Wednesday, 19 November 2014
KENYATAAN TERBUKA BERANI MATI SEORANG ANGGOTA KEADILAN MENGENAI AZMIN ALI.
Kenyataan Terbuka
19 November 2014
AZMIN MENERUSKAN SEMUA ALASAN PEMECATAN KHALID BEZANYA DIA PANDAI BERGAMBAR DAN BERETORIKA
Saya Megat Khairul Anuar B.Razali merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Hulu Selangor. Sidang akhbar ini bagi menyatakan kekecewaan saya terhadap kerakusan YB Azmin Ali dalam mengenepikan keputusan parti dalam melobi diri sendiri menjadi Menteri Besar malah Parti Keadilan Rakyat sendiri nampaknya seperti ditertawakan apabila semua alasan penukaran Menteri Besar seolah hanya propaganda murahan apabila YB Azmin Ali didapati meneruskan semua yang disebut sebagai alasan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sejak berjaya melobi diri sendiri menjadi Menteri Besar dan mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Azmin sebenarnya tidak langsung melakukan apa pun pembaharuan selain dari gimik media seperti gambar membersih longkang, menyembur racun.
Punyalah begitu obsess hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia ‘Jokowi’ ramai pasti tertawa melihat gambar Menteri Besar memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung menyembur ‘ubat nyamuk’ konon melancarkan kempen ‘Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS)’. Kalau pun ia kempen yang perlu cukup peringkat Pegawai Kerajaan atau Exco melakukannya.
Hanya berbeza dengan Khalid ialah Azmin Ali berjaya mula mencairkan wang simpanan negeri bernilai RM3billion lebih dengan projek-projek segera.
Sebagai anak negeri Selangor, saya masih ingat isu-isu yang menjadi penyebab kegagalan Khalid Ibrahim yang mewajarkan beliau digantikan. Antaranya ialah Masalah sisa pepejal, keadaan Jalanraya tidak baik, lebuhraya KIDEX dan bekalan air terawat termasuklah pembinaan empangan Langat 2.
1. Sisa pepejal
Saya mendapat maklumat bahawa selepas Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan di Negeri Selangor pada tahun 2008, berlakunya diskriminasi Kerajaan Persekutuan yang melarang sisa pepejal daripada di hantar ke Tapak Pelupusan Sampah termoden di Bukit Tagar, Kuala Selangor. Inilah sebab utama masalah sisa pepejal di Selangor tidak dapat diselesaikan dengan segera.
Namun begitu, pentadbiran Khalid Ibrahim telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Memasuki penggal kedua pemerintahannya, beliau telah pun meletakkan seorang exco kanan yang amat berdedikasi iaitu YB Teng Chang Kim bagi menyelesaikan masalah ini. Dan sepanjang tempoh tersebut gandingan dua pemimpin ini terus menjalankan usaha gigih. Untuk membina tapak pelupusan sampah baru bukanlah kerja yang mudah. Banyak isu teknikal yang perlu diperhalusi agar ia tidak akan menimbulkan kacau ganggu kepada kehidupan masyarakat dan alam sekitar.
Dan sehingga kini kita masih tidak dapat melihat atau mendengar usaha komprehensif daripada Menteri Besar baru selain daripada menganugerahkan harga tender yang lebih tinggi kepada kontraktor atas nama untuk menjaga kualiti perkhidmatan. Untuk sekadar mengatakan masalah sisa pepejal ini berlaku hanya kerana harga tender yang diberikan oleh pentadbiran sebelum ini adalah rendah juga sebenarnya tidaklah tepat sangat.
Banyak juga tender yang diberikan dalam negara ini dengan harga yang tinggi tetapi projek tetap gagal disiapkan mengikut jangkamasa yang ditetapkan atau tidak mencapai keputusan seperti yang diharapkan.
Kegagalan bukanlah disebabkan oleh satu faktor sahaja iaitu harga tetap meliputi juga aspek pemantauan oleh PBT, kekurangan tapak pelupusan sanitari dan sebagainya.
2. Keadaan Jalanraya
Berapa ramai antara kita yang menyedari terdapat dua kategori jalan iaitu Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Untuk Jalan Persekutuan urusan mengurustadbir dan pemuliharaan adalah dibawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan manakala untuk Jalan Negeri pula ianya adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui PBT tetapi dananya turut dikongsi oleh Kerajaan Persekutuan melalui geran jalan yang jumlah tahunannya dikira berdasarkan formula bilangan penduduk dan panjang jalan dalam sesebuah negeri.
Jadi, jika jalan yang rosak ini dari Banting ke Morib sebagai contoh, ia adalah salah Kerajaan Persekutuan dan jika Jalan Reko di Kajang pula, ia termasuk di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri. Namun semasa isu ini dibangkitkan semasa krisis Menteri Besar tempohari kita tidak diberitahu data dan statistik jalan rosak yang tidak dibaikpulih itu. Sama ada banyak di Jalan Persekutuan atau di jalan Negeri.
3. Lebuhraya KIDEX
Ini adalah kemunafikan besar oleh kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor. Isu KIDEX ini menjadi bahan jajaan yang cukup hebat untuk menggulingkan Khalid Ibrahim. Dikatakan tindakan Khalid bersetuju dengan pembinaan KIDEX sebagai tidak memenuhi kehendak penduduk setempat dan juga tidak membawa hasrat manifesto Pakatan Rakyat.
Sekarang, saya ingin mengemukakan persoalan, apakah apabila dengan menukar Menteri Besar ini sahaja maka KIDEX telah memenuhi hasrat rakyat setempat dan manifesto PR? Di mana suara Tony Pua yang sebelum ini kononnya sibuk memperjuangkan rakyat yang menolak KIDEX? Ataupun KIDEX ini hanyalah satu punching bag untuk menipu rakyat menggulingkan Khalid Ibrahim walhal sememangnya Pakatan Rakyat Selangor bersetuju dengan pembinaan KIDEX?
4. Bekalan Air Terawat dan Empangan Langat 2
Ini juga merupakan satu lagi penipuan besar yang diolah untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim. Dijaja mengenai perjanjian Bank Islam yang menjadi punca Khalid Ibrahim menandatangani persetujuan tersebut. Walhal, fokus utama Khalid Ibrahim adalah untuk menjadikan konsesi bekalan air terawat di Selangor sebagai milik rakyat negeri Selangor sendiri. Apakah ini tidak bagus untuk rakyat?
Dan tiba-tiba Azmin Ali mengumumkan kesyukuran beliau apabila konsesi air ini telah secara rasmi menjadi milik rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak malukah untuk mengambil usaha dan idea orang lain dan kemudiannya menjadikan sebagai kejayaan sendiri?
5. Pengembalian Bible Yang Dirampas JAIS
Tidak terhenti setakat isu air ini, Azmin Ali ini sekali lagi tidak merasa malu untuk mengakui bahawa dirinya adalah hero yang menyelesaikan isu bible yang dirampas JAIS. Kenyataan Majlis Agama Islam Selangor bahawa DYMM Sultan Selangor dan MAIS yang sebenarnya melakukan inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini telah menunjukkan sifat hero jadian manusia bernama Azmin Ali ini. Terus menerus menjadikan usaha dan inisiatif orang lain sebagai kejayaan peribadinya.
Sehubungan itu, saya menyeru Menteri Besar baru ini untuk berhenti memplagiat usaha dan inisiatif orang lain. Kalau benar anda mempunyai idea, wawasan dan inisiatif seperti yang diwar-warkan sebelum ini, sekarang adalah masanya untuk anda buktikan.
Menjadi Menteri Besar bukan sekadar melakukan aktiviti terjah atau pun berada rapat dengan rakyat melalui program-program kemasyarakatan semata-mata tetapi juga harus mempunyai misi dan visi yang jelas dan holistik dalam sektor pembangunan, pelaburan, kesejahteraan rakyat dan lain-lain untuk terus mengekalkan Selangor sebagai negeri paling maju dan terkaya di Malaysia. Sehingga ini Azmin Ali masih lagi gagal untuk mengemukakan agenda fiskal yang baik untuk negeri Selangor.
Ataupun mungkin Azmin Ali juga akan menjadi seperti Ali Rustam yang terkenal sebagai MB KBSM sahaja itu kahwin, bersalin, sakit dan meninggal dunia bukannya dikenali dengan kemampuan menjana ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Saya tidak sendiri dalam membuat kenyataan ini. Saya mewakili sekumpulan anggota PKR yang turut mempunyai sentiment yang sama. Persoalan ini harus dijawab. Satu kempen senyap sudah pun berjalan lebih dua minggu dan akan terus berjalan dalam menyalurkan maklumat persoalan – persoalan penting kepada anggota PKR khususnya di Selangor. PKR tidak harus menjadi parti – parti lain yang kita kritik selama ini menjatuhkan dan menaikkan individu berdasarkan kepentingan pihak tertentu sehingga menimbulkan kerugian kepada umum lebih malang lagi yang dinaikkan hanya pandai bermain media dan beretorik semata.
Sempena 100 hari kami anggota PKR Selangor sendiri akan tampil untuk membentangkan ‘report card’ 100 hari Azmin
Sekian
MEGAT KHAIRUL ANUAR RAZALI
B0030003354
ANGGOTA PKR CABANG HULU SELANGOR
Cilok dari blog Omak kau..
hati busuk. Apa pun PR masih terajui Selangor DE. Elakkan hati kian membusuk.
ReplyDeleteTeruk dan buruknya perangai kau ni manjung mari.Biarlah berpada nak kenakan orang.kalau anwar tu takda yang baik kini Azmin pula kau tujakan.kau ni anak halal ke anak haram?Agaknya setiap hari kau berfikir apa yang nak tulis tentang PKR.padahal kau bolih memberi sunbanagn dari tulisan kau untuk mengutkan pakatan ,ini tidak ada saja yang kau cuba mencari kesilpan orang.Apakah Khalid iutu bersih.apakah benar apa yang megat tu tulis.apakah baik sangat ke chigu bad,kau dah siasat atau kau sondol je macam babi tak kira lumpur ke taik .malu akau penngikut pas berkawan dengan kau ni.mengaku ahli pas tapi perangai macam syaitan
ReplyDeleteAnak didik pemuja ulama fitnah pil kuda, tentulah berusaha untuk mengalihkan fokus supaya isu kluk klek & U-turn boleh disenyapkan.
Deletelaa.. ingatkan tukar MB seme isu kidex, air, baibel selesai.. lom setel rupenya.. yang dap pun tarak bising pun
ReplyDeleteDia nie .. mm , serupa jer dgn puak2 tu - kelompok ug beb .. takkan tak tao ..hihi , main wayang pek gie !!
ReplyDeleteHang dan YB HJ Imran samalah.. dah kene picit telur.. hahaha
ReplyDeleteInilah akibatnya bila TLDM diterajui oleh seorang PTL yang percayakan bomoh. Bala datang bertimpa-timpa. Aziz Jaafar pemegang rekod PTL paling banyak menjahanamkan kapal. Sekurang-kurangnya lima petaka besar dialui TLDM sepanjang pemerintahannya. KD JEBAT berlanggar dgn kapal dagang, KD SRI INDERAPURA terbakar dan tengelam, KD PARI tengelam, KD MUTIARA terbakar dan terkini KD PERANTAU tenggelam... Hantar KD MUTIARA pi lautan hindi cari MH 370 pun tak leh sampai.. separuh jalan rosak.. patah balik.. puiiii..
ReplyDeletehadi lagi pandai buat gimik, pancing undi kononnya nak bersara dari politik lepas tu nak jadi nelayan.
ReplyDeletehahaha dah jadi ahli politik, pemalas. ponteng mesyuarat. masuk parlimen goyang telur, satu habukpun takde isu yg diutarakan.
sekurang-kurangnya mb selangor turun buat kerja walaupun hanya gimik. kau taknak tanya hadi buat apa masa jadi mb t'ganu? hahaha habuk pun tarak la bhai.
Mungkin sedikit nasihat: Manjung Mari, tulislah kerana Allah.. bersihkan hati, damaikan perbalahan, jangan keruhkan keadaan.. SYURGA BUKAN UNTUK INDIVIDU TAPI UNTUK DIKONGSI BERSAMA-SAMA.. kalau untuk individu Nabi takkan berdakwah untuk mengajak orang lain kepada kebaikan.. HIKMAH sangat penting dalam berdakwah..
ReplyDeleteJgn mare bro pkr, aku tgk blog ni membincangkan isu dgn berhemah tak mcm blog pkr penuh dgn fitnah, maki hamun dan seks yg mencerminkan peribadi PKR yg keterlaluan.Kita raikan perbezaan pendapat secara ilmiah dan berhemah bro. Tak caya cuba bandingkan bahan kat sini dgn bahan kat blog pro PKR ; libang libu dah jd lubang bebulu, Cipan dah jd Cipap, Mountdweller jd Rottweiler dsbnya.
ReplyDeleteMacam anak haram ko ni manjung mari..
ReplyDeleteBila libatkan dockyard tempat ko cari makan dan navy mmg ko takut yer.. puiii... lepas tu ko sebuk isu tempat lai.. pirahhhhh...
ReplyDeletesapa yg bangang???,,pas @ hadi ularmak yg bangang....sebab itu pkr cadangkan wan azizah...i rest my case my lord...
ReplyDeletekah kah kah kah kah ...
mung sabit al bahloul, kalau pilih azizah lg teruklah jadinya ! mb boneka sbb tulah azmin dipilih bg mengurangkan implkasi. Ini yg dikatakan kaedah mengurangkan kesan buruk dgn memilih yg lebih baik dpd yg terburuk. i rest my case your sheikh al bahloul ........
ReplyDeleteWoi manjnung kemana kau ,senyap je,kan ada kes Umno ajak berpakat,Najib kata berpakat dalam gelap.Bekas hakim kata kalau kau join Umno kau akan jadi Red India,tak takut ke,bagi tahu lah dengan geng2 kau kumpulan UG supaya cepat sikit sambut pelawaan Umno,aku pasti TGHH dan TGNA serta MSU bersetuju dengan saranan mereka .
ReplyDeleteDey macai PKR bole rujuk itu blog Ameno world , omak kau & Wfauzdin ari ni pasal komen itu apakah itu? apakah ini ? apakah kah kah kah kah kah ! Sana ada jawapan untuk persoalan hang !
ReplyDelete