Oleh Rahim Othman
KISAH TONG NAJIS, BAS DAN PEMANDU
**Wahai UMNO ! Kalau nak bermuzakarah atau mencari jalan perpaduan bersama PAS pun bersihkan diri dengan sebersih-bersihnya ATAU dengan kata mudahnya SAMAKLAH DIRI ANDA DULU.
Nampaknya Umno terus terusan mempelawa PAS untuk duduk semeja bulat bersama mereka dalam keadaan badannya umpama “Tong Najis” itu. Pas tak mau dan tak mau !. Pas dengan tegas menolak. Salahkah Pas ? Kenapa UMNO tak faham-faham ! Dah meroyan? Dah gila talak ? Kenapa degil sangat ?... Ooooo.. kalau nak tahu... itulah pendekatan yang dibawa oleh YAHUDI.
Kan sudah terbukti “Tong Najis” itu sangat kotor. DS Anuar telah cuba mencucinya dari dalam tapi gagal. DS Anuar kira-kiranya bernasib baiklah ! sebab dengan kuasa Allah beliau terpelanting keluar dari dalam tong najis itu . Maka berpusu-pusulah ahli-ahli “Tong Najis” yang lain keluar menuruti Anuar , lalu menubuhkan PKR. Kini PKR terus berkembang dan mendapat sokongan padu yang luar biasa dari seluruh masyarakat di Malaysia, lebih-lebih lagi orang Melayu
Salahkah mereka yang keluar meninggalkan Tong Najis itu ?.
Sebenarnya UMNO merasa malu nak buat pelawaan. Tapi adalah lebih malu UMNO mempelawa Pas untuk bersatu dan bekerjasama dengannya... kerana UMNO seolah-olah yang tidak menghormati bahawa Pas adalah sebuah parti bersih dan tidak tercemar dengan najis.
Sudah 50 tahun Umno/BN diberi kuasa memerintah – kini nampak benar, mereka tidak lagi mampu dan hilang kepercayaan rakyat.
Mari kita umpamakan Negara ini adalah sebuah bas dan BN adalah pemandu... Penumpang pula sebagai rakyat .Penumpang merasa amat tidak selesa dan takut berada di dalam bas itu , kerana pemandu nya memandu bas itu secara gila-gila, kadang-kadang mabuk. Pemandu sering melanggar peraturan lalu-lintas , dan selalu berlaku kemalangan. Jadi,..sebelum bas bertambah rosak dan runtuh, wahai pemandu bas yang mabuk ! Kami nak TUKAR PEMANDU !. Kami hendak pemandu yang lain ! ..Orang lain pun boleh memandu
Wahai pemimpin BN ! Serahlah mandat baru kepada “PAKATAN RAKYAT”. Mereka hendak membuktikan yang mereka boleh memerintah dengan cemerlang, adil, amanah, telus, tidak rasuah dan tidak menyalahguna kuasa. Mereka pun rakyat Malaysia juga !... Melayu, Cina India – sama macam BN. Kenapa takut sangat ?. Buanglah rasa TAMAK KUASA itu jauh-jauh. TAPI,, SANGGUPKAH UMNO/BN mengambil sikap terpuji ini ? – sama-sama kita tunggu
Penulis : rahimothman – 22/7/2010
HASSAN ALI & HARUSSANI ZAKARIA
ReplyDeleteJuly 25th, 2010 Mula-mula Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata pemimpin PAS dan UMNO ada bertemu beliau dan mereka berbincang soal perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu. Kemudian beberapa orang pemimpin PAS menafikan bertemu Harussani.
Hari ini, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali kata dia bertemu Harussani. Mereka bincangkan hal-hal yang berhubung dengan kapasitinya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Beginilah senario politik Melayu yang lucu dan semakin melucukan.
Saya cuma ada tiga persoalan:
Pertama, perlukah Harussani menghebahkan kepada media pertemuan dan perbincangan beliau dengan mana-mana pemimpin politik, termasuklah dari UMNO dan PAS?
Kedua, mengapakah apabila berlaku saja perbincangan (sekiranya ada) yang melibatkan parti-parti politik Melayu-Islam seperti UMNO dan PAS, maka ada pihak yang tidak tidur malam?
Ketiga, adakah pemimpin politik DAP, MCA dan Gerakan tidak pernah bertemu dan membincangkan kepentingan bersama?
baguslah...adapengakuan pun..mula mahfuzmampos dan sallehudin dan kuncu2, nafikan sekeraskerasnya... fitnahlah,mcm kata nista.....lu tengoklah sendiri....mana nak sorok muka..... lu orang.....ceritalah kat dinding.....biaq kena hempap dinding.....kojol terus.....
ReplyDeletejawablah hangpa semua kat kuboq, segala dakwaan dan cerita bohong,tipu,belit, koma semua.............buanglah kopiah tu....
ReplyDeleteaku selalu respect koma semua, kalau cerita yang benar dan betul... tapi meluat bila hangpa selalu sangat buat cerita yang membohong.....bersambung.....
demi kepentingan politik hangpa semua buat cerita membohong ...tu yang tak betul. Dari yang atas sekali hingga ke ahli biasa..sama aja..penipu /pembohongan......ingatlah dosa tu....inikah yang PAS ajaq...
dulu tak le camni....6 kali undi aku bagi samarata, tapi kali ni aku
kena fikiaq 100kali, takut terikut menyokong hangpa semua...menyokong pembohong,penipu.....demi sebuah politik buat ugama yang kononnya diperjuangkan.
inilah juga mengumpat cara moden,blogging, hangpa ingat lepas ke dosa mengumpat....lagi banyak dosa tersebar seluruh dunia....hangpa tahukan balasannya....insaflah.
Blogging mana pulak mengumpat. blogs kat internet satu dunia boleh baca, jadi kat mana mnegumpat nyer????..info terbuka tanpa sempadan lah lah umnongoks!!!
ReplyDeleteKalau info fitnah tu..puak2 umno lah yg selalu buat cerita fitnah.
nak sebar info....yang sahih...jgnlah hangpa sebaq info yang tidak tepat,membohong demi memburukkan insan yang lain...lagi teruk....takira siapa hangpa, siapa depa.....
ReplyDeletekalu anda pasti pun....islam tak bagi hangpa ,sebaq keburukan/kelemahan orang.......
latest trend, copy paste oranglain,
sebaq.......dengan alasan nak menyebaq info....pirah.......
info betui....kawan sokong........
kalau nak sebaq information, dibayangi rasa benci yang tak kunjung padam (sifat syaitan)......insaflah....rentikanlah....moga hangpa,kita semua diberkatiNya.