boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, July 2, 2010

Sanggah Derhaka Buat Dr Asri..

Salam Sejahtera..

Siang tadi adi aku terbaca satu artikel dari Dr Asri, hukum Ulama sertai politik. Sebelum ini aku banyak menyetujui dari apa kenyataan atau artikel yang di tulis oleh Dr Asri, walaupun kekadang tu teguran sinis ditujukan kepada pimpinan PAS.

Aku sedar akan diri aku ini, tak ada ilmu yang setanding dengan beliau, malah sebesar biji sawi pun tiada jika nak dibandingkan dengannya, namun aku terfikir balik bila Dr Asri mengambil contoh

"Hal ini kita dapat lihat bagaimana Nabi Yusuf a.s. meminta jawatan menteri pembendaharaan Mesir, padahal Raja Mesir ketika itu bukan seorang muslim. Sistem yang dipakai juga, bukan syariat Allah".

Adalah kurang tepat jika faktor ataupun contoh Nabi Yusuf diambil kira, kenapa? Zaman Nabi Yusuf itu bolehlah kita samakan sekarang ini kalau kerajaan PAP di Singapura, kenapa, sebab di Singapura tak ada parti politik yang dasar perlembagaan partinya berlandaskan Islam, OK... ..

Tetapi apa yang berlaku situasi politik Malaysia lain, boleh kita umpamakan seperti zaman Nabi Muhammad S.A.W membawa Islam di zaman jahilliaah Arab Mekah menentang Abu Jahal, itu yang aku nampak. Kenapa Sirah Perjuangan Nabi tak dibuat contoh bersama...

Apakah dizaman nabi ada para sahabat Nabi mengambil pendekatan yang sama, iaitu menyertai kumpulan Abu Lahab dan berdakwah dari dalam sama seperti ulama muda 40?

UMNO dengan PAS pendekatan Islamnya yang masing-masing mereka dokongi adalah terlalu jauh perbezaannya, selagi UMNO mengambil dasar perlembagaan Lord Reid sebagai undang-undang, maka selagi itulah Islam UMNO dengan Islam PAS akan berbeza, ingatlah kembali kata-kata TGNA, UMNO beramal dengan Islam pelastik.

Maafkan saya Dr, jika sanggahan saya ini tidak tepat..

3 comments:

  1. Memetik kata penulis:

    "Apakah dizaman nabi ada para sahabat Nabi mengambil pendekatan yang sama, iaitu menyertai kumpulan Abu Lahab dan berdakwah dari dalam sama seperti ulama muda 40?"

    Bagaimana pula dengan PAS, bukankah PAS menyertai PR kerana ingin berdakwah kepada DAP dan PKR?? Adakah PAS mengikut pendekatan para sahabat Nabi??

    ReplyDelete
  2. asemal..

    PAS menyertai PR, hasilnya sekarang yang sama-sama kita dapat lihat, DAP pun turut menentang Judi Bola, mereka dah faham islam, walaupun sedikit tak keseluruhan, selain dari itu, perhatikan ketegasan TGNA, yang sentiasa menyanggah Karpal Singh mengenai negeri Islam. Biarlah Karpal Singh dengan prinsipnya, tetapi rakyat Malaysia dari bangsa India dan Cina dah berpuluh ribu yang menyertai Kelab Pyokong PAS, kenapa ! Sebab mereka dag faham pendekatan Islam yang PAS bawa..

    Berbeda dengan UMNO dalam Barisan, mereka bersama-sama dengan MCA dan MIC menentang hukum hudud, cuba mengeluarkan lesen judi yang terbaharu, Islam sebegini yang saudara mahu.., Ketuk Kepala Tanya Iman...

    ReplyDelete
  3. bro DAP bukan menentang judi la. kalau tentang lasen judi yang lain dia dah boleh tak renew. dia nak sabotaj Najib. bila V.Tan tak untung pasal tak leh cari makan kat negeri pakatan so sumbangan utk PRU akan datang kurang la sket. its all politics bro. sma je ngan PAS

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari