boikot
Segarkan ingatan anda...
Friday, February 24, 2012
Zambry hanya pandai berjanji - Bekas Tentera Desak Tunai Janji
Thursday, February 23, 2012
Khas buat Tok Mufti KALUT....

PAS menegur cara Sohibus Samahah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengutip dan mengulas sesuatu berita. Sebagai seorang mufti, beliau tidak sepatutnya mengambil berita di tepi jalan yang tidak mempunyai sandaran yang sah atau tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu berita, lalu terus membuat ulasan.
Sebagai seorang mufti beliau sepatutnya berpegang dengan Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seseorang fasik membawa berita, maka hendaklah kamu menyiasat dahulu berita tersebut, agar tidak bertindak di atas kejahilan dan akhirnya akan membawa kepada kekesalan".
Banyak peristiwa dan kenyataan yang beliau ulas tidak mempunyai sandaran yang kukuh, dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja. Ini termasuklah dakwaan beliau bahawa lebih 200,000 umat Islam telah murtad, dakwaan bahawa Pulau Pinang tidak benarkan perarakan Maulid Nabi dan sebagainya.
Terbaru beliau cuba mengulas isu bai'ah, dalam keadaan beliau tidak memahami keadaan sebenar.
Ulasan beliau yang berbolak-balik adalah perkara biasa bagi yang mengikuti secara dekat kenyataan beliau.
Sebagai contoh, isu kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves - pada awalnya beliau menyerang PM dengan tuduhan syirik, rosak aqidah dan tidak mahu mendengar nasihat tiba-tiba bertukar kepada harus, dibolehkan dan tidak bercanggah.
Inilah yang menyebabkan ramai umat Islam berpendapat mufti seperti beliau, bukannya dirujuk oleh pemerintah sebelum sesuatu tindakan dibuat, sebaliknya dipergunakan untuk mencari dalil dan nas untuk menyokong sesuatu tindakan yang telah dibuat walaupun ia bercanggah dengan nilai Islam.
Demikian juga isu perjuangan bangsa dan raja-raja yang diulas bukan dari perspektif Islam. Kecintaan bangsa dan ketaatan kepada makhluk mempunyai batas sempadan yang sangat jelas. Tindakan beliau, dan disebabkan beliau adalah mufti negeri telah mengundang pelbagai kekeliruan di kalangan masyarakat umum. Keadaan ini jika berterusan akan menghilangkan thiqah masyarakat terhadap beliau dan dengan kedudukan beliau sebagai mufti, dan hal ini adalah satu tragedi yang sangat menyedihkan dan malang bagi beliau.
Demikian juga isu bai'ah dalam PAS. Bai'ah mempunyai nas dan sandaran yang kukuh dalam sejarah dan keilmuan Islam. Al Quran dan Hadis secara jelas membicarakan soal ba’iah. Samada sewaktu Perjanjian Aqabah, Hudaibiyah, dan lainnya membuktikan ba’iah ada asas kukuh.
PAS menggunakan kaedah bai'ah kepada calon yang mewakili parti agar tidak khianat kepada amanah yang diberi oleh rakyat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan Umno yang suka mengoncang iman lawannya dengan taburan duit.
Mereka yang telah memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen mesti sedar ia menang di atas pilihan rakyat. Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan syarak? Peristiwa perampasan kuasa di Perak, adakah Harussani berasa ini adalah perkara yang harus?
Kerana itu PAS membuat bai'ah kepada semua calon, sekiranya mereka menang atas tiket parti mereka dilarang lompat parti, keluar parti bahkan sekiranya dipecat dari parti mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi.
Kerana asas kemenangan mereka atas lambang parti yang diwakilinya. Tidak timbul soal perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Kerana dalam bai'ah itu, jelas dinyatakan ia tidak diwajibkan taat kepada perkara bertentangan dengan syarak.
Sepatutnya Harussani membaca meneliti dan melihat secara dekat matan bai'ah yang dibuat di dalam PAS, bukan dengan mendengar cakap-cakap mereka yang di luar atau dikeluarkan PAS.
Beliau harus ingat bai'ah dalam PAS disediakan oleh Majlis Syura yang terdiri dari para alim ulamak, bukan oleh DHPP atau dikutip di tepi jalan.
Soal akhirat memang ketentuan Allah, tetapi apa yang dijelaskan dalam bai'ah iakah sekiranya seseorang calon yang menang berba’iah dengan nama Allah lalu melanggari bai'ah tersebut, apakah salah kalau diingatkan mereka tentang azab Allah di akhirat?
Banyak hadis menggunakan kaedah ini, dan PAS kita menggunakan kaedah yang sama bagi memelihara perjuangan Islam yang menjadi asas perjuangan PAS.
Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
23 Februari 2012
Sumber : ust-dato-tuan-ibrahim-tuan-man/8308-nasihat-pas-untuk-mufti-perak
Wednesday, February 22, 2012
Nizar Parasit dalam Pas Perak
Ini bukan aku yang cakap..tapi Hasan Ali yang cakap. Seboleh-bolehnya..aku tak mau cakap pasal Hasan Ali ni. Dari mula dulu aku dah kutuk dia, tapi masa tu orang kutuk aku balik. Aku pun tak mau cerita banyak-banyak sebab kalau aku cerita pun tak ada orang nak percaya. Serupa macam sekarang…kalau cerita pasai Mat Suhaimi.. mana ada orangPKR nak percaya. Malah ada orang kata.. saja nak jatuhkan PKR.
Di Selangor, Hasan Ali kata Khalid Samad sebagai parasit. Yang tu Khalid dah jawab. Hasan Ali marah kat Khalid sebab Khalid tak mau sokong dia jadi Menteri Besar.
Di Perak, masa Hasan Ali buat road-show di Bukit Gantang bulan lepas..Hasan Ali kata, Ahli Parlimen Bukit Gantang sebagai parasit di Perak. Dia tak sebut la nama Nizar..tapi bila sebut Ahli Parlimen Bukit Gantang tu..sapa lagi?
Yang pelirnya peliknya, bila orang kutuk Hasan Ali masa dia masih jadi PJ Selangor dulu…Ulama-ulama Pas sibuk mempertahankan Hasan Ali. Tapi bila sekarang Hasan Ali kutuk Pas..ulama-ulama dalam PAS membisu seribu bahasa. Masing-masing tak mau bersuara seolah-olah mengiyakan apa yang Hasan Ali kata.
Ada satu artikel dalam Malaysiakini English yang tak ada dalam versi BM yang menyebut bahawa Hasan Ali tak mau berjumpa dengan “parasit-parasit” ini.
Pasai apa Hasan Ali tak mau jumpa? Takut ka?
Oleh kerana Hasan Ali tak mau jumpa dan tak mau berdebat dengan parasit-parasit ini..aku bagi tau pasai apa Hasan Ali sebut Nizar sebagai parasit dalam Pas Perak.
Semua orang tau Hasan Ali ni dulu Pengarah BTN. Dia juga menganjurkan Summer Camp.
Semasa Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak dulu, Hasan Ali ada memohon sebidang tanah yang agak luas dari MB Perak. Dia dapat tanah tu..tapi belum sempat mengusahakan tanah tersebut untuk dijadikan Summer Campnya, Anwar kena pecat. Dalam masa yang sama, Umno menolak permohonannya untuk menjadikan Summer Campnya sebagai kem latihan BTN.
Bila Anwar kena pecat, Hasan Ali pun masuk Pas. Hasan Ali pun masuk PAS bila dah tengok kebangkitan rakyat menentang Umno masa tu. Ramai orang ingat Umno akan tumbang masa reformasi 98 dan PRU 99.
Bila masuk Pas..poket Hasan Ali makin lama makin kering. Cerita dia minta tolong kat Harakah dan jual minyak setiap ceramah tu aku tak mau sebut la.
Yang aku nak sebut ialah..Hasan ali tak bayar duit premium dan cukai tanah yang diperolehi nya dari Ramli Ngah Talib. Akhirnya, tunggakan sudah mencecah hampir sejuta ringgit.
Tup-tup..Pakatan Rakyat menang di Selangor dan Perak dalam PRU 2008.
Perkara pertama yang dilakukan oleh Hasan Ali
ialah cuba buat deal dengan Khir toyo di Selangor supaya dia boleh jadi Menteri Besar. Khalid Samad pi pecah lubang pulak..maka terkantoi lah perancangan Hasan Ali di Selangor.
Kemudian dia cuba buat deal dengan Umno Perak melalui Harussani. Ahmad Awang pulak pecah lubang. Terkantoi pulak perancangan Hasan Ali di Perak.
Akhirnya, Perak dan Selangor berjaya ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim jadi MB Selangor dan Nizar jadi MB Perak.
Tak lama selepas Nizar jadi MB Perak..Hasan ali datang berjumpa Nizar.
Hasan Ali minta apa?
Hasan Ali meminta supaya Nizar melupuskan semua tunggakan premium dan hasil tanah yang berjumlah hampir sejuta ringgit. Fuiyo!!
Nizar kata tak boleh. Itu menyalahgunakan kuasa namanya.
Oleh kerana Nizar tak mau melupuskan hutangnya kepada kerajaan negeri, maka Hasan Ali berdendam dengan Nizar.
Wei!! Kepimpinan Pas tau perkara ni! Sepatutnya depa bagi warning kat Hasan Ali yang gelojoh dengan kuasa. Tapi kepimpinan Pas juga berdiam diri…sebaliknya masih mempertahankan Hasan Ali. Ramai yang marah kat Nizar sebab tak mau tolong member.
Aku nak tanya kat ulama-ulama Pas..”hangpa nak mempertahankan individu atau mempertahankan nilai?”
Mudah-mudahan, dengan menghentam PAS, hutang Hasan Ali kepada kerajaan negeri Perak akan terlangsai.Orang macam ni hangpa nak percaya untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja?
So..hangpa tau pasai apa aku sokong Nizar walaupun aku orang PKR masa tu? Hangpa tau pasai apa orangPas sendiri ramai yang tak suka kat Nizar?
Hari Jumaat lepas aku pi ceramah ABU di Bandar Tun Razak dimana Mat Sabu juga berucap. Dalam ucapannya, Mat Sabu kata, “DAP menjadi ancaman kepada PAS.”
Mula-mula aku ingat..Mat Sabu pun dah tak betui.
Mat Sabu kata..sepatutnya Kedah dan Kelantan menjadi negeri contoh dan menjadi rujukan sebagai negeri yang berjaya sebab ianya diuruskan oleh ulama dan berlandaskan Islam. Kalau kedua-dua negeri ini berjaya menjadi rujukan kepada kejayaan pengurusan..sudah pasti Pas tak susah untuk memimpin negara. Tapi terbalik pula…DAP yang mengurus Pulau Pinang pula dikatakan sebagai negeri yang paling berjaya bukan saja dikalangan empat negeri Pakatan malah diseluruh negara.
Hasan Ali mahu menggagalkan Pas dengan menggelar mereka yang progresif dalam Pas sebagai parasit. Hasan Ali mahukan kepimpinan ulama menjadi teraju kepimpinan Pas supaya Pas sentiasa terkebelakang.
Sori la brader-brader dalam Pas. Kepimpinan ulama diperlukan untuk memastikan Pas melahirkan pemimpin yang kredibel dan berintegriti…tapi dalam mengurus hal-hal ekonomi negeri…bagi la kat pemimpin mudayang progresif dan professional. Jangan la semua nak bagi ulama yang uruskan.
Bukankah golongan profesional dan progresif ini juga ulama? Tak kan yang pandai ugama saja di panggil ulama..manakala yang yang professional dan progresif ini dipanggil sekular dan parasit?
Ini juga bukan aku yang cakap tapi Hasan Ali yang cakap.
Hasan Ali 666

Whooii..Exco Hamidah selak nampak ..............

Tuesday, February 21, 2012
Terkini - Bekas Pegawai Kakitangan Kerajaan Sertai PAS..
Bekas Tentera kena tipu hidup-hidup...






Monday, February 20, 2012
Rampasan Kuasa Negeri Perak - Bekas Ketua Hakim Negara Dalan Utama..
Sudah 3 tahun lebih berlalu kisah rampasan kuasa negeri Perak,, namun rasa nya baru semalam,, masih dalam ingatan.. Apa nak dikatakan,, banyak pihak yang terlibat tak perlulah nak tulis satu persatu, namun yang menjadi perancang utama adalah Mantan Ketua Hakim Negara, beliau melakukan rampasan kuasa dari hasil rasuah..
Bersama peguam UMNO Datuk Mohd Hafarizam Bin Harun, yang mewakili UMNO dalam kes perebutan kuasa Perak, yang mana mereka kedua-dua dikatakan adalah peguam UMNO.
Kedua-dua ini mempunyai proksi dan terlibat dalam Syarikat Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering and Construction Sdn Bhd yang telah di anugerahkan dengan konsesi pembinaan lebuh raya Kinrara – Damansara Expressway (KIDEX) dengan nilai 2.2 bilion.
Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain, isteri Tun Zaki Azmi’s – sebagai Pengarah Urusan Emrail yang mendapat habuan diatas kerjasama suaminya sebagai Ketua Hakim Negara dalam isu penghakiman yang memberi Barisan Nasional kembali ke mengambil alih PERAK.
Baca seterusnya di SINI ,
Rakyat Perak yang cintakan ketuanan rakyat harus besabar menunggu PRU13,, kita ajar kembali UMNO dan BN menjadi pembangkang didalam DUN Perak.. Insyaallah...
Komen Pembaca Khas buat Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Haji Jaafar.
Alhamdulillah. Lebih manis bila tgk warga navy juga berbondong-bondong dtg. Harap perkembangan positif ini menjadi pemangkin kpd gelombang kebangkitan Islam dlm navy. Terlalu byk kecelaruan yg berlaku kini.....ditadbir bukan atas dasar kepentingan perkhidmatan tetapi lebih kepada pertimbangan kepala hangin sang nahkoda semata. Digembargemburkan wawasan utk jadi world class konon tetapi apakah mungkin ‘retorik’ ini bisa tercapai bila bahtera berterusan dikemudi oleh sang nahkoda yang;ReplyDelete
i. Suka pakai bomoh sebagai kaedah penyelesaian masalah.............ada ke patut, kapal terbakar ditaburnya beras. Hhmmm lupa nak tanya UAI mlm tadi apa hukumnya amalan sedemikian.
ii. Bongkak dan sombong dgn pangkat dan gelaran yg dimiliki........seolah dialah pemilik kuasa mutlak.....maki hamun pegawai bawahan dah jadi rutin biasa tanpa sedikit pun peduli maruah org yg dihamun.
iii. Pendekatan yg diambil dlm kaedah membangunkan navy bukan atas dasar “know-how tetapi know-who’........kroni diutamakan, ‘musuh’ dibakulsampahkan.
iv. Hilang fokus kpd core bznes. Menang sukan seolah dah macam menang perang....konon itulah mission accomplishment yg paling dibanggakan. Keadaan kapal yg semakin hilang taring (less mission capable) tak penting ........dah jadi low priority. Patut la kadang tu golf dilihat sebagai profession, navy as part time jee.
v. Tidak bersikap apolitical. Dilihat sangat anti kpd pembangkang.........lebih umno dari umno.
Sunday, February 19, 2012
Saya jaga Akidah....bla..bla.bla... biar betul.....
PM - Jaga Akidah & Peranan Sebagai Pemimpin Islam.
"Saya jaga akidah. Saya jaga peranan saya sebagai pemimpin Islam. Kita juga mesti ikut cara-cara Rasulullah S.A.W, yang menghormati agama orang lain tapi tidak menyalahi dari segi akidah,"
Mufti itu tidak membuat reaksi spontan terhadap kehadiran pasangan Perdana Menteri dan Wanita Pertamanya di acara agama Hindu itu, bahkan katanya ia telah diingatkannya berkali-kali sebelum ini.
Harussani tidak pernah menyembunyikan pendiriannya dalam apa perkara pun dan sudah tentu pandangannya tentang perkara itu ada dalam pengetahuan sekalian anggota Majlis Fatwa. Harussana tentu ada membangkitkan hal seperti dengan rakan-rakan sejawatnya.
Sebelum beliau memberi reaksi terbaru terhadap tindakan Najib itu dipercayai Mufti itu tidak mendapat maklum balas yang berbeza dari rakan-rakannya.
Ertinya bukan baru hari ini Harussani mempunyai sikap yang demikian terhadap penyertaan orang Islam dalam Thaipusam, ia adalah keputusan dan sikapnya sejak sekian lama.
Mengapa pula Dr. Ismail Ibrahim membuat komen melalui jaringan sesawangnya jika dia tidak puas hati dengan kenyataan Harussani? Anggapan awal saya tentang komen Dr. Ismail ialah beliau mahukan penjelasan lanjut.
Mengapa Dr. Ismial tidak menghubungi terus Harussani tentang isu-isu yang tidak jelas padanya terhadap kenyataan Harussani itu? Dr. Ismail bukan pengamal media menyatakan apa saja mengikut selera dan kepercayaannya. Dia juga bukan orang politik yang perlu memberikan reaksi spontan terhadap semua isu.
Dr. Ismail ulama yang darjah pro kerajaannya kira-kira sama dengan Harussani. Maka Dr. Ismail patut bertanya dari Harussani dulu sebelum memberi reaksi terhadap pandangan Harussani.
Haaussani dalam hal ini mahu menyelamatkan akidah umat Islam. Apa yang dicakapkannya itu adalah perkara besar. Dia tidak sekadar mengingatkan orang ramai tetapi ia dituju terus kepada Perdana Menteri.
Akidah Perdana Menteri yang dipersoalkannya. Tidak diketahui akidah Perdana Menteri di sisi Allah atas kejadian itu. Hanya Allah yang tahu akidahnya sudah rosak atau tidak rosak. Tetapi hukum orang Islam merayakan sama acara agama orang lain boleh menyebabkan rosak akidah.
Maka yang menjadi perbincangan sekarang kehadirannya itu telah mendatangkan fitnah kepada akidahnya. Fitnah itu hendaklah dielakkan. Sama ada akidah itu binasa atau tidak dengan kejadian itu, fahaman umum masyarakat Islam merayakan sama acara agama orang lain adalah dilarang.
Banyak lagi acara agama lain yang diraikan oleh orang Islam. Thaipusam itu adalah satu yang ketara.
Orang Islam biasa hadir dalam acara hari terbuka perayaan berbagai kaum seperti Tahun Baru Cina, Depavali dan lain-lain. Ia sudah dikira acara kebudayaan dan bukan lagi acara agama. Masing-masing tidak diadakan di kuil atau mana-mana rumah ibadat agama.
Kita baru saja melalui satu pengalaman orang Islam hadir dalam jamuan anjuran gereja Mathodist Petaling Jaya. Penguat kuasa JAIS telah menyerbu jamuan itu dan menyoal orang Islam yang hadir. Gereja juga disoal. Umat Islam dan penguasa agama Islam hampir sepakat menyokong tindakan JAIS.
Mana lebih berat antara hadir dalam jamun anjuran gereja dengan hadir di komplek kuil Thaipusam?
Penguasa agama Islam mungkin ada kelonggaran bagi Hari Terbuka Natal yang diadakan di hotel dan di rumah penganut agama itu. Masyarakat Hindu sudah memaklukkan ada perbezaan antara sambulan Deepavali dengan Thaipusam.
Orang Islam tidak mempersoal kehadiran ramai polis Islam menjaga keselamatan Thaipusam, kerana Islam membenarkan polis Islam menjaga keselamatan acara agama lain tidak diganggu.
Apa pun Najib perlu ditanya adakah dia sudah mendapatkan nasihat dari Penasihat Agama Perdana Menteri tentang pencemarannya ke kuil Batu Caves itu? Apalah Penasihat Agama itu sudah memberikan nasihat yang betul? Oleh kerana pemergian itu sudah mendatangkan fitnah, apakah Penasihat Agama telah memberikan pandangan yang terbaik dalam perkara itu.
Kirnya pandangan Harussani tepat, maka penasihat agama, menteri hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri dan timbalannya berdosa sama kerana membiarkan Perdana Menteri terjerumus dalam kejadian yang boleh mencacatkan akidahnya.
Jika Najib tidak minta nasihat mereka, maka buat apa mereka duduk dalam jawatan itu? Orang tahu dan mahu penasihat agama memberikan nasihat yang baik. Jika Najib telah tercemar, penasihat agama boleh disalahkan. Jika Najib tidak minta nasihatnya, penasihat boleh dilihat tidak banyak beza dengan patung bernyawa.
Penasihat perlu memilih antara jadi penasihat atau jadi patung bernyawa?
Sumber : akidah-najib-dengan-thaipusam
Beri saya mandat ...KERANA....!!
Imam Masjid Daerah Pengkalan Hulu akan menjadi Deejay Konsert Khalifah Seni Malam ini..