boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label TLDM. Show all posts
Showing posts with label TLDM. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Sabar lah sikit wahai Tan Sri PTL woi..

Beberapa hari sebelum ni ada ura-ura pencarian Mh370 nak ditangguhkan, namum setelah mendapat bantahan terutama dari waris mangsa, pemangku menteri pengangkutan yang juga sepupu Najib sibuk keluar kenyataan pencarian akan diteruskan..


Monday, March 10, 2014

Warga TLDM - Minta tolong bagi sedikit pencerahan ...

Waktu ada dalam service dulu tak sempat semua ni .... bila dah jadi orang awam baru keluar mari kapal selam,,, ada sorang skot aku juga digelar (Badul) terlibat dengan pengambilan kapal selam ni, baru pencen 50 tahun service, nak tanya dia segan pulak... tak tau fikrah belah mana..


Monday, December 9, 2013

Anggota TLDM meninggal dunia akibat lemas ? Meragukan...

Terjumpa satu berita yang agak menyedihkan,, bagaimana seorang anggota TLDM dari Sabah meninggal dunia dan didakwa akibat lemas... 


Thursday, November 21, 2013

Pegawai Wanita TLDM masuk Ratu Rania - Komen dari anggota TLDM.

Dalam minggu akhir ni, aku sibuk dengan pemilihan Pas, tup-tup datang pula email, yang mempersoalkan bagaimana seorang  Pegawai TLDM boleh turut serta dalam pertandingan Ratu Rania,,,

Apa ke benda program tu aku pun tak tau,, jadi pagi tadi selepas baca email, tanya kat bini,,, ho ho ho,, fahamlah kisahnya...

Jadi aku copy paste apa ceriat email tu,, tanpa sebarang edit walaupun satu huruf,, kecuali gambar aku crop .. segala kebenaran cerita adalah tanggungan sipenghantar emai... aku sekadar menyampaikan..


Monday, April 22, 2013

PRU 13 - Anggota TLDM perlukan perpaduan Ummah...

Siang tadi aku dapat mesej...

As Salam. Esok 23hb Pkl 1400H, Tun Mahathir dtg Pdg A16 ceramah Tentang pepaduan melayu. Semua anggota Navy diwajibkan hadir.


Aku ingat kut ada member nak perdajal aku....


Saturday, December 15, 2012

Komen-komen pembaca terhadap DS Rosmah Mansor.

Semalam memang aku sibuk,, tak dapat nak menelaah aapa cerita yang berlaku,,, namun pula pembaca yang buat komen secra tak langsung menceritakan kepada aku.. Terima kasih...


Friday, October 19, 2012

Monday, June 25, 2012

Siapa Anggota TLDM yang marahkan Dato Seri Nizar

Malam tadi macam-macam cerita yan gaku dengar,, daripada khemah runtuh, peruntukan duit untuk tabung setiap blok-blok, dan duit untuk anak-anak anggota, ada anak yang ceredik beratur dua kali pi salam dgn Zambry untuk dapat dua kali, bukan senang nak dapat rezeki terpijak.... 

Bila berita ni boleh ke Nizar biasalah.... 




Cuma nak tau siapa anggota TLDM yang marah sangat kat Nizar,, betui ka Perak Today punya cerita ni., atau pun Laksamana Jadi-jadian yang marah sangat ni........ 

 




Sunday, June 24, 2012

Khemah di Tapak Program Zambry bersama anggota TLDM Runtuh..



Baru sekejap tadi terima SMS dari Encik Hamidun Pegawai Khas DUN Pasir Panjang, memberi tahun Khemah tempat Zambry nak sampaikan sumbangan telah runtuh secara tiba-tiba...  

Tunggu perkembangan selanjutnya,,, cuma dok terfikir, apakah ini sebagai amaran Allah, disebab perbuatan yang tak sepatutnya.....

Saturday, June 23, 2012

Zambry mempergunakan anggota TLDM untuk kekalkan jawatan MB Perak.

Bila aku buat posting Zahid Hamidi tak mau jawatan MB Perak selepas PRU13 nanti klik zahid-hamidi-tolak-jawatan-mb-perak.

Rasanya ada kebenarannya..., lihat sahaja banner dibawah.... 



Sebelum ini apa yang diwarwarkan Zambry akan bertanding di Parlimen Parit Buntar,, tetapi nampaknya sangkaan itu meleset..Zambry nak mula memperkemaskan kedudukannya di DUN Pangkor... 

Apa tujuan Zambry nak pergi berpolitik di kawasan perumahan anggota LLP TLDM,, nak menyelesaikan masaalah apa yang mereka hadapi, mana mungkin... tak masuk di akal... hampir 15 tahun aku dahulu duduk dalam tempat yang sama,, tak pernah ada pun seorang mana-mana ahli politik, tak kira UMNO atau pembangkang yang hadir untuk bertemu pengundi!!! 

Nak kata nak selesai masaalah kesusahan anggota, mereka bergaji tetap,, duduk dikuarter secara percuma, cukup selesa,, api dan air tak ada masaalah.., jalan raya cantik.., malah pernah di zaman aku dahulu,,, makna TLDM diubah menjadi (Tempat Lawatan Dalam Malaysia ). sebabnya cantik, kemas dan tersusun suasana dalam pengkalan tersebut ...

Dan yang menjadi paling malang sekali,, apa yang aku dengar,, semua anggota yang tinggal di dalam perumahan Pengkalan TLDM tidak dibenarkan keluar pengkalan pada minggu ini,,, kedatangan atau kehadiran mereka dimestikan atau pun juga diwajibkan..

Lihat sendiri aturcara besok...

Tergamak kamu Zambry nak menyusahkan anggota TLDM untuk kepentingan politik kamu... tunggu sahaja pada PRU 13 nanti,, siapa yang akan jadi calon untuk mengalahkan kamu dari arena politik Malaysia... Tungguuuuu... ,,, 



Thursday, April 26, 2012

PBTLDM kena kencing dengan Zambry a/l Kadiaq..

 Al Kisah berlaku malam 25/Apr/2012 ,, Lihat sendiri persiapan yang dibuat,,, sikit main ka banner... terpampang ,,,,,, 





 Sebelum ini banner ni seminggu lebih diatas blog aku, ini pun atas  permintaan Timbalan Ketua(Pengerusi) PBTLDM Perak,, aku tolong iklan pun atas dasar tujuan nak membantu ahli-ahli PBTLDM dengan secara tak langsung melariskan jualan tiket... 

Maka ramai jugalah yang berminat membeli dan turut serta atas tujuan nak dengar pengumuman Zambry dalam pemberian tanah... 

Namun apa yang terjadi,,, Zambry tak hadir, malah wakil pun tak dihantar... maka janji tinggal janji,, malah sumbangan untuk tabung PBTLDM pun sekupang pun tak dapat...

Nasib baik Datuk Kong Cho Ha dapat menghadirkan diri mengikut waktu yang ditetapkan,, dan menyumbang sebanyak RM10 untuk tabung PBTLDM.... 

Kenapa Zambry sanggup berbuat demikian,, apakah benar seperi yang heboh diwarwarkan yang Zambry tak akan bertanding lagi di kerusi DUN Pangkor, Jadi...,, apa nak sibuk-sibuk lagi,, lantak hangpa lah,,,  buat apa nak buang masa, nak buang duit..

Pergilah kat ceruk mana sekali wahai Zambry,, rakyat Perak dah kenal diri kamu,,, walaupun dalam gelap gelita tanpa cahaya lampu dan bulan... Insyaallah,, rakyat Perak akan tolak kamu..... 

 


Wednesday, March 7, 2012

Anggota TLDM ditahan ketika ikuti ceramah DSAI di Marina Island Lumut?

Sekejap tadi Laksma (B)Haji Imran call aku tanya, pergi ke tak ceramah Anwar pada hari Ahad 04 Mac malam yang lepas... tahu tak ada anggota TLDM yang ditahan di sana !?

Aku jawab aku tak pergi, aku cuma sekadar pergi ke Surau Madah, itu pun kuliah tuan Sheikh Mohd Nor AlHafiz di Masjid Daerah Manjung tak ada,, jadi nak penuhi masa terluang tu, aku pergilah ke surau Madah untuk dengar tazkirah....



Kemudian Hamidun Pegawai Khas Nizar pun tanyanya, isu yang sama, menurut sampai 16 orang kena tahan oleh Cawangan Perisikan Khas,, aku tanya betui ka,, dia tanya aku balik,, mana aku tau,, aku tak pergi pun, sedang si Hamidun ni pun pergi, terbentang gambornya atas pentas...

Cuma disini timbul persoalan,, kalaulah BENAR cerita ini..... Ini arahan dari mana,, aku pun tak faham undang-undang sekarang, sedangkan waktu aku dalam service dulu,kemana kami tak pergi,, kalau setakat dalam daerah Mnajung ni jangan cerita la,, SB ka, CPK ka pun ada sama,, tapi tak ada pulak kata yang kena tahan...

Malam tadi ada program Ceramah Perdana Zambry a/l Kadiaq (Laksma Jadian) bersama Ostad Kazim (Ulama Jadian) di Stadium TLDM, boleh pulak... bila dah Laksma Jadian yang hadhir anggota TLDM terutama pelatih dah tentu kena arah pergi hadirkan diri....

Najib dok ceramah bercakap siang malam dalam TV, terutama waktu bersidang UMNO yang lalu,, disiar dalam TV,, apakah semua anggota tentera kena sumbat telinga tak boleh dengar,

Cerita-cerita politik, cerita fitnah dalam akhbar terutama Utusan apakah anggota TLDM dilarang membeli dan membacanya....

Sudahlah,, anggota tentera mungkin boleh ditahan,, tetapi lama mana,, sekadar mereka berkhidmat, mereka akan bersara juga,,, tunggu sahajalah,, yang pasti,, kalau waktu zaman aku dulu tahun 85 dahulu,, kami hanya berapa orang sahaja,,, diketuai oleh arwah Guru agama tentera Ustaz Abd Wahid Imran, daripada kumpulan usrah kami itu, lahir seorang yang agak ternama Ustaz Halim Nasir,, yang popular di Sungai Petani kedah,, tak macam sekarang era tahun 2000 ni, berapa ramai anggota TLDM yang bersara terus menjadi ahli PAS,, bukan sekadar Haji Imran seorang dari laksma,, ada lagi Laksma-laksma,, tak perlu aku sebut nama,, berapa ramai kapten TLDM, Komander dan yang lain-lain termasuk lain-lain pangkat,,,

Jadi tak payahlah, nak sekat nak halang,,, masing-masing ada hati, ada perasaan dan yang paling penting ada IMAN dan nak kepada Islam...,, , ,,,pergi jahanam kepada UMNO...

Kami bekas anggota Tentera ini sayangkan negara Malaysia,, kami tak mahu negara ini terus lingkup dan punah akibat perbuatan khianat UMNO...




Thursday, March 1, 2012

UMNO pelingkup Institiutsi Angkatan Tentera....

Disebabkan terlalu lama memerintah UMNO telah lupa hal keadaan yang sebenar, apa yang termaktub dalam undang-undang pun habis diperkosanya...


Laksamana Jadian Zambry
Bila aku tulis satu entry di panas-berdengung-blogger-umno-bergaduh. ada satu komen yang mana ko orang semua patut baca,, keluhan dari anggota tentera juga rasanya...

AnonymousFeb 29, 2012 07:15 PM

Hanya empunya diri yg tahu kenapa dia memilih utuk bersara awal. Mungkin alasannya kerana tawaran lumayan dari luar. Namun pada pandangan saya tawaran atau tarikan dari luar tidaklah segala-galanya. Saya pasti tolakan dari dalam juga adalah faktor yg tidak boleh dinafikan. Secara logiknya sebelum ini tiada Panglima di dalam perkhidmatan ATM bertaraf 3 bintang yg minta berhenti awal kecuali yg ada masalah atau skandal. Dalam kes Dato Jamil (PA), beliau seorg panglima yg amat disegani dan rata2 warga TLDM sering memperkatakan kebaikan beliau. Kehilangan seorang yang dilihat bersih dan punya kualiti pemimpin yg baik adalah sesuatu yang agak menyedihkan warga TLDM. Orang yang sepatutnya berhenti bukan PA tetapi PTL kerana sikap PTLlah yg dirasakan faktor penolak utamanya. Tahukah kita bahawa di samping PA ada 2 lagi Panglima dua bintang yg akan bersara dlm masa terdekat. Mereka ini walaupun berpeluang utk menyambung selama dua tahun lagi (sehingga usia 60 tahun), tapi menolaknya kerana sudah tidak tahan dgn karenah PTL. Secara logiknya jika laksamana dua bintang pun dah tak berselera untuk terus duduk lama dlm navy tentu ada masalah di peringkat kepimpinan. Tahukah kita bahawa tidak sukar untuk menghidu perancangan licik PTL utk menaikkan kroni-kroninya dlm masa tempoh 4 thn mendatang sementara beliau masih menjadi PTL. Kebanyakan Pegawai Kanan yg akan dinaikkan ke pangkat dua bintang ke atas dlm masa terdekat ini khabarnya diberi kontrak 2 tahun sahaja. Selepas dua tahun kroni2 PTL yang sedia menunggu akan dinaikkan supaya apabila tiba masa PTL bersara tahun 2016 nanti, kroni beliau sudah pun berada di tampuk pemerintahan tetinggi. Ketika itu mudahlah PTL berurusan dgn kroni2nya dan mengemudi TLDM dari luar demi kepentingan bersama. Sungguh hebat dan licik rancangan PTL sekarang, samalah seperti apa yang dilakukan pemimpin2 BN. Patutlah PTL ini amat anti dgn parti pembangkang dan DSAI. Dengar cerita bulan Mac ni PTL AKAN MEMEBUAT LAWATAN KE SELURUH PENGKLAN TLDM UNTUK MEMBANTU KEMPEN PILIHANRAYA BN. Biasalah bila dah tersepit didesak meletak jawatan dan kepimpinan beliau dipersoal oleh warga TLDM di setiap peringkat, jalan paling selamat ialah menggunakan saluran politik untuk terus berkuasa. Pangkalan Lumut ni pun dah jadi macam sarang umnogok….mual sungguh tgk muka Laksamana Jadian Zambri yg sering keluar masuk pangkalan TLDM akhir2 ini. Hujung minggu lalu pun beliau dilihat berkeliaran dlm pangkalan …… tabUr duit BR1M. Sebaiknya PTL berhenti dari TLDM dan terjun je ke kancah politik kalau benar-benar anak jantan. Jgn cuba nak perbodohkan warga TLDM dgn politik umno. Sebagai tentera , sedarlah kamu sepatutnya bersikap berkecuali. Kot ya pun kamu pemuja no.1 umnogok, jgnlah cuba nak mengheret kami warga TLDM utk turut sama membenci pembangkang. Mai sini nak habaq!!!, mendukung Kerajaan dgn mendukung parti yg memerintah adalah satu perkara yg berbeza. Ada faham?

ReplyDelete


Cuma aku dok terfikir apa yang akan terjadi pada adik-adik aku dalam tentera sepuloh tahun akan datang kalau UMNO masih dok menguasai Putrajaya...

Jadi adalah lebih baik PRU13 ni... kita pakat-pakat humban UMNO dalam laut.... bagi mampuih perabih...


Wednesday, February 29, 2012

Panas Berdengung... Blogger UMNO bergaduh,, rahsia keselamatan TLDM turut terdedah..

Pertelingkahan sesama blogger-blogger UMNO diantara Puak Papagomo, Parpukari & The Gang dengan blogger UMB yang diketuai oleh blogger Tun Faisal masih tak berkesudahan....

Yang terkini mereka sesama mereka ndah buka tembelang sesama sendiri, sehingga sebab menyebab Panglima Armada Laksdya Dato Wira Jamil bersara awal pun jadi isu...

Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana 'fe-dup' terpaksa menjadi 'fall guy' dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak.

Mungkin ramai rakyat Malaysia tahu mengenai kes seorang blogger yang menaiki kapal selam Scorpene tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana selepas itu ianya telah dijadikan kontroversi oleh pembangkang.

Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak.

Natijahnya siapa menanggung?












Kenapa boleh jadi begini teruk sekali.... semuanya habuan dan fulus,,, maka inilah kesudahannya.... nampaknya UMNO lah punca nak pelingkup habis apa yang ada dalam negara...

Bahananya rakyat bawahan yang akan memikul beban...

Sumber gambar dan berita aku ambik dari Blog UMNO di al-kisah-scorpene-blogger-dan-panglima.


Terima Kasih banyak buat Bro Syamsul Anuar yang inform berita ni... Jaza Kallah Hu Khairan Kasira Jaza...
Jom Kita lawan UMNO...






Sunday, January 15, 2012

Navy The Best - Siapa Laksdya yang bersara itu....FOC orangnya.. Betulkah?

Siang tadi aku terbaca didalam beberapa blog kisah pegawai kanan TLDM mohon bersara secara mengejut atau tiba-tiba,,, baca SINI

Aku sms Laksma(B) Haji Imran, tak sampai seminit teruh Hj Imran jawab dot dot dot....., betui ka... macam tak berapa nak percaya lag1, petang tadi pi pasar malam kat Giant, dah selesai beli apa yang perlu, waktu nak balik bertemu seorang anggota TLDM, senior se intake, nasib dia baik, ada saudara sangkut paut dengan seorang mantan PTL, dia dapat masuk RSD dan jadi pegawai, aku tanya dia minta pengesahan apa yang Haji Imran cerita kat aku,, betui katanya....

Jadi yang bersara secara tiba-tiba ialah Dato FOC Laksdya Dato Jamil Osman...


Secara berseloroh aku sambung pertanyaan, sebab apa bersara,, kapal terbakar ka,,, bukan jawabnya.... dot..dot..dot... ah lantak ke hangpa lah.....

Cuma timbul persoalan, seorang pengkomen dalam blog aku .Navy The Best selalu mempertahankan dasar atau polisi TLDM, selalu mengatakan Navy Malaysia yang terbaik,,,
Betul Navy memang terbaik,,,, pelaksana-pelaksana dalm Navy tu yang melantung hangit.... kalau tak melantung masakan Vice Admiral yang masih muda, ada harapan nak jadi Chief Of Navy boleh minta bersara......apa sebabnya ia bersara aku tak payah cerita,,, harap-harap pengkomen-pengkomen dalam blog nanti akan tolong cerita... baru ada ummmhp....

Jadi buat Navy the best... udahlah..... Selagi UMNO yang memegang teraju pemerintahan negara... selagi itulah organisasi-organisasi keselamtan akan punah ranah....lingkup.. tak percaya tunggulah hari-hari yang mendatang...


Jawapannya mungkin ada di umno-reform2. ..






Wednesday, September 21, 2011

Lagi Berita - Kapal TLDM KD LEKIU punya cerita...

Salam Sejahtera...


Bila kisah KD PARI yang tenggelam aku mula buka cerita, banyak betui komen yang masuk, sehingga hari ini pun ada lagi,, kebanyakannya hentam aku, biasalah dah gatai nak berblog sangat, kenalah hadapinya.....

Bila dah termula keluar cerita isu ni, maka beberapa penyelewengan lain yang melibatkan lagi aset-aset TLDM seperti kes kapal KD KASTURI yang kini berada di Limbungan Bouestad Naval Syipyard, boleh baca kd-kasturi-470-juta-duit-rakyat-hangus.

Ada tak mau nak komen apa bab cerita ni, walau pun aku tahu siapa dan contractor mana yang gasak projek tu dan apa yang terjadi serta keluhan member-member aku kat situ....... Biarlah pihak lain yang bongkarkan kalau ada unsur penyelewengan berlaku....

Cuma dalam isu kapal KD LEKIU NI,, rasa kelakar pun pun ada,,, cuma yang dapat aku katakan, ramai rakyat Malaysia diluar sana tertipu dengan cerita-cerita dari media UMNO sebelum ini.... tertipu bro,, asyik-asyik kena tipu, kapal selam lain cerita, kapal yang tak selam lagi banyak cerita.... nasib baik ada orang lama yang aku sendiri tak mengenalinya, buka cerita ni.......lu orang layan sendiri cerita tu di serigala-laut-taming-sari.





Sunday, September 18, 2011

Gambar Kapal Selam Malaysia yang Ketiga KD PARI..

Salam Sejahtera,

Inilah hasilnya dari ketelusan pemerintahan UMNO...........


Aku copy paste balik satu komen pembaca sebelum ini dari lagi-berita-kapal-tldm-kd-pari.


Anonymous said...

gua x mau cakap panjang lebar la.. adalah satu yang x masuk akal bila sebuah kapal TLDM yang baru selesai refit (pembaikan) pada tahun 2009 dgn kos lebih kurang RM 12 juta boleh tenggelam kat jeti. mana CO ALD 2?
Mana CO DSA?
mana CO FSD?
Mana Panglima Sistem?
Mana KP Mat?
Mana KP Jutra?
Mana AKS LOG?
Mana PTL?
kenapa isu ni x boleh dihebahkan? sensitif sangat ke? kos pembaikan kapal di limbungan ditanggung oleh cukai yang dibayar oleh rakyat. jadi apa-apa yang terjadi kepada aset yang dibayar oleh rakyat, rakyat kena tau. konsep operasi x penting yang penting adakah aset yang ada digunapakai dengan baik dan selamat. kita x nafikan pengorbanan anggota dan warga kapal yang dok tengah laut masa orang lain cuti tapi keselamatan mereka dan kapal mereka harus diutamakan. ni bukan cerita kapal baru atau kapal lama. ni cerita kapal rosak yang dipaksa belayar sebab ada orang tak mau bersoal jawab dengan pihak yng lebih tinggi. ni la akibatnya. nyawa budak-budak kat kapal tu jadi taruhan. kalau kat US panglima di dah berenti dah bukan CO kapal tu. sapa yang nak cabar masuk balik gua rasa dia yang x tau status navy skrg ni.




Thursday, August 11, 2011

Lagi Kisah Anggota TLDM bernasib malang..

Salam Sejahtera..

Lebih kurang sebulan lebih yang lepas, sewaktu aku dok menjalani latihan Fisiotherapy di Hospital Manjung, datang seorang pemuda yang sama seperti aku juga, membuat latihan fisio, setelah berkenalan, rupanya ia seorang anggota TLDM, kemalangan motosikal pada pagi sewaktu nak pergi bertugas ke kapal KD…..

Oleh kerana kronologi kemalangan dia ni tak bersalah, aku pun tanya dah claim ke insuran kenderaan yang melanggarnya,, dia menjawab,, tak boleh lagi bang… saya kena tunggu selepas kelulusan permohonan menyambung perkhidmatan ke 21 tahun dahulu, kalau saya buat sekarang, jika pihak pengurusan Navy dapat tahu, saya memang tak akan dapat menyambung perkhidmatan…Sekarang hanya pihak pegawai kapalnya sahaja yang tahu dan tolong cover kesnya itu.. OKlah dia ni kira bernasib baik...

Tu dia,, macam ini sekarang ni stail kebajikan Navy Malaysia… aduhai, teringat balik aku kisah seorang anggota TLDM yang dah OKU tu sebelum ini KLIK SINI…. Betullah apa yang hamba allah tu membuat pengaduan…

Semalam 10.08.2011 aku mengulangi balik latihan fisio sekali setiap minggu, bertemu pula seorang lagi pemuda, dia ni dah banyak kali membuat latihan fisio bersama aku, tapi tak ada kesempatan nak berkenalan, Cuma semalam ada peluang dapat bercerita,,, rupanya seorang lagi anggota TLDM, eksiden motor juga sewaktu nak pergi makan tengahari,,,,

Lagi teruk dari aku kerana tulang betis kakinya hancur, dah setahun lebih dah, dan sekarang dah mula boleh nak berjalan tanpa menggunakan bantuan tongkat ketiak… Sudah menjadi kebiasaan aku bila bertemu anggota TLDM yang muda-muda aku selalu bertanya bila nak pencen,, itu dah menjadi satu soalan wajib buat aku….

Malang buat anggota TLDM ni, tahun hadapan perkhidmatannya akan tamat, baru bertugas 15 tahun lebih,, anak baru berumur 3 tahun…aku tanya kenapa, jawabnya COnya (Commanding Oficcer – Pegawai Memerintah) KD… tidak mahu menanda tangan kelulusan permohonan menyambung perkhidmatannya untuk ke 18 tahun…

Sedangkan pegawai perubatan dari HAT Lumut telah mengsahkan yang dia sehat untuk kembali bertugas di kapal, dan mendapat sokongan dari XO (Executive Officer – Timbalan Pegawai Memerintah) dalam permohonannya itu, kenapa si COnya tak mau nak tandatangan, justifikasi permohonanan kenapa tak si sokong pun tak nak dibagi,,,

Aku yang gatai mulut pi tanya lagi, Co hang tu Melayu ka,,, jawabnya melayu bang.. dah haji dah pun… pangkat Commandder… mak aii, kommander pun takut nak sain untuk anak buah sendiri… aku pun tak tau macama mana situasi dalam TLDM sekarang ni, dengar ceritanya gaji masing-masing semuanya permulaan dah RM seribu lebih, tak seperti zaman aku dulu, jauh berbeza,, apa tidaknya,, aku dah tinggal setahun dua lagi nak pencen baru nak rasa gari RM seribu…

Tetapi itulah, bila gaji dah mewah, kerja pula susah, silap sikit kena berhenti,, tetapi patutkan dengan apa yang berlaku kepada anggota tu, tak dapat nak sambung,,, sedangkan dia berminat nak terus berkhidmat, apakah disebabkan kemalangan dan bercuti sakit selama setahun lebih menjadi asas tidak dapat menyambung perkhidmatan,,, Bukannya ia mahu atau sengaja menempah kemalangan tersebut…

Yang menjadi massalah, anggota ni nak bawa kesnya ke pihak atasan,, takut kerana tidak mengikut saluran… itu masaalahnya,, anggota tentera terikat dengan disiplin yang kekadang tu boleh memakan diri sendiri,

Tak taulah, hanya ini yang dapat aku bantu,, moga-moga ada pihak-pihak berkenaan membacanya dan membuat perubahan berkebajikan untuk anggota bawahan….




.

Tuesday, August 9, 2011

Tentera Laut pecah tradisi 500 tahun....

Salam sejahtera,


Lt Commander Sarah West
Lt Kdr Sarah West,

Perkara sebigini aku rasa tak akan berlaku di negara kita dalam masa tempoh

setahun dua ini, Kena tunggu sepuluh tahun lagi pun tak pasti, tak taulah kalau

sekarang ini cawangan Eksekutif dah ada pegawai Wanita...

Kalau dah UK Royal Navy kena tunggu 500 tahun, kita Malaysia he he tak

payahlah......


Kisah sepenuhnya baca royal-navy-first-female-commander







,

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari