boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Hadiah sempena Raya - Kos Pendidikan Kekal Rendah -- Phuii!!..

Apa yang aku nak komen lagi dah,,, tawaran buat rakyat dah pun diberikan sebelum ini dalam manifesto PR... Kos Pendidikan dan Kos kesihatan adalah percuma.... 

Namun rakyat Malaysia yang yang terdiri dari ahli umno dan penyokong adalah manusia-manusia jenis tak faham bahasa... 

Sekarang ambik ko...


Friday, May 10, 2013

Pasca PRU 13 - Berita baik buat makcik dan pakcik..

Selalunya jarang sekali aku membeli surat khabar, kecuali anak-anak aku balik, maka mereka yang akan beli,, sama seperti petang semalam,, aku balik ada Harian Metro, 


Wednesday, June 13, 2012

Apa hal !! Kenapa Pembangkang perlu mohon maaf..

UMNO yang dalam saat-saat akhir nak menuju ke alam akhir hayatnya membuat pemimpinnya seakan-akan bingung sasau nyanyuk atau buang tabiat....  




Jadi betullah,, punca utama kenapa PTPTN tak boleh dihpuskan adalah kerana IPTS.... Rakyat tak suruh pun kerajaan UMNO dirikan universiti swasta,, yang rakyat mahu skim pendidikan percuma,,, swasta ka, universiti awam, itu rakyat tak perlu tau.... 





Tuesday, May 22, 2012

Debat PTPTN - Tahniah dan Terima Kasih buat Khairy Jamaludin..

Waktu aku dok nak merapu merepek ni, debat antara Khairy dgn Rafizi masih lagi berjalan melalui MOB TV...  



Kesian kat Khairy, masih nak bertahan dasar UMNO walaupun aku rasa ia sendiri banyak tak bersetuju, tetapi demi survival politik masa depannya, terpaksalah dihulur tengkok kepada Rafizi untuk dijadikan pouncing bag... 

Khairy tak ada point nak berhujah, jadi terpaksa diulang-ulang beberapa kali yang kononnya Rafizi yang memandai-mandai reka cipta isu PTPTN, kenapa tak ada dalam buku jingga, dan kemudiannya cuba nak membela Isu hutang Tajuddin Ramli... 

Semuanya itu seumpama memberi bola tanggung kepada Rafizi untuk dismash knock out.... kacang aja Rafizi jawab balik,, malah ada satu soalan yang tak dapat nak dijawab oleh Khairy, iaitu isu ikan bilis kena tahan, ikan jerung bebas dalam isu hutang.... 

Itu baru Rafizi dengan Khairy,, kalau Anwar dengan Najib macam mana agaknya,,, masak atau hangit ka agak Najib .... 

Apa pun terima kasih kepada Khairy kerana berani menerima jemputan atau cabaran yang secara tak langsung mennjukkan kepada rakyat akan kepincangan pentadbiran UMNO yang menyeksa rakya... 





Thursday, April 19, 2012

Tayangan PANASSS..... Malam Jumaat....

Hangpa lihat dan fikiaq sendiri apa yang UMNO lakukan terhadap anak-anak pelajar yang mereka perjuangkan,, mereka sanggup mengorbankan diri mereka demi untuk kepentingan semua pelajar-pelajar anak-anak kita juga...


Moga-moga Allah S.W.T merahmati apa yang mereka lakukan....  



Dimana pasukan keselamatan terutama polis,, kenapa kejadian sedemikian boleh dibiarkan,,, 


Fikir-fikirkanlah... Inikah yang Najib dok laung-laungkan,, Rakyat diutamakan,,, yang aku dok nampak Menteri, kroni, anak beranak dia saja yang diutamakan.. 


Saudara-saudara dari UMNO,,, ingat sikit, mungkin anak anda pun ada bersama dengan pelajar-pelajar tu yang turut berjuang.... 


Jadi nak tunggu apa lagi, nak sokong lagi UMNO....,, 


Thursday, April 12, 2012

PTPTN - Pemuda UMNO hanya mampu hapuskan faedah 1%..

Dalam begitu banyak isu yang dimain oleh pemimpin PR aku rasa isu PTPTN yang paling hangat membuat Najib dan hulubalangnya menggelupor kepanasan, apa tidaknya isu ini menyebabkan Najib awal-awal lagi dah kantoi cuba nak berbohong kepada rakyat dengan memberi angka palsu sebanyak 43 billion sedangkan jumlah sebenar 28 bilion,, layakkan Najib jadi PM sanggup menipu rakyat......

Kita boleh lihat sendiri, dalam akhbar, media TV, hari-hari ada muka-muka melayu bangsat, kenapa aku kata bangsat, sebab waktu mereka belajar dulu dah tentu dapat biasiswa, tetapi bila ketiba zaman nyata sekarang ini, mereka sanggup menidakkan apa yang mereka dapat sebelum itu... '

Dan yang paling bangsat lagi mereka ini bukannya dari pakar-pakar ekonomi negara seperti Menteri Idris Jala... terutama sekali seorang bekas pensyarah betina plagiat yang kini ahli kehormat PERKASA,, woi bukan main lagi ....

Cantik sekali hujah-hujah apa yang mereka cuba ketengahkan, umpama langit dengan bumi, apakah mereka ingat adik-adik siswa pelajar yang meminjam PTPTN itu kurang cerdik atau berotak lembu tak boleh berfikir apa yang sebenarnya berlaku dalam negara...

Bagaimana Hutang ahli keparat anak emas Mahathir Tajudin Ramli kerajaan UMNO boleh hapuskan dengan begitu muda....

Kenapa di zaman mantan PM Tun Razak bapa kepada Najib dan Tun Husein On bapa kepada Hishamudin dahulu, waktu semua pelajar yang memasuki universiti bermacam biasiswa menunggu, pilih sahaja, dan dizaman itu belum ada lagi sumber hasil negara yang paling kaya iaiatu Petronas..

Bila tiba sahaja zaman Mahathir menjadi PMlah, menghapuskan biasiswa yang mana sedia termaktub dalam perlembagaan biasiswa terutama orang melayu memang termaktub dalam Hak Istimewa Orang Melayu,, tangan Mahathirlah yang menghilangkannya,, kemudian diikuti pula PPSMI,, satu lagi perkara yang merugikan melayu...

Isu yang dijangkakan menguntungkan PR, membuat Ketua Pemuda UMNO KJ dapat menghidunya,, maka berlakulah perkara ini....

Resolusi bantu peminjam PTPTN

KHAIRY (kanan) menerima resolusi daripada wakil mahasiswa, Wan Ahmad Hazman Wan Daud (kiri) sambil disaksikan Shahrin pada majlis penutup Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO berjaya menggariskan satu resolusi bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, resolusi yang bertujuan menambah baik sistem PTPTN itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, melalui perbincangan dengan mahasiswa, isunya bukan untuk memansuhkan hutang tetapi melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan untuk meringankan beban peminjam.

“Antara kandungan resolusi adalah peminjam hanya perlu bayar semula apa yang dipinjam tanpa mengambil kira faedah dan kos pengurusan PTPTN yang bermakna menghapuskan faedah satu peratus yang ditawarkan.

“Faedah tersebut membuatkan ada peminjam yang masih lagi belum memasuki fasa menjelaskan hutang asal walaupun sudah berbulan-bulan membuat bayaran semula,” katanya selepas menghadiri majlis penutup rundingan tersebut di sini semalam.

Sumber : kosmo.com.my/


Wahai adik-adik Siswa,,, yang mana satu pilihan hangpa?... Tawaran dari Pakatan Rakyat,,, PTPTN dihapuskan,,, UMNO hanya faedah 1%.... sendiri fikir....

Monday, March 15, 2010

Unimap - Awas Buat Lulusan SPM & STPM..

Salam Sejahtera...

Tahun lepas aku ke Perlis, disebabkan sampai dah petang, terus masuk check in di Hotel dalam bandar Kangar,,, besok paginya, bila bangun nak bersiap meneruskan jadual rancangan, terkejut aku memerhatikan bangunan disebelah bilik hotel aku menginap dijadikan sebahagian daripada Universiti Malaysia Perlis (Unimap), tengok gaya rupa macam bekas bangunan dengan namanya seperti bekas panggung wayang.


Mungkin hari ini semuanya sudah berpindah tempat dikampus induknya di Pauh, tak kisahlah di mana sekali pun, yang penting keselesaan dan kemudahan buat pasa siswa-siwi nak menuntut ilmu.

Apa pun yang membingungkan aku, sebagai IPTA dan bukannya IPTS, kenapa hanya 2 sahaja program yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), manakala 16 lagi program tidak di ikhtiraf. Baca Di SINI

Jadi buat sesiapa yang ada anak-anak atau adik-adik atau saudara, hati-hatilah, kang dah lah belajat kena bayar beribu ringgit, nanti bila dah grade, ijazah tak laku, pinjaman PTPTN tetap kena bayar, apa hal...


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari