boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, June 6, 2011

Usul dari PAS Johor Tenggara - Aku sokong 100%

Salam Sejahtera,

Tahniah buat PAS bahagian Johor Tenggara yang begitu perihatin buat warga-warga bekas tentera...,



Sekadar untuk dikongsikan bersama, buat pembaca-pembaca bekas tentera...

Apa yang aku alami baru-baru ini satu daripada apa yang berlaku kepada bekas tentera, tak ada sesiapa pun nak pertikaikan....

Bila aku dimasukkan ke hospital akibat dari kemalangan, doktor mencadangkan kaki kanan aku yang patah perlu di operate dan di pasangkan besi pada tulang betis dan screw pada tulang buku lali., sekarang ni tak ada lagi kaedah simen atau lain daripada itu,,,

Nak ke tak nak, terpaksalah terima cadangan tu, cuma yang masaalah sikit ialah kena bayar dulu dengan menggunakan money order jumlah harga besi tersebut, baharulah pembedahan dilakukan, kalau tidak tunggulah sampai pembayaran dibuat....,

Aku bernasib baik, kerana kejadian berlaku 5 Mei, kena operate 6 hari selepas tuiaitu pada 11 Mei, nasib baik ada lagi sedikit sebanyak baki duit gaji, nak jadi cerita, ramai kawan-kawan yang ziarah aku kat hospital selain yang bawa buah tangan berupa buah dan makanan, (sehingga ke hari ini belambak lagi), ramai yang memberi aku wang, kalau nak dikira RM 4-5 ratus juga yang dapat, terima kasihlah pada semua yang menghadiahkan aku makanan dan wang, dari wang itulah dapat sedikit sebanyak membantu aku membayar harga besi yang nak dimasukkan ke kaki aku, jumlahnya RM 940.00..

Memanglah kos harga tersebut boleh diclaim balik melalui bekas hal ehwal veteran (JHEV) ATM, tak taulah berapa lama baru boleh dapat balik....bagi macam aku yang masih ada duit OK lah, kena yang tak berduit sewaktu kejadian, mana nak kerekau, pembedahan kut mana pun kena buat.. tak adakah kaedah-kaedah lain yang boleh membantu bekas-bekas tentera yang menerima musibah......

Bila aku dok terfikir balik, inilah nasib kami bekas tentera....entahlah... harap-harap kerajaan PAkatan Rakyat dapat memberi yang terbaik buat kami-kami bekas tentera ni,

Moga-moga kerajaan Pakatan rakyat dapat membuat perubahan, bukan sahaja kepada bekas tentera, malah kepada tentera-tentera yang berkhidmat, banyak lagi yang tak berapa betul dalam kehidupan tentera....

,

2 comments:

  1. Projek Ladang Rakyat boleh dijadikan pelajaran untuk membantu depa ni. Gunakan wang zakat misalnya untuk membuka tanah rancangan untuk depa, sambil tu ujudkan pula tabung khas yang diisi dengan hasil ladang depa. Mat pencen.

    ReplyDelete
  2. bkan tentera shj.... org gomen len pon kena mcm tuh gakk.. tukaq je laa kerajaan.... harap2 pakatan rakyat lebih prihatin nasib penjawat awam...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari