boikot
Segarkan ingatan anda...
Monday, July 22, 2013
Bala dalam bulan Ramdhan di Johor akibat kecuaian manusia!
Friday, June 7, 2013
Exco agama umno nak membelit isu, yang akhirnya diri sendiri terbelit.
Thursday, May 16, 2013
Ada ker Menteri Besar Umno bergaya macam dalam gambar ni.
Tetapi kali ni aku nak ambik kisah sikit...
Wednesday, May 15, 2013
Wow..! Ratusan Ribu warga felda berhimpun bantah kedatangan Anwar ke Johor.
Ramai beb...
Saturday, September 15, 2012
Nak tengok muka-muka kumpulan UMNO yang menghalang Jelajah Anwar di Johor semalam..
Gaji dan elaun semua kakikatangan polis tu dibayar dari duit kocek tabung UMNO agaknya...
Sunday, June 26, 2011
Berita Pagi Minggu - UMNO Johor akan tewas pada PRU13 nanti..

Thursday, June 9, 2011
AJK PAS Pusat Dari Johor dah mula berjuang....
Tahniah buat mereka berdua.... Perjuangan anda akan dihargai oleh rakyat Johor amnya...... Moga-moga Johor dapat ditawan... PAS ganti UMNO.Oleh MOHD FARHAAN SHAH
NUSAJAYA: Lebih kurang 300 orang kampung yang datang dari Muar cuba meloloskan diri mereka memasuki Komplek Pejabat Menteri Besar di sini dalam usaha mereka untuk menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar sendiri.
Suasana itu telah menimbulkan kekecohan.
Kumpulan dari lima buah kampung di Muar itu termasuklah kanak-kanak, wanita dan orang tua tiba menaiki dua buah bas pada sekitar jam 11 pagi untuk bertemu dengan Datuk Abdul Ghani Othman.
Kumpulan itu diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dan Presiden Anak, Mazlan Aliman yang baru sahaja terpilih sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Mereka bagaimanapun gagal menyerahkan memorandum itu kerana Menteri Besar tidak ada di dalam negeri.
Kumpulan ini tidak berpuashati dengan isu pembahagian lot tanah di lima kampung berkenaan di Sungai Abong Muar.
Mereka mendakwa hanya diberikan satu ekar bidang tanah sedangkan yang mereka pohon ialah dua ekar dan mereka juga tidak berpuashati kerana bukan penduduk kampung berkenaan juga telah diberikan lot tanah di kampung berkenaan.
"Keluarga kami adalah penduduk asal yang menerokai kampung ini 30 tahun lalu tetapi kini tanah di sini turut diberikan kepada mereka yang bukan dari sini," kata salah seorang penduduk kampung, Mohd Fakarudin Paijalah, 29.
Dia mendakwa, mereka telah mengirim satu surat bantahan rasmi kepada kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah agar meluluskan permohonan mereka sejak 1976 tetapi ia telah ditolak.
Sementara itu, Suhaizan berkata, mereka sekali lagi akan mengadakan protes di hadapan Dewan Undangan Negeri pada persidangan bulan ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Johor, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, tindakan kumpulan itu hari ini tidak wajar dilakukan dan lebih bermotifkan politik.
"Perkara ini sedang diteliti oleh kerajaan negeri jadi mereka perlulah bersabar sedikit," katanya.