boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, January 21, 2010

Isu Rokok - Cadangan yang Bangang..

Salam Sejahtera...

Sekotak rokok pek 20 btg berharga RM50.00. Aku mula belajar merokok waktu aku masih sekolah lagi, waktu tu rokok 555, sebatang 5 sen, sekotak 10 batang 50 sen, kalau duit tak berapa mengcukupi, aku hisap roko Gold Leaf, murah 10 sen dari rokok 555, kekadang tu ada lebih sikit rokok Benson& Hedges (Rokok ini kekal hingga sekarang).

Bila lepas sekolah habis SPM, tahun 1978, aku mula bekerja di Kilang Perak Carbide Corp Bhd, sekarang di tukar nama MCB bersebelahan Simpang TOL keluar Taiping Utara (Kemunting), aku mula hisap rokok yang ada brand sikit Lucky Strike, mahai sikit, RM1.30 sekotak 20 btg, kekadang Camel, kemudian berubah yang lebih keras lagi, Pall Mall panjang sikit dari Lucky Strike.

Rokok dah tak boleh jalan lagi dengan aku, sampai 2 kotak sehari, aku cuba sulam dengan hisap pipe, tembakau Cap Nenas, kekadang tembakau Blend Eleven, memang menjimatkan satu tin tembakau tahan 3 hari buat aku.

Bila aku masuk Navy, tahun 81, aku masih hisap pipe, rokok kekadang sahaja, mulalah kekawan aku panggil aku tok.. sebab hisap paip, sehinggalah sekarang ni, masih panggil aku Tok sehinggalah ditempatkan di Woodland Singapura. Rokok di Singapurarasanya tak sama dengan rokok Malaysia, rasanya lebih kurang rokok free tax di Labuan ataupun Langkawi, tak power langsung, dan rokok Malaysia hanya sekotak sahaja yang dibenarkar bawa masuk oleh Kastam Singapura.

Bila aku di Singapura rokok Malaysia susah nak dapat, tembakau pipe pun mahal, lepas tu paip aku tu kekawan banyak dok minta sama nak hisap, gila.. mana boleh nak bagi...nak cari jalan mudah, aku tukar lagi hisap rokok balut pula, aku dah lupa jenamanya, tetapi bila kita beli tembakau bungkus warna biru, ada disediakan sekali kertas pembalut rokoknya, masih mengungtungkan jika dibandingkan dengan harga rokok.

Nak jadikan cerita, sewaktu aku di Woodland, aku telah ditugaskan mengiring peluru-peluru yang dibawa berpindah dari Kem Tebrau Johor Bahru ke Lumut dengan kapal KD Indra Sakti, seronoklah hati sebab bila selesai tugas boleh dapat cuti balik kampong di Taiping.., sewaktu dalam kapal dua hari satu malam, rokok yang aku hisap ialah rokok free duty sahaja, sebab dalam kapal ada jual rokok dan arak free duty.. ini waktu tahun 80 han.. sekarang arak dah tak ada lagi..

Bila aku balik ke kampong, aku diserang demam dan batuk, sehingga mengeluarkan kahak yang mengandungi berdarah, mungkin kerana sewaktu dalam kapal suasana tak sesuai, ditambah cuaca yang amat panas, daripada demam dan batuk ini, tekak aku menjadi pahit rasanya, baki rokok Lucky Strike yang beberapa batang lagi terus aku peronyok dan buang, dan dari sini aku bertekad dan terus berhenti merokok sehingga sekarang.

Bila aku dah ada pengalaman merokok, aku tahu masaalah merokok..., memang susah nak berhenti, 6 bulan lebih aku merana, berlejeh air lior bila selepas makan, tetapi aku terpaksa kuatkan semangat sehingglah sekarang alhamdulillah.

Bila cadangan Timbalan Menteri Kesihatan akan membuat kajian menaikkan harga rokok sehingga RM 50,00, aku rasa itu cadangan bangang untuk rakyat yang merokok tetapi
menguntungkan kangtung kerajaan dan juga penyeludup rokok. Bila rokok dalam pasaran terlalu mahal, rokok seludup dari negara jiran akan bertambah, penyeludup yang akan mengaut keuntungan.
Setakat kempen Tak Nak, mana ada orang nak ikut, malah ada jawapannya, rokok bengkok kat dalam gambar tu memanglah tak nak...

Sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan dah menggezetkan merokok itu haram buat orang Islam, tetapi tak Majlis Agama Islam peringkat negeri nak mewartakan fatwa tersebut, melainkan negeri Selangor, sewaktu Allahyarham Dato Ishak baharom menjadi Mufti.

Kenapakah Kerajaan tidak mahu bersungguh-sungguh mengharamkan apa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa dalam hal rokok, sperti mana di Mekah dan Madinah, rokok hanya ada jual di pasaran gelap.

Kalau iklan rasuah sekali sekala ada keluar dalam TV, kenapa merokok itu haram tak dapat dilaksanakan..., apakah cukai rokok yang cukup memberansangkan tabung kewangan negara menyebabkan kerajaan lebih suka menaikkan harga rokok hingg RM50.00.

Kesianlah anak-anak dan tanggungan kepada ahli perokok tegar. Merekalah yang akan menjadi mangsa kepada kenaikan harga rokok. Masaalah rakyat kalau sebegini pasti tidak akan selesai.

Berita berkaitan: utusan.

4 comments:

  1. Hei celaka, kalau kau dah tak isap rokok peduli hapa kerajaan nak bagi free ke, nak kena jual rm100 sekotak pun peduli hapa kau? ha kang aku dah kata, dulu kau memang kaki arak,betina masa dalam navy, tu lah sebab sekarang dok mengampu parti hamPAS sahaja kerana konon konon nak senang masyk syurga, memang babi la kau ni. Hei cacai tua, kau konform masuk neraka punya bila mampos nanti, sebab dosa arak kau tu, sampai mampos pun tak akan dapat ditebus.

    ReplyDelete
  2. Buat anoy 11:13
    Yang kamu tu konform ke masuk syurga, kalau orang dah beribadat kamu tu udah lebih alim ke? Tanya diri sendiri dulu sebelum anda disembahyangkan oleh orang lain.

    ReplyDelete
  3. hurm..!! dua2 pn budu, pukimak punya blog, sial...
    hang p mampus lar ngan parti bangsat hang tue, HamPAS.. DAPur, Parti Kuar Ramai {kecuali yg suka main bontot]..

    ReplyDelete
  4. Umno@bn mmg kaki lucah..penyokong umno@bn mmg babi tahap cipan.org umno la kaki peliwat,perogol,pembunuh,penjilat taik chua soilek.org umno@bn ni padan kne ltk ngn babi@anjing je.dasar jenis umno kafir!!!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari