boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, December 17, 2010

Shahrizat Jalil.... Apa Cerita ni.....

Dalam tempoh seminggu dua yang lepas, ada kenyataan Menteri mamak betina yang juga Ketua Betina-betina parti gerombolan mempertikaian ada anak-anak gadis yang bawah umur telah menikah…

Sehinggakan menteri ini sanggup memerintahkan Kementerian Kebajikan Masyarakat menyiasat di atas kes perkahwinan bawah umur… Baca DI SINI.

Sekarang ni aku nak tanya, bagaimana pulak dengan kes di bawah ini, tak teringin ke nak siasat, atau nak mengatasi masaalah tersebut, massalah tak akan selesai jika sekadar dengan membina Sekolah Harapan...

Dasar salah laku zina masih kabur, pakat LPPKN

December 16, 2010

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Penguatkuasaan dasar yang jelas adalah perlu bagi membendung salah laku seksual dan penzinaan yang kian meruncing dalam kalangan remaja, kata Ketua Sub Unit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Hamizah Mohd Hassan.

Kita memang mempunyai beberapa polisi atau dasar tetapi ianya masih kabur dan samar-samar, malah tidak ada satupun yang menekankan tentang isu salah laku seksual atau penzinaan,” katanya kepada Bernama pada Muzakarah Pakar Menangani Zina serta Pembuangan Bayi di Kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah di sini hari ini.

Hamizah berkata dasar sedia ada lebih menjurus kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial sahaja tetapi kurang memberikan perhatian kepada penzinaan dan salah laku seksual.

“Remaja hari ini menjadikan zina sebagai kerjaya umpamanya perniagaan seks...GRO, kerana ia mendatangkan pulangan lumayan dan menguntungkan, malah ada antara mereka berumur 16 hingga 18 tahun,” katanya.

Hamizah juga berkata rumah-rumah perlindungan dapat memberikan ruang dan peluang kepada golongan remaja untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.

“Sekarang ini terlalu ramai remaja yang hamil luar nikah atas dasar suka sama suka tetapi saya harap rumah-rumah perlindungan lebih kepada kes-kes sumbang mahram dan rogol,” katanya.

Bekas pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Fatimah Abdullah berkata, pendekatan holistik melibatkan keluarga, remaja dan komuniti perlu dibentuk kerana dasar dan program bersepadu yang menjurus kepada remaja hamil tanpa nikah tidak ada pada masa ini.

“Tiada data lengkap mengenai mereka khususnya berkaitan dengan latar belakang sosioekonomi, pergaulan, hubungan hetroseksual dan pengalaman hubungan seks sebelum berkahwin,” katanya dalam kertas kerja ‘‘Analisis Sosial Kes-kes Zina Berdasarkan Data Daripada Kajian Mengenai Kehamilan Luar Nikah’’ yang dibentangkan pada muzakarah itu.

Beliau berkata kaedah-kaedah yang dilakukan di Barat seperti penggunaan kaedah kontraseptif untuk pencegahan kehamilan tidak wajar diaplikasikan dalam konteks remaja Melayu yang beragama Islam.

“Peningkatan bilangan remaja hamil tanpa nikah dalam kajian sosial adalah manifestasi kepada isu yang lebih besar tentang kekalutan dalam struktur organisasi sosial dalam masyarakat,” katanya.

Pengasas dan Pengarah Kem Modal Insan (KEWAJA) Yahya Mohamed Yusof berkata bahawa pada tahun ini pihaknya telah menerima 260 orang gadis yang hamil luar nikah berbanding 240 orang tahun lepas.

“Sejak KEWAJA ditubuhkan pada tahun 1988 dan sehingga kini terdapat lebih 2,500 gadis hamil luar nikah, ini antara kenapa kita memerlukan satu polisi dan dasar yang dapat membincangkan masalah ini secara lebih serius,” katanya.

Yahya, yang mempunyai pengalaman 20 tahun mengendalikan rumah perlindungan, berkata rumah perlindungan diibaratkan seperti ‘‘Persatuan Bulan Sabit Merah’’ dalam membantu remaja yang bermasalah.

“Apabila mereka ada masalah, mereka takut, keliru dan tidak tahu ke mana nak tuju malah ada di kalangan mereka hilang keluarga, jadi sinilah tempat mereka mendapatkan perlindungan,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari