boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Bangkrap. Show all posts
Showing posts with label Bangkrap. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

PRK Parlimen Kulim Bandar Baru ? ☻☻☻

Dua tiga hari yang lepas heboh kononnya Ahli Parlimen Kuala Terengganu diceritakan bankrup dan bakal diadakan PRK Kuala Terengganu, namun selepas itu penafian dibuat oleh Ahli parlimen Kuala Terennganu, namun hari ada pula cerita yang sama,,, 

Wednesday, April 9, 2014

Tahniah ! Kejayaan Najib sebagai Menteri Kewangan yang WAJIB kita ketahui..

Tak susah bila umno memerintah dan menjadi menteri, tak perlu nak fikir bagaimana nak tingkatkan ekonomi rakyat, pergi mampos dengan rakyat,, selagi boleh cekik rakyat dengan kenaikan harga barang, tambah cukai, pertambahkan dengan pelbagai saman, akibatnya inilah yang rakyat Malaysia dapat...


Thursday, September 5, 2013

Pandai sungguh Mahathir nasihat Najib,, hak tui..

Apa yang mantan PM Dr Mahatihir kata betui ke tidak aku tak pasti,,, sebab sewaktu dia dulu pun sama juga dengan apa yang Najib lakukan sekarang...


Tuesday, March 12, 2013

Siapa tahu ? Parti mana yang dah politik bangkrap?

Aku nak tanya hangpa semua,, tak kiralah siapa pun,, tapi paling baguih jawapan dari orang-orang pecinta melayu umno, itu yang terbaik...


Saturday, March 2, 2013

"Usah Layan Khabar Angin"... Puuiihhh......

Inilah kerja-kerja bodoh seorang menteri,,, di mana penasihat-penasihat menteri yang sama turut bodoh.....sekarang apa nak lu jawab wahai menteri....


Monday, December 24, 2012

Apa Kata Umno - Apa maksudnya "Tak Cerdik?"

Mulut celupar, kalau orang muda sebut mulut laser...nak sedap lagi mulut tak ada insurance...

Bagi aku 10 kali lebih baik mulut celupar kerana nak menyatakan kebenaran dari mulut yang dah kena jahit diam membisu kerana terikat dengan jawatan dan habuan....


Monday, April 23, 2012

Tahniah Dato Seri Najib, Anda seorang PM yang hebat..

Aku kena juga puji-puji kepada PM 1Malaysia,, diatas kebijaksanaan nya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan...


Rakyat Malaysia diwarwarkan, dibawah pemerintahannya negara Malaysia semakin meningkat ekonomi, betui ka,, betui.. tak percaya,, hangpa pergi kat pasar-pasar malam, lihat harga barang,, semua nya meningkat... petang tadi aku surver harga ikan kembung (termenung) selalunya harga RM 5-6, tetapi hari ini size yang sama, harganya RM9 , apa kena ni, bukan musim hujan sehari dua ni, tup-tup ikan semua dah naik melambung... 


Jadi layaklah,, Najib memang pandai memerintah semenjak jadi menteri Kewangan,,, dan yang paling menakjubkan bila ada berita terkini,, 10 buah syarikat boleh lupus.... macam ni punya berita pun ada ka..:KLIK SINI
.
Apakah syarikat lembu NFC pun turut terlibat sekali... Bagaimana pula dengan hal-ehwal kewangan 10 syarikat terbut,, apakah hutang-hutang syarikat tu turut dilupuskan,,,seperti mana Kerajaan melupuskan hutang Tajudin Ramli.... 


Patutlah rakyat-rakyat yang berpendapatn bawah RM3,000 diberikan bantuan BR1M,,, rupa-rupanya ada agenda lain,,, siapakah yang empunya 10 buah syarikat itu.... 

Tuesday, April 3, 2012

Lelong-lelong...BN beri percuma Putrajaya pada 2016.

Menteri pakar ekonomi negara Idirs Jala kata 2019 Malaysia bakal bangkrup....


Tetapi nampaknya, lebih ramai lagi pakar ekonomi mengatakan tak sempat 2019, lagi cepat negara kita bakal bangkrup, apa tidaknya kalau pemandunya dah gelong...,

Kalau hangpa nak merasa hidup di Malaysia dalam keadaan negara yang bankrup, umpama negara lepas perang, silalah,, sebelum ini dah puas dah hidup dengan ekonomi cukup makan,,, jadi PRU13 nanti pakat-pakat sokong Najib & Rosmah jadi PM lagi,,,, maka boleh rasai nikmat Malaysia Bangkrup..



Saturday, February 4, 2012

Dato Seri Najib dah mula mengemis - negara kita bakal muflis..

Ini pun satu daripada bala Allah yang diberikan kepada kita semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama..... Aduhai malang sungguh, nasib kita,,, Seteruk-teruk sebelum ini pun kelima-lima mantan PM Malaysia tak lah seteruk yang yang ada sekarang,,,,


Lihat sendirilah.... dah tahap pengemis dah rupanya.... tak malu ker oii... Kecoh.... bukan sekadar 1Malaysia,,,, dah satu dunia heboh,,, bab bini shopping kat Australia dengan selamba rock aja ia boleh jawab.....

'Ia merupakan satu cerita liar yang direka dan sengaja dibesar-besarkan untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka,'


Sang bini lagi lah...... laporan itu 'tidak benar' dan sengaja 'dibesar-besarkan'

Oii malulah sikit,,, cerita ni kat dilaporkan oleh Akhbar Singapura. cyberita.

Itu satu hal,,, lagi satu,,, paling-plaing menyakitkan hati aku,,, tak taulah kut hangpa semua tak ada perasaan macam aku dok rasa....

jumlah pembiayaan yang digunakan untuk skim itu tidak begitu besar berbanding dana yang ada pada KWSP

Baca seterusnya DI SINI.

O!!!! bangsat, 1.5 Billion, bukan sekadar 100 ribu, atau 1.5 juta,, ingat KWSP hak bapak dia punya,,, suka-suka dia ambik pakai,, aku penyimpan KWSP, maka aku tak izin dunia akhirat...

Kenapa ia tak ambik dari dana hak atuk dia punya dari Yayasan Noah,, hangpa tunggu sahajalah,,, tak kiralah selepas PRU13 ni sesiapa yang memerintah, kalau masih menang dapat mempertahankan Putrajaya, maka lagi cepat negara kita akan bankrup atau muflis,,, manakala kalau Pakatan Rakyat pulak yang menang, terimalah tanggungjawab nak bayar hutang negara...Klik Sini...


Saturday, October 15, 2011

Kapal Selam Agosta model Ouessiant diberikan percuma kepada Malaysia, ada apa-apa ke ni....

Heboh-heboh diblog-blog pencacai UMNO mengenai sebuah lagi kapal Selam berusia lebih dari 30 tahun diberikan kepada Malaysia melalui Tv3 semalam...



Pencacai UMNO dok heboh pasai apa anak syarikat Felda yang menguruskan untuk proses membawa balik kapal ni,,, aii apa sudah jadi bro,, sendiri mau pecah lubang......mau cover itu felda nak bayar hutang kat Danaharta atau KWSP......

Mengikut cerita kapal ni diberi percuma kepada Malasyia,, ini satu lagi projek nak memperbodohkan orang melayu.... Dalam dunia perniagaan mana ada yang percuma,, tambah pula negara yang beri tu negara Kapitalis, sentiasa nak mencekik darah negara-negara membangun dunia ketida... lu orang fikirla sendiri....

Apa yang aku dok nampak....

Mungkin ini sebagai nak menutup kes dua biji kapal selam yang dibeli sebelum ini,, sebiji tenggelam tak boleh timbul, manakala sebiji lagi timbul tak mau tenggelam...

Atau pun juga,, ini strategi bisnes negara kapitalis, huloq sekupang lepas tu tarik balik seratus,, ia bagi kapal selam yang dah berusia lebih 30 tahun secara percuma,, betui lah percuma,,, selepas tu, biasalah kapal second hand... penyelenggaraan kapal tu,, boleh kah dapat alat ganti di kedai spare-part atau alat ganti terpakai kat kedai keling botol jalan Bendahara Ipoh,,,

Tak ada punya,,, kut mana pun kena cari kat sole agent atau pihak pengeluar kapal tu,, itu jam baru kira.... siapa mau bayar...duit rakyat lagi,,, ini siapa punya projek pulak ni,, tau-tau dah bawa balik aja,, tak heboh-heboh pun......



Saturday, August 14, 2010

Apa Kata UMNO??!! Dr Yusof Nor di tuduh raih duit felda RM 2 juta setahun..

Salam sejahtera...

Siapa ingat lagi, sewaktu Yusof Nor ni Menteri di JPM, kemudian menjadi Pengerusi Baitulmal Wilayah Persekutuan, berapa banyak duit baitulmal WP telah diseleweng oleh orang-orang bawahannya dibawa ke bursa saham... Dengar juga kes tersebut di bawa ke mahkamah, tapi entah bagaimana kesudahan cerita tu...

Kini setelah bersara dari politik, dilantik pula menjadi Pengerusi Felda..., dah ini pula ceritanya terbaru darinya, hebat-hebat belaka orang UMNO ni.....



Cerita selanjutnya DI SINI.

Thursday, July 22, 2010

Seorang RM13,164

Yang miskin subsidi yang kaya

Lim Chun Piao | Jul 21, 2010 06:39:46 pm

Kenaikan harga, atau "penyelarasan" sebagaimana yang disebut dalam akhbar menjadi tumpuan ramai baru-baru ini. Kerajaaan masing-masing mengetengahkan pakej ransangan ekonomi sebagai reaksi kepada tsunami ekonomi global pada tahun 2008, seolah-oleh pengikut setia John Maynard Keynes, pakar ekonomi yang terkemuka.

Dalam tempoh dua tahun sahaja, masing-masing terasa sesuatu yang tidak kena pada tempatnya, segera menjauhkan diri daripada roh John Maynard Keynes, dan mula membincangkan pengetatan fiskal (fiscal tightening). Seiring dengan pola global ini, kerajaan Malaysia juga beralih daripada dua pakej ransangan ekonomi, kepada formula naik harga pada hari ini.

Sememangnya kita sedar bahawa subsidi berlebihan akan menjejaskan keseimbangan bekalan-keperluan dalam pasaran. Kini, kita ingin tahu, ke manakah wang yang dijimatkan selepas kerajaan BN mengurangkan subsidi?

DAP yang sentiasa "mendampingi rakyat" semestinya akan bersuara untuk rakyat. Bermula daripada pemberian dana kepada warga emas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, sehinggalah adik-beradik Nga-Ngeh yang mempertikaikan ke mana perginya wang petroleum sejumlah RM592 bilion... yang semestinya akan meredakan kemarahan warga emas.

Defisit meningkat; Hutang melambak

Pada hakikatnya, "sudsidi" yang mampu dibiayai kerajaan sekian lama ini, bertukar menjadi dosa yang dituding jari selepas kenyataan "bankrap" oleh Idris Jala, Menteri Jabatan Perdana Menteri. Jika dilihat dari sekarang, kenyataan tersebut lebih merupakan hujah memanaskan badan untuk memberi laluan kepada kenaikan harga pada hari ini.

Selepas kemelut ekonomi pada tahun 1998, Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad melaksanakan langkah seperti "capital control" (kawalan modal) dan sebagainya. Tetapi, apakah harga yang kita bayar? Jawapannya boleh dibaca dari kenyataan Idris Jala, defisit negara telah bertambah dari RM5 bilion pada tahun 1998, kepada RM47 bilion pada tahun 2009. Hutang negara kita pula meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM 362 bilion pada tahun 2009, menyaksikan pertumbuhan pada kadar 12% mengikut tahun.

Seandainya dihitung mengikut populasi yang mencecah 27.5 juta orang, maka secara puratanya setiap warga Malaysia memikul beban hutang sebanyak RM13,164 seorang. Dengan kata lain, kerajaan kita menjadikan daya produk rakyat pada masa depan sebagai "jaminan", untuk meminjam hutang dari negara asing melalui bon kerajaan, yang akhirnya menjurus kepada lambakan hutang. Akibatnya, kerajaan dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang masa depan rakyat, yang wujud dalam bentuk "pinjaman hutang" pada masa sekarang. Kini, Najib pula menasihatkan rakyat bahawa subsidi akan dikurangkan, ubahlah cara hidup kamu!

Pada hakikatnya, beliau harus lebih jujur untuk mendedahkan kepada rakyat: perbelanjaan yang ditampung dengan defisit oleh kerajaan telah dihabiskan melalui projek mega sejak zaman Mahathir. Wang masa depan yang dimiliki rakyat, kebanyakannya bukan digunakan sebagai subsidi, tetapi untuk men-subsidi kroni yang menyembunyi di sebalik projek gajah putih.

Kita semuanya tahu bahawa sumber ada hadnya. Gerombolan BN telah menghabiskan sumber negara secara melampau, dan penipuan ini bakal terburai pada suatu hari nanti. Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu, lebih banyak buih yang bakal berpecah. Kumpulan berkepentingan yang berada di gelanggang mula gelisah, kerana mereka mungkin kehilangan segala-galanya sebaik sahaja permainan ini tamat.

Yang miskin subsidi yang kaya

Mungkin tiada orang yang menemui kekotoran yang ada di dalamnya, semasa ekonomi mengalami pertumbuhan pesat, seperti zaman akhir 1980-an dan awal 1990-an. Selagi keluaran negara kasar (KNK) melambung, maka keghairahan untuk menjana pembangunan ekonomi dengan pinjaman hutang boleh diteruskan.

Persoalannya, kroni dan kelas politik-ekonomi ini mula menyedari bahawa formula ini tidak dapat beroperasi apabila ekonomi diperlahankan, malah gagal menampung keperluan kumpulan berkepentingan yang semakin berkembang. Jadi, macam mana?

Akhirnya, cukaikan rakyat secara langsung dengan mengurangkan subsidi kepada pelbagai keperluan asas. Polisi monetari yang sekian lama ini kekal pada kadar faedah rendah, dinaikkan baru-baru ini, menyebabkan harga barang melambung tinggi. Kadar faedah simpanan lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Maksudnya, nilai "wang simpanan ditambah faedah" menjadi kurang berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi. Maka, ia seolah-olah cukai yang dikenakan ke atas rakyat jelata, atau dengan kata lain, yang miskin men-subsidi yang kaya.

Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilewatkan pelaksanaannya, bakal mencekik lebih ketat leher rakyat. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai pengagihan yang adil, apabila kerajaan mengagihkan "faedah pinjaman" yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan kelas.

"Pengagihan yang adil" ini mungkin boleh melegakan kumpulan berkepentingan pada jangka pendek, tetapi bakal menamatkan hayat mereka untuk jangka panjang. Menyembuyikan pertentangan dalaman dengan inflasi bakal mengundang malapetaka kepada dirinya. Ini masalah sebenar yang dihadapi kerajaan BN, dan juga dilema Najib.

*Lim Chun Piao ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Link :

merdekareview.

Friday, July 9, 2010

Kenapa kecewa pula!!

Salam Sejahtera...

Malam kelmarin, sewaktu merasmikan satu program felda, dengan penuh berkobar-kobar naik semangat dengan kata-kata yang nak ditunjukkan dihadapan peneroka-peneroka felda melayu yang tatap taat setia sepanjang kepada UMNO

" Tempoh seminggu yang diberikan kepada Suara Keadilan sudah pun tamat, jadi kita akan saman mereka dengan RM200 juta....

Tuptup hari ini kecewa suara keadilan tidak mohon maaf. Aikhh, lain macam aja.. kenapa...

Baru tau kut yang felda memang dah nak bangkrap, seperti mana juga negara kita Malaysia juga bakal bangkrap.... Buka aku pandai-pandai nak kata, Idris Jala yang kata... pakat-pakatlah lepas ni pi serbu Idri Jala suruh ubah jadi Idris Pukat..

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari