boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, November 7, 2012

Anwar cabar Najib bertanding di Marang, sedangkan ia sendiri pun penakut.

Kalau dari segi ketahanan mental dan perasaan, apa yang ada pada diri batang tubuh bakal Perdana Menteri Malaysia ke 7 ,  tidak aku nafikan, bagaimana beliau mampu dapat menahan dari segala macam fitnah yang tak perlu aku paparkan semula, sabar menempuhi kehidupan dalam penjara di Sungai Buluh,, semuanya itu belum tentu ada pada semua pemimpin lain.
Namun dari segi keberanian lain Anwar sebenarnya penakut...  


Anwar hanya berani mencabar Najib untuk bertanding di Marang, namun apakah ia berani menawarkan diri bertanding di Pekan sama seperti TG Haji Hadi Presiden PAS.. 


Anwar mula menceburi politik tahun 1982, waktu itu aku baru sahaja habis dari rekrut TLDM, memenangi kerusi Permatang Pauh mengalahkan calon PAS Allahyarham Zabidi Ali. 

Sepatutnya Anwar ditawarkan bertanding dalam parti PAS, tetapi kononnya ia nak mengislamkan UMNO waktu itu,, jadi masuklah UMNO,, namun apa yang ia dapat,, apa yang aku nampak dia hanya dapatnya  perangai UMNO yang masih belum boleh dibuang,, sama-sama penakut macam Najib juga... begitu juga dengan kroni dan banyak lagi samanya seperti UMNO.

Tak perlu aku nak korek kisah lama 1982 tu banyak-banyak, ,, OK Kita ambik kisah tahun 2008 selepas Anwar dibebaskan dari penjara dah boleh bertanding semula,,, ada dua kerusi PKR yang aku dengar Anwar nak bertanding iaitu Bandar Tun Razak dan Kulim Bandar Baru,,, apakah Anwar tak berani di dua kerusi tersebut dan Anwar hanya berani di kerusi Permatang Pauh., wallahhuaklam..

Jadi tak payahlah nak cabar Najib,, renungi diri sendiri dahulu,, lebih kurang juga,,, janganla terlebih sangat sembang politik,,, 

Tahniah kepada Naib Presiden PAS, YB Salehudin Ayub, yang betui-betui anak jantan,, berani balik ke negeri sendiri walaupun nak harap kemenangan masih belum tentu lagi, kerana Johor masih lagi lubuk UMNO,, 

Kesimpulannya, buat pemimpin-pemimpin kanan parti PAS atau pun juga pemimpin melayu PKR  janganlah duk nak cari kerusi yang boleh beri kemenangan sahaja,,, belum bertanding belum tentu anda akan merasa kemenangan, anda hanya boleh merancang,, pengundi akan menilai nak undi siapa namun keputusan nya Allah sahaja menentukannya,

Buktikan dahulu keiklasan anda nak jadi pemimpin, Insyaallah, kemenangan akan berada di pihak anda...yakinlah..,  , 

5 comments:

  1. kalau pekan ...tarak berani ooooo..!!!! ..kampucia sudah ada berapa kampong..?? .. indon sudah ada berapa..?? bangla sudah jadi mamak sudah berapa ramai..?? ..semua takut tarak dapat mykad kalau tak pangkah dacing...!!! orang asli tak pandai tulis "X" ada berapa..?? spr kasi pangkah diaorang punya kertas ... kem askar sudah ada berapa..?? kem askar batu 10 kuantan pun sudah masuk pekan ...undi pos ...general kasi pangkah..!!!
    sana lanun-lanun laut cina selatan pun sudah masuk pekan .... boleh lawan ka..???

    ReplyDelete
  2. Kalau dia bertanding di Kulim Bandar Baharu @ Bandar Tun Razak, di waktu yang sama Wan Azizah masih MP Permatang Pauh, ko jangka isu apa yang dimainkan oleh BN? Kalau kau x dpt jangka isu apa, rentikanlah buat blog politik. Kalau dia penakut, baik dia terima je tawaran Kutty tu dulu, x payah la dia teruk2 kena fitnah gini dan jadi banduan. Kalau dia x tawarkan diri utk parlimen Pekan, x semestinya dia penakut. Bukan ke kerusi tu dr dulu memang kerusi diperuntukkan utk Pas? Kalau dia tawarkan diri utk kerusi tu, ko jangka x apa isu yang akan dimainkan oleh ameno? Sekali lagi, kalau x dpt jangka apa isunya, baik ko diam je sb bila ko bg pendapat, memang menampakkan kejahilan ko. Kejahilan kita sebaiknya ditutup

    ReplyDelete
  3. kalau padang sama rata bila bila pun boleh ini padang manyak teluk oi

    ReplyDelete
  4. isu yg nak dimain ameno?? takkan takut ngan isu kot. hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Aku tengok, manjung ni ni ligat jugak attack anwar. macam ada personal grudge... manjung pun tahu kan yang najib kaki kencing n mesti da sediakan berkotak kotak undi pos sebagai insurans. kalau anak jantan, dua dua bertanding kat tempat neutral n jangan ada elemen menipu... masa tu leh tengok siapa champion. suruh je dua dua bertanding kat sarawak atau sabah n kita tengok siapa champion.tepuk dada tanya selera...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari