Gambar ni dah lama aku pi ambik, kalau tak silap pertengahan bulan lepas, nak terus siar cerita tak berapa lengkap.., jadi aku tangguh seketika...
Semalam seorang pembaca telefon aku, bagi tau tanah kepunyaan Guthrie, kemudian di ambil alih Sime Darby lepas Golden Hope, begitulah lebih kurang, aku tak berapa faham sangat, cakap dalam h/p, menurut sahabat aku tu, tanah-tanah pun dah nak dijual,, sign board dah terpasang.....
Jadi nampaknya, era pemerintahan Zambri ni selagi ada apa yang boleh dijual, semuanya jua, selagi boleh bolot. ia bolot, seperti mana kekecohan berlaku dalam sidang DUN Perak baru-baru ini mengenai tanah setinggan di Pulau Pangkor tu, dibolot dan diberikan kepada ibunya yang tersayang.. Itulah rupanya manusia sama spesis dengan Mahathir bila ada kuasa, kayalah kroni-kroninya...
Jadi bila dah banyak sangat kisah sebegini, maka barulah aku paparkan cerita bergambar dibawah ni... Nak jelas lagi gambar ni klik 2x pada gambar..
Aku sempat bertanya dengan seorang Pakcik yang nampak sikit gambar rumahnya dalam gambar di atas sekali tu... menurut Pak Cik tu, tanah Bukit ini diruntuhkan adalah kerana nak dibuat kawasan tapak perumahan penduduk setinggan yang ada dipersekitaran kawasan Teluk Muruk. tanah tersebut adalah tanah rezab kerajaan, Tanah bukit ini diruntuh adalah dengan kebenaran Pejabat Tanah sendiri dan di pantau oleh Jabatan Hutan, kata Pakcik tu....
Kemudian, selepas itu aku jumpa seorang pegawai di Pejabat Tanah Daerah Manjung, sekarang dah bertukar keluar selepas Perak di rampas oleh UMNO, menurutnya memang betul seperti apa yang diceritakan oleh Pakcik tu, tetapi beliau berkeyakinan, atas kertas sahaja kononnya tapak tanah yang diruntuhkan itu diperuntukkankan kepada kaum setinggan, tunggu sahaja bila dah siap nanti......
Bab itu aku tak kisah sangat pun, memang aku dah masak sangat dengan cara pembahagian mengikut sistem keadilan UMNO laknatullah tu, cukuplah, yang aku pertikaikan... kenapa tanah bukit sebegitu dijadikan tapak perumahan..., banyak lagi tanah-tanah kosong milik kerajaan yang boleh diguna pakai di daerah Manjung ni...
Sebabnya ialah seperti dalam gambar dibawah inilah... Inilah sebab utamanya...
Salam,
ReplyDeleteNampaknya tak ada komen dari oghang Peghak. Mungkin negeri Perak masih banyak bukit yang belum diratakan lagi. Atau rakyat Oerak dapat faedah dari bukit2 yang diratakan itu. Cuma manjungmari yang terasa pentingnya mengekalkan bukit2 itu untuk tatapan generasi akan datang bukan semata2 melihat keuntungan sahaja. Wallahuaklam.
Kerana duit membuatkan orang jadi tamak dan jahat.Mereka langsung tak memikirkan kesan yang bakal dihadapi oleh penduduk setempat.
ReplyDelete