim Muhammady, Tuan Syeih Abdullah Masbek dan beberapa orang lagi, aku tak ingat dah.... rupa-rupanya ia pun fahaman macam Ustaz Dr Asri, aku ikut sembahyang berimam dengan dia, biasalah fatihah tak baca bismillah, selesai sembahyang selepas salam, diam wirid masing-masing, inilah kali pertama aku sembahyang berimamkan fahaman macam tu dalam hidup aku.

Habis tu, lepas makan, aku berbual lagi, sengaja aku cuba cuit sikit dalam hal politik, kawan aku dah pesan dah jangan dok gatai, sebab dia dah tau perangai pak mentua dia, padan muka aku dengan jawapannya... "Pakcik bab politik ni, tak berapa berkenan nak ikut serta, sebab dalam politik ni kawan sanggup pijak kawan sendiri untuk nak naik dalam politik, akan hilang perasaan malu, dan banyak lagilah leterannya kat aku, phuihh kena aku kali kali, pada muka muka ketegak tak nak dengar pesanan kawan aku, kemudian Ustas Ramli ni cerita lagi, " Dulu ni tu Dato Sheikh Ahmad (Bapa Dato Radzi) mai rumak Pakcik, ajak Pakcik masuk UMNO, siap nak cadang bagi jadi calon, jadi Senator, Pak Cik tak mau, kemudia wakil PAS pun ada juga, mai cari ajak juga.. pun Pak Cik Tolak... yang kawan aku ni dok sekali bersama dengan aku sengih aja kat aku... terdetik dalam hati kecil aku, orang UMNO memanglah, sanggup kawan pijak kawan, tak kan orang PAS sanggup macam tu!.....

Ok itu dulu punya cerita, hampir 25 tahun yang lalu, masih segar dalam ingatan, Ustaz Ramli ni pun masih hidup lagi sekarang ni, tapi dah terlalu uzur, sayang sekali pada awal bulan Julai yang lalu, waktu aku hantar anak aku ke Perlis aku tak sempat nak ziarahnya, sebab kesuntukkan masa yang cukup terhad.

Dan semalam bila aku baca balik suasana politik di Malaysia, nampaknya ada kebenaran dalam kata-kata Ustaz Ramli tu, dan sanggahan hati kecil ku yang mengatakan hanya UMNO sahaja pun nampaknya tidak berapa tepat dah sekarang ni...memang dulu penyakit buruk begitu hanya ada dalam UMNO, kemudian jangkit kat MIC, paling teruk sekarang ini MCA dan yang terbaharu nampaknya dah ada dalam PAS...

Selepas sahaja PRU12 2008 yang lalu, macam-macam perkara boleh berlaku, ada YDP kawasan tinggal jawatan politik, nak berniaga kononnya, tetapi boleh balik semula jadi YDP balik, pun ada..dan yang jelasnya pada 7 Nov Sabtu lepas terbukti sudah sikap sesetengah ahli PAS di seminar khas PAS, kalau inilah caranya tak ada bezanya kita dengan UMNO, MIC dan lain-lain lagi... hampir setahun sudah.. sewaktu Aziz Bari bersama Husam dan Khairy dalam suatu forum di Kota Bharu, beliau di boo oleh orang-orang UMNO, kini beliau di boo oleh orang PAS....

Kemudian ada yang kata, mereka ini terlampau sayang pada Presiden, betui itu hak mereka, apa kita boleh buat, dan Dr Aziz pun tak mau lagi nak tulis hal politik PAS, pada muka kita, kalau dulu ada orang yang sanggup memerhatikan kita dan membetulkannya, walaupun ada yang tak setuju, tetapi sekarang sudah tidak ada lagi perkhidmatan sukarela dari beliau secara percuma... Dr Aziz tak rugi apa-apa....,

Memang ahli-ahli PAs dan perwakilan hari sabtu lalu sayangkan pimpinan..., bagus, tahniah.. moga-moga lepas ini tak ada lagi sesiapa yang berani nak ganggu gugat sesuka hati terhadap pimpinan parti kita, TETAPI Kita kena ingat pengundi-pengundi di Malaysia yang mengundi PAS tempohari hari bagaimana pada PRU13 yang akan datang tidak lama lagi. Wallahhuaklam.

Sunday, November 8, 2009

Kelantan Pulak Dah...

Salam Sejahtera!!

Pertama sekali aku minta maaf buat pengunjung blog.. walaupun hari ini cuti, namun hari ini aku punya jadual harian full, pagi tadi jam 9.00 ada kuliah, habis 11.30 lebih balik rumah, dah mengantuk pulak, biasalah lepas kuliah, petang pulak jam 3.00 pegi hantar balik sekolah, dalam waktu nak balik rumah, kat kampong Gajah lagi, handphone bini aku berbunyi, rupanya kawan abang ipar aku call, nak mai rumah, dah ada kat Manjung, dah kena pecut sikit kereta, nak sampai rumah, jam 5.00 sampai rumah.

Pi ambik kawan abang ipar aku tu kat Petronas, dekat 25 tahun aku tak jumpa dia, ni baru jumpa kembali, sembang punya sembang, nasib baik lauk dan sayur tengahari tadi ada lagi, rezeki dia laki bini, sebab lama tak jumpa, sembang punya sembang dekat jan 9.00 malam baru dia balik ke Ipoh.

Sekejap tadi bila aku buka komputer, masuk blog sahabat DI SINI, terkejut juga aku, sebelum ini pun blogger ni dah bagi amaran, kali ini kali kedua....

AKU PUN KENAL DAN TAHU JUGA BLOGGER NI, MEMANG HIDUP LAKI BINI ANAK BERANAK DENGAN CARI MAKAN MENJADI BLOGGER UPAHAN, DAH DAPAT KERJA DI PMBK, TAK BUAT KERJA.... ORANG DAPAT BONUS, DIA NAK BONUS, KERJA TAK MAU, LEPAS TU MULALAH BUAT HAL....

YANG SORANG LAGI NI PUN MASIH TAK SEDAQ DIRI, TAK KENANG DIUNTUNG, DAH JADI EXCO, PUN MASIH BERSIKAP TAMAK HALOBA, SUNGGUH MEMANG AKU TAK SANGKA MANUSIA SEBEGINI PUN ADA, SETELAH BERTAHUN-TAHUN MENDAPAT KEPERCAYAAN TUAN GURU NIK AZIZ, BEGINI BALASANANYA TERHADAP TOK GURU,

INGAT KAMI BLOGGER YANG SAYANGKAN ISLAM, TAK KIRA SESIAPA, WALAUPUN SEBELUM INI AKU BEGITU MENYANJUNGINYA, MUNGKIN INI UJIAN ALLAH BUAT DIRI AKU, JIKALAU KAU BELOT PADA PERJUANGAN DEMI KEPENTINGAN DIRI, MAKA SIAP SEDIALAH KAMU WAHAI...., AKU PEDULI APA... PERJUANGAN AKU TAK ADA APA-APA KEPENTINGAN, MELAINKAN AKU NAK ISLAM YANG MENANG....

Saturday, November 7, 2009

Sikap Profesional Presiden PAS.

Salam Sejahtera...
Aku tumpang berasa bangga atas sikap Pro TGHH diatas kejadian apa yang berlaku... baca kenyataannya..

“separuh masa pertama jauh daripada berakhir.”

“Cuba bayangkan PAS seakan sebuah pasukan bola sepak dan kita ada seorang pengurus membimbing mereka. Kemudian, kita akan ada pengulas-pengulas yang mengkritik cara kita bermain.

“Bagaimanapun kita harus beringat bahawa akan ada juga mereka yang akan memprovokasi kita dengan membaling mercun ke arah padang apabila kita sedang bermain.

“Tetapi adakah kita membaling semula mercun ke arah mereka,”


Jadi Ketua Penerangan PAS Pusat, Ketua Pemuda PAS Pusat, AJK PAS Pusat Datuk Ust Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad kena ambik contoh sikap Tuan Presiden, tambahan pula Ketua Pemuda, awak bakal menjadi pimpinan tertinggi kalau kena gaya dan caranya...Alangkah indah kalau anda-anda semua seperti sikap Tuan Presiden.

Kaitan : tiada-tekanan

Pembocor Maklumat Parti.

Salam Sejahtera...

Aku sokong 101% saranan dari Timbalan ketua pemuda PAS Pusat Ustaz Azman Shafawi mencadang agar tindakan tegas mesti diambil kepada siapa sahaja pembocor maklumat parti selama ini.

Sekarang dah satu dunia tau rahsia Parti PAS, dah jadi bualan pihak UMNO, tajuk utama di depan akhbar UMNO...

Semua ni angkara siapa, tak kan aku nak bagi tau lagi, apa nak kata lagi... masing-masing pakat dok pegang.... dengan dok mengepit.....Ini bukan tuduhan lagi, nak bukti... hah ada dan boleh baca kat SINI.

Aku nak tengok... apakah tindakan tegas akan diambil atas cadangan dan saranan tersebut, jangan sesaja cadang, nanti kalau yang terlibat tu sama-sama sehati sejiwa, pakat diam, sapu letak bawah tikar, tak payahlah nak sorok-sorok lagi, lama kelamaan busuk pekung tu akan tersebar baunya tu.....

Krisis PAS - Nasi dah jadi bubuk...

Salam Sejahtera....

Pada 29 Oct yang lalu, aku ada buat posting di SINI.

[mdum061109.jpg]

Nampaknya dari apa yang berlaku pihak musuh tak lepas peluang, minyak pembakar yang 2-3 orang malaon dalam PAS keluarkan itu dipergunakan untuk membakar jemaah PAS. Lihatlah apa yang berlaku hari ini, Tajuk Besar muka hadapan Utusan Malaysia, puas sudah pimpinan yang dok buat cerita ini kepada blogger UMNO, apa nak kata lagi....

Bila perkara begini dah berlaku, baru nak sedaq, baru nak buat konvensyen kepada blogger PAS, selama ini blogger-blogger PAS dah puas dah dok berperang dengan blogger UMNO, tetapi bila kejadian sebegini berlaku, dah terbalik kot, sesama blogger PAS yang bercengkerama, titik mula daripada aku sendiri, selepas beberapa hari saja selesai muktamar, aku dah hampir nak berperang dengan albanjari, namun hasil penat lelah Dr Wahab dan ISA, kes aku dengan Albanjari settle, tup-tup semalam dah ada lagi, ini semua adalah hasil kesilapan dan kelalaian kita sendiri, masing-masing sayang dengan perjuangan Islam.

Apakah yang akan berlaku di konvensyen blogger PAS nanti itu seperti DI SINI. Wallah huaklam. Namun aku rasanya berat nak hadirkan diri, konvensyen lah hangpa..... .

Hangpa boleh lihat sendiri, kejadian kes itu dah hampir 11 hari berlaku, tetapi tindakan yang sewajar nya terlalu perlahan, sehinggakan diambil kesempatan oleh musuh-musuh yang sentiasa menunggu peluang. Lepas itu kita nak marah balik pada Dr Aziz Bari bila dia dok kritik kita, fikirlah balik betui atau tidak, janganlah sesedap mulut mengatakan orang itu tiada adab atau tak beradap, talibarut musuh(UMNO), perhatikan balik dan fikir dengan semasak-masaknya, kalau boleh biar sampai hangit.....sekarang, siapakah yang sebenarnya menjadi talibarut UMNO!!! dalam suasana keadaan yang berlaku sekarang ini!!!..DR Aziz Bari ka!!!......

Mampos UMNO.... Ameen.






Selamat Berseminar - Dr Aziz Bari , Awasss..

Salam Sejahtera...

Malam tadi aku sempat sekejap melihat berita TV, tak ingat siaran TV mana, menyiarkan TGNA yang sehat, memakllumkan TGNA akan keluar dari hospital, punca Tok Guru mengalami sakit sebenar ialah kurang rehat,.

Hangpa tengok, TGNA yang umor dekat 80 tu kurang rehat, mana nak ada rehat, nak tadbir negeri negeri, masaalah rakyat Kelantan, nak jaga PAS lagi, disebabkan perbuatan 2-3 orang malaun yang tak faham bahasa...yang akhirnya Tok Guru yang menerima padahnya...

Tu pun pada pagi ini TGNA akan tetap hadir Seminar Khas, langsung tak ada rehat, kalau cuti rehat lagi tak adala....apakah TGNA pun datang nak dengar sendiri Ucapan Dr Aziz Bari, Awas Dr Aziz, apa yang dapat tahu kemungkinan besar waktu yang akan diberikan untuk berucap tidak lebih 30 minit sahaja, kalau macam tu ditetapkan masa, lebih baik tak payah panggil..... buang masa dan habis ayak liok, mesej tak sampai...

Lagi satu pesanan buat Dr Aziz, bawalah penutup telinga atau pun kapas atau pun juga 2 helai sapu tangan, bukan apa.. takut-takut nanti pecah anak telinga, kerana ada ura-ura ahli PAS yang cintakan perpaduan kaum Melayu akan mengboo kan Dr apabila berucap nanti, harapan saya janganlah Dr patah semangat, berilah ubat yang betul-betul mujarab buat PAS.....

Buat para perwakilan PAS, kalau ada diantara saudara-saudara yang mengbookan Dr Aziz, maka saudara-saudara lebih teruk dari ahli UMNO, malah lebih hina dari MIC, maka jalan yang terbaik lepas itu demi perpaduan jadilah Ahli UMNO, manusia jenis suka mengboo ni UMNO cukup suka....

Mampos UMNO.... Ameen.

Friday, November 6, 2009

Tak Tumboh Tak Melata..

Salam Sejahtera...

Pepatah melayu zaman dahulu masih lagi relevan buat masa ini, Tak Tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata! Mungkin juga sekarang ini dipanggil pantun dua kerat, lantak pilah apa sekali pun, cuma aku nak ambik balik rangkap yang akhir sekali, tak sungguh orang tak kata!!

Apa yang berlaku dalam minggu ini hingga kekemuncak pada hari ini, sungguh menyakitkan, tak terlepas nak ditelan, tetapi nak buat macam mana, seperti yang aku katakan tadilah, dari segi realitinya terpaksalah kita ahli jamaah menerimanya dengan hati yang terbuka.

Kalau kali pertama dahulu, ketika Dr Aziz Bari mengeluarkan pendapatnya Ketua Penerangan yang melenting menjawab balik, tetapi hari ini nampaknya dah bertukar posisi, diambil alih oleh Ketua Pemuda yang sungguh taat setia. Baca DI SINI. Aduh... Dr Aziz Bari yang selama ini semua pihak dalam PR menghormatinya telah dianggap agen musuh (UMNO).. masyaallah.

Kenapa kita marah bila orang menyerang Presiden kita dikhalayak ramai, tetapi kita sendiri pun menyerang balik seperti itu juga, pi mai kut mana pun sama juga, hang kata kat aku, aku kata kat hang balik,,, apa cerita ni....

Aku tak mau nak ungkit atau nak ulas banyak-banyak, nanti kang ramai lagi yang dok marah kat aku, cuma ingatan aku masih lagi terkenang suasana muktamar PAS bulan Jun yang lalu, bagi aku ini semua adalah hasil terbaik kerja-kerja UMNO yang siang malam berusaha nak kan kepimpinan Ulamak yang memenangi jawatan-jawatan tertinggi dalam PAS.

Dan sekarang berhasil sudah kerja-kerja UMNO laknatullah itu, jamaah yang ada dalam PAS tak huru hara apa pun, tetapi segelintir pimpinan yang buat pasai, adakah kita terfikir balik perkara ini... sama-samalah kita fikirkan untuk yang terbaik buat Islam di bumi Malaysia ini..masa masih ada lagi untuk kita nak berubah. walaupun hanya beberapa detik sahaja lagi...wallahhuaklam.

Mampos UMNO..... Ameen.

Ish, Ish, Amanah Sungguh Dia.....

Salam Sejahtera...

Beruntung rakyat Malaysia mempunyai seorang yang amanah dan jujur, iaitu laki Najib PM 1Malayisia,...., oii hangpa ingat senangka nak jaga amanah ni,

Oleh kerana amanahnya itu, dia dihadiahkan sebanyak US2 juta, lebih kurang RM7 juta Malaysia.

Kemudian oleh sebab ada sifat dermawan, duit sebanyak 7 juta tu habis disedekah, baguih,,, beruntung rakyat Malaysia dapa laki Najib yang pemurah....

Tetapi hangpa tau, tang mana dan dimana perkata tu berlaku.... Nuuuu di Selatan Perancis, waktu bercuti kat sana pada bulan Ogos yang lalu,.... Rakyat diutamakan disuruh bercuti dalam Malaysia, berjimat, yang depa, perabih duit rakyat... pi pelingkup bercuti luar negara, baguih sungguh PM 1Malaysia, pandai memerintah negara, kena Cuepac minta bonus, salah disegi moral... moral kepala botak hang ada laaa......

Mampus UMNO.... Ameen.


Satu lagu Hukum baru dari Pengarah JAIS.

Salam Sejahtera...

Sempena hari Jumaat ni yang mulia, mari kita sesama belajar sikit bab hukum yang ada dalam Islam, tetapi bagi aku ni agak baru pertama kali aku dengar, fatwa dari Pengarah JAIS, katanya ialah " orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid."

Sebelum ini aku yang umur nak masuk setengah abad tak pernah lagi jumpa arahan macam ni, tapi semenjak perlu tauliah dan sebagainya, maka keluarlah ijtihad bari dari pengarah JAIS..... cuma aku nak tanya, kat Masjig aku tu selalu aku dok tengok Cina-cina dok masuk repair, pasang lampu dan sebagainya, ni pun AJK Masjid Orang UMNO juga, kontraktor Melayu begitu punya ramai, bagi kat kontraktor Cina, boleh pulak,,, nampaknya depa ni kena belajaq kat Pengarah JAIS....

Mampos UMNO.... Ameen.


Thursday, November 5, 2009

Khurafat didahulukan, Tauliah diutamakan

Salam Sejahtera...

Memang menyentuh perasaan aku sebagai anak yang dilahirkan melayu dan Islam, walau bagaimana pun kenalah terimanya, walaupun pahit.... aku Copy dari blog Dr Wahab Arbain..

Di Malaysia, orang Melayu dah berzaman menganut Islam. Pegangan dan amalan Islam sejak sebelum merdeka. Bila dah merdeka, UBN dah setup pentadbiran hal-ehwal agama dengan baik. Termasuk mengadakan sistem tauliah dan penentuan mazhab.

Ahli PAS dan orang UMNO, dalam beberapa aspek, serupa sahaja. Dalam hal-hal mazhab, mereka sama sahaja. Amalam dan pegangan umum, mereka tak berbeza.

Justeru, pada hakikatnya, Malaysia tak perlu orang berpelajaran atau bijak agama (ulama). Sebab, kalau ada pun nak buat apa?

Seorang yang berkelulusan first atau second degree, nak bercakap apa mengenai agama. Walau ada tauliah pun, kalau mengajar amalan yang berbeza dari ajaran tok lebai kampung, dia akan ditangkap dan dituduh membawa ajaran yang berbeza dari amalan orang ramai.

Begitu juga seorang yang bertaraf doktor falsafah, nak bercakap apa mengenai agama. Nak sebut "talqin" itu bid'ah? Bukankah "talqin" itu amalan orang kampung sejak sebelum merdeka lagi? Nak cakap fasal aliran pemikiran lain? Alamatlah dituduh penganut shi'ah atau wahabi. Kalau komplen pasal mazhab, lagilah ditolak. Seolah-olah Rasulullah itu pengikut mazhab.

Kesimpulannya, pegangan dan amalan Islam Melayu dah OK dan sempurna. Tak kiralah kalau penuh dengan bid'ah atau sarat dengan khurafat. Apa yang dipegang dan diamalkan oleh orang kampung jangan ditegur atau dikomplen. Kerana, semuanya syumul dan mantap, sekalipun tak sama dengan amalan Rasulullah.

Bila bab mazhab-mazhab ni aku teringat kembali seorang pendakwah yang cukup popular satu ketika dulu, dari kaum Cina, Ustaz Hussein Yee, dah lama dia tak ada, rupanya kena ban sebab kononya dia pun dituduh fahaman Wahabbi, tetapi itulah,, orang yang berilmu ni, dibuang kemana sekali pun boleh hidup, waktu aku kat Mekah tahun 2007 dulu, bila aku buka sahaja TV Channel Peace TV, selalunya keluar pendakwah dari India Dr Zakir Nair, yang selalu berdebat dengan kaum India dan Kristian di Benua India, tetapi pada suatu hari tu aku terpandang rupa-rupanya Ustaz Hussein Yee yang dok ceramah di Benua India, itulah orang yang berilmu, di Malaysia orang Melayu tolak ilmu yang ada pada beliau, tetapi di tempat lain beliau diterima, moga-moga usaha beliau diberkati Allah S.W.T.

Keputusan Mahkamah Persekutuan - Jika Nizar Menang.

Salam Sejahtera...

Jika semua berjalan lancar, Insyaallah, keputusan kes Nizar samada masih MB negeri Perak atau tidak akan dapat diketahui. Seorang kawan datang berjumpa dengan aku sekejap tadi, ia mencadangkan JIKA keputusan Mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tempohari ini beerti Nizar masih MB Perak yang sah, jadi cadangannya ialah:

Nizar tak perlulah dok gatai mulut nak pi cadang pada Sultan Bubar DUN, adalah lebih baik meneruskan agenda PR untuk memerintah negeri Perak sehinggalah PRU13 nanti. Sekiranya bubar DUN Perak, ada jaminankan yang PR akan memenangi balik kerusi kerajaan negeri Perak, belum tetntu, sedangkan kita tahu UMNO telah bersiap sedia dengan 1001 macam untuk mempertahankan PRK ini.

OK, katakan jika PR memenangi lagi kerusi DUN, adakah Sultan akan bersetuju melantik semula DS Ir Nizar menjadi MB, belum tau...harus diingat kuasa melantik MB berada di tangan Sultan, kejadian Mat Deris dan Mat Said di Terengganu harus kita ingat kembali.

Selain dari itu rakyat negeri Perak dapatlah nak meneruskan tugas-tugas masing-masing yang sebelum ini banyak terbengkalai disebabkan perkembangan arus politik, katakanlah jika ada lagi PRK Negeri, dah, masing-masing pakat tak tidok malam lagi..., cukuplah... kasihanlah kat rakyat, hargai dan nilailah tenaga dan harta rakyat yang perlu dikorbankan jika adanya lagi PRK.

Segala peruntukkan kewangan perbelanjaan untuk Sultan dan istana hendaklah mengikut undang-undang yang sedia ada, jangan nak lebih-lebih lagi, kalau boleh kurangkan lagi baik, utamakan dahulu kehendak rakyat negeri Perak.

Khas buat Datuk SUK, bekukan segala-gala tugas-tugasnya, sediakan satu bilik dan meja, letakan akhbar Harakah, suara Keadilan dan Roket sahaja untuk dibuat bacaannya, segala pergerakannya sewaktu dalam tugasan kerja harus dikawal, sebaik-baik letakkan seorang pengawal yang mengawasi segala pergerakaannya.

Oklah cukup setakat ini dulu, jika sesiapa ada lagi yang nak tokok tambah silakan....

Mampus UMNO.... Ameen.


Wednesday, November 4, 2009

Moral...Oiii Moral.

Sekejap tadi aku terdengar PM 1Malaysia Bini Rosmah dok merepek meraban marah kat Ceupacs pasai tak habis-habis minta bonus untuk kakitangan kerajaan.

Dengan rupa marah nak marah ,,, Bini rosmah berkata
" “Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi popular di kalangan ahli anda,"

Cuma ku nak tanya sejak bila pulak PM 1Malasyia bercakap mengenai moral... moral....moral...oiii..moral..moral tu apa.. macam kacang putih ka!!!!!.

Aku malas nak ulas... hangpa fikirlah sendiri kalau nak bercakap hal moral..... Khak pthuih....

Berkaitan: LINK
Mampos UMNO..... Ameen.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari