boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Terkini - Parti Islam menang di Mesir... Takbir..

 Alhamdulillah, dengan mendapat jumlah undi 13,230,131 undi melayakan beliau menjadi Presiden dari Parti Islam Ikhwan Muslimin Mesir.. 








..Moga-moga apa yang berlaku di Mesir menjadi ransangan buat anak-anak Malaysia seramai 6,000 orang yang belajar di bumi Mesir dan membawa balik ke PRU 13 nanti... Insyaallah.. .. 





Wednesday, February 23, 2011

Putrajaya tak mampu hantar pelajar balik ke Mesir?

Oleh : Haji Subky bin Abd Latif

23 FEB — Sekalipun lambat bertindak tetapi kerajaan Datuk Seri Najib Razak masih boleh dipuji kerana berjaya membawa pulang ribuan pelajar dari Mesir ketika negara di tengah huruhara bagi menggulingkan regim Hosni Mubarak.

Entah di mana para pelajar itu dapat tidak diketahui tetapi mereka boleh turun di lapangan terbang KLIA dengan sepanduk TERIMA KASIH PM. Untuk mendapat barang keperluan pun susah, tetapi mereka dapat kemudahan membawa balik sepanduk TERIMA KASIH PM.

Ibu bapa khususnya berasa lega dan rakyat seluruhnya berasa aman.

Apabila keadaan mulai reda, sudah boleh masing-masing berkira untuk kembali semula ke kampus bagi meneruskan pelajaran dan bagi menyelesaikan yang tidak sempat diselesaikan.

Tetapi hendak balik semula dengan apa?

Kerajaan yang mengambil mereka pulang dulu sudah enggan mengambil tanggungjawab untuk menghantar mereka semua ke Mesir. Adakah kerajaan pusat berlepas tangan atau kerajaan sudah tidak mampu?

Kemungkinan kedua-duanya ada.

Memandangkan mewah dan borosnya kerajaan berbelanja, seolah-olah kerajaan banyak duit lebih. Tetapi orang juga banyak mendengar perkhabaran kerajaan tidak cukup duit hingga banyak tuntutan pegawai kerja lebih masa atau bertugas di luar kawasan lambat atau belum dibayar.

Menteri Pelajaran menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak bermasalah dengan duit. Dia mengumumkan berbagai insentif kepada guru dan sekolah. Beribu-ribu guru besar diumumkan akan diberi bonus beribu ringgit setiap orang kerana prestasi yang cemerlang.

Ketika berada di pedalaman Sabah dan Sarawak dia mengumumkan untuk menggantikan sejumlah besar sekolah lama dengan sekolah baru yang serba lengkap.

Semua itu baik tetapi gerun mendengar betapa murahnya kerajaan berbelanja untuk kemajuan pendidikan.

Tiba-tiba Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri sekeluarga yang terkenal juga sebagai orang mudah berbelanja besar dan tidak takut untuk menggunakan duit kerajaan berlepas tangan terhadap para pelajar yang sepatutnya mulai bersiapa sedia untuk pulang ke Mesir.

Setiausaha Politiknya yang banyak mengumumkan tentang usaha membawa pulang pelajar-pelajar itu dulu, mengumumkan kerajaan akan menanggung penghantaran mereka semula ke Mesir.

Terserahlah kepada ibu bapa dan mana-mana pihak selain dari kerajaan pusat mengambil tanggungjawab itu.

Maka gelabahlah ibu bapa yang tidak cukup pendapatan.

Ada seorang Melayu yang menyertai parti kaum India sukutu Barian Nasional (BN) kerana kuat semangatnya menyokong kerajaan pusat telah mencabar PAS dan kerajaan selain BN supaya mengambil tanggungjawab menghantar mereka balik ke Mesir.

Maka mulai satu demi satu kerajaan negeri cuba menyelamatkan kerajaan pusat, mengambil tanggungjawab tentang kepulangan semula mereka ke Mesir. Kerajaan BN Melaka dan Pahang yang berada di ambang pilihan raya kecil menyanggupi beban yang dilepaskan oleh kerajaan pusat itu.

Ia berita baik buat ibu bapa dan bolehlah sekali lagi bersyukur dan berterima kasih pula kepada kerajaan-kerajaan negeri. Tentulah mereka boleh memalukan Perdana Menteri kalau membawa semula sepanduk TERIMA KASIH PM ke dalam pesawat atas tindakan yang bukan datang dari PM.

Tindakan kerajaan-kerajaan negeri itu adalah untuk menyelamatkan Perdana Menteri dan kerajaan pusat.

Apa sebab kerajaan pusat enggan mengambil tanggungjawab itu?

Pertama ia mahu berlepas tangan kerana sebahagian besar dari mereka adalah penuntut agama. Kerajaan pusat terutama di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad agak anti kepada pendidikan agama.

Lulusan agama banyak memberi beban kepada kerajaan. Kelulusan mereka tidak laris dalam pasaran pekerjaan. Mereka berpotensi menjadi penganggur dan tidak membantu menyuburkan modal insan. Kerajaan lebih suka kalau mereka ke sekolah yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan.

Kedua sebahagian besar dari lulusan agama itu memenuhi keperluan PAS iaitu mereka bakal menjadi pemimpin dan penyokong PAS. Bahkan yang mengambil bidang selain agama, dengan angin Timur Tengah itu mudah memenuhi pasaran PAS.

Pelajar-pelajar ini balik nanti akan menentang Umno dan kerajaan.

Ketika mengambil mereka pulang dulu, kononnya kerajaan tidak mengambil kira politik. Anak orang PAS, anak orang PKR terpaksa dibawa pulang. Walaupun mereka turun pesawat dengan sepanduk memuji Perdana Menteri, tetapi mereka tidak boleh dipercaya sangat. Tetapi untuk menghantar semua ke Mesir, perhitungan politik mula diambil kira.

Kemungkinan ketiganya ialah kerajaan Putrajaya tidak mampu menanggung beban yang mereka tidak rancang. Kerajaan terlalu murah berbelanja dan terlalu mewah, maka mengapa tidak mampu menanggung penghantaran semua mereka ke sana?

Mewah dan boros itu boleh menjadi bukti kemampuan. Tetapi mewah dan boros itu juga punca kekeringan duit. Belanja tidak berkira menyebabkan habis duit.

Menjelang PRU 13 ini kerajaan akan berbelanja apa saja bagi memastikan kemenangan dan mahu memastikan apa yang hilang dalam PRU 12 dapat dirampas semula. Tidak mahu berbelanja atas pemergian semula pelajar itu boleh mengurang harapan sokongan dari rakyat khususnya keluarga pelajar-pelajar itu sendiri.

Kalau kerajaan ada duit, dia tidak berkira kerana ia boleh memenangi hati rakyat. Kerajaan tahu peluang sokongan itu boleh diusahakan. Tetapi kerajaan pusat tidak menyanggupi keperluan itu, ia adalah tanda ia sudah tidak mampu.

Apa hendak dikata kerana masa hendak pullang ke Mesir, kerajaan tidak cukup duit?

Monday, February 14, 2011

Op Piramid - Nak Balik Mesir .. Sendiri bayar?!!...

Salam Sejahtera..

Apa pula isu-isu hangat yang akan dimainkan oleh media selepas ini,, Isu Op Piramid nampaknya dah selsesai, walaupun bemacam-macam versi yang aku dengar,

Apa pun Hosni Mubarak dah pun turuh dari takta, Najib Tun Razak bila pulak ya..., Mesir dah kembali seperti sediakala, dengar cerita universiti pun dah nak bermula...

Pelajar Malaysia yang baru sangat lagi balik, sekarang apa cerita... nak balik semula... urusan sendiri maa.. Kerajaan tak mau ambik tau...

TERKINI

Perbelanjaan pulang ke Mesir tanggungan sendiri - Kohilan

14/02/2011 3:25pm

KUALA LUMPUR, 14 Feb. - Perbelanjaan pelajar yang ingin kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka adalah di atas tangunggan sendiri, kata Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay hari ini.

”... ini memang secara tradisi dipraktikkan di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah anggota Dewan Negara, di Parlimen di sini.

Bagaimanapun, Kohilan menasihatkan ibu bapa agar hanya menghantar kembali anak mereka ke Mesir selepas mendapat arahan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah walaupun keadaan di sana dilapor semakin baik.

"Tetapi kita belum nampak pulih sepenuhnya... setelah pulih sepenuhnya baru nasihat akan diberikan dan selepas itu pelajar-pelajar boleh pergi ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Kohilan turut meminta pelajar dan rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir terus berhati-hati. - Bernama.

Kalau begini caranya, lambatlah lagi PRU13 nampaknya.. .

Thursday, February 10, 2011

Ops Piramid - Aku setuju..Aku sokong...

Salam Sejahtera.

Rakyat diutamakan.. masa inilah perlu dibuktikan kepada kepada rakyat Malaysia...jangan hanya sekadar slogan dan retorik semata-mata...

Kerajaan diminta taja separuh harga tiket kembali ke Mesir

2011/02/10

SEPANG: Ibu bapa beberapa pelajar Malaysia di Mesir meminta kerajaan memberi pertimbangan bagi menaja sekurang-kurangnya separuh harga tiket penerbangan untuk kembali ke negara itu apabila keadaan semakin pulih.

Seorang penjawat awam, Husin Ibrahim, 55, berkata tidak semua ibu bapa mampu membeli tiket penerbangan untuk menghantar anak mereka kembali ke Mesir.

"Mungkin hanya lima peratus sahaja yang berkemampuan untuk membelikan tiket untuk anak, walaupun orang lazimnya berkata kalau yang belajar di luar negara, ibu bapanya mesti hidup senang.
"Tetapi kebanyakannya susah. Seelok-eloknya, kerajaan paling tidak bantu bayar separuh daripada harga tiket itu kerana harganya agak mahal," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menyambut kepulangan anaknya, Mohd Abdul Azim hari ini.

Mohd Abdul Azim, 20, pelajar tahun pertama jurusan Ekonomi Islam Universiti Al-Azhar, adalah antara 567 pelajar dan rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air menerusi Ops Piramid dengan penerbangan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines.

Husin, dari Kelantan, turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana membantu mengeluarkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir tanpa mengira fahaman politik.

Sementara itu, Saridah Suman, ibu pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Iskandariah iaitu Mohd Yady Abdullah, berkongsi pandangan sama.
"Kalau boleh, kerajaan tanggung semua. Ramai ibu bapa yang susah. Jika tolak harga tiket daripada wang biasiswa, bimbang nanti anak tidak cukup perbelanjaan," kata beliau yang terpaksa membelanjakan RM70 sehari membeli kad prabayar untuk menghubungi Mohd Yadi dan pihak lain, termasuk kedutaan serta Wisma Putra, bagi mengetahui tahap keselamatan anaknya.


Pelajar tahun pertama jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mohd Hafiz Ahmad Rafi, 20, pula berkata bebanan membeli tiket begitu dirasai ibu bapa berpendapatan sederhana atau rendah, yang mempunyai beberapa anak menuntut di Mesir.

"Kakak saya Nur Hasanah turut belajar di Mesir. Jadi kami minta kerajaan bantu keluarga yang berpendapatan rendah untuk bayar separuh harga tiket. Jika seorang RM1,800 sehala, kalau dua orang sudah RM3,600," katanya yang berasal dari Kedah.

Dalam perkembangan berkaitan, Nur Hasanah, 23, pelajar jurusan Syariah Islamiyah berkongsi pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila pertama kali menaiki pesawat Charlie C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia, ketika dipindahkan dari Kaherah ke Jeddah.

"Bukan semua orang boleh naik Charlie, seperti kata (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada kami ketika itu. Walaupun terpaksa menunggu selama 17 jam sebelum dipindahkan ke Jeddah dan duduk di lantai pesawat, kami tidak kisah," katanya sambil tersenyum.

Roisah Mansor, 22, berkata mereka turut dibekalkan makanan semasa perjalanan tiga jam dari Kaherah ke Jeddah.

"Kami perlu duduk rapat-rapat dalam pesawat Charlie supaya lebih ramai pelajar dapat dipindahkan," katanya yang berkongsi pengalaman pertama menaiki pesawat TUDM itu.

Sehingga semalam, Ops Piramid mengeluarkan seramai 7,209 rakyat Malaysia dari beberapa bandar raya di Mesir ke Jeddah, dan 1,439 orang telah dibawa pulang ke tanah air.

Kerajaan Arab Saudi turut menyediakan dua pesawat Boeing 747 milik Saudi Airlines bagi membantu mempercepatkan proses membawa pulang rakyat Malaysia. - BERNAMA .

Ya..bukan separuh.. tetapi tanggung semua, seperti yang diminta oleh Puan Saridah Suman.....Kalau sebanyak RM65 juta boleh dihabiskan untuk membaiki (renovate) Sri Perdana yang sudah sedia indah, berapalah sangat untuk tambang balik pelajar......

Wednesday, February 9, 2011

Ops Piramid - Bukti tiada agenda politik...

Salam Sejahtera..
Pakat-pakat perati apa yang tersirat dalam gambar di bawah ni... mana ada agenda politik pun,, sikit pun tak ada.....


Yang ini mereka mengatakan "PM KASI TERIMA" , mana ada unsur politik... Kasi aja..Rasuah politik mungkin ada ...kut...



Gambar ini pulak... 1Malaysia... antara pelajar Mesir dengan mamak mengaku melayu........jadi janganlah dipolitikan... .



Monday, February 7, 2011

Mari Lihat Gambar - Jangan Ketawa,, Tak Baik...Nanti mengumpat..

Salam Sejahtera...
Aku tak mau nak komen apakah tindakan kerajaan membawa balik pelajar Mesir ke tanah air satu tindakan bijak atau tidak, cuma apa yang aku dok nampak, ini sebagai tindakan membawa keuntungan masa depan politik UMNO, pertama sekali dapat menghalang pelajar Mesir turut sama terlibat dengan aktiviti demontrasi,, katakanlah separuh dari pelajar Malaysia ikut bersama rakyat Mesir berdemontrasi,, oii ini membahaya,, takut-takut nanti budaya demontrasi dari Mesir masuk ke Malaysia,,,

Cuma aku teringat balik cerita dari seorang tuan Guru yang aku dok mengaji satu ketika dulu, Allahyarham Tuan Guru Yusuf Ismail (Yusuf Baling), beliau menceritakan sewaktu dalam kuliahnya, beliau menyambung belajar di AlAzhar, selepas habis belajar di India, bila tiba perang Mesir - Israel, belaiu sama-sama mengangkat senjata bersama-sama pelajar lain menentang Israel, ada juga pelajar Malaysia waktu tu dok diam dalam asrama, orangnya ialah Dr Hamid Othman yang masih lagi hidup..

Kena pelajar sekarang baru demontrasi, belum lagi israel serang mesir, dah pakat nak lari balik,, pelajar bidang perubatan Ok lah,, ni pelajar Syariah, pelajar agama Islam,, pun cabut,,, Walau pun ada sebilangan kecil pelajar yang tak mahu pulang, Tahniah buat pelajar-pelajar tersebut, andalah bakal peneraju gerakan Islam di Malaysia yang akan datang......

Itu pasai kebanyakan ustaz-ustas muda graduan timur tengah, kurang menonjol dalam gerakan jemaah Islam,, bayangkan 40 ulama muda,, baru kena kejut sikit,, meneru bagi borang keahlian UMNO.... .

Terpaksalah para PM, menteri dan juak-juak pencacai memenuhi lapangan terbang, sambut pahlawan-pahlawan wira negara....




He heh bukan senang nak dapat berbual dengan PM... untung ada demontrasi....


Permata dari Mesir pun ada, suka tuan punya Permata.....



Gambar atas ni dari Berita harian online,, aku sangka silap......


Dari Mstar Online... pun sama juga... Kasih Terima,, betui ka pelajar yang buat atau ..... ish,ish... tak baik menuduh...... kah kah kah.

Friday, February 4, 2011

Krisis Mesir - Tanggungjawab Kerajaan...

Salam Sejahtera..

Semalam aku mendapat satu komen daro seorang blogger pencacai UMNO tahap Melayu hutan belantara...

Blogger joecharlie said...

KRISIS MESIR : MISI SELAMATKAN PELAJAR OLEH UMNO !


macamni la bro. tak payah nak hipokrit.

pelajar malaysia di mesir ni kebanyakannya penyokong pas. disinilah pengkaderan pas bermula.

hari ini mesir bermasalah. jadi yang bertanggungjawap untuk selamatkan mereka adalah kerajaan umno.

artikel aku mudah. aku minta bloger-bloger tak payah malu dan segan untuk sebut dalam setiap artikel bahawa yang menyelamatkan tengkok dorang ni adalah umno. sebut je.

bukan angkuh. adakala kena tunjal jugak kepala melayu berotak sempit ni.

MISI SELAMATKAN TENGOK PENYOKONG PAS INI ADALAH IHSAN DARI KERAJAAN UMNO. KLIK SINI

Posted by GAP KEMBALI at 3:09 AM

February 4, 2011 5:17 AM


.Jadi dengan ini terbukti sikap dan perangai UMNO dan suku sakat yang sewaktu dengannya, beginilah yang berlaku di negeri Kedah dalam peristiwa banjir yang melanda negeri itu tahun lepas...

Inikah hati budi UMNO, sedangkan pelajar yang menuntut di Mesir apa yang aku tahu, jikalau dalam jurusan agama, majoritnya pemergian mereka ke sana adalah usaha sendiri, jikalau yang menepati syarat kelayakan dapatlah bantuan dari Baitulmal, dapatlah menampung perbelanjaan disana, ada yang setengah tu terpaksa menebal muka buat surat serta lampiran hantar merata surau mohon bantuan ikhlas, pelajar-pelajar ini tidak layak memohon PTPTN.

Apakah kerajaan tidak terasa terlepas dari tanggungjawab sosialnya terhadap rakyat dalam memberi kemudahan pembelajaran. Sekurang-kurangnya pelajar-pelajar ini bila balik ke tanah air mereka bakal menjadi insan kamil, mereka dapat mempergunakan ilmu yang mereka pelajari untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Si pengkomen tu tulis di sini bermula pengkaderan PAS,, salah tu, aku nak habaq bagi, Tan Sri Hamid Othman, bekas Menteri dan Penasihat Agama PM, adalah pelajar dari AlAzhar, UMNO totok, Tan Sri Wan Mokhtar, mantan MB Terengganu paling lama, adalah pelajar dari AlAzhar, dan ramai lagi yang tak larat aku nak senaraikan...

Bagaimana pulak calon PAS Dun Tenang Cikgu Mala, bukan dari Mesir pun, jadi tak payahlah nak bagi hujah dangkal...

Tak cukup dengan Blogger Pencacai UMNO, Menteri bekas pencen askar pun nak tunjuk hebat, nak cerita yang Kerajaan membantu dengan percuma...

TERKINI

Pemindahan pelajar Malaysia ke Jeddah percuma

04/02/2011 8:30pm

KAHERAH 4 Feb. - Proses memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, dilakukan secara percuma tanpa sebarang caj dikenakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Selain itu, kerajaan juga menyediakan tempat tinggal, pengangkutan, cukai lapangan terbang, bayaran visa ke Jeddah serta makan dan minum secara percuma kepada mereka, katanya.

Jamil Khir berkata adalah satu fitnah mengatakan bahawa kerajaan mengenakan bayaran kepada pelajar Malaysia di Mesir yang dibawa ke Jeddah. - Bernama



Itulah,,, setiap kejadian tu ada hikmahnya,, sebelum ini bini-bini menteri, menteri saja dok perabih wang rakyat pergi lawatan ke negara Arab, pi balik, ulang pi lagi, tak renti-renti,, seolah-solah kapalterbang Kerajaan Malasyia itu umpama hak mak bapa depa,,,

Ha ha.. kali ini sesekali bagilah untuk rakyat yang memerlukan,,, tak kan bini menteri saja yang nak guna pakai wang rakyat tanpa faedah....


Wednesday, February 2, 2011

Doa Umat Islam Mesir Ramadhan tahun lalu dimakbulkan oleh Allah.

Salam Sejahtera,

Malam tadi kuliah magrib oleh Ustaz Zakaria Ahmad (Ustaz baca doa), habis sahaja kuliahnya, beliau ada menyentuh sedikit bab isu pelajar Malaysia di Mesir, menurut beliau yang juga pelajar Al-Azhar, Mesir keislamannya hanyalah di AlAzhar, luar dari tu.... serba serbi ada lebih kurang Malaysia lah juga.. malah tarian gelek zaman jahiliah arab dulu pun masih ada lagi di Kaherah.

Hosni Mubarak yang mengambil alih jawatan Presiden Mesir dari Anwar Sadat adalah seorang sosialis, status agama tak pasti, tetapi bininya seorang kristian... telah memerintah Mesir dah lebih 30 tahun...

Rakyat Mesir yang berkemampuan atau berpendapatan tinggi hanya sekadar 1% sahaja,, yang lain hidup melarat, bayangkan seorang pensyarah Universiti hanya mendapat gaji sekitar RM2,000 sahaja... Menyebabkan ramai tenaga pengajar Mesir berhijrah ke seluruh negara Asia Barat..

Rakyat Mesir bangun berdemontrasi di jalanraya apabila makanan sudah menjadi satu masaalah untuk mereka hidup, selagi makan dan tempat tinggal masih selesa buat rakyat, percayalah, demontrasi sebegitu tak kan berlaku...

Teringat balik aku akan kezaliman kerajaan Mesir tak payah ceritalah, berapa ramai pelajar Malaysia sendiri yang kena tahan jika disyaki terlibat dengan ikhwan muslimin, malah Ustaz Ibrahim (mantan calon PAS Parlimen Lenggung) sendiri pun kena tahan sebulan tahun lepas...

Apakah kezaliman yang dilakukan oleh regim Hosni dah sampai ke tahap maksimun menyebabkan rakyat bangun atau tuhan dah makbulkan permintaaan doa-doa mereka di solat terawih perdana mereka pada tahun lepas, Lihat. gambar sekitar sejuta muslim solat. .

Jadi kalau kita pun rasa-rasa nak jatuhkan UMNO dengan kuncu-kuncunya, maka Ramadhan yang akan datang pakat-pakat ramai-ramai turun solat terawih dan banyak-banyaklah solat malam mohon pertolongan dari Allah.. Insyaallah, mampos UMNO....
..

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari