Aku tak faham dengan apa yang berlaku seterusnya, walau pun sebelum ini detik hati aku sentiasa tak percaya,,, kerana ada yang empunya engkara, sekarang sudah jadi nyata.. jeng.. jeng...
boikot
Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Pencen. Show all posts
Showing posts with label Pencen. Show all posts
Saturday, March 15, 2014
Tuesday, January 21, 2014
Huhh!.. Macai umno berkata benar walaupun pahit.. Lu derhaka bro...
Sejak dari awal lagi mamat ni ada sedikit sebanyak dna darah hang jebat dalam badannya... hi hi... baguih juga ni,,, secara peribadi kenyataannya aku sokong...
Tuesday, March 19, 2013
Ketua Penerangan UMNO menghina bekas kakitangan kerajaan.
Hujah dah tak ada lagi,, jawapan yang boleh meyakinkan akal minda rakyat memang tak boleh nak diharap langsung,,, yang ia tahu memperbodoh dan menghina rakyat yang menyokong pakatan rakyat..
Thursday, June 14, 2012
Pencen 60 - ada baki 3 tahun lagi ?....
Ada baik ada buruk bila isu ni Pencen umur sehingga 60 tahun... Kalau diikut sama dengan umur nabi wafat, 63 tahun, jadi baki cuma ada 3 tahun sahaja untuk nak berehat sebelum ajal..., tetapi umur nabi ikut perkiraan bulan Islam, bukan kiraan tahun masehi..rasanya dah lebih dari 63 tahun....
Dalam nak menempuhi kehidupan di Malaysia sekarang ni, serba serbi memerlukan duit,,, ada kebaikan bila umur bersara dilanjutkan kepada 60 tahun, kakitangan swasta bila bersara bukannya ada pencen,,, hanya sekadar simpanan KWSP,, berapa lama boleh tahan kalau duit sedegup dalam simpanan,, nak bayar hutang rumah, kereta, bil api/air/telepon, lepas tu panjang keinginan,, tak termasuk anak dan isteri,,,,
Kawan-kawan aku yang bakal nak pencen tahun ni ramai lagi anak-anak yang masih bersekolah, malah yang sekolah rendah pun ada lagi,,, jadi timbul masaalah kewangan,
Jadi kumpulan-kumpulan yang mempunyai tanggungan yang belum selesai bersara umur 60 tahun ada sedikit penyelesaian masaalah kewangan...
Manakala bagi yang ada anak-anak dah bekerja, tak ada apa-apa tanggungan, kalau nak kerja dengan bebanan yang agar sukar nak laksana ibadah sembahyang dan ibadah lain, rasanya lebih baiklah berehat, banyak beriktikaf di masjid,,, tak mungkin anak-anak yang dah bekerja tak huloq kat ibu bapa seratus dua.... dok kalut cari duit banyak-banyak nak buat apa,,, teringan nak bida plet no juga ka...
Kalau diri aku,,, kalau sehat tubuh badan, tak berpenyakit yang mengganggui kerja, insyaallah, aku nak kerja sampai umur 60,, kalau depa kata kenapa, sebab aku nak ikut kata-kata bekerjalah seumpama nak hidup seratus tahun lagi, kah kah kah.. boleh ka..
Sebenarna cita-cita aku banyak lagi belum tercapai,, aku teringin juga nak menyambut sebulan puasa di Mekah, teringin nak melancong bila dah tua-tua,,, semua ni perlu duit juga,,, cuma waktu ini saja yang masih ada.... moga-moga dapatlah merasai Insyaallah.... .
Monday, March 12, 2012
Isu pencen Angkatan Tentera - Mana janji Menteri Pertahanan Zahid Hamidi..
Bila ku siar artikel anggota-tldm-ditahan-ketika-ikuti nampaknya mendapat fedback yang amat berkesan, sehingga ada satu komen yang cukup terasa,,
AnonymousMar 11, 2012 01:25 AM
hmmm nampaknya hanya Laksma Hj Imran yang boleh memperjuangkan nasib warga LLP TLDM... Nak tunggu Panglima yg ada sekarang ni tak payahlah. kalau ada yang berani pun dah lama kena cantas atau berhenti.. Kita tunggu PRU ke 13.. nasib LLP TLDM dan bekas LLP yg diberhentikan dgn kejam akan terbela. Mana thua jika PR menang Hj Imran dilantik emjadi MB Perak yg baru. Beliau layak dan dihormati semua di Manjung. Mari sama2 kita buat perubahan....
ReplyDeleteWalaupun aku ni hampir 10 tahun makan pencen, sepatutnya aku dah jadi awam sepenuhnya,, tak perlu aku nak ikut arahan sesiapa lagi seperti mana dalam tentera dahulu, tetapi bila dath terlatih dengan sikap ketenteraan, menghormati kepada yang lebih senior, jiwa dan sikap aku masih sepertimana dalam tentera, begitulah sikap aku dengan Haji Imran, beliau dari segi umur lebih tua dari aku, dari segi pangkat apatah lagi, memang jauh berbeza, kemudian sekarang ni dalam jamaah PAS, beliau juga diberi amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua cawangan PAS Setiawan Barat, sedangkan aku ahli biasa,, jadi dari segi adat dan hukumnya aku kena patuh dan hormat segala arahannya yang bersangkutan dengan perjuangan parti...
Petang tadi dalam hujan-hujan pun, ia call, tanya kat mana rumah aku, dan ia sendiri mari ke rumah aku hantar beberapa maklumat minta aku siarkan demi kebajikan bekas tentera... sedangkan sepatutnya aku yang kena pi cari dia.., Tetapi itulah sikap sebagai pemimpin, bukan hanya nak mengarah, tetapi sama-sama bekerja untuk mencari keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wataala,,, moga-moga aku juga dapat melaksanakan tugas ini dengan seberapa ikhlas yang mungkin, dan aku juga mohon perlindungan dari Allah jika ada anasir-anasir yang tak sihat terhadap diri ku..
Menurut Haji Imran, semua bahan maklumat ini adalah datang dari bekas tentera dan mereka memohon bantuannya,, apa yang beliau mampu lakukan, beliau bukan wakil rakyat untuk nak dibawa ke peringkat yang lebih tinggi, bab isu wakil rakyat ni aku malas nak sentuh dulu,, dah banyak kali aku tulis, tetapi pihak yang terlibat buat derk aja...
Apa yang termampu insyaallah akan kami laksanakan demi keadilan saudara-saudara aku dari bekas tentera..
Isu yang nak aku sampaikan ialah isu Menteri Pertahanan Zahid Hamidi dok heboh sehari dua yang lepas,, Apa cerita,,, janganlah sekadar dok buat PC cerita dalam akhbar TV, bla....,bla,....bla.... habuk pun tarak... ,, .
Tak terfikir aku dengan satu catatan yang tertulis di atas,, betul juga ya,, kenapa ADUN dan Ahli Parlimen yang pegang jawatan sepenggal paling tinggi tempohnya 5 tahun layak dapat pencen,,, Sedangkan tentera yang berkhidmat 12+1, 15+1 atau 18+1 tahun tak layak,, hanya sekadar duit simpanan dari tabung LTAT,,,
Ahli Parlimen atau ADUN terutama sekali dari UMNO atau BN,, memang boleh bayangkan,, aku rasa 95% mesti tibai apa yang ada peluang-peluang sewaktu mereka jadi wakil rakyat,,, setahun berkhidmat dah boleh buat rumah banglo, berenti jadi wakil rakyat selepas 5 tahun dapat pencen,,, adilkah itu... hangpa habaq mai.... berbanding dengan tentera,,,
Aku nak cerita sikit masaalah tentera laut skot-skot aku kenapa mereka bersara tak sempat nak pencen,,, sebabnya mereka tak larat dan tak tahan nak belayar (sailing),, itu pengakuan mereka,,, kalau mereka kerja supply macam aku mereka sanggup bertahan, namun apa boleh buat rezeki depa kena belayar,,, bila dah tak tahan sampai tempoh nak sambung,, mereka terpaksa tarik diri minta bersara,,, ada pihak-pihak berkenaan yang diatas fikir masaalah tu...,
Mereka yang dudok kat darat senanglah nak buat memo bagi arahan,, tetapi mereka yang belayar, azabnya hanya Allah yang tahu,, skot kat darat sedap tidok peluk bini, member yang tengah sailing, nak tiduq pun tak berapa nak lena, mana nak kena alun gelombang, mana nak duty, nak harap elaun belayar sekupang pun tarak, cuma sekadar dapat makan free, (ransom) dan elaun dobi....
Waktu tu pulak gaji berapa duit, sebulan jika nak dibanding dengan gaji sekarang,, jadi banyak faktor-faktor kenapa tentera berhenti awai.. Pihak yang tak merasa atau dudok diluar sana janganlah nak cakap pandai,, sesiapa dah rasa baru tau...
Yang diatas tu komen aku,, yang dibawah ni komen yang Haji Imran dapat dari seorang hamba allah dan dia bagi kat aku, minta aku siarkan,, aku tak larat nak taip balik, yang mudah aku scan,, dan hangpa yang kat luar sana bacalah,,, Inilah UMNO yang dikatakan membela rakyat... Phooorah...
Buat sahabat dan saudara aku bekas tentera, anda semua dah awam,, yang mana belum daftar mengundi perdi daftar mengundi,, bila tiba PRU13 nanti buatlah perubahan, jangan ingat UMNO sahaja boleh memerintah,, sebagai bukti PAS dah memerintah Kelantan lebih 20 tahun dah,, ada dengar ADUN PAS yang makan rasuah,, tolong habaq mai,, ada MB dari PAS kena naik mahkamah macam Khir Toyo,,, jadi fikir-fikirlah,,
Undi dahlu,, kalau rasa tak boleh juga ubah balik,, cuba fikir,, agak-agaklah,, kalaulah UMNO dan BN mempunyai kuasa majoriti 2/3 di Parlimen dan semuan negeri dalam Malaysia mereka yang perintah, adakah mereka nak bagi bantuan RM100 kepada setiap pelajar, RM200 kepada pelajar IPTA dan BR1M....
Kalau Timbalan Presiden PAS Mat Sabu tak buat heboh isu Polis di Bukit Kepong,, rasa-rasanya adakah bekas Polis lama dan waris-waris mereka nak dapat bantuan.... fikirlah dengan hati yang terbuka....
Tuesday, February 21, 2012
Bekas Tentera kena tipu hidup-hidup...





Tak kira dari cawangan mana, darat, laut atau pun udara... rasanya pesara-pesara yang berpencen dah kena tipu..
Sebelum ni heboh,, kononnya selepas sahaja bajet 2012 pencen tentera akan naik, keluar kat media pencen tentera akan dibayar hujung bulan feb..., biasalah hari pencen dah masuk,, pergi tekan, kat mesin ATM, tengok-tengok serupa juga,,,,
Kalau pegawai kerajaan yang ambik skim SBPA,, tak boleh bayar,, diumumkan ada masaalah,,, tangguh dahulu, tetapi buat bekas tentera,, tak dimaklum, tak diberitahu,,, pergi check,,, sama,, sahih kena kencing dengan Najib...
Dalam dok heboh Tabung haji bagi deviden lebih dari biasa, KWSP bayar 6% paling tertinggi, kepala bana tertinggi,, guna duit pekerja semacam fixed deposit selama 55 tahun,, dibayar nya 6%,, ada akai ka,,, banding tengoklah,, koperasi tentera bayar 14%, Bank Rakyat setiap tahun 15%, tahun 2011 belum umum lagi,, KWSP bayar 6& paling tinggi,,, paling teraniya... itu yang pasti...
Apa akan jadi pada pekerja-pekerja yang akan menggunakan dari tabung tersebut, dan apa akan jadi pada bekas tentera dan penjawat awam yang pencennya naik 2-8%.... berkebajikankah kerajaan setelah tenaga dan keringat masa muda di perah....

.
Sunday, January 15, 2012
Navy The Best - Siapa Laksdya yang bersara itu....FOC orangnya.. Betulkah?
Siang tadi aku terbaca didalam beberapa blog kisah pegawai kanan TLDM mohon bersara secara mengejut atau tiba-tiba,,, baca SINI

Aku sms Laksma(B) Haji Imran, tak sampai seminit teruh Hj Imran jawab dot dot dot....., betui ka... macam tak berapa nak percaya lag1, petang tadi pi pasar malam kat Giant, dah selesai beli apa yang perlu, waktu nak balik bertemu seorang anggota TLDM, senior se intake, nasib dia baik, ada saudara sangkut paut dengan seorang mantan PTL, dia dapat masuk RSD dan jadi pegawai, aku tanya dia minta pengesahan apa yang Haji Imran cerita kat aku,, betui katanya....
Jadi yang bersara secara tiba-tiba ialah Dato FOC Laksdya Dato Jamil Osman...
Secara berseloroh aku sambung pertanyaan, sebab apa bersara,, kapal terbakar ka,,, bukan jawabnya.... dot..dot..dot... ah lantak ke hangpa lah.....
Cuma timbul persoalan, seorang pengkomen dalam blog aku .Navy The Best selalu mempertahankan dasar atau polisi TLDM, selalu mengatakan Navy Malaysia yang terbaik,,,
Betul Navy memang terbaik,,,, pelaksana-pelaksana dalm Navy tu yang melantung hangit.... kalau tak melantung masakan Vice Admiral yang masih muda, ada harapan nak jadi Chief Of Navy boleh minta bersara......apa sebabnya ia bersara aku tak payah cerita,,, harap-harap pengkomen-pengkomen dalam blog nanti akan tolong cerita... baru ada ummmhp....
Jadi buat Navy the best... udahlah..... Selagi UMNO yang memegang teraju pemerintahan negara... selagi itulah organisasi-organisasi keselamtan akan punah ranah....lingkup.. tak percaya tunggulah hari-hari yang mendatang...
Monday, October 17, 2011
Hensem tak Manjunmari dolu-dolu... Kah..kah..kah..
Alhamdulillah, rupa-rupanya ada juga hamba Allah yang teringatkan diri ku ini..
Kah,kah,kah... gambar di atas tu gambar aku masa muda,,, itu pandangan Tapingmali,,, kah,kah,kah,, kalau aku wajah macam tu punya hensem,, pergh beruntungnya..terima kasihlah tolong promosi Manjunmari,, nanti kalau mari Manjung calling-calinglah aku,, boleh aku belanja minum,, minum sahaja,, makan aku tak mampulah nak belanja,, ialah.. hidup aku ni singkek tak cukup makan....
Berapa pencen aku,,, Alhamdulillah, berapa sahaja pun aku tetap bersyukur kepada Allah pemberi rezeki.... dan aku merasa cukup beruntung kerana kehidupan aku ini masih lagi dapat bertahan, tak perlulah aku nak menjadi pencacai dan penjilat UMNO....
Sunday, October 9, 2011
Pencen Usia 60 tahun - Untung atau rugi..
Salam sejahtera,
Sekadar nak kongsi bersama-sama, bila Najib umum bersara umur 60, aku terbaca yang paling manusia gumbira ialah Dato Umar Osman, Presiden Quepacs, sebab apa yang dia perjuangkan dah tercapai,, ,

Tak boleh nak dinafikan, dalam suasana iklim kehidupan di Malaysia terutamanya faktor ekonomi membuatkan rakyat Malaysia sentiasa hidup dalam kesempitan...
Itu pasal dalam Islam digalakkan terutama lelaki, kalau dah cukup lengkap eloklah berkahwin, ikut Sunnah Nabi, umur 25 tahun kahwin,,, jangan tunggu umur 40 baru nak bernikah, lepas tu time nak pencen anak masih dok beringus, baru nak masuk tadika,,, mana cekau duit nak membesarkan anak kesekolah,, itu yang timbul masaalah utama,, itu dari satu sudut...
Tetapi kalau jens manusia genius macam AdukaTaruna, ia tak indah pun untuk hidup dengan bekerja dengan kerajaan, ia ada cara tersendiri untuk meneruskan kehidupan,, itu lain cerita,,, tetapi kalau yang jenih nak tunggu hujung bulan bawa kad ATM pi jolok kad tekan no pin, keluar duit,, jenis ni yang sikit masaalah,, tu yang dok minta sambung dari 55 ke 56, lepas tu pi ke 58 dan sekarang ke 60...
Bagi aku sesiapa yang bekerja selepas umur 55 ada sedikit kerugian,, kerana anda bekerja dengan gaji separuh sahaja, kerana separuh lagi atau 60% dari gari tersebut adalah pencen anda sepatutnya,, lainlah kalau anda pencen dahulu, dah makan duit pencen kemudia terima jawatan lama dengan gaji akhir,,, yang itu ada sedikit keuntungan material...
Apa pun langkah baru pencen umur 60 membuatkan kita lebih leka dan lali untuk membuat persedian di masa hadapan,, ini sebenarnya yang aku dok nampak,, apa tidaknya,,, pencen lambat lagi,, enjoy dulu,,
Dan manusia yang paling suka pencen 60 ialah jenis manusia yang kerja pi punch card, lepas tu keluak pi kantin minum sembang kena rokok, pukol sembilan baru masuk office, pukol 10 keluar lagi minum teh, pukol 11 baru masuk balik,, pukol 12 keluar lagi,, jenis-jenis ni memang suka kerja sampai mampuih pun depa sanggup,
Begitu juga penjawat sebagai pengarah-pengarah dan pengetua sekolah yang hanya tahu mengarah orang bawahannya buat itu ini, lepas tu si pengarah ni bawa pi mesyuarat dia yang dapat pujian,, jenis ni pun sama spesis suka kerja sampai mampus...,,
Tetapi bagi yang bekerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab, selalunya bila sampai masa layak untuk pencen,,, maka depa akan cabut, lebih baik pencen buat persiapan diri untuk bertemu dengan Allah yang tidak tahu bila tarikhnya.....
Sedarkah Nabi Muhammad dulu wafat umur 63 tahun,, tetapi umur beliau dikira mengikut tahun hijrah, bukan tahun masehi, umur aku sekarang dah 50 tahun ikut tahun masehi, kalau aku kira ikut tahun hijrah dah lebih dari 53 tahun, jadi bayangkan berama umur kita kalau pencen umur 6o tahun masehi,,,
Kalau melepasi umur nabi macam umur Mahathir tu alhamdulillah, itu boleh dikira sebagai bonus dari Allah buat kita,, tetapi kalau tak sempat alangkah ruginya kita,,,
Selalunya kita ni bila dah pencen baru nak mula kehidupan baru, bila nak pencen baru nak akil baligh, baru nak mula belajar pi surau,, jadi sempatkah kita buat persediaan terakhir sebelum dijemput oleh malaikat Izrael...
Dan lagi lagi satu aku rasa manusia yang kerja sampai umur 60, ia hilang satu keseronokan dalam hidup,,, sepatutnya sisa-sia umur itu selain dari beribadat kepada Allah, ialah bermain dengan cucunya,, iatu yang paling nikmat, tetapi kalau astik dok kerja masa mana dak layan cucu.... rugi bro,, walaupun aku sendiri belum bercucu,,,
Hangpa nak tau nikmat ke tak kehidupan orang berpencen hangpa pi tanya blogger Dr Abdul Wahab Arbain. Betapa rileknya beliau sekarang.... Insyallah, aku pun akan menurut jejak beliau dalam 5 tahun lagi,, aku nak pencen umur 55,, Amin Ya Rabbal Alamin..
Subscribe to:
Posts (Atom)
