boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Dah terlambat - Ibu bapa tak puas hati ... itulah... degil sangat..

Hari ini adalah hari kedua tahun 2014,, satu hari penting buant ibu bapa yang anak-anaknya belajar disekolah.... satu berita yang agak membebankan buat ibu bapa...


Tuesday, October 16, 2012

Lihat sendiri bagaimana Muhyiddin Yassin memalukan DS Najib dikalayak ramai..

Dalam berpolitik begitulah,,, kawan makan kawan, perkara biasa,, tetapi yang ini aku rasa memang cukup terbaik dan licik bagaimana Muhyidin selaku timbalan sanggup memalukan Najib bossnya dengan mempergunakan kanak-kanak sekolah...


Thursday, April 19, 2012

Tayangan PANASSS..... Malam Jumaat....

Hangpa lihat dan fikiaq sendiri apa yang UMNO lakukan terhadap anak-anak pelajar yang mereka perjuangkan,, mereka sanggup mengorbankan diri mereka demi untuk kepentingan semua pelajar-pelajar anak-anak kita juga...


Moga-moga Allah S.W.T merahmati apa yang mereka lakukan....  



Dimana pasukan keselamatan terutama polis,, kenapa kejadian sedemikian boleh dibiarkan,,, 


Fikir-fikirkanlah... Inikah yang Najib dok laung-laungkan,, Rakyat diutamakan,,, yang aku dok nampak Menteri, kroni, anak beranak dia saja yang diutamakan.. 


Saudara-saudara dari UMNO,,, ingat sikit, mungkin anak anda pun ada bersama dengan pelajar-pelajar tu yang turut berjuang.... 


Jadi nak tunggu apa lagi, nak sokong lagi UMNO....,, 


Sunday, January 1, 2012

Perhimpunan Anti AUKU di UPSI - Seorang nazak, ramai siswa yang ditahan...

Hadiah buat rakyat sempena tahun 2012.... Terima kasih UMNO..Tahniah buat FRU-FRU yang menjalankan tugas mengikut kehendak UMNO.... Moga-moga Allah jua yang membalas perbuatan mu itu... Insyaallah....


Safwan Anang ketika dirawat di klinik sebelum dibawa ke Hospitak Slim River untuk rawatan susulan. Ketika ini Safwan sudah sedar dari pengsan & mengadu sakit dada selain sukar untuk bernafas. Tulang rusuk beliau disyaki patah selepas dipijak didada oleh Pihak Polis & FRU.


Antara Mahasiswa yang cedera selepas diserang oleh pihak Polis & FRU yang bertugas.

Suasana di hadapan UPSI sebelum pihak Polis & FRU bertindak kasar pada Kumpulan Mahasiswa yang mengadakan Perhimpunan Anti AUKU.


Adam Adli ketika ditahan sidalam lokap IPD Tanjung Malim sejurus sebelum diambil rekod, barangan peribadi & ditahan secara rasmi oleh pihak Polis.









Wednesday, December 28, 2011

Melayu-melayu hebat penutup tirai tahun 2011

Tinggal kurang dari 100 jam lagi, kita semua akan menempuhi tahun masehi 2012 dengan meninggalkan tahun 2011 dengan penuh sejarah trajedis....

Apa tidaknya, Melayu 1Malaysia semakin hebat,, melayu-melayu ini bukan dari kategori melayu dari politik uMNO yang sememangnya semuanya hebat-hebat belaka,, sehinggakan mendapat pengakuan dari Ketua Wanita UMNO sendiri.....

Yang aku nak ketengahkan ialah muka-muka melayu yang belum dikenali, belum famous atau belum popular lagi,, malah seeblum ini tak biasa pun dengar nama atau kenal mukanya....

Ada sesiapa yang mengenali dengan dia ni,,, kalau tak keluar TV malam tadi,, aku pun tak tau,, rupanya dia ni ambik kesempatan atas kerjaya bininya....

NAIB Yang Dipertua 2 PERKIM, Datuk Dr Arifin Suhaimi (kiri), dan dua ahli pertubuhan itu, Abas Adam (tengah) dan Datuk Baharin Baba mengaku tidak bersalah tuduhan pecah amanah wang dana PERKIM di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Cerita lanjut Klik SINI

Muka tiga orang ini aku yang paling hebat,,, sebab duit-duit untuk kerja amal arah ke Islam pun mereka sanggup rembat.......padanlah aku dok lihat ramai saudara-saudara baru (muallaf) dok usung surat sokongan minta derma dari surau-ke surau.... Rupanya Profesor Emeritius yang dah gasak tu,,,, Oiii ini melayu jenis apa,,, kalau kat Jepun atau Korea dah boleh baca talkin dah ni,,,




Cuma adik-adik ini bakal mengembalikan identiti Melayu yang berani dan berwibawa.... Tahniah..Berita terkini klik SINI.


Sunday, December 25, 2011

Mohon doa dari pembaca blog sekelian...

Salam Sejahtera..

Pepagi begini, aku dengan rendah hati memohon bantuan doa dari pembaca sekelian untuk keselamatan para pelajar Malaysia termasuk anak sulong aku sendiri yang berada di Mafraq Jordan...

Menurut anak aku yang menghantar pesanan ......

Salam...semua sihat ke? doakan k.long kat sini. kelmarin hari jumaat, ada rusuhan besar dekat Mafraq (bukan dekat Amman tau)..rusuhan dekat bangunan Ikhwan Muslimin...bangunan IM dekat sangat dengan penempatan budak melayu yg perempuan....siap dibakar semua, nak roboh kan bangunan ni..

Sebab diserang, kerana puak-puak ni risau kalau IM gulingkan insitusi beraja dekat sini...Dorang kan sampai ada tahap sayang raja mcm dah sebahagian dalam aqidah...

Doakan kitorang kat sini selamat..



Moga-moga doa para pembaca ada sedikit sebanyak dapat menyelamat keselamatan anak-anak kita yang berada di bumi Jordan..Insyaallah....


Friday, December 23, 2011

Apa aku kisah lu punya amaran Dato Zahid....

Pejuang Muda Wira Rakyat Malaysia





Semoga Allah merahmati dan memberkati perjuangan mereka….

Leter Pagi Jumaat - Isu Arif Alfian, Dr Mahathir dengan UMNO perlu bertanggungjawab..

Marilah kita semua rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada UMNO dan 1Malaysia, kerana nama bangsa melayu telah tercipta sejarah di Malaysia dan di dunia walau pun sebelum ini yang heboh ialah paderi gay yang dok heboh nak kahwin sesama jenis pada hari merdeka.......


Heboh, kecoh seluruh negara...... bila ditambah dengan perhimpunan seksuality yang mana dato Ambiga menjadi mangsa......

Namun kini pusingan U-turn.... Melayu yang mencipta sejarah Malaysia dan dunia... Tahniah....


kahwin513

Tak hebat kah ini, muka melayu, pakaian melayu siap bersampin songket lambang melayu Malaysia..... hebat kan,,, ini yang pemimpin UMNo mahukan... mencipta nama di persada dunia.....

kahwin2-513


kahwin4-513

Sering kita dok dengar sebelum ini, negara memerlukan rakyat yang cerdik pandai,,, maka inilah hasilnya,, rakyat dah terlalu cerdik dan pandai, pandai meniru budaya luar,,, hebat kan... kenapa boleh jadi begini.... bukan aku nak menuding jari,,

Tetapi inilah satu kenyataan... ingat kembali beberapa belas tahun yang lampau,, bagaimana sekolah-sekolah agama dan sekolah agama rakyat dicop sebagai tempat melahirkan extrimist agama, pejuang jihad dan berbagai gelaran yang ada kaitan dengan JI (Jemaah Islamiah) dan bermacam segala rupa...

Ini semua hasil kerja Dr Mahathir dan UMNO yang seangkatan dengannya,, semua peruntukkan bantuan kepada SAR ditarik balik, aku masih ingat waktu tu, anak-anak aku semua bersekolah di SAR, yang mana yuran sekolah terpaksa dinaikkan berganda-ganda kerana SAR tak ada peruntukan untuk perbelanjaan sekolah,, bagi yang mampu ala kadar terpaksalah berkorban ikat perut untuk menghantar juga anak-anak belajar tambahan di SAR,, bagi yang kurang mampu dan malas nak ambik kisah dan kerana waktu itu juga rakyat dimomok dengan pentingnya bahasa Inggeris sekali,

Anak-anak kita hanya ditekankan disekolah untuk berjaya di bidang akedemik,, bab sahsiah diri dan ugama masing-masinglah, terletak kepada ibu-bapa anak-anak pelajar,,,,

Maka sekarang, barulah kita terima hasilnya apa yang Dr Mahathir laksanakan kepada umat Melayu.... Memang kita mendapat rakyat yang cerdik pandai,,, tetapi keimanannya terhadap Islam hancai boncai,,, walaupun ia masih mengaku ia Islam... baca DI SINI

Itu yang terpapar di muka akhbar, bagaimana dengan anak-anak melayu lain,, yang sering kali terlibat dengan masaalah sosial, mat rempit, sex bebas dan berbagai lagi,,, percayalah,, selagi kita tidak berbalik kepada Islam sebenar,, selagi itulah umat melayu Islam tak habis-habis menerima bala dari Allah...

Sama-sama kita tunggu dan lihat kalau umur panjang, bagaimana pula hasil anak-anak dari dihasilkan dari idea Wanita Pertama 1Malaysia iaitu anak-anak PERMATA....




Sunday, December 18, 2011

Malang Cikgu ni, anak muridnya tak menjadi ......

Seorang guru lelaki melayu sekitar umur 40han merasa kecewa dengan sikap mahasiswa-mahasiswa sekarang...

Guru lelaki yang dikenali dengan nama Cikgu Najmi, merasa kecewa kerana mungkin ada bekas-bekas anak-anak muridnya yang diajar sebelum ini turut sewrta dalam demontrasi pelajar di ibu kota....

Double klik gambar...

Apakah Cikgu ini sanggup akan mengajar anak-anak bangsa sehingga umur 60 tahun..... sempatkah .... he he.... sempat apa ??!!!!!

.........he he..sempatkah ia untuk menyelamat parti UMNO...kuang-kuang....anak-anak murid Cikgi ini sekarang ini lebih bijak, lebih cerdik dari Cikgu Taipingmali.....

Cikgu ni masa mana ia nak mengajar.... asyik dok update blog aja..... nak mengajar ka... atau nak jadi blogger........









Tahniah buat siswa siswi - gambar-gambar....

Sehari dua sebelum ini kita dikejutkan dengan demontrasi dari kumpulan ayanda-ayahnda (PEKIDA) ke atas pimpinan DAP Perak, namun semalam anaknda-anaknda pula membuat demontrasi bantahan kepada UMNO di PWTC,, sempat lagi menutrunkan bendera gambar Najib...

Tahniah adik-adik mahasiswa semua... BRAVO ZULU... MOGA-MOGA KALIAN DAPAT MERUNTUHKAN TEMBOK PENGHALANG UMNO....





















Anggap ini sebagai motivasi buat semua rakyat yang mahu menjatuhkan UMNO.... moga-moga ini akan diikuti dengan perhimpunan rakyat seperti mana yang berlaku di Tunisia, Mesir dan sewaktu dengannya.... Jom kita pemamposkan UMNO......


Thursday, December 8, 2011

Kehebatan pelajar-pelajar melayu setelah mendapat bantuan RM100.00

Sikap anak-anak melayu hasil didikan UMNO sebagai pemerintah....



Seolah-olah mereka tak akan belajar lagi selepas habis peperiksaan SPM, nak berseronok suka tak bertempat,,, memang memualkan...

Sekolah mana tu,, sekolah yang majoritinya orang Melayu,,,.




Friday, November 18, 2011

Isu bantuan RM100 buat pelajar - Kebajikan atau umpan..

Bila baca kisah ini di kosmo.

Aku tak tau macam mana nak mula cerita... Nampak macam baguih untuk rakyat iaitu ibu/bapa/penjaga pelajar... Tetapi adilkan tindakan tersebut, Bagi ibu bapa yang masih berhutang dengan pihak sekolah tentu senyum bila dapat arahan sebegini, tetapi sesuaikah dengan cara sedemikian...

Beruntunglah mereka yang mendapat habuan, hutang yuran dan sebagainya untuk anak-anak mereka tak perlu dibayar berbanding dengan ibubapa pelajar yang sentiasa membeyara apa yang ditetapkan pihak sekolah...

Malah aku rasa cukup sedih bila membaca satu komen keluhan mungkin dari seorang guru rasanya. aku copy paste kembali..

dukun melayu berkata...

muhyudin marah cikgu potong duit rm100

Jawapan Seorang Guru Tentang Isu Potong Duit Rm100.


Sekolah saya ada beberapa orang waris yg masih belum menjelaskan yuran awal tahun. Minta dah banyak kali, tulis surat dah banyak kali. Lagipun yuran yg hendak di jelaskan itu sekitar RM20 hingga RM40 je.

Suruh bayar sikit2 pun tak mahu. Sekolah dah nak tutup tapi yuran masih tak bayar. Kalau Guru Besar yg baik atau ada guru yg prihatin selalunya duit depa lah kena korbankan. Apa salahnya pihak sekolah memotong sedikit duit tu utk jelaskan yuran.

Buku2 kehadiran kita kena audit. Kalau dia tak bayar yuran, mmg akan menyusahkan pihak sekolah balik, jadi tolong jangan tuduh guru2 dan GB.

"Korban Guru"

Sekolah saya je setiap tahun mesti ada aje guru yg kena korbankan duit gaji dia sebab nak settle benda2 mcm ni. Ibubapa cam ni mmg tak bertanggungjawab.

Dah dapat bantuan pun masih tak mahu menjelaskan yuran. Duit tu pun tujuannya utk benda2 cam ni bukan utk belanja makan KFC.

Tuan2 dan puan2 tolonglah bersangka baik dengan pihak sekolah.


Tadi ada sorg guru sekolah saya kena marah dengan gb sebab ambil duit hutang yuran dari seorang bapa dari duit bantuan tu. Tapi bapa tu sendiri yg sukarela nak bayar dengan duit bantuan tu, bukan cikgu tu paksa.

"Kanan Diajar, Kekiri Pulak Dia"

Cikgu tu cuma ingatkan dia ttg bayaran yg masih belum di jelaskan. Tolong hentikan segala tuduhan pada kami ye.... Semua duit yang kami minta parent bayar masa awal sekolah adalah atas arahan pihak atasan bukan kami pandai-pandai nak letak yuran.


Kalau boleh kami tak mahu parent bayar sesen pun sebabnya nak urus duit mereka tu bukan senang. Kami ada buku rekod kehadiran di mana semua bayaran yg telah di sahkan akan di rekod dalam buku ini dan buku ini pula akan di audit.

Jadi nak tak nak kena bayar juga. kalau cikgu2 tak mahu bayar, kami akan minta PIBG bayarkan. Selalunya ibubapa yang nak bayar akan bayar sikit-sikit contohnya sebulan RM10 pun kami terima, yang masalahnya ni parent yg tak mahu bayar langsung.

Tengoklah dah dapat duit RM 100 pun masih mengadu yg duit mereka di potong oleh pihak sekolah kerana bayar yuran anak mereka yg tertunggak. Memang tak reti bersyukur. .. ada juga yg cikgu bayarkan yuran tapi tak reti nak berterimakasih.

Aku rasa profesion perguruan adalah satu kerjaya yg selalu kena pakai duit sendiri utk selesai masalah sekolah. Ada satu sekolah tu tiap cikgu kena bayar rm10 sorang utk byr duit elektrik

17 November 2011 9:40 PTG..

Inikah carnya UMNO nak didik rakyat supaya bertanggungjawab... nampaknya UMNO lebih kepada nak merosakkan rakyat...

Kalau betul UMNO nak menolong rakyat, adalah lebih baik skim PPPTN tu ditukarkan kepada biasiswa,, tak payah dok tekan ambik tindakan mahkamah suruh pemimjam bayar.., silalah lakukan itu,,, .

Buat para pelajar/ibu/bapa...ingatlah umpan mata pancing dah dihulur,, kini hanya menunggu masa untuk disentap...tunggu sajalah....


Friday, October 21, 2011

Gambar-gambar siswa UIA demontrasi isu Dr Aziz Bari.

Sifat keikhlasan dan keberanian Dr Aziz Bari nampaknya terbayar sudah di atas sikap keberanian adik-adik siswa UIA,, kita boleh lihat berapa ramai yang hadir sebagai tanda protes,,,

Ini baru satu IPTA, kalau semua IPTA bergabung tanda protes, lepas tu rakyat-rakyat pun bangun protes,,,, wooooo bloeh jadi Libya ooooo... jangan main-main... boleh lari malam Najib dengan Rosmah....


















mamat ketot ni pun mai juga,,, menyibuk merabih kan air aja laa.. pandailah mai nak tunjuk muka cari makan....




Wednesday, August 17, 2011

Kisah surat RAYUAN dari Kaherah buat TPM....

Salam Sejahtera....

Semalam dalam dok merayau-rayau terjumpa satu surat rayuan dari FB kumpulan pelajar Malaysia di Mesir,,,, He he he lu orang bacalah isi kandungan surat surat ni 100% membodek UMNO... untuk menyambung nyawa mencari rezeki ....




Nak kenal orangnya, setelah aku dok siasat rupanya orang satu negeri dengan aku,,, aduhh....... dan inilah orangnya..., sekarang ni dah jadi pencacai Zambri pulak dah......... Lingkup rakyat negeri Perak






Kisahnya yang terbaharu di peraktoday.




Saturday, August 6, 2011

Ini dia cabaran buat ibu-bapa dan para guru-guru....

Salam sejahtera,

Sama-sama kita berfikir untuk kebaikan bersama....

Masaalah anak-anak remaja semakin meruncing, sehingga para-para guru di selatan tanah air menghantar pelajar bermasaalah displin ke penjara Kluang untuk diberi pengajaran program motivasi...

Namun biasalah, mak bapa zaman sekarang, sayangkan anak tak bertempat menyebabkan program yang agak baik itu telah dimanipulasikan oleh UMNO untuk mengambil hati rakyat kerana PRU13 dah tak lama lagi.......

Menteri wanita (recycle minister) dengan sedap mulut mengatakan program tu tak sesuai, malah boleh menjadi lebih bertambah buruk,,, apa kelayakan menteri tersebut, ada PHD galam dalam bidang psikoloji manusia ka dia... sedap-sedap ia mengatakan begitu,,, semua apa yang pihak bawahan buat tak betul,

Yang UMNO buat semua betul, termasuk sekolah termengandung di Melaka tu betul.....




Aku ada satu cadangan,,, buat guru-guru displin dan ibu-bapa yang mempunyai anak-anak bermasaalah,, kalau tak dapat selesai juga anak-anak atau para pelajar yang bermasaalah, hangpa pakat-pakat pi Kelantan cari Pak Cik Ibrahim bin Ismail yang dalam gambar tu, atau ramai lagi rakan-arakan seperjuangan yang sama dengan Pak Cik Ibrahim ttu, pi sana tanya dia, macam mana dia ajar beruk tu petik buah nyok..., kalau beruk spesis binatang yang tak ada akal boleh dengar cakap, manusia yang berakal tentu tak ada masaalah....

Kalau tak selesai juga, ini beerti, ana-anak yang bermasaalah tu lebih teruk dari beruk......



.

Tuesday, August 2, 2011

Kami dilayan macam banduan

Salam sejahtera,




Masaalah disiplin anak-anak remaja peringkat umur belasan tahun memang dalam keadaan meruncing, kalau tak percaya tanyalah pada guru-guru disiplin di sekolah-sekolah menengah harian..

Bila terbaca kisah tajuk di atas dan Klik Di SINI dan SINI

Aku sendiri tak faham kut mana yang tak kena,,, kekadang tu bila anak-anak remaja dah dicop masaalah disiplin oleh guru-guru sekolah, maka sudah tentu ada kebenarannya,, masaalah lebih besar akan timbul bila ibu-bapa atau penjaga murid akan memihak atau mempertahankan anak-anak mereka.. ini akan timbul masaalah....

Akibatnya guru-guru akan timbul perasaan "lantak kamulah nak jadi apa pun.... bukan anak aku..." Siapa yang nak dipersalahkan. Keadaan akan bertambah buruk bila ada pulak badan-badan atau parti politik yang datang nak mengambil kesempatan politik....

Tak seperti zaman aku bersekolah dahulu, kalau membuat salah di sekolah dan mendapat hukuman seperti kena rotan dan sebagainya,, bila balik ke rumah tak berani nak cerita kepada arwah bapa aku, kalau cerita alamat kena tambah lagi.... dan itu juga yang aku praktikkan kepada anak-anak aku... alhamdulillah..

Berbeza zaman sekarang kebanyakan ibu-bapa menyayangi anak-anak tak bertempat,, sama seperti UMNO yang kononnya mengambil berat kaum melayu,, tetapi dari segi jangka panjang merekalah pelingkup kaum melayu....



. .







Monday, February 14, 2011

Op Piramid - Nak Balik Mesir .. Sendiri bayar?!!...

Salam Sejahtera..

Apa pula isu-isu hangat yang akan dimainkan oleh media selepas ini,, Isu Op Piramid nampaknya dah selsesai, walaupun bemacam-macam versi yang aku dengar,

Apa pun Hosni Mubarak dah pun turuh dari takta, Najib Tun Razak bila pulak ya..., Mesir dah kembali seperti sediakala, dengar cerita universiti pun dah nak bermula...

Pelajar Malaysia yang baru sangat lagi balik, sekarang apa cerita... nak balik semula... urusan sendiri maa.. Kerajaan tak mau ambik tau...

TERKINI

Perbelanjaan pulang ke Mesir tanggungan sendiri - Kohilan

14/02/2011 3:25pm

KUALA LUMPUR, 14 Feb. - Perbelanjaan pelajar yang ingin kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka adalah di atas tangunggan sendiri, kata Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay hari ini.

”... ini memang secara tradisi dipraktikkan di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah anggota Dewan Negara, di Parlimen di sini.

Bagaimanapun, Kohilan menasihatkan ibu bapa agar hanya menghantar kembali anak mereka ke Mesir selepas mendapat arahan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah walaupun keadaan di sana dilapor semakin baik.

"Tetapi kita belum nampak pulih sepenuhnya... setelah pulih sepenuhnya baru nasihat akan diberikan dan selepas itu pelajar-pelajar boleh pergi ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Kohilan turut meminta pelajar dan rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir terus berhati-hati. - Bernama.

Kalau begini caranya, lambatlah lagi PRU13 nampaknya.. .

Thursday, February 10, 2011

Ops Piramid - Aku setuju..Aku sokong...

Salam Sejahtera.

Rakyat diutamakan.. masa inilah perlu dibuktikan kepada kepada rakyat Malaysia...jangan hanya sekadar slogan dan retorik semata-mata...

Kerajaan diminta taja separuh harga tiket kembali ke Mesir

2011/02/10

SEPANG: Ibu bapa beberapa pelajar Malaysia di Mesir meminta kerajaan memberi pertimbangan bagi menaja sekurang-kurangnya separuh harga tiket penerbangan untuk kembali ke negara itu apabila keadaan semakin pulih.

Seorang penjawat awam, Husin Ibrahim, 55, berkata tidak semua ibu bapa mampu membeli tiket penerbangan untuk menghantar anak mereka kembali ke Mesir.

"Mungkin hanya lima peratus sahaja yang berkemampuan untuk membelikan tiket untuk anak, walaupun orang lazimnya berkata kalau yang belajar di luar negara, ibu bapanya mesti hidup senang.
"Tetapi kebanyakannya susah. Seelok-eloknya, kerajaan paling tidak bantu bayar separuh daripada harga tiket itu kerana harganya agak mahal," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menyambut kepulangan anaknya, Mohd Abdul Azim hari ini.

Mohd Abdul Azim, 20, pelajar tahun pertama jurusan Ekonomi Islam Universiti Al-Azhar, adalah antara 567 pelajar dan rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air menerusi Ops Piramid dengan penerbangan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines.

Husin, dari Kelantan, turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana membantu mengeluarkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir tanpa mengira fahaman politik.

Sementara itu, Saridah Suman, ibu pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Iskandariah iaitu Mohd Yady Abdullah, berkongsi pandangan sama.
"Kalau boleh, kerajaan tanggung semua. Ramai ibu bapa yang susah. Jika tolak harga tiket daripada wang biasiswa, bimbang nanti anak tidak cukup perbelanjaan," kata beliau yang terpaksa membelanjakan RM70 sehari membeli kad prabayar untuk menghubungi Mohd Yadi dan pihak lain, termasuk kedutaan serta Wisma Putra, bagi mengetahui tahap keselamatan anaknya.


Pelajar tahun pertama jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mohd Hafiz Ahmad Rafi, 20, pula berkata bebanan membeli tiket begitu dirasai ibu bapa berpendapatan sederhana atau rendah, yang mempunyai beberapa anak menuntut di Mesir.

"Kakak saya Nur Hasanah turut belajar di Mesir. Jadi kami minta kerajaan bantu keluarga yang berpendapatan rendah untuk bayar separuh harga tiket. Jika seorang RM1,800 sehala, kalau dua orang sudah RM3,600," katanya yang berasal dari Kedah.

Dalam perkembangan berkaitan, Nur Hasanah, 23, pelajar jurusan Syariah Islamiyah berkongsi pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila pertama kali menaiki pesawat Charlie C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia, ketika dipindahkan dari Kaherah ke Jeddah.

"Bukan semua orang boleh naik Charlie, seperti kata (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada kami ketika itu. Walaupun terpaksa menunggu selama 17 jam sebelum dipindahkan ke Jeddah dan duduk di lantai pesawat, kami tidak kisah," katanya sambil tersenyum.

Roisah Mansor, 22, berkata mereka turut dibekalkan makanan semasa perjalanan tiga jam dari Kaherah ke Jeddah.

"Kami perlu duduk rapat-rapat dalam pesawat Charlie supaya lebih ramai pelajar dapat dipindahkan," katanya yang berkongsi pengalaman pertama menaiki pesawat TUDM itu.

Sehingga semalam, Ops Piramid mengeluarkan seramai 7,209 rakyat Malaysia dari beberapa bandar raya di Mesir ke Jeddah, dan 1,439 orang telah dibawa pulang ke tanah air.

Kerajaan Arab Saudi turut menyediakan dua pesawat Boeing 747 milik Saudi Airlines bagi membantu mempercepatkan proses membawa pulang rakyat Malaysia. - BERNAMA .

Ya..bukan separuh.. tetapi tanggung semua, seperti yang diminta oleh Puan Saridah Suman.....Kalau sebanyak RM65 juta boleh dihabiskan untuk membaiki (renovate) Sri Perdana yang sudah sedia indah, berapalah sangat untuk tambang balik pelajar......

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari