
boikot
Segarkan ingatan anda...
Friday, February 5, 2010
Gaji dah diberi Kenaikan, Tugas Masih Gagal...

Apa Disebalik Pendedahan Zahid Hamidi
Salam Sejahtera...Thursday, February 4, 2010
Berita Harian (Bernama) Konar kenyataan TGNA..Bangang punya wartawan...
Seminar sehari yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam (Putik) di sini, turut dihadiri Editor majalah Herald-The Catholic Weekly , Lawrence Adrewe dan wakil Buddha, Loo Choo Siang. ""
Janganlah sama seperti mendiang Augustine Paul..

PEGUAM Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (tengah) bersama Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menunjukan sesuatu arah dengan diperhatikan mangsa Saiful Bukhari Azlan (kanan) semasa meninjau lokasi di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara semasa hari kedua perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 4 Januari - UTUSAN/SHAIFUDIN MD NOR
Ha ha... , kalau tahun 98 dulu, Hakimnya Augustine Paul, tak relevan memanjang, dah pergi pun dah, lantak pi lah, lagi pun dia bukannya tau ada lagi kehidupan di akhirat, syurga neraka, lantak pi la,, kemudian Hakim Arifin jaka, senyap sunyi, tak dengar dah pun namanya,,,,,
Kini Versi tahun 2010 Lain pulak orangnya,, harapan ku biarlah memberi keputusan dengan seadil-adilnya, kita semua ni akan mati...Kalau tak takut dengan Allah pun malulah sikit dengan negara-negara luar weiii,,,.
Isu Kedua Selepas Enjin Jet F5E Hilang...
Zahid: Rahsia tentera bocor, disalur kepada kedutaan asing
KUALA LUMPUR, Feb 4 — Maklumat dalaman Angkatan Tentera Malaysia didapati bocor dan disalurkan kepada sebuah kedutaan asing di negara ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hari ini.
Sehubungan itu Zahid (gambar) memberi amaran mereka yang didapati terlibat dalam perbuatan seumpama itu telah melanggar Akta Rahsia Rasmi.
Menteri itu berkata, beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam waktu terdekat sebelum mengeluarkan butiran lanjut.
Pendedahan ini merupakan isu kedua melibatkan Angkatan Tentera Malaysia sejak kebelakangan ini. Akhir tahun lalu negara digemparkan laporan kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM.
MENYUSUL LAGI
Sumber :themalaysianinsider.
Komen : nampaknya sikit hari 1Malaysia pun akan kena jual......, Tahniah PM 1Malaysia...
Lelaki Popular Selepas Aduka Taruna..
Salam Sejahtera...Wednesday, February 3, 2010
Tahun 2010 - Suasana Suram Buat PR..
Salam Sejahtera..Khas Buat Abuhusnie & al-bakulstani
Fenomena Aduka Taruna
Sejak aku menyiarkan rayuan derma untuk Aduka Taruna disebelah kanan laman ini, aku menerima dua belas email yang mempertikaikan tindakan aku membela Aduka. Aku siarkan dua daripadanya.
“Saya ni kira peminat setia blog tuan…tapi yang tak syoknya pagi ini bila buka blog tuan saya nampak rayuan derma untuk Aduka Taruna.
Mungkin saya salah dalam menilai. Tapi pada hemat saya yang kerdil ini, Aduka Taruna atau AT bukanlah susuk tubuh yang sesuai untuk kita lempiaskan simpati.
Beliau merupakan penulis yang menyalahgunakan kebebasan menulis dengan hujah-hujah dangkal dan acapkali biadap dalam tutur kata.”
“Kenapa nak bantu Aduka Taruna? Takkan nak bantu orang yang hina Isteri Nabi Muhammad SAW.”
Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan…biarlah Tuhan yang membalasnya. Salah dia kepada manusia…biarlah manusia yang membalasnya. Tetapi apakah tanggungjawab kita untuk membantu beliau…kalau dikatakan Aduka itu kurang ajar, sesat, dan apa saja tuduhan yang hendak dilemparkan? Apakah kita mahu membiarkan beliau terus dalam kesesatan? Apakah kita mahu membiarkan Aduka terus dengan kurang ajarnya? Dan kita menjadi musuhnya?
Bila ada blogger lain yang menciplak artikel Perakex…aku marah. Aku kutuk depa. Sebaliknya ada pula mereka yang bercakap tentang Islam…seolah-olah Islam ini milik mereka…mengutuk aku balik. Apakah perbuatan menciplak dan mencuri itu tidak salah dan kurang ajar?
Ada pemimpin yang menabur bermacam-macam janji semasa pilihanraya, tetapi selepas menang…dia memungkiri janji…dan bersekongkol dengan musuh yang kita tentang semasa pilihanraya. Bukankah sikap mereka ini lebih biadap dan kurang ajar dari Aduka? Bukankah mereka yang memungkiri janji ini lebih munafik dari Aduka?
Aduka juga pernah menganugerahkan gelaran biawak kelas ekonomi kepada aku…aku tak marah! Sebaliknya bila dia tersepit…aku cuba membantunya. Apakah rasional tindakan aku?
Aku tak sanggup nak jawab satu persatu email yang dihantar kepada aku…jadi aku tulis mengapa aku bertindak begitu.
Sikap dan tindakan Aduka adalah manifestasi daripada perasaan marah, kecewa, geram dan ketidaksabaran anak muda. Aku sendiri pernah mengalami apa yang Aduka alami sekarang.
Semasa berumur awal belasan tahun, aku sudah boleh menghafal beberapa juzuk Al-Quran. Maknanya aku tak tahu…cuma hafal. Itu yang dimahukan oleh orang tua aku. Ketika budak-budak lain seronok bermain sampai ke senja, aku sudah berada disurau jadi Tok Siak… menghampar sejadah.
Ketika berumur 17 tahun, satu pengalaman yang menjauhkan aku dari surau dan masjid.
Seorang guru datang mengajar disurau tentang Israk Mikraj. Dan aku mengemukakan beberapa soalan yang provokatif dimana akhirnya ustaz tersebut tidak dapat berbahas dengan budak berumur 17 tahun. Dia berhujah berdasarkan kitab…aku berhujah berdasarkan sains. Memang susah untuk mencari titik pertemuan. Akhirnya aku dilabel sebagai sesat, munafik, fasik. Itu adalah hari terakhir aku ke surau. Dan orang kampung juga seronok bila aku tak ke surau…sekurang-kurangnya hilang seorang pengacau.
Selepas itu…aku mula hanyut. Di sekolah, guru ugama juga selalu memperli aku kerana selalu berhujah bertentangan dengan apa yang diajarnya. Aku mula menjadi pelari sekolah. bukan berlari untuk sekolah, tetapi lari dari sekolah. Bila masuk kelas ugama..aku selalu ponteng. Pirrrah…ugama hanyalah alat untuk membonsaikan pemikiran.
Semasa bekerja, staf-staf yang berugama Islam memberontak apabila tidak dapat menunaikan solat Jumaat. Tetapi apabila diberi pelepasan, mereka gunakan waktu solat Jumaat untuk tidor. Pegawi-pegawai kerajaan yang berugama Islam yang selalu datang untuk membuat pemeriksaan dikilang tempat aku bekerja…semuanya datang untuk mengutip duit rasuah. Dari pemeriksa dandang, mesin penimbang, Jabatan Alam Sekitar, Bomba, Kesihatan….hampir semuanya datang untuk mendapatkan habuan..bukan untuk menunaikan tanggungjawab. Dan semuanya berugama Islam.
Aku semakin meluat dengan Islam kerana sikap penganut-penganutnya. Dan aku menghampiri Kristian melalu gereja Assembly of God. Setiap hari minggu aku ke Gereja AOG di teluk Air Tawar, Butterworth. Tetapi akhirnya aku meninggalkan AOG …juga kerana sikap penganutnya yang hampir sama dengan umat Islam yang aku temui. Hanya mereka yang benar..orang lain semua salah.
Semasa di Thailand, aku berpeluang mempelajari Bhuddism. Ramai Mat Saleh yang belajar Buddhism di Bangkok. Dan aku tak ada masalah dengan Buddhism. Hangpa nak kata aku murtad ka…kafir ka…kata lah. Buddhism banyak mengajar aku tentang nilai-nilai sejagat.Tak perlu menilai orang lain..yang penting nilai diri sendiri.
Semasa di Bangladesh, sekali lagi aku melihat perangai buruk orang-orang Islam. 98% penduduk Bangladesh beragama Islam, tetapi rasuah cukup tinggi. Penyelewengan bantuan asing kepada rakyat Bangladesh tiris ditengah jalan. Semuanya disonglap oleh penguasa-penguasa korup. Lebih teruk, rakyat Bangladesh dipisahkan oleh kasta. Jangan kata dalam Islam tak ada kasta. Aku sendiri merasa diperbodohkan dan dihina oleh rakyat Bangladesh yang menganggap mereka lebih bertamadun dan bertaraf yang lebih tinggi…kerana menyangkakan aku rakyat kelas bawahan Bangladesh. Tetapi bila mendapat tahu aku dari Malaysia…tiba-tiba mereka menyanjung aku. Pirrrah…orang Islam kebanyakannya hipokrit.
India banyak merubah hidup aku. Nasib baik aku tak jumpa Sai Baba…kalau tidak mungkin aku dah jadi pengikutnya. Calcutta adalah tempat untuk belajar tentang kehidupan. Rabindranath Tagore mampu menulis berpuluh buku dan puisi tentang kehidupan. Manusia belajar tentang kehidupan bukan dari kitab-kitab suci…tetapi dari pengalaman melihat dan merasai pelbagai jenis kehidupan.
Sesorang itu boleh menjadi dewa sekiranya menginap di Hindustan Hotel…dan boleh menjadi paria apabila berjalan dilorong-lorong yang penuh dengan kemiskinan. Calcutta mempunyai ciri-ciri syurga dan neraka yang sering di perkatakan dalam kuliah-kuliah ugama. Di Calcutta… kita merasa sendiri perjalanan Mikraj yang sering di ceramahkan setiap tahun.
Perjalanan aku lama terhenti di Kalighat, Calcutta. Di situ aku banyak belajar tentang nilai, tentang kehidupan, tentang penderitaan, tentang kasih sayang dan tentang erti kebenaran.
Tiada siapa yang berceramah kepada aku. Tiada siapa yang yang mempengaruhi aku dengan surah dan sirah. Dan tiada siapa yang memberikan label atau menjatuhkan hukum. Aku belajar dengan pengalaman. Aku melihat seorang manusia yang mengabdikan dirinya untuk kemanusiaan. Mother Theresa.
Ya…dia seorang Kristian. Dia seorang kafir. Dia seorang ahli neraka. Tetapi bagi aku, dia lah seorang yang banyak merubah pemikiran aku tentang hidup. Dan dia lebih layak tinggal di syurga dari kebanyakan kita yang mengaku Islam.
Hanya satu perkataan yang sering diperkatakan. Love.
Sayangi orang lain kalau kita mahu diri kita disayangi.Jikalau Mother Theresa boleh datang ke India dari Poland untuk menyebarkan kasih sayang…mengapakah diantara kita di Malaysia ini asyik bercakaran? Jikalau seorang Kristian dari Poland boleh menumpahkan kasih sayang kepada penganut Hindu di India…mengapakah umat Islam di Malaysia asyik bermusuhan sesama sendiri?
Umat Islam di Malaysia cukup cepat memberikan label dan menjatuhkan hukum kepada orang lain. Tetapi tidak belajar memberikan kemaafan kepada orang lain.
Apabila M3M membuat satu posting yang bertentangan dengan fakta, sepantas kilat turun dari langit hadis-hadis yang menghukum M3M sebagai fasik dan munafik. Tetapi apabila M3M meminta maaf, tidak ada penarikan balik hukum yang telah dijatuhkan. Seolah-olah, M3M terus fasik dan munafik diatas kesalahannya walaupun telah meminta maaf. Kita berlagak seperti penguatkuasa undang-undang Tuhan.
Tuhan itu amat pemurah dan amat mengasihani. Tetapi kita sendiri berlagak dengan sombong…tanpa perasaan ingin memaafkan sesama sendiri.
Semasa di Malaysia Today pada tahun 2004-2006, aku selalu bertekak dengan penyokong-penyokong Pas. Cukup seronok memaki hamun depa. Lagi depa maki aku…lagi seronok aku maki depa. Depa kurang ajar, aku lagi kurang ajar. Tetapi akhirnya aku tewas kepada seorang yang tidak pernah mengutuk aku. Tidak pernah memaki aku. Aku tewas kepada seorang tukang komen bernama Anti-Hypocrisy.
Aduka Taruna adalah satu fenomena. Mungkin dia juga datang dari spesis bangang. Tetapi dalam kebanyakan perkara…kita juga datang dari spesis bangang.Adakah kita mahu membiarkan dia terus menjadi bangang…dan kita juga jadi bangang? Ataupun kita lontarkan sedikit perasaan kasih sayang…dan memaafkan dia. Mungkin dengan sedikit perasaan kasih sayang yang tidak memerlukan modal…dapat mengubah kehidupannya.
“Oftentimes have I heard you speak of one who commits a wrong as though he were not one of you, but a stranger unto you and an intruder upon your world.
But I say that even as the holy and the righteous cannot rise beyond the highest which is in each one of you,
So the wicked and the weak cannot fall lower than the lowest which is in you also.
And as a single leaf turns not yellow but with the silent knowledge of the whole tree,
So the wrong-doer cannot do wrong without the hidden will of you all.
Like a procession you walk together towards your god-self.
You are the way and the wayfarers.
And when one of you falls down he falls for those behind him, a caution against the stumbling stone.
Ay, and he falls for those ahead of him, who though faster and surer of foot, yet removed not the stumbling stone.
And this also, though the word lie heavy upon your hearts:
The murdered is not unaccountable for his own murder,
And the robbed is not blameless in being robbed.
The righteous is not innocent of the deeds of the wicked,
And the white-handed is not clean in the doings of the felon.
Yea, the guilty is oftentimes the victim of the injured,
And still more often the condemned is the burden bearer for the guiltless and unblamed.
You cannot separate the just from the unjust and the good from the wicked;
For they stand together before the face of the sun even as the black thread and the white are woven together.
And when the black thread breaks, the weaver shall look into the whole cloth, and he shall examine the loom also.
If any of you would bring to judgment the unfaithful wife,
Let him also weigh the heart of her husband in scales, and measure his soul with measurements.
And let him who would lash the offender look unto the spirit of the offended.
And if any of you would punish in the name of righteousness and lay the ax unto the evil tree, let him see to its roots;
And verily he will find the roots of the good and the bad, the fruitful and the fruitless, all entwined together in the silent heart of the earth.
And you judges who would be just,
What judgment pronounce you upon him who though honest in the flesh yet is a thief in spirit?
What penalty lay you upon him who slays in the flesh yet is himself slain in the spirit?
And how prosecute you him who in action is a deceiver and an oppressor,
Yet who also is aggrieved and outraged?
And how shall you punish those whose remorse is already greater than their misdeeds?
Is not remorse the justice which is administered by that very law which you would fain serve?
Yet you cannot lay remorse upon the innocent nor lift it from the heart of the guilty.
Unbidden shall it call in the night, that men may wake and gaze upon themselves.
And you who would understand justice, how shall you unless you look upon all deeds in the fullness of light?
Only then shall you know that the erect and the fallen are but one man standing in twilight between the night of his pigmy-self and the day of his god-self,
And that the corner-stone of the temple is not higher than the lowest stone in its foundation.
Kahlil Gibran
Tuesday, February 2, 2010
PDRM - Jangan Persoalan Intergriti Tanpa Bukti.
Polis ingatkan orang awam jangan persoal integriti polis tanpa bukti
KOTA KINABALU, Feb 2 — Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim hari ini mengingatkan orang awam bahawa pasukan itu tidak akan bertoleransi dengan sebarang cubaan merendah-rendahkan integriti pasukan itu melalui laman web atau penerbitan lain.
Beliau berkata penulisan yang disiarkan dalam blog atau mana-mana penerbitan perlu mengikut lunas undang-undang dan juga perlu disokong dengan fakta.
“Semua orang mempunyai hak untuk bercakap atau menulis mengenai semua perkara tetapi mesti mengikut lunas undang-undang.
“Saya, selaku ketua pasukan polis di Sabah , akan memastikan peraturan undang-undang dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat.
“Dan undang-undang akan dikuatkuasakan secara adil, secara saksama dan berkesan,” katanya pada sidang akhbar mengenai laporan polis yang dibuat terhadap beberapa artikel yang disiarkan dalam portal berita tempatan di sini hari ini.
“Jika laporan polis dibuat, tanggungjawab kami ialah menyiasatnya, mengumpulkan fakta, mendokumentasikannya dan menyerahkannya kepada pendakwa raya berserta cadangan kami bagi tindakan lanjut,” katanya. — Bernama
Komen: Awas, jangan dok gatai lagi tulis-tulis hal depa tanpa bukti, kang... tak pasai-pasai tiduk dalam lokap 4-5 hari...,
Satu hal, aku hairan ...sebelum ini Raja Petra ada tulis hal KPN sewaktu menjadi KP Johor, siap bukti lengkap, tak ada siasatan pun, senyap gitu aja, last-last Raja Petra sendiri yang terpaksa hilangkan diri... hebat negara Malaysia yang mungkin akan jadi negara Polis...
Penjelasan dari YB Khalid Samad..
| JK Disiplin: Penjelasan berhubung pertuduhan |
| http://www.khalidsamad.com Saya telah dimaklumkan bahawa ramai yang tidak mengetahui pertuduhan yang telah dikenakan ke atas diri saya oleh Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang dimajukan kepada JK Disiplin. Oleh itu macam-macam andaian telah diutarakan melalui beberapa blog, e-mail dan SMS yang diterima. Oleh yang demikian, demi mengelak berlakunya kekeliruan dan fitnah yang lebih besar, maka saya ketengahkan tuduhan-tuduhan tersebut sepertimana ianya dikemukakan kepada saya. Saya sebutkan juga jawapan saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan, secara ringkas, bukan sebagai kritikan, bantahan atau mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh JK Disiplin, tetapi demi menjelaskan keadaan sebenar. Ianya juga akan menjadikan proses ‘perbicaraan’ diri saya lebih telus, supaya semua yang mengikuti persoalan ini dapat menilai proses berkenaan dan keadilan keputusannya. Sebagai parti arus perdana, PAS mesti mampu menzahirkan keadilan dalam setiap tindakannya dan juga mempertahankannya sekiranya dipertikai. Bukan sekadar oleh ahli tetapi oleh anggota masyarakat keseluruhannya. Mad’u yang ramainya di luar sana tidak boleh diyakinkan hanya dengan menyebut kalimah wala’. Perkara inilah yang kadang kala terlupa oleh PAS sendiri. PAS bukan lagi parti pinggiran yang tidak dihiraukan oleh semua kelompok masyarakat. PAS merupakan parti arus perdana yang menawarkan diri sebagai alternatif kepada UMNO. Rakyat dan bukan hanya ahli, ingin melihat bagaimana kita bertindak dalam semua hal, termasuk cara PAS menegakkan keadilan di kalangan ahlinya. Oleh itu ketelusan adalah amat penting dan perlu diamalkan. Keadilan bukan sekadar perlu dilaksana tetapi juga perlu dilihat terlaksana. Sebenarnya, Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengemukakan tidak kurang dari 8 tuduhan terhadap diri saya tetapi hanya dua sahaja telah diterima sebagai ‘berasas’ oleh JK Disiplin. Aduan ini telah dilakukan oleh Dewan Harian tanpa membincangnya dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor itu sendiri. Dato PJ dengan mereka yang beliau sendiri lantik mengambil tindakan ini tanpa merujukkannya kepada BPPNS. Oleh itu, kalau ditanya YDP Kawasan, saya pasti semua tidak tahu apa tuduhan-tuduhan tersebut. Dua tuduhan yang dianggap berasas dan jawapan balas saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan adalah seperti berikut: 1. PERTUDUHAN PERTAMA “BAHAWA kamu Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 126504 telah dengan secara salah, dengan sengaja dan dengan pengetahuan dan tanpa hak, mempertikaikan kekuasaan dan kedudukan Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Selangor dalam membuat kenyataan berkait dengan tatacara pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Negeri Selangor dengan membuat desakan perletakan jawatan olehnya sedangkan sebagai PJ beliau memiliki hak istimewa (privilege) untuk berbuat demikian dan PJ adalah dilantik oleh Presiden Parti dan perbuatan itu kamu telah mencampuri urusan Presiden Parti dan hak bidangkuasa PJ dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan satu kesalahan di bawah Fasal 34 (4) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum dibawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”. Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Pertama ialah: a) Saya menyatakan bahawa pertuduhan tersebut tidak tepat kerana saya tidak mendesak beliau meletak jawatan sebagai PJ. Saya sekadar menyatakan bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai exco dan menjadi seorang ‘back-bencher’ sekiranya beliau ingin mengkritik kerajaan PR Selangor. Ini adalah lebih wajar, lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri menyatakan teguran beliau dibuat dalam kapasitinya sebagai seorang exco dan bukan sebagai PJ PAS Selangor. b) Saya juga menyatakan bahawa saya meminta pimpinan PAS untuk menilai prestasi beliau sebagai PJ dan saya tidak mendesak beliau letak jawatan sebagai PJ. Saya faham bahawa PJ dilantik oleh Presiden namun sebagai seorang ahli BPPNS saya merasakan diri saya berhak untuk meminta prestasi PJ dinilai. Lebih lebih lagi apabila mandat yang diberikan kepada beliau melalui Muktamar adalah untuk mengukuhkan PR di Selangor dan beliau jelas tidak melaksanakan amanah tersebut. c) Saya turut menjelaskan bahawa saya telah keluarkan kenyataan membantah kenyataan PJ yang menyalahi semangat kerjasama PR. Ianya adalah demi membela dan menegakkan prinsip setiakawan PAS bersama PR. Ini merupakan tanggung jawab saya sebagai ahli PAS yang menerima keputusan Muktamar supaya PR dikukuhkan. d) Saya turut bertanya samada mengkritik PJ dalam tindakannya yang bercanggah dengan keputusan muktamar adalah satu kesalahan. Soalan ini dijawab oleh salah seorang JK Disiplin dengan mengatakan bahawa itu adalah untuk JK Disiplin menentukan. 2. PERTUDUHAN KEDUA “Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”. Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Kedua ialah: a) Saya bertanya apakah definasi ‘rahsia’. Saya turut menyebut bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah, saya tidak beranggapan begitu. Apa yang ditulis dalam blog saya adalah pandangan saya berhubung isu berkenaan dan oleh itu saya tidak menganggapnya sebagai ‘rahsia’ parti dan semenjak bila pula pandangan seseorang ahli dianggap rahsia parti? b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai. Mungkin kenyataan saya “bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah” dianggap sebagai pengakuan kesalahan oleh Dato Tuan Ibrahim. Maka inilah yang menyebabkan beliau memaklumkan Malaysiakini bahawa saya sendiri mengaku bersalah, tetapi hakikat sebenarnya ia bukan satu pengakuan, tetapi sebaliknya merupakan satu soalan. Ini kerana, sekiranya semua perkara di dalam mesyuarat dianggap rahsia, maka saya kira sebahagian besar yang terlibat dalam mesyuarat PAS peringkat Pusat ataupun Negeri akan mendapati diri mereka telah melanggar displin parti. Begitu juga dengan kenyataan beliau kepada Malaysiakini bahawa saluran dalaman perlu digunakan sekiranya ada yang tidak puas hati. Hakikatnya saya telah menggunakan saluran dalaman sejak dari awal 2008. Hasil menggunakan saluran dalaman adalah pemecatan diri saya sebagai TPJ Negeri Selangor. Selepas itu saya membuat beberapa aduan kepada pimpinan Pusat termasuk surat kepada DS Presiden tetapi malangnya tiada apa-apa tindakan ataupun maklum balas. Akhirnya berlaku peristiwa SelCAT dan EGM dicadangkan oleh TGNA untuk menapis keluar golongan anti-PR. Cadangan EGM ini ditukar kepada JK Disiplin dan inilah kesudahannya. Terpulang pada semua untuk menilai samada keputusan ini memenuhi hasrat EGM yang dicadangkan oleh TGNA. Sekiranya ‘ya’ maka Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka apakah persoalan EGM perlu dihidupkan kembali? Itu, fikirkan sendiri. Saya hanyalah sekadar ahli biasa. Dalam mendengar jawapan saya kepada kedua-dua pertuduhan seperti di atas, pihak JK Disiplin tidak memberi indikasi samada jawapan tersebut dipersetujui atau sebaliknya. Mereka hanya mencatit tanpa sebarang respon dan soalan yang diajukan oleh mereka adalah sekadar untuk mendapat penjelasan berhubung sikap serta tindakan saya tanpa menyatakan persetujuan mereka atau sebaliknya. Saya kemukakan pertuduhan dan jawapan saya untuk makluman umum kerana isu ini telahpun menjadi isu yang dibincang oleh ramai. Dengan maklumat ini semoga perbincangan ini akan lebih tepat kerana berasaskan maklumat dan bukan andaian. Ianya bukan soal SYABAS atau Puncak Niaga seperti yang disebut oleh beberapa bloggers, walaupun itu tetap merupakan persoalan yang masih belum dijawab. Saya sama sekali tidak bertujuan membantah keputusan JK Disiplin dan saya harap tulisan ini tidak pula dianggap sebagai bantahan atau pendedahan ‘rahsia’ parti. Keputusan diterima dan saya akur dengannya. Saya yakin semua yang terlibat menyedari tanggung jawab mereka terhadap Allah dan tiada niat untuk menzalimi diri saya. Keadilan mesti dilakukan walaupun terhadap seorang musuh, apatah lagi terhadap seorang rakan perjuangan. Saya sendiri telah berpesan kepada Dato Tuan Ibrahim sebelum ini, “kalau saya bersalah, hukumilah saya dan jangan benarkan persahabatan kita menyebabkan Dato terpesong dari melakukan keadilan dan begitu jugalah hendaknya terhadap Dato PJ”. Maka, saya amat berharap itulah yang telah diusahakan beliau. Berhubung soal rayuan, saya rasa semakin tidak berminat. Biarlah saya merayu kepada yang Maha Mendengar akan segala rayuan dan yang Maha Mengetahui akan kebenaran setiap satu rayuan. Memadailah saya merayu hanya kepada Allah, di depan rumahNya, insyaAllah. “HasbiyaAllah”. Semoga Dia selamatkan PAS dari golongan yang beragenda dan berkepentingan, sekiranya golongan seperti itu ada di dalam parti ini. Semoga Dia gagalkan agenda mereka ini serta melenyapkan pengaruh mereka selama-lamanya. Amin yaa Rabbul ‘aalamiin. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD Komen: Tahniah YB, diatas ketetapan YB dalam soal rayuan, kami sentiasa menyokong YB.., Allah Hu Akbar.. |
Jam 2.30 Ptg Esok..
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Anwar tangguh prosiding
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwat beliau yang bermula petang ini.
Mahkamah itu juga menetapkan perbicaraan kes tersebut akan diteruskan bermula pukul 2.30 petang esok. - Utusan
Komen : Aku tak hairan pun,, Nampaknya mahkamah Malaysia dah jadi Lingam Court, Tahniah Mahathir, Tahniah VK Lingam, Tahniah Eusoff Chin.
Monday, February 1, 2010
AdukaTaruna - Hentikan Kritikan ke atasnya, Marilah Kita Sama-sama Membantunya..
Ha ha.., hangpa tengok aku dah lancar derma buat Aduka, bagaiman ini boleh terjadi...Saya Bukan Takut...
Salam sejahtera...Peribahasa Melayu.. Ajak Ayam UMNO..
Salam Sejahtera...
