boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, April 4, 2013

Exco Midah Osman dah mula meroyan angkara fitnahnya sendiri.

Spesis umno, sama juga spesis yahudi,, mengaku beriman tetapi mereka yang menentang hukum Allah,,,
Dah buat fitnah,, bila dah kena saman di tuduh orang yang kena fitnah memfitnahnya pula... ada akai ka...


Hamidah Osman : "Khalid Samad Fitnah Saya"



alt


SHAH ALAM 4 April - Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini petang semalam bahawa tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memfailkan saman terhadap beliau jelas bermotifkan politik.

Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak ini berkata, ini kerana Abdul Khalid hanya memfailkan tuntutan terhadap beliau seorang sedangkan banyak blog lain yang lebih banyak pengunjung turut menyiarkan penulisan dan pelbagai gambar berkenaan isu sama mengenai plaintif.

"Sedangkan artikel asal saya hanya ada artikel untuk mempertahankan kalimah Allah tanpa sebarang gambar. Jelas tuntutan plaintif ini hanya bermotifkan politik," katanya pada pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili beliau.

Beliau merupakan defendan dan selaku saksi pertama dalam perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Hashim Hamzah.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor memfailkan saman terhadap Hamidah dua tahun lepas, berhubung penyiaran gambar 'superimpose' beliau yang disiar dalam blog defendan pada Januari 2010.

Pernyataan tuntutan Abdul Khalid, yang difail pada 23 Disember 2011, mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seolah-olah seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.

Hamidah menegaskan Khalid mendakwa dirinya adalah penulis artikel yang mempunyai gambar 'superimpose' plaintif sedangkan beliau bukan penulis artikel itu dan tidak pernah meletakkan gambar tersebut di dalam artikelnya.

"Artikel asal pun tidak ada sebarang gambar, kononnya melalui gambar itu saya telah menuduh plaintif seorang yang murtad dari agama Islam. Isu murtad ialah isu yang serius yang perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

"Bagaimanapun saya ingin menegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menuduh plaintif telah murtad dari agama Islam dan tidak pernah 'superimpose' gambar seperti yang didakwa dalam artikel itu," ujarnya.

Beliau turut mendakwa, artikel asal beliau dibuat susulan kes Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya 'Herald The Catholic Weekly' dan beliau mengajak umat Islam bersatu mempertahankan kalimah Allah kerana penggunaan kalimah itu oleh orang bukan Islam adalah membahayakan akidah umat Islam.

Katanya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-82 pada 7 Mei 2008 menghalang penggunaan kalimah Allah untuk diguna pakai oleh orang bukan Islam.
 
alt

Ketika disoal balas oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Khalid, beliau menjelaskan selepas menerima tuntutan saman daripada plaintif pada November 2011, beliau ada memberitahu peguamnya bahawa artikelnya tidak pernah mempunyai gambar 'superimpose' Abdul Khalid.

Mohamed Hanipa: Kalau pernah beritahu kenapa dalam pembelaan kamu tidak nafikan kewujudan gambar dalam artikel?

Hamidah: Saya tidak faham bahasa peguam, saya cuma mengaku gambar itu bukan dibuat oleh saya.

Mohamed Hanipa: Plaintif tidak pernah tuduh kamu buat gambar (superimpose), beliau cuma cakap ada gambar dalam blog kamu.

Hamidah: Setahu saya, saya tidak pernah akui kewujudan gambar itu.

Mohamed Hanipa: Saman ini telah difailkan seawal 2011, kalau (dakwaan dalam artikel dan gambar 'superimpose') tidak betul kamu awal-awal sudah mohon batalkan saman ini.

Hamidah: Bila saya dapat saman, saya serahkan kepada peguam (untuk tindakan selanjutnya). Saya telah terangkan kepada peguam bahawa artikel asal saya tiada gambar ('superimpose'), saya hanya ada nyatakan tentang keputusan Mahkamah Tinggi yang benarkan penggunaan kalimah ALLAH.

Kepada cadangan lain oleh Mohamed Hanipa, Hamidah tidak bersetuju bahawa beliau telah membuang artikelnya yang mempunyai gambar 'superimpose' plaintif hanya selepas menerima saman dan selepas permohonannya untuk membatalkan saman Abdul Khalid ditolak.

Defendan juga tidak bersetuju dengan cadangan Mohamed Hanipa bahawa tujuan beliau memasukkan gambar 'superimpose' Abdul Khalid dalam blog miliknya hamidahosman.blogspot.com adalah untuk membuatkan orang Islam mempercayai bahawa
plaintif telah masuk agama Kristian.

Perbicaraan bersambung 12 April.
Sumber : Link

ha ha... tercalon ke tidak si Midah ni pada Pru13,, silap-silap dah tercalon,, 12 Apr didapati bersalah.... terkeluar senarai lah kamu Midah...nombor 2 selepas kak Ijat....




No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari