boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, July 25, 2010

Khas Buat Tatapan Tan Sri Dato Dr Harussani Mufti Negeri Perak Draul Ridzuan

Salam Sejahtera...

Tan Sri Dato Seri Dr Harussani, Pendokong UMNO dan pecinta Perpaduan Melayu....




Dah perhati dah poster banner tersebut.... Kawasan ini yang diadakan ceramah ni adalah DUN N51 Pasir Panjang, ADUNnya ialah Dato Seri IR Nizar bin Jamaluddin.

Untuk pengetahuan semua, kerusi DUN N51 Pasir Panjang ni sejak zaman berzaman dahulu adalah kerusi MIC hasil sedekah jariah baik hati UMNO kepada kaum India...

Kenapakah kerusi DUN MIC yang sekarang dah sah dapat kat Melayu, UMNO pi gatai dok kacau apa hal.... Inikah perpaduan yang dilaung dan gembar gemburkan oleh Tan Sri selama ini...

PERPADUAN KEPALA BAPAK HANG KALAU MACAM NI.......




Saturday, July 24, 2010

Coretan Semalam Jumaat 23.07.10

Salam Sejahtera....

Semalam dah pun berlalu, meninggalkan waktu dah pagi ini hari Sabtu, cuaca pada mula sinar mentari terang pada waktu pagi, bila jam 11 pg, nampaknya suasa mendung gelap menantikan turunnya hujan...

Semalam aku bersolat jumaat di Masjid Lumut, setelah jumaat lepas aku bermusafir ke Kuala Lipis, Khutbah Jumaat semalam di baca oleh seoarang Imam muda, entah dari mana, tak biasa lagi wajahnya dalam ingatan memori aku..., langsung tak aku kenali...

Kutbah yang dibaca bertajuk hak-hak pengguna, memberitahu hak-hak seorang pengguna, nak kata imam tu membela kerajaan, tak nampak kesungguhannya, nak membela penjual lagilah tak ada, tetapi yang akhirnya nasihat dari imam tu ialah suruh berjimat ketika berbelanja....

Aduhai imam, apa yang rakyat boleh berjimat dengan pendapatan purata rakyat Malaysia sekarang, kalau setakat RM50.oo bawa pergi ke pasar malam, apa barang yang boleh dibeli, bukan setakat gula, petrol dan beberapa barang yang diselaras harga tu saja yang naik, itu yang disebut di media, yang tak disebut boleh dikatakan semuanya dah naik.., terutama sekali bahan makanan dan barangan basah seperti ikan....

Jadi apa yang nak dijimatkan wahai tok imam, kalau tak beli baju raya boleh lagi, tetapi bab makan ni kena makan juga... harga ikan kat pasar malam sekarang ni tak ada lagi yang RM5 sekilo, jarang-jarang jumpa, anak ikan cencaru (jaket) tu adalah, itu pun jarang-jarang, kembung pelaling yang dah pecah perut buat bagi makan kucing tu boleh lah...

OOO, baru teringat, imam semalam tu, imam muda, mungkin bujang lagi kut, belum pernah pergi ke pasar-pasar untuk membeli bahan makanan.... patutnya tok imam semalam sentuhlah pemimpin negara yang banyak membazir, bayar kat Yahudi Israel beratus juta ringgit, buat Istana negara pelingkup 800 juta, itu yang yang sebenarnya kena jimat, bukannya rakyat yang nak mencekik pun kekadang misss....

Habis bab imam sembahyang jumaat semalam, maaf lah imam oii, tak sentuh balik aku rasa macam tak puas hati....

Petang nak malam pula, macam biasa berita jam 7 sementara nak tunggu magrib sempat aku tengok, lagi satu perkara, nak tergelak sungguh pun ada, padan muka hangpa pun ada, kesian pun ada..., entahlah aku sendiri pun tak fahammm...

Apa tidaknya, selalu aku terpandang dinegara-negara benua Afrika yang rakyatnya kurus melidi yang ada hanyalah kulit dengan tulang sahaja, menghulor tangan mengharap belas ehsan meminta makanan, dimana mukanya sendiri pun dihurungi lalat dan langau,, kekadang tu terpandang juga babak-babak mereka berebutkan bahan makanan mereka...masyaallah....

Tetapi semalam kat negara aku, di Malaysia opppss... 1Malaysia, sekumpulan rakyat Melayu, melayu, melayu... yang diketuai oleh seorang anak tengku... baca di SINI. berebut pasir....,

Hebatkan 1malaysia, kalau kat Afrika, rakyat yang diakui penduduk tetapnya kelaparan berebut makanan, tetapi di Malaysia, rakyat penduduk asalnya (kaum Melayu) berebut pasir.... aku tak mau nak ulas atau bahas bab siapa betul siapa salah,,, itu lantak pi lah,,, cuma bab maruah yang dok dibanggakan sangat dengan ketuanan melayu tu,,,, pasir pun berebut,, kalau tanah kubur berebut booking sorang satu lain hal juga...

Itu pun nak ajak bersatu konon,,, phiirahh... sesama sendiri masig dok nak bertakek, bertokak... itu lah melayu UMNO.... bukan semua melayu,,, sebab aku pun melayu juga, tak kan tak nak mengaku, sebab aku melayu, kulit melayu, cakap melayu....

Oiii melayu UMNO..., ni baca sikit, melayu PAS nak bagi tau..., hangpa dok suruh bangsa lain bebrudi bahasa, profesional, buat dan praktikkan dulu baru cakap, jangan cakap tak serupa bikin, aku sendiri tumpang malu dengan perbuatan hangpa...

Apa tidaknya, seorang kakitangan kerajaan pusat yang berpangkat tinggi berselisih faham dengan KM Pulau Pinang, sepatutnya Ketua Setiusaha Negara (KSN) ambik jalan tengah, tunjuk contoh yang sepatutnya, bukan memihak disebelah pihak, mana dia etika kerja profesional.. sekarang baharu rakyat satu Malaysia nampak, kalau dulu kes Kerajaan Perak SUKnyalah yang paling dajal, dan sekarang Pulau Pinang pula KSN pulak.... baguih... baguihhh

Berterusanlah buat perkara-perkara macam tu,,, buatlah lagi... buat.. nampaknya Pulau Pinang akan berterusan di perintah oleh DAP..., padan muka .. sama-sama kita PRU13,,, biar rakyat yang buat keputusannya.

ADA UDANG DISEBALIK MEE

Oleh : Rahim Othman

CUKUPLAH ! SUDAHLAH BERHENTILAH !

TAK FAHAM BAHASA KE ?


Dia kata nak mendamaikan sesama islam yang bergaduh. Siapa yang bergaduh ? Orang Melayu dengan orang Melayu ? Tidak ! PAS dengan UMNO? pun tidak!

Tuan Mufti ni mabuk ke? meghoyankan ? gatal punggung ke? Beliau ni Melayu ke! atau keturunan Arab yang tak gheti bahasa Malayu ? Habis tu mengapa tak faham -faham? Masih beria-ia sangat, macam hidung tak mancong pipi tersorong-sorong. Atau ada udang disebalik mee !

Sudah lebih 50 tahun PAS dan UMNO dilahirkan, umur pun hampir sebaya. Sejak dulu hinggga sekarang mana pernah mereka berperang atau bergaduh! Jangan le Tuan Mufti nak memandai-mandai atau membuat fitnah.

Perjuangan PAS UMNO dalam arena politik adalah perkara biasa. Perkara lumrah. Ia sah dan halal. Mereka perjuangkan parti atau dasar parti masing-masing. Di parleman mereka bertekak tapi diluar mereka tidak bermusuh! Di parleman mereka bertegang leher, tapi diluar mereka tidak bermasam muka. Jadi, apa ada masaalahnya dengan tuan Mufti?. Atau tuan Mufti sengaja nak mencari masaalah? Atau mencari anugerah?

UMNO sah parti sekular, hanya mahu separuh islam separuh tidak .Dasyat lagi..agama lain, politik lain, Agama dan politik tak boleh bersatu, tak ada kait mengait.

Pas sejak dulu hingga sekarang, sebagai sebuah parti Islam yang mahu perjuangkan dasar islam sepenuhnya. Apakah tuan Mufti sendiri tidak mahu kepada Islam ?, atau sekular itu lebih baik dari Islam?...... hairan lagi ajaib.

Nasihat saya kepada tuan Mufti,,, beginilah .... Kumpulkan pemimpin-pemimpin UMNO dan menteri-menteri UMNO untuk dua tiga hari,.. atau seminggu, atau sebulan. Tarbiahkan mereka, didik mereka, ajar mereka tentang hukum islam, dasar islam. Sedarkan mereka tentang pahala dan syurga , dosa dan neraka serta hari pembalasan. Jangan sekali –kali menderhakai perintah Allah.

Bila semua dah faham dan boleh mengkhayatinya ... pakat-pakat lah sesama sendiri untuk mengubah dasar UMNO kepada dasar yang lebih baik iaitu Islam.

Kemudian baru lah mempelawa PAS atau PAS pelawa UMNO untuk bincang tentang perpaduan...insyaAllah.

Penulis : rahimothman - 7/2010

Friday, July 23, 2010

Mampuih Rakyat Malaysia....

Salam Sejahtera...

Aku tak tau kenapa kita semua rakyat Malaysia menerima bala dari Allah dengan mendapat pemimpin-pemimpin yang semakin teruk mempelingkup harta rakyat Malaysia.

Tak cukup dengan dengan harta-harta yang habis dari dana-dana petronas, felda, guthrie, POS dan berbagai lagi yang semuanya RUGI......, Harga barang-barang keperluan pula termasuk minyak dinikkan harga..

Duit rakyat ditabur ke sana sini dengan begitu mudah, seolah-olah macam duit bapak dia sendiri, Baca Di sini .

Buatlah sesuka hati mu, selaraslah harga barang mengikut kehendak kamu, kami rakyat akan menunggu tarikh keramat untuk menentukan siapakah yang akan mentadbir negara selepas ini... Lawan tetap lawan... .


Thursday, July 22, 2010

Baru nampaknya belangnya..

Salam Sejahtera...

60 peratus daripada ahli gabungan melahirkan rasa kecewa apabila Zahrain didakwa gagal melaksanakan tugasnya sebagai presiden, sekali gus menaikkan taraf bola sepak negeri.

sebelum ini Zahrain pernah berjanji sekiranya Pulau Pinang kecundang dan jatuh ke Liga Perdana, beliau akan meletak jawatan sebagai presiden dan kini segala-galanya sudah terbukti apabila Harimau Kumbang gagal menyerlah.

“Selama tempoh dua tahun sejak mengambil alih jawatan Presiden daripada bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamed Fairus Khairuddin, beliau langsung tidak pernah meninjau mahupun turun padang melihat pasukan negeri bertanding, baik dalam negeri mahupun di tempat lawan,”

Itulah petikan-petikan yang yang aku copy& paste dari SINI.

Malas dah nak kutuk-kutuk mamat sekoq ni, kalau macam ni punya perangai, alhamdulillah, ia sendiri yang minta keluar dari PKR...amatlah elok ia keluar.... terbukti sudah..he he ada hati nak jadi Naib Presiden FAM,, hanya perwakilan yang pekak dan buta hati saja yang akan mengundinya nanti.,...




Perpaduan Melayu..

Persoalan perpaduan Melayu — Khalid Samad


22 JULAI — Sekali lagi isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh Umno. Kononnya mereka sahajalah yang mengambil berat akan isu ini. Hakikatnya, PAS selama penubuhannya, telah sekian lama memperjuangkan perpaduan Melayu. Hanya bezanya ialah perpaduan yang diusahakan oleh PAS adalah berasaskan Islam sedangkan perpaduan yang diusahakan oleh Umno adalah berasaskan “Melayu”. Yang bersetuju dengan Islam sebagai dasar yang kukuh, bersatu dibawah PAS. Semua yang setuju dengan Melayu sebagai asas, bersatu di bawah Umno!

Persoalan perpaduan adalah sesuatu yang diusahakan semua pihak. Tiada yang siuman yang inginkan perbalahan dan perpecahan. Semua inginkan supaya bangsa dan masyarakatnya untuk bersatu. Yang membezakan ialah asas perpaduan yang diusahakan.

Bagi PAS dan mereka yang berjuang di atas dasar Islam, Umno adalah punca perpecahan ummat Islam kerana Umno membawa dasar selain dari Islam sebagai dasar perpaduan ummat Islam. Umno membawa sebuah dasar yang bukan dari Islam dan dalam banyak segi, bercanggah dengan Islam. Oleh itu ummat Islam terpesong dari dasar perpaduan sebenar yang diperjuangkan oleh PAS. Usaha PAS untuk menyatupadukan ummat Islam atas dasar Islam digagalkan Umno melalui berbagai cara termasuk fitnah, penyelewengan maklumat dan tidak ketinggalan juga penggunaan ISA terhadap pimpinan PAS. Ummat Islam ditakut-takutkan oleh media yang dikuasai Umno dan dikelirukan dengan sengaja supaya menolak perpaduan yang diusahakan PAS. Umno adalah punca mengapa ummat Islam tidak bersatu di atas dasar Islam!

Bagi Umno yang ingin melihat orang Melayu bersatu di bawah kepimpinan mereka di atas dasar Melayu, PAS adalah punca perpecahan. Ini adalah kerana PAS membawa satu dasar yang berbeza, iaitu Islam. Umno gagal menyatupadukan orang Melayu atas dasar Melayu kerana PAS membawa persoalan agama ke dalam arena politik, satu tindakan yang ditolak Umno. PAS memberitahu orang Melayu bahawa dasar “Melayu” yang mengharuskan rasuah, kezaliman, penyelewengan, penindasan, kronisma dan segala yang tercela “demi kepentingan Melayu”, adalah sesuatu yang menyesatkan. Oleh itu sebahagian dari orang Melayu tidak bersama Umno dan sebaliknya memilih untuk bersama PAS. Dengan itu usaha Umno untuk menyatupadukan Melayu atas dasar bangsa Melayu telah digagalkan oleh PAS.

Umno memberitahu orang Melayu bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik sekiranya tidak bersatu di bawah payung mereka dan menakutkan orang Melayu dengan ramalan-ramalan seperti orang Melayu menggemis di negara sendiri dan sebagainya. PAS memberitahu ummat Islam bahawa keadaan “lemah” mereka adalah hasil dari perjuangan “Melayu” yang diperalatkan segelintir elit Melayu untuk mengayakan diri mereka sendiri di atas nama semangat Melayu. PAS menyeru ummat Islam untuk kembali kepada Islam dan menolak dasar Melayu ini. Sekiranya tidak, maka pendekatan yang dibawa Umno selama ini akan menyebabkan ummat Islam menjadi semakin lemah dan yang paling dikhuatiri sebagai ummat Islam ialah semakin dimurkai Allah.

Umno menuduh PAS sebagai penghalang perpaduan Melayu dan PAS menuduh Umno sebagai pemusnah perpaduan Islam. Hakikatnya, kedua-dua pihak inginkan perpaduan tetapi atas di dasar yang berbeza dan oleh itu kedua-dua pihak menyebabkan cita-cita kesatuan pihak satu lagi tidak tercapai dengan sepenuhnya!

Namun, persoalannya sekarang, apakah yang merupakan intipati yang terpenting? Adakah ianya “perpaduan”, walau di atas dasar apa sekalipun, atau adakah ianya sebuah perjuangan yang berasaskan wawasan dan cita-cita mulia yang akan menghasilkan perpaduan manusia di atas dasar keadilan sejagat?

Bagi Umno yang tidak mempunyai sebarang asas yang boleh dianggap mulia atau boleh dibanggakan, perpaduan di bawah kepimpinan Umno ialah di mana mereka akan terus kekal berkuasa, itulah yang mereka inginkan. Itulah cita-cita mereka.

Bagi PAS pula yang mempunyai dasar dan asas perjuangan yang mulia dan bernilai tinggi, perjuangan Islam adalah yang perlu diutamakan dan melaluinya akan tercapai perpaduan.

Kaedah yang diusahakan oleh PAS adalah semestinya kaedah dan pendekatan yang tepat dan saya yakin segala kekecohan berhubung “perpaduan Melayu” yang dibawa oleh Umno tidak akan mampu mengelirukan rakyat. Kita semua tahu dan kenal siapa itu Umno. Mereka hanya teringat persoalan Melayu apabila mereka tersepit dan terdesak. Selama ini, semasa mereka berkuasa dalam keadaan yang selesa, PAS merupakan sasaran mereka. Tidak pula teringat akan persoalan “perpaduan Melayu”.

Maka adalah tidak wajar bagi PAS yang telah berjuang selama ini, membina asas perpaduan Islam di kalangan ummat Islam bagi menyelamatkan mereka dari asas perpaduan yang palsu di bawah Umno, untuk secara tiba-tiba menyatakan, “kita tidak berbeza. Kita sama sahaja. Marilah kita bersatu”. Adalah lebih wajar untuk Umno menyatakan “kita tersilap selama ini dan Syaitan telah menyesatkan kita sehingga rasuah, salah guna kuasa, penindasan, penyelewengan dan sekularisma diperlihatkannya sebagai penyelamat bangsa Melayu. Kita perlu bubarkan Umno dan kembali kepada perjuangan Islam bersama PAS”.

Itu sahajalah kaedah perpaduan yang bermakna.

Ada pula yang bertanya, “kalau begitu, bagaimana pula kerjasama PAS dengan PR?”

PKR dan DAP ada wawasan mereka masing-masing yang inginkan keadilan sosial. Walaupun konsep keadilan mereka berbeza dengan konsep keadilan PAS, namun dari segi praktiknya ada banyak persamaan. Perjuangan mereka turut menolak rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, penindasan dan sebagainya dan walaupun mereka berpegang kepada fahaman politik sekular, mereka tidak menafikan bahawa sekularisme itu adalah sesuatu yang bercanggah dengan fahaman Islam. Pada masa yang sama, keadilan sosial yang mereka perjuangkan meliputi keadilan untuk semua, termasuk orang Melayu dan ummat Islam. Lagipun, perlembagaan negara yang sediada terus akan diguna pakai di mana persoalan institusi raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, hak istimewa Melayu dan sebagainya akan terus diterima tetapi tidak disalahgunakan. Oleh itu adalah lebih mudah PAS bersama PR dari bersama Umno yang tidak mempunyai sebarang prinsip.

Berhubung isu perjumpaan pemimpin PAS dengan Mufti Perak pula, ianya amat mudah untuk dirumuskan. SEKIRANYA ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau mengusahakan kesatuan Umno dengan PAS, maka pemimpin tersebut TIDAK WALA’ kepada parti. Ini adalah kerana dasar parti jelas dan ditegaskan di dalam 3 Muktamar berturut-turut. Kukuhkan PR dan tolak perpaduan dengan Umno!

Pemimpin tersebut patut diberi surat tunjuk sebab dan sekiranya didapati benar beliau bertemu dengan tujuan tersebut, maka beliau patut diminta tinggalkan parti dan sekiranya enggan, dipecat dari parti. Tindakan beliau telah menyulitkan PAS, mengelirukan ahli-ahlinya dan menimbulkan fitnah di kalangan parti-parti rakan dalam PR. Ianya tindakan yang disambut dan disahut oleh Umno serta rakan-rakan mereka dalam BN kerana berpotensi untuk melemahkan PR.

SEKIRANYA ianya benar berlaku maka PAS perlu menyedari bahawa, malangnya, masih ada di kalangan pimpinannya mereka yang tidak boleh membezakan di antara Melayu dan Islam dan menganggap Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Ini bermakna ada pimpinan yang “tidak cukup tarbiyyahnya” dan oleh itu mereka perlu diturunkan dari kedudukan mereka sebagai pemimpin. Mereka bukanlah seperti saya, seorang ahli biasa (sehingga hujung bulan ini) tetapi mereka “pemimpin” dan oleh itu perlu dipertanggung-jawabkan atas tindakan mereka dengan lebih tegas lagi.

Kalau tidak, maka akan semakin celaru. — khalidsamad.com

Seorang RM13,164

Yang miskin subsidi yang kaya

Lim Chun Piao | Jul 21, 2010 06:39:46 pm

Kenaikan harga, atau "penyelarasan" sebagaimana yang disebut dalam akhbar menjadi tumpuan ramai baru-baru ini. Kerajaaan masing-masing mengetengahkan pakej ransangan ekonomi sebagai reaksi kepada tsunami ekonomi global pada tahun 2008, seolah-oleh pengikut setia John Maynard Keynes, pakar ekonomi yang terkemuka.

Dalam tempoh dua tahun sahaja, masing-masing terasa sesuatu yang tidak kena pada tempatnya, segera menjauhkan diri daripada roh John Maynard Keynes, dan mula membincangkan pengetatan fiskal (fiscal tightening). Seiring dengan pola global ini, kerajaan Malaysia juga beralih daripada dua pakej ransangan ekonomi, kepada formula naik harga pada hari ini.

Sememangnya kita sedar bahawa subsidi berlebihan akan menjejaskan keseimbangan bekalan-keperluan dalam pasaran. Kini, kita ingin tahu, ke manakah wang yang dijimatkan selepas kerajaan BN mengurangkan subsidi?

DAP yang sentiasa "mendampingi rakyat" semestinya akan bersuara untuk rakyat. Bermula daripada pemberian dana kepada warga emas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, sehinggalah adik-beradik Nga-Ngeh yang mempertikaikan ke mana perginya wang petroleum sejumlah RM592 bilion... yang semestinya akan meredakan kemarahan warga emas.

Defisit meningkat; Hutang melambak

Pada hakikatnya, "sudsidi" yang mampu dibiayai kerajaan sekian lama ini, bertukar menjadi dosa yang dituding jari selepas kenyataan "bankrap" oleh Idris Jala, Menteri Jabatan Perdana Menteri. Jika dilihat dari sekarang, kenyataan tersebut lebih merupakan hujah memanaskan badan untuk memberi laluan kepada kenaikan harga pada hari ini.

Selepas kemelut ekonomi pada tahun 1998, Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad melaksanakan langkah seperti "capital control" (kawalan modal) dan sebagainya. Tetapi, apakah harga yang kita bayar? Jawapannya boleh dibaca dari kenyataan Idris Jala, defisit negara telah bertambah dari RM5 bilion pada tahun 1998, kepada RM47 bilion pada tahun 2009. Hutang negara kita pula meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM 362 bilion pada tahun 2009, menyaksikan pertumbuhan pada kadar 12% mengikut tahun.

Seandainya dihitung mengikut populasi yang mencecah 27.5 juta orang, maka secara puratanya setiap warga Malaysia memikul beban hutang sebanyak RM13,164 seorang. Dengan kata lain, kerajaan kita menjadikan daya produk rakyat pada masa depan sebagai "jaminan", untuk meminjam hutang dari negara asing melalui bon kerajaan, yang akhirnya menjurus kepada lambakan hutang. Akibatnya, kerajaan dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang masa depan rakyat, yang wujud dalam bentuk "pinjaman hutang" pada masa sekarang. Kini, Najib pula menasihatkan rakyat bahawa subsidi akan dikurangkan, ubahlah cara hidup kamu!

Pada hakikatnya, beliau harus lebih jujur untuk mendedahkan kepada rakyat: perbelanjaan yang ditampung dengan defisit oleh kerajaan telah dihabiskan melalui projek mega sejak zaman Mahathir. Wang masa depan yang dimiliki rakyat, kebanyakannya bukan digunakan sebagai subsidi, tetapi untuk men-subsidi kroni yang menyembunyi di sebalik projek gajah putih.

Kita semuanya tahu bahawa sumber ada hadnya. Gerombolan BN telah menghabiskan sumber negara secara melampau, dan penipuan ini bakal terburai pada suatu hari nanti. Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu, lebih banyak buih yang bakal berpecah. Kumpulan berkepentingan yang berada di gelanggang mula gelisah, kerana mereka mungkin kehilangan segala-galanya sebaik sahaja permainan ini tamat.

Yang miskin subsidi yang kaya

Mungkin tiada orang yang menemui kekotoran yang ada di dalamnya, semasa ekonomi mengalami pertumbuhan pesat, seperti zaman akhir 1980-an dan awal 1990-an. Selagi keluaran negara kasar (KNK) melambung, maka keghairahan untuk menjana pembangunan ekonomi dengan pinjaman hutang boleh diteruskan.

Persoalannya, kroni dan kelas politik-ekonomi ini mula menyedari bahawa formula ini tidak dapat beroperasi apabila ekonomi diperlahankan, malah gagal menampung keperluan kumpulan berkepentingan yang semakin berkembang. Jadi, macam mana?

Akhirnya, cukaikan rakyat secara langsung dengan mengurangkan subsidi kepada pelbagai keperluan asas. Polisi monetari yang sekian lama ini kekal pada kadar faedah rendah, dinaikkan baru-baru ini, menyebabkan harga barang melambung tinggi. Kadar faedah simpanan lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Maksudnya, nilai "wang simpanan ditambah faedah" menjadi kurang berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi. Maka, ia seolah-olah cukai yang dikenakan ke atas rakyat jelata, atau dengan kata lain, yang miskin men-subsidi yang kaya.

Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilewatkan pelaksanaannya, bakal mencekik lebih ketat leher rakyat. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai pengagihan yang adil, apabila kerajaan mengagihkan "faedah pinjaman" yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan kelas.

"Pengagihan yang adil" ini mungkin boleh melegakan kumpulan berkepentingan pada jangka pendek, tetapi bakal menamatkan hayat mereka untuk jangka panjang. Menyembuyikan pertentangan dalaman dengan inflasi bakal mengundang malapetaka kepada dirinya. Ini masalah sebenar yang dihadapi kerajaan BN, dan juga dilema Najib.

*Lim Chun Piao ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Link :

merdekareview.

Tukar Istilah untuk ?!!

Oleh : Rahim Othman..

TUKAR ISTILAH UNTUK TUJUAN MENGELIRU atau MENIPU?

“ Rasionalisasi “ lah, “penyelarasan “ lah..... itulah diantara istilah yang digunakan bagi menggantikan istilah “harga barang naik” Wahai wartawan-wartawan semua ! Jangan sekali-kali anda perdengarkan atau tuliskan istilah “barang naik” ini kepada rakyat.... Begitu lah lebih kurang nasihat PM Najib kepada seluruh wartawan yang dikuasainya.

Apa tujuannya ? Nyata sekali ia bertujuan untuk mengeliru dan menipu rakyat, terutama orang kampong. Sudah sudah le tu Najib! Rakyat kampong pun sekarang dah cerdik !

Alasan menaikkan harga pula amat jelik dan lucu. Membuatkan telinga yang mendengar merasa geram dan marah. Tak pandai menari (memerintah), jangan salahkan pentas senget ! Tak pandai main bola jangan salahkan padang tak rata. Tak pandai berenang jangan salahkan air tak cukup dalam dan macam-macam lagi.

Sebenarnya memang kerajaan nak naikkan harga dengan tujuan untuk menyelesaikan masaalahnya, melalui jalan pintas. Kerajaan UMNO/BN yang lembab dan bodoh sombong ni tak tahu nak fikir dan ikhtiar cara lain untuk mencari jalan penyelesaian yang tidak menyakiti dan menyusahkan rakyat .

Yang mereka tahu memberi seribu satu alas an. Satu daripada alasan itu,… kerajaan, kononnya nak mendidik rakyat.....Huh! banyak cantik... Hey Brother ! . Rakyat Malaysia memang dah cerdik pun. Sepatutnya seluruh pemimpin UMNO perlu dididik atau di tarbiah terlebih dahulu.

Apa pendapat anda tentang persamaan makna yang terdapat dalam kamus UMNO seperti beberapa contoh di bawah ini : ----

Perpecahan UMNO = bermaksud seluruh orang Melayu dan tak bersatu lagi.

Perpaduan Melayu = bermaksud semua Melayu PAS dan semua Melayu PKR masuk UMNO

Memberi Rasuah = bermaksud memberi hadiah .( sama macam beri hadiah hari jadi… perkara biasa)

Menerima Rasuah = bermaksud menerima hadiah – (Kalau tak terima berdosa )

Menembak Penjenayah = bermaksud sama macam menembak babi hutan yang berkeliaran

Fitnah meliwat = bermaksud orang yang kena fitnah mesti disumbat dalam penjara

Macamana ! .. Anda setuju?... anda marah? Atau anda senyum kambing !

Penulis : rahimothman – 22/7/2010

Wednesday, July 21, 2010

Rakyat tak meluat pada UMNO

Ha ha ha...

Tak ada sorang pun rakyat Malaysia baik Melayu, Cina, India, Benggali, Iban, Kadazan, Orang Asli yang meluat dengan UMNO..., tak payahlah nak nafikankan perkara tu..., tak ada sesiapa pun nak pertikaikan...

Apa salah UMNO lakukan kepada rakyat..., memang tak ada..... UMNO memang tak bersalah kepada rakyat.

Rakyat Malaysia hanya meluat kepada pemimpin UMNO... aku ulang... Pemimpin UMNO.. itu yang rakyat meluat...

Rakyat tak tak mau pemimpin yang suka mengugut dengan "You help me, I help you"... rakyat meluat kepada pemimpin korup, membazir harta rakyat, menyeksa rakyat dengan sesuka hati menaikkan harga barang, mengenakan rakyat dengan saman ekor.....

Tak percaya.... Adakan Pilihan Raya Umum dengan secara adil dan telus sekarang ini juga ... Keputusan PRU itulah jawapannya...



Kancil Dengan Gajah

Oleh : Rahim Othman


Kemudian Jamil Khir turut sebuk.. Antara kata-katanya menyeru Pas kembalilah kepada Al Quran. Yang tak mahu kepada Quran siapa ? Bukankah Umno?

Lagi yang terbaru,.. tiba-tiba ketua pemuda PAS yang tak semena-mena menjadi bangang ni pulak memberi respon yang nyata amat ditunggu-tunggu oleh UMNO.

Wahai ketua Pemuda Pas ! Janganlah kamu membenarkan kata-kata Mahathir – MELAYU MUDAH LUPA. Terlalu banyak dosa yang telah dilakukan oleh UMNO kepada Pas dan Melayu khususnya. Janganlah begitu mudah melupa dan memaafkannya.

Penulis : rahimothman


Siapa dia ni nak arah disegerakan...

Memang mangkok hayun betui, muka tak tau malu...., dah nak mampos tu pergi aja mampos.. jangan dok nak menyusahkan orang..

Siapa dia ni ni, nak arah-arah mahu disegerakan..., oii Mamak Zambri lu bolehlah order mau teh tarik segera....,

Lu ni siapa, majistrate, lawyer, pemain muzik... memang jenis manusia tak reti bahasa,,, muka tak malu nak ajak orang buat baik dengan dia, lepas tu bagi arahan pulak,,, jangan letak syarat.... kepala hotak hanglah..

Belum apa-apa lagi dah mula nak tunjuk samseng macam Sharif Dol Kampung Dusun,,,

Tentu hangpa hairan kenapa jadi macam ini,,, inilah kesan dari tunjuk ajar Yahudi APCO yang dah mula menjajah malaysia tanpa kita sedari..., kita boleh lihat bagaimana Israel membuli negara Arab dalam sidang damai yang mereka anjurkan......,

Jadi pimpinan PAS terutama Naib Presiden, gunakan kebijaksanaan yang ada untuk menolak UMNO, tolak UMNO..., jangan dok cari pasai,,, kang percuma aja PAS pun diselaraskan oleh UMNO....






Siapa Pengarahnya?

Oleh : Rahim Othman.


"Ulamak muda masuk UMNO? Tak tahu pulak aku sejak bila UMNO berminat dengan ulama muda? Yang aku tahu program imam muda dalam rancangan tv Astro tu memang ramai yang minat .

Inilah lakonan..Demi untuk memulihkan imej UMNO taktik dan muslihat ini terpaksa mereka lakukan. Dari cerita yang aku dengar dan terbaca .. lebih kurang beginilah kisahnya ….,…

1. UMNO anjurkan satu majlis makan malam di sebuah hotel - anggaran dalam 100 orang.

2. Yang dijemput ialah ustaz-ustaz muda. Tetamu khas pula antaranya ialah Dr Asri

3. Perkara yang menjadi fokus ialah sekumpulan ustaz-ustaz muda dlm. anggaran 40.orang.

4. Di dalam majlis itu ustaz-ustaz muda ini diberi semangat dan galakan supaya berdakwah.

5. UMNO berminat dengan mereka, dan nak menolong mereka, konon..

6. UMNO berjanji macam-macam terutama memberi segala kemudahan untuk berdakwah

7. Dalam waktu yg. sama puak-puak UMNO ni mula masuk jarum… borang UMNO diedar

8. Sebahagian daripada ustaz-usraz ini baru tersedar, bahawa mereka telah terperangkap.

9. Maka adalah diantara mereka merasakan – menjadi ahli UMNO secara tanpa rela.

10. Dr.Asri mengambil pendirian – belum mahu mengisi borang keahlian UMNO.

11. Shahidan Kasim dengan bangga dan tidak ada rasa malu menyatakan / mendakwa

Dr Asri dan rakan-rakannya akan menghantar borang kemudian

12. Dr.Asri hanya mampu tersenyum dalam hati.

PERSOALANNYA – Setelah masuk kedalam “Tong Najis” itu mampukah mereka mencucinya dari dalam ? sedangkan Anuar yang begitu hebat,.. tumpas ATAU.. mereka akan dijadi tempoyak untuk buat sambal atau digulai ?

Penulis : rahimothman


Tak tau nak kata apa dah...

Salam Sejahtera....

Pelan damai UMNO PAS, apa hal nak perlu pelan damai atas nama perpaduan Islam,,, kita sendiri tahu fahaman UMNO lain, memang tak boleh nak perpaduan pun...

Apa yang masaalah ahli-ahli jemaah PAS hadapi selama ini, tak boleh nak idup ka!! sama seperti di saudara kita di Palestine..

Jikalau dah nak berpelan damai, beerti UMNO akan merasakan mereka benar, kita yang dalam PAS tetap merasakan kita yang benar..., sampai kiamat tak akan selesai...

Sepatutnya peluang yang ada lebih-lebih lagi dinegeri Pakatan Rakyat, banyakkanlah gerakan budaya majlis ilmu, banyakkan kelas-kelas tazkirah sebelum jumaat dan dalam bulan puasa, biar masyarakat faham apa itu Islam,,, bila masyarakat faham Islam,,, insyaalah, tak perlu lagi lagi nak pelan damai,,,

Damai apa lagi dengan UMNO,,, tolak aja ke laut, biar ..........




Tuesday, July 20, 2010

Umno desperado

Apa makna desparado, aku ingat perkataan macam ini macam siri cowboy High Chaparal.., satu perkataan unik..., bila aku semak balik makna desparado ni... oiii..

desperado n (old - fashioned) pengganas. kamus DBP

desperado - penjahat (Kamus English - malay AT

desperado orang yang bersedia untuk membuat perkara jahat. (kamus Eng-Malay Times)

Jadi lu orang bacalah apa yang Zaid Ibrahim tulis,,, bukan aku nak memandai...


Umno desperado — Zaid Ibrahim

July 20, 2010

20 JULAI — Sebagai seorang bekas ahli parti Umno yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut — dan walaupun telah dipecat dan dimaki hamun setiap masa dan ketika — saya berasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini.

Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’

Yang terakhir sekali, Presiden Umno meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat.

Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia. (Buktinya tidak lain dari bangunan Umno yang tersegah besar itu yang dibiayai oleh Malayan Banking). Ahli-ahli mereka sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna. Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini.

Mereka tidak mahu menerima hakikatnya bahawa: budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini. Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada Umno, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka.

Betapa silapnya teori politik mereka.

Ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk Umno dihidupkan kembali dan menyelamatkan parti tersebut di PRU 13:

Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan Negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

Sebagai bonus, ketua-ketua Umno dan yang berjawatan Menteri atau Ketua Menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat.

Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka.

Walaubagaimanapun, saya juga yakin bahawa semua cadangan cadangan ini tidak akan dilaksanakan.

Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini.

Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya.

Sumber : DI SINI

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari