boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, November 14, 2010

Apa yang tak kena dengan Pasukan Malaysia

Kesian kat Pasukan Negara...

PENGADIL Australia, Ben Williams melayangkan kad merah kepada ketua pasukan negara, Safiq Rahim (dua kanan) pada perlawanan bola sepak Sukan Asia XVI peringkat kumpulan menentang China di Stadium Tianhe, Guangzhou, China, 13 Nov. Dua lagi pemain Malaysia turut dibuang padang. - Utusan/ASWAD YAHYA

TERKINI

Rajagobal mahu Ben Williams buat rawatan perubatan

14/11/2010 2:49pm

GUANGZHOU, China 14 Nov. – Jurulatih bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal menyuruh pengadil Australia, Ben Williams mendapat bantuan rawatan perubatan selepas pengadil itu melayangkan tiga kad merah kepada pemain negara di Sukan Asia, kelmarin.

Malaysia tewas 3-0 kepada China dengan hanya lapan pemain di padang sahaja selepas Mahuli Jasuli dan kapten pasukan, Safiq Rahmin dibuang pada minit ke-25 diikuti pemain, S. Subramaniam pada saat-saat terburuk.

“Saya tidak pernah melihat pengadil sebegitu di dunia sebelum ini. Saya fikir, sesuatu tidak kena padanya dan dia perlu melakukan pemeriksaan kesihatan,” ujar Rajagobal.

Safiq nyata terkejut dengan kad merah oleh Williams itu selepas kapten pasukan itu melakukan bantahan pembuangan padang Jasuli.

“Sebagai kapten saya perlu mengetahui, mengapa rakan pasukan saya dibuang padang namun dia melayangkan kad merah pada saya. Kemudian saya berlalu pergi dan dia sekali lagi melayangkan kad merah. Itu amat tidak wajar sekali,” kata kapten pasukan itu. - AFP


Komen.... Apakah yang merasuk jiwa dan perasaan pengadil dari Australia tu.... ada sesuatu agaknya dari Tuan Rumah...

3 comments:

  1. Bgi saya amat sakit hati apabila mengingatkan kpd mutu pengadilan ben williams pengadil dari australia itu... ramai yang menonton perlawanan tersebut. Amat malu jawatankuasa penilai pengadil pada sukan asia kali ini jika tidak dapat menilai cara2 ben williams mengadili perlawanan tersebut. Adakah ada dendam peribadi pengadil tersebut terhadap pasukan malaysia atau menerima sogokan daripada pasukan china atau sememang ben williams ini seorang pengadil paling bodoh didunia yang diiktiraf FIFA... tapi apa pun pasukan negara wajar diberi pujian atas kerana berjaya mengawal emosi & mental dgn provokasi2 ben williams itu dan wajar juga kita menganggap kemenangan china adalah satu kemenangan dayus...

    ReplyDelete
  2. FIFA dah buat siasatan & kajian, tiada kesilapan dalam pengadilan Ben Williams tue. Sampai Howard Webb pn cakap ben william memang tepat & sepatutnya dia layangkan lagi 2 kad merah untuk Malaysia. Sebab memang teruk & player malaysia main rugby dalam padang..shiaalll jer..wat malu nama negara!!! tak reti men..xpayah nak minta kasihan..bodoh piang!!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari