boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, September 30, 2010

Nasib Golongan Miskin, Mudah berpenyakit, halal haram belum tentu...

Salam sejahtera...

Mungkin kita yang berpendapatan sederhana, mungkin tidak terlibat, namun aku sendiri sewaktu mula-mula kahwin dulu, pun sama juga, pi beli minyak masak kat pasar malam, pakai tong punya, memang murah,, rupanya bila dapat tau, minyak tu, minyak second hand, semenjak itu aku tak beli lagi, aku terus beli minyak yang packing botol, tak kira apa brand, janji goreng pon sodap....



Aku ingat kes ni dah selesai dah, rupanya semakin bertambah haru biru lagi,, di Melaka dan Negeri Sembilan heboh lagi bab minyak masak ni... Kesucian minyak_dipertikai.

Apa pun jangan ingat kita tak kena, sebab kita dok makan minyak beli kat supermarket botol punya, cap pisau, vee sawit dan sebagai nya, 100% kita makan kat rumah?!!!..., bini masak,..bibik yang masak,.....
Apa cerita yang dok makan kat warung, kat kantin, kedai mamak zambry 786, beli nasi bungkus...., yang jenis bawa mangkok tingkat (Sia) semua tu apa cerita, orang meniaga nak untung, makanan dijual nak kena murah, jual mahal orang tak beli nanti, nak tak nak, guna bahan-bahan masakan yang murah, yang penting sodap, besok orang mai beli lagi, halal haram belum tentu tau...






2 comments:

  1. Saya memang cuma guna minyak yang 'terbaik' dan kalau guna semula pun maxima 3 kali guna aje. Brand pun cuma 2~3 brand ajer. Bukan riak, tapi sebab masa orang rumah mengandung sulung, bau minyak yang ada brand populor pun dia kata busuk jadi carilah minyak yang paling sesuai untuk dia dan guna sampai laaa ni. Abih nak buat camno?
    Kesimpulan - makanlah kat rumah....

    ReplyDelete
  2. Memang minyak yang ada brang baunya kurang enak, terutama minyak kacang..., begitu juga minyak zaitun, bau tak dan rasa pun tak sedap, tapi itu yang terbaik, mahal pula...

    Saya pula paling suka bila masak nasi goreng guna minyak lepas gereng ikan,, sedap rasanya..., kolestrol belakang kira... tetapi bukan selalu pun, tunggu nasi sejuk yang tak habis terkumpol...

    Cuma sekarang bila tinggal berdua dengan bini, anak-anak semua dah balik ke tempat pengajian, bini saya masak yang rebus-rebus sahaja, orang kata masak singgang, asam rebus...,bukan apa,,, nak kurangkan makan,,,
    Saya memang kuat makan...he he..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari