Berita di atas bukan dari tuan empunya badan, jawapan dari Dr Asri.. "Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.
Kenapa lambat sangat nak buat keputusan!!, Apa yang berlaku di alam nyata di Bumi Malaysia jelas tanpa apa-apa yang terselindung, pilihlah di antara 1 daripada 2... 1Malaysia atau Islam For All.
Kalau rasa-rasa nak ingin popular atau glamour, inginkan kehormatan dunia, lebih hebat lagi dari jawatan Mufti sebelum ini silalah,, kami pendokong-pendokong PAS amat mengalu-alukan tindakan tersebut, Silalah,, bukas setakat 100 ulamak, seribu atau sejuta sekali pun apa kami nak hairan,, Kami akan tidur lena seperti biasa jika mata dah mengantuk.
Anda semua bukan dari jemaah Parti PAS, tak perlulah pemergian anda ke UMNO kami nak risau, PAS dah alami lebih dari itu, Presiden PAS Arwah Datuk Asri pun pernah keluar PAS serta UMNO, Timbalan Presiden Nakhaei masih idup segar bugar lagi, pun keluar dari PAS serta UMNO, PAS tetap PAS.
Silalah Dr bersama 100 ulama membantu perjuangan UMNO, tolonglah carikan fatwa halalkan judi buat UMNO, keluarkanlah ijtihad, apalah salahnya buat ekonomi Malaysia, daripada tak dapat cukai dengan keluarnya lesen halal dapat cukai...
Namun Dr kena ingat... Sejarah politik UMNO masih segar dalam ingatan. trajedi 1998.. tak percaya... tanyalah pada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.... fikirkanlah... 1Malaysia atau Islam for All.
Susah sangat ka nak fikir, bab ni tak payah nak susah-susah buat sembahyang istikharah, saya yang tak ada PHD, belajar hanya setakat SPM Pangkat 3 tahun 1978 pun boleh memikirkannya..
Kalau Tuan jadi Asri......boleh ketaq kepala lutut...mana satu nak pilih?
ReplyDeleteKalau Asri masuk UMNO, UMNO memang Power, bukan setakat MB kucing kurap melompat , yang ada Dr pun tertarik dgn UMNO...kalau ASri masuk UMNo aku satu kampung pakat masuk UMNO....hidup UMNO...
dah meroyan la tu....penulis blog ni dah terasa kempunan la tu....
ReplyDeletehanya umno memperjuangkan islam yang sebenar.....
sekarang perjuangan pas hanya untuk mencari kuasa dan sanggup mengadai nama ALLAH juga demi untuk menguntungkan perhubungan dengan dap dan pkr.
kalau depa (ulama) nak masuk mana-mana parti pun biaq pi laa..
ReplyDeletejgn laa buat andaian sendiri... tak baik!
tu la manjung mari , hang terlampau memuja dr.asri sangat dan terlampau mengata dan merendahkan dato asri muda sampai gambar dia pun hang tak nak letak padahal apalah sangat jasa yusuf rawa dibanding dengan dato asri walaupun dua-dua , asri muda dan yusuf rawa dua-dua aku sanjung dan dua-dua ada kaitan dengan aku , mmg dato asri salah dan silap masuk dan mati dalam umno tapi jasa dia pada pas tak terkira , dia lah yang bawa pas ke kelantan , membangunkannya , mendapatkannya kerajaan negeri dan membangunkan pas juga , ini sama sekali tidak menafikan jasa tg nik aziz sebab setiap orang ada jasa masing-masing mengikut zamannya , tula lain kali jangan terlampau mengata pada menantu syeih junid tola rangkuti - mentor kepada burhanudin helmy - adapun dr.asri masih muda , belum jelas apa jasanya , makan garam lagi kurang dari aku dan mike manjung mari , takat trend zaman kini - sapa lebih popular , tuje , ilmu mcm dia bersepah kat msia ni , aku pun berani kata sama banyak ilmu dengannya , yang penting pas dan pakatan kena terus berdakwah tarik melayu yang masih banyak suka syirik,khurafat dan jin-jin. takat judi bola, pelajar uia dari dulu banyak yang suka berjudi , manjung , perjuangan kita panjang berliku, kita kena teruskan kerana dengan umno orang melayu akan binasa dan terhakis ... percayalah tapi pas kena terus istiqamah dan sering menghisbah diri , k , gua caya lu manjung , keep moving on and don't turn back !!!
ReplyDeleteKau nie MM nak kena buat laporan polis atas blog kau yg hina gambar PM, bini dia dan yg lain kerana menghina mereka melalui gambar kad daun trup...nie menghina namanya...tunggu kau laporan polis..biar dok dlm penjara wahai MM.
ReplyDeletemanan