Guru agama disaman bawa motosikal lebih had laju
BALING 14 Mac – Seorang guru agama yang kabur mata kiri terkejut apabila menerima saman trafik atas kesalahan menunggang motosikal melebihi had laju di Km 46 Jalan Alor Setar-Butterworth, tiga tahun lalu.
Abdul Wahab Tampal, 65, yang mengalami masalah kabur mata kirinya berkata, selain tidak pernah melakukan kesalahan melebihi had laju itu, dia juga tidak pernah melalui jalan tersebut selama ini.
Dia yang hanya mampu menunggang motosikal tidak sampai 10 km di sekitar tempat tinggalnya di sini, hairan bagaimana dia boleh dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa antara 90 hingga 250 kuasa kuda.
Sedangkan, kata Abdul Wahab, dia hanya mempunyai motosikal Honda berkuasa 70cc dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau ke rumah saudara berdekatan.
"Saya hanya menunggang motosikal buruk berkuasa 70 cc sahaja itupun di daerah ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini hari ini.
Dalam notis saman yang diterimanya, Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PEX 9314 dan melakukan kesalahan tersebut pada 10 September 2008, kira-kira pukul 7.30 pagi. - Utusan
apa komen polis? silap haribulan ada pula nanti basikal juga disaman krn dikayuh laju (tahun 40-an/50-an basikal ada nombor plat, tau)
ReplyDeleteNo plet pun dah salah, kira batal la saman tu.
ReplyDeleteBenda kecik je ni pun nak masuk paper. Kalau no plet dua dua moto tu sama baru la boleh kecoh kecoh.
elok pakcik ni bawa kes pi mahkamah saja saman malu.
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteBenda kecik je
March 14, 2011 11:03 PM
Kamu nampak kecik anoni, tetapi urusan untuk menyelesailan masaalah itu besar, saman yg tak sepatutnya dia dapat nak kena uruskan, kalau kena pada kamu camner? Kamu dengan bangganya akan berkata, "Benda kecik je!"
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletePada yg tak puas hati atas tu, nampaknya kamu tidak membaca berita tersebut atau kamu tidak faham apa yg kamu baca. Saman yg diterima pakcik itu menyatakan motorsikal adalah bernombor plat PEX9314 dan untuk motorsikal berkuasa 90 hingga 250cc walhal motorsikal kepunyaannya adalah berplat PCV9314 dan berkuasa 70cc.
ReplyDeletePerkara ini adalah jelas kesalahan catitan dan bukan kesalahan pakcik atau motorsikal dia, dia cuma perlu memberi laporan polis tersebut pada JPJ untuk bersihkan namma dia. Sudah tentu rekod JPJ juga akan tunjukkan butiran sebenar motorsikal dia.
Melainkan saman tersebut adalah betul di mana pakcik tu memandu motor lain berplat PEX9314 dan menerima sendiri (dan tandatangan) saman yg diberi!
Perkara kecil macam ini memang selalu berlaku dari dulu lagi. Tak perlu lah nak emosi, bukan susah nak selesaikan hal ni.