boikot
Segarkan ingatan anda...
Friday, April 18, 2014
Maka AlKiisah, bersedihlah Tun Dr Mahathir ! hu hu hu ....
Thursday, August 22, 2013
Kepimpinan Umno , kalau kaki betina ia akan tetap sokong rakan yang sama kaki betina
Thursday, August 8, 2013
Malang buat seorang Naib Presiden Umno i Hari Raya..
Friday, March 8, 2013
Lahad Datu - Peluang buat pelaburan untuk PRU 13..
Wednesday, December 19, 2012
Menteri UMNO ini "Bodoh, Bengong dan Bodek"...
Thursday, June 21, 2012
Kenali wajah-wajah keberanian dan penakut terkini dari UMNO ...terkini...
Thursday, April 19, 2012
Skandal Shafie Afdal @ Zahida Rafik - Blogger Parpukari sendiri Akui SAH...
Sunday, September 4, 2011
Majlis Rumah Terbuka Menteri UMNO - 20 orang cedera, seorang maut..

MUNGKINKAH Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khan menutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdalsehari menjelang Hari Raya Aidilfitri?
Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya?
Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan ‘Sedekah’.
Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan ‘Hilang’ keesokan harinya.

Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan.
Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak.
Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya.
"Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang),” teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang.
Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini.
Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan?
Tim Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media
Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia!
Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini.
Sumber :
Tuesday, August 30, 2011
Kisah Shafie Afdal seumpama Beruang dengan tuannya Najib..

Pada suatu hari, pemburu itu tidur di halaman rumah. Beruang itu menghampiri tuannya, lalu dilihat ada seekor nyamuk pada pipi tuannya yang sedang tidur itu.
Kerana terlalu sayangkan tuannya, beruang itu pun menampar nyamuk yang sedang menghisap darah pemburu itu, dengan SEKUAT HATI.
Anda tahu
Monday, July 25, 2011
Gambar-gambar jasa pemerintahan UMNO kepada umat Islam di Sabah...

Wednesday, July 13, 2011
Dah 172,667 rakyat Malaysia biadap.. anda bila lagi
Saturday, October 23, 2010
Dah hilang akal seorang naib presiden UMNO..
Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".
"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum, katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini, Shafie berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.
Shafie membuat gesaan itu ekoran terdapat kira-kira 700,000 ribu anggota parti Melayu itu yang tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam pilihan raya umum lalu.
Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.
"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katannya yang juga pengerusi Umno Kedah.
Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu berbanding pembangkang dalam pendaftaran anggota baru.
Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi Melayu sedangkan Pakatan Rakayt berjaya mendaftarkan sebanyak 22,195 pemilih baru.
Friday, September 24, 2010
Wednesday, September 22, 2010
Naib Presiden UMNO, Shafie Afdal pula nikah dengan artis cun..
Fuiyo....
