boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, November 22, 2012

Tahniah dan Terima Kasih kepada Ahli Parlimen BN..

Terbukti dari dulu, kini dan selamanya, Ahli-ahli parlimen BN terutamanya UMNO memang tak boleh diharap untuk nak membela atau menyelamat rakyat.. Sia-sialah pengundi-pengundi yang mengundi mereka memberi kemenangan pada PRU12 2008 yang lalu...  

Sebelum ini kita semua tahu, ramai ahli Parlimen terutamanya UMNO meminta kabinet mengkaji semula perjalanan sistem kamera AES, ini termasuk Ketua Pemuda UMNO yang juga AP Rembau pun senada tak bersetuju... 


Tetapi hari ini lain cerita, AP BN terutama UMNO hanya sekadar bercakap di kedai kopi sahaja,, dalam parlimen di depan menteri semua dah kena kapit teluq.... 

Buat rakyat terima sahajalah atas apa yang berlaku,,, tahniah buat orang-orang UMNO kerana kamu meredhai kezaliman berlaku ke atas rakyat... 

BN menang ‘pengundian AES’ di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR, 21 Nov — Barisan Nasional (BN) hari ini menang dalam pengundian untuk melaksankan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Dewan Rakyat walaupun terdapat usaha wakil rakyat pembangkang untuk menghalang sistem itu dilaksanakan.
Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan kemudiannya diluluskan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas proses pengundian menunjukkan 78 ahli Parlimen bersetuju, dan 49 tidak bersetuju.
Sejurus pengundian dilaksanakan, Pandikar Amin memutuskan untuk menamatkan segera sesi penggulungan apabila Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada ahli parlimen pembangkang yang bangkit mempersoalkan AES sejak tengahari tadi.
Keadaan itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat ketika Kong membahaskan penggulungan dan beliau dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan jumlah kematian.
Situasi itu kemudiannya semakin gamat apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga berjuang melalui NGO Kempen Anti Saman Ekor (Kase) membangkitkan persoalan mengenai dua syarikat utama yang mendapat tender pemasangan kamera AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.
Mahfuz menegaskan, melalui maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ATES Sdn Bhd merupakan syarikat berdaftar pada 12 Februari 2009 dan perniagannya berasaskan konsesi yang diperoleh daripada kerajaan termasuk sistem penguatkuasaan trafik automatik.
Manakala Beta Tegap Sdn Bhd yang didaftar pada 7 Februari 2004 mendapat kelulusan kerajaan menjalankan operasi membekalkan barangan dan perkhidmatan, menguji, serta memasang AES.
"Macam mana dua syarikat ini tahu dia boleh dapat jaminan tender daripada kerajaan sedangkan Kabinet luluskan AES pada tahun 2006 dan saringan pemilihan tender dilakukan tahun 2008?
"Dia daftar syarikat semata-mata nak dapat tender ... ini menunjukkan ada perkara yg tak kena ... ini bukan untuk menyelamatkan nyawa manusia tapi untuk mengkayakan kroni, merompak hak rakyat. Ini perompak jalanan.
"Kamu (BN) nak sokong kamu boleh sokong ...  kamu pun jadi perompak, kerajaan menggunakan kamera untuk menyelamatkan manusia ... bohong!" tegas Mahfuz beremosi.
Dakwaan Mahfuz itu kemudiannya disambut secara sinis Ahli Parlimen Hulu Terengganu Mohd Nor Othman.
"Memang BN perompak," katanya.
Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dari DAP kemudian bangun mencelah dan mendesak perjanjian pemberian tender antara dua syarikat terbabit dengan Kementerian Pengangkutan yang menjadi Akta Rahsia Rasmi didedahkan kepada umum.
Kong turut dilihat tenang menerima asakan-asakan pemimpin pembangkang, dan menepis dakwaan yang dilemparkan kepadanya berkata,"Ahli-ahli Yang Berhormat tak nak dengar jawapan saya ... sengaja nak putar belit dan kelirukan Dewan.
"... tapi tidak mengapa, darah tinggi saya belum naik," katanya.


6 comments:

  1. Syarikat tender ni klu bagi pada syarikat mahpos omar baru depa diam. Mmg sialan si mahpos anak omat babi al celaka trmasuk almanjungmari tokoh maal hijrah surau madah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. weh...yg ko marah kat mahfuz tu sampai kait dgn babi apehal???babi ada cari pasal dgn ko ker????ke ko yg cari pasal dgn babi????heran betul aku dgn manusia ni.sekeji2 babi, babi xpernah mengata ko....
      yg psl AES ni...yg ko pening2 buat ape???ko pikir jer mcmni...kalau setiap kali saman, rakyat kene byr royalti kat company tu buat hape???baik la duit yg nk bg kat company tu p guna buat jalan kat sabah sarawak...negeri kaya dgn balak.tp yg kaya dpt kt org atasan...rakyat marhaen ni masih mundur. jln xberturap...tp betul la kan org kata...hidayah xkan dtg sendiri klu xcari.kalau terima berita dgn hati yg buta, sampai bila pun kebenaran xkan sampai dlm hati dia...

      Delete
  2. X kan mp pakatan 49 org je dlm dewan.monteng juga ke. Klau cm tu x boleh harap juga la.

    ReplyDelete
  3. X kan mp pakatan 49 org je dlm dewan.tolak munafik 2 -3 ekor tu pun msih ramai gi.x kan monteng kot. X boleh harap juga la.

    ReplyDelete
  4. AP UMNO cakap tak serupa bikin...haprak cakap besar tapi dalam Dewan Rakyat isu rakyat sendiri takut nak bantah...Pergi mamposslah UMNO...patutlah kalau rakyat doakan UMNO / BN jahanam...

    ReplyDelete
  5. AP Bee End memang golongan haprak dan perompak wang rakyat...apa nak heran. Depa kalau tak rasuah dan seleweng duit rakyat depa miskin macam kita juga.Dulu AP masa Tengku dan Tun Razak ramai AP umno yang miskin....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari