boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, January 7, 2010

Musibah Yang Menimpa DS IR Nizar, Ada pengajarannya..

Salam Sejahtera...

Inilah buku (kitab) kuliah bulanan yang diajar oleh Ustaz Tarmizi bin Abd Rahman pada setiap hari Ahad minggu kedua setiap bulan di Surah Madah Fasa 1A Seri Manjung.

Pada bulan lepas, aku terlewat sedikit, pergi jam 9.30 pagi. kuliah dah mula, setelah dua bulan sebelum tu aku terlepas..,

Bab yang dipelajar mengenai kepercayaan kepada Malaikat. Dalam pada penerangan tersebut ada satu daripada malaikat yang Allah S.W.T tugaskan menjaga keselamatan manusia dengan gelaran malaikat hafadzah..

Rujuk

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar Rad - 11)

Sebagai contoh selalunya sewaktu kita dalam pemanduan kereta diatas jalanraya, kekadang tu sewaktu dalam memandu kita terlelap sedetik. atau seketika, maka malaikat inilah yang menjaga keselamatan kita sewaktu kita terlelap, bayangkan kalau streng kereta yang kita pegang sewaktu diselekoh!!.

Bila ditanya oleh salah seorang anak murid, apakah ciri-ciri untuk mendapat penjagaan dari malaikat tersebut, Ustaz menjawab, diantara ciri-cirinya yang aku sempat catit ialah ilmu makrifah, mempraktik ilmu yang dipelajari dan banyak berzikir dan berfikir..

Bila kejadian musibah pagi tadi yang berlaku kepada DS IR Nizar, kalau kita bayangkan mengikut apa yang berlaku pada kereta, tentulah negeri juga yang akan berlaku pada pemandu dan sesiapa juga yang berada dalam kereta tersebut.
Dengan keadaan keempat-emmpat tayar ke atas, ranap dibahagian enjin dan cermin depan..




Tetapi, Alhamdullillah, walaupun keretanya mengalami kerosakan renyuk teruk, tetapi tuan empunya badan, subhanallah...

Masih lagi steady, siap boleh duduk bersila lagi...

Apakah ciri-ciri yang Ustaz Tarmizi sebutkan itu yang sememangnya ada pada diri Nizar itu,

Aku pasti, DS Nizar adalah salah seorang hamba Allah yang mendapat perlindungan dari malaikat hafadzah...

Kejadian yang yang berlaku memang dah ditakdirkan, pasti akan berlaku..., cuma keselamatan diri, alhamdulillah.. Itulah hamba Allah yang banyak melakukan kerja-kerja dengan penuh keilhlasan, maka inilah sebahagian yang beliau dapat, sama-samalah kita fikirkan...

3 comments:

  1. tu Allah nak bagi ingatan supaya jangan dok bongkak sangat dalam politik. padan muka ko nizar oi....kalau mampos macam yang akan allah turunkan kepada tuan punya blog ni lagi baguih

    ReplyDelete
  2. ni semua disebabkan oleh umno...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, tmpg lalu. Siapa yg bongkak nie... kita jgn la jd bongkak, sombong, gembira kerana musibah yg menimpa org lain. Klau kena thadap kita mcm mana....? Ingatlah Allah maha besar. Allah maha berkuasa.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari