boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, January 1, 2012

Majlis Perbandaran Manjung - Tolonglah ambik tindakan..

Pagi tadi sempena menyambut awal tahun baharu 2012, nama Seri Manjung terpapar di kaca TV bila berita pagi disiarkan,, Kemalangan ngeri yang mengakibatkat 7 orang mangsa maut...

Sebelum aku nak tulis lebih lanjut, terlebih dahulu aku ucapkan salam takziah buat keluarga mangsa-mangsa nahas kejadian... Cuma sedikit teguran, buat abang-abang yang mengendali jenazah-jenazah, kerana apa yang dok belajar,, adalah tidak sesuai atau tak berapa elok ayat-ayat alquran digunakan untuk membungkus atau menutup jenazah,, gunalah kain biasa adalah lebih baik...

Sudah tiba masanya Majlis Perbandaran Manjung melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat sekitar Manjung, pondok-pondok yang dok jual buah-buahan terutama mangga patut diubah dari pinggir tepi jalan...

Jalan yang berlaku kejadian kemalangan maut itu, bukan jalan bandaran atau jalan kampong,, itu adalah jalan utama pesisir pantai yang menghubung terus dari Kelang Selangor sehingga ke Seri Manjung..Jadi kesibukan dengan kenderaan yang menggunakan jalan tersebut tak perlu nak dicerita lagi...

Dengan adanya pondok-pondok gerai jualan buah-buahan membuatkan penggunaan jalanraya tidak dapat menggunakan jalan raya dengan lancar,, cukup merbahaya dengan kenderaan yang tiba-tiba sahaja perlahan nak berhenti untuk membeli..

Rasanya pondok-pondok ni dah berbelas tahun berjalan, sesuai dengan Bandar Manjung sebagai bandar Maritim, tempat kejadian pula boleh dikatakan sebagai pintu masuk ke bandar Manjung, adalah tidak berapa sesuai pondok-pondok lama dibiarkan berderet-deret di kiri kanan jalan nak masuk ke Manjung.

Adalah cukup cantik kiranya MPM dapat mendirikan bangunan-bangunan gerai yang lebih tersusun dan teratur di kawasan yang lebih selamat... maksud aku tapaknya biarlah seperti lokasi R&R yang berada disetiap pinggir jalan utama atau lebuhraya...
















1 comment:

  1. Saya doa agak RG kereta sewa yang salah guna perkhidmatan Taxi (dgn tulisan Besar "TAXI" di counter di Lapangan Terbang Kuching akan menerima senasib gambar diatas kerena mereka menipu penumpang serta tidak bertanggung jawab atas taxi taxi bajet yang punya permit yang sah.Harap pihak berkuasa dapat bertindak dgn adilnya. RG kereta sewa dipunyai oleh Abang kepada YB Fadillah Yusof (B.N Petra jaya)

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari