boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, March 31, 2011

Daim yang Diam. - BN Sarawak akan hilang banyak kerusi..

Salam Sejahtera.
Kenapa Daim bersuara lagi,, apakah ini sebagai cobaan dan bukan benar-benar bukan cobaan..

Harap-harap suara-suara yang keluar dari mulut Daim yang selalunya diam menjadi kenyataan, malah lebih dari itu lagi...

Moga-moga Sarawak menjadi pembuka jalan buat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya...

Bahasa

Daim: BN boleh kekal di Sarawak tapi diramal hilang banyak kerusi

March 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi di Sarawak kali ini tetapi boleh kekalkan majoriti “selesa.”

“Saya fikir Barisan Nasional akan menang tetapi lebih banyak kerusi akan pergi kepada pembangkang,” kata beliau pada syarahan awam di Universiti Tun Abdul Razak hari ini hari ini.

Pada akhir 2007, bekas menteri kewangan dan bekas bendahari agung Umno itu telah meramalkan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah akan menerima nasib seperti Kelantan yang dikuasai PAS pada 1990.

Ramalan itu menjadi kenyataan dengan lima negeri dikuasai pembangkang termasuk Perak dan BN kehilangan majoriti tradisi dalam pilihan raya umum 2008 yang disifatkan sebagai tsunami politik.

Pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 akan diadakan bulan depan dengan hari pengundian jatuh pada 16 April manakala penamaan calon 6 April.

MENYUSUL LAGI

2 comments:

  1. mudah2an masin mulut hg daim..ameeeeeen

    ReplyDelete
  2. kata la serawak akan tumbang habih kali ni, baru taib nak gelabah,tengok dia punya tak bomoh nak kata apa pulak.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari