boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, July 25, 2010

Awas Pimpinan PAS, Jangan jadi Sayfol Kedua..

Salam Sejahtera...

Tentu semua pembaca mengenali gambar saudara kita ni, tak perlulah aku nak terangkan... Untuk memudahkannya sila baca DI SINI.

Berat rasa hati ku nak tulis dalam hal ni, tetapi demi kepentingan jemaah Islam, terpaksalah aku ambik risiko menulisnya...

Semalam aku hari Minggu aku pi dapat makan kenduri si Shah Alam, seorang kenalan menjemputku ke jamuan kesyukuran pernikahan anaknya.

Semasa dok makan terjumpalah pula seorang jemaah, bersembang bercerita, macam-macam topik, last-last termasuk bab Ulama muda masuk UMNO terungkit sama.....

Mengikut jemaah ni anak lelakinya pun belajar di Jordan, sama universiti di Albayt University, Mafraq Jordan, anaknya baru tahun dua, dan sempat mengenali si Ustaz ulama muda dalam gambar ni, menurut anaknya Ustaz Hosni ni sewaktu di Jordan dulu adalah ahli KUJ...., hangpa tau apa itu KUJ.... Kelab UMNO Jordan....

Terkejut beruk aku sekejap..., betui ka...., terfikir balik aku bila membaca cerita-cerita rentetan dari Ustaz ni..., entahlah bermacam persepsi yang tibul dalam benak fikiran ku..., tup-tup semalam dapat cerita macam ni..

Harus kita ingat , UMNO yang terdesak, dan dipengaruhi oleh APCO sekarang ini, macam-macam boleh berlaku, mereka sanggup melakukan apa saja..jadi beringat-ingatlah .

Apa pun yang terbaiknya berita ini siasatlah terlebih dahulu, walaupun aku mempercayainya, tetapi aku tidak mahu memaksa pembaca mempercayai apa yang aku percaya,, siasatlah betui atau tidak, mungkin ramai ada pembaca-penbaca yang ada anak-anak atau adik-adik yang belajar di Jordan boleh memberi pengesahan....

Wallahhuaklam.

1 comment:

  1. kebanyakan mereka dipaksa masuk kelab umno, bila mereka balik ke malaysia, mereka tak masuk umno pun. umno aje yg syok sendiri.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari