Rupa-rupanya bekas Incharge Lama aku,,, waktu aku mula-mula service dalam Navy dulu tahun 1983 kat Logistic Depot Woodland, aku selalu kena duty dengannya di Kem Tebrau Johor Bahru, dan kampung dia pun tak jauh dengan kampung aku...
Dia menceritakan masaalah yang dihadapinya dan penduduk Taman Seri Lekir yang sebaris dengannya mengenai sistem perparitan dan jalanraya taman perumahan baru yang dibina dimana kedudukannya menghadap dihadapan baris rumahnya yang boleh menimbulkan kemalangan.
Surat aduan kes ini telah pun dimajukan kepada Majlis Perbandaran Manjung, serta salinan surat bantahan seperti yang disertakan ... dan beliau dah pun bertemu dengan pegawai yang bertanggung jawab,, namun keputusannya hampeh.... ini menyebabkan ia minta tolong aku siarkan apa yang mereka hadapi...
Aku nak hurai banyak kes ini aku pun tak reti,, sangat,, sebab aku tak sendiri tak dapat nak pegi ke lokasi kejadian,, segala maklumat yang aku dapat ni pun, anak lelaki beliau yang mai bagi kat aku... Cuma yang aku dapat lakukan,, siar balik semua surat bantahan, dan gambar-gambar yang menunjukkan masaalah tersebut...
Gambar di atas adalah gambar lama, sewaktu surat bantahan di hantar,,
Manakala gambar di bawah adalah gambar terkini..
No comments:
Post a Comment