KOMENTAR
Iktibar politik 'selak kain'
Oleh
Maarof Salleh
BIARPUN Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah selesai lebih seminggu yang lalu, media utama negara itu masih terus menggemakan kesannya.
Berdasarkan ucapan dan perbahasan di sepanjang perhimpunan itu, ternyata Umno telah cukup bersedia memimpin parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi satu lagi pilihan raya untuk kekal berkuasa di
Ini mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia akan berlangsung tidak lama lagi. Mentelah ekonomi dunia mulai merudum.
Isi dan nada ucapan dasar dan ucapan penggulungan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga perdana menteri mendapat liputan meluas seolah-olah satu 'perisytiharan perang' dilancarkan ke atas pembangkang.
Terdapat dua teras utama dalam perhimpunan itu:
· Pertama, menonjolkan semula imej Umno sebagai satu-satunya parti politik yang mampu membela nasib bangsa Melayu di Malaysia serta berjuang demi mengekalkan hak dan ketuanan Melayu di negara itu; dan
· Kedua, menyerang parti pembangkang, khasnya Pakatan Rakyat (PR), yang mereka dakwa sebagai persekongkolan tiga parti - Keadilan, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) - yang berbeza ideologi antara satu sama lain, tetapi bersetuju bekerjasama semata-mata untuk menghapuskan semua hak dan kedaulatan Melayu.
Sudah tentu serangan demikian mengundang serang balas pihak pembangkang iaitu PR yang juga dua teras utama strateginya:
· Pertama, mendedahkan kelemahan-kelemahan dasar dan pelaksanaan dasar kerajaan, terutama kegagalan usaha membuat transformasi ekonomi negara termasuk membasmi kemiskinan tegar.
· Kedua, mendedahkan kes- kes rasuah berprofil tinggi dan amalan kronisme yang melibatkan beberapa menteri dan pemimpin parti kerajaan sebagai bukti komitmen memperjuangkan nasib Melayu hanyalah cakap kosong belaka.
Respons serta-merta sudah pun bermula apabila PR menganjurkan Rapat Rakyat di Syah Alam, yang sengaja diatur berlangsung pada malam Ahad bersamaan tarikh penutupan Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur.
Ini diikuti dengan bidasan-bidasan lanjutan dalam majlis-majlis ceramah dan menerusi terbitan rasmi parti-parti tersebut.
Demam politik
Ketika berada bersama rakan-rakan
Sebagai 'orang Singapura', saya mendapati sebahagian ucapan itu tebal dengan nada kekauman.
Di sini, kita agak terbiasa dengan keperluan bersikap peka dalam hal-hal yang berbau kekauman. Mustahil bagi kita mengungkapkan secara terbuka hal-hal yang boleh menimbulkan kegelisahan kaum dan agama. Hasrat itu tidak saya teruskan.
Ternyata, walaupun rakan- rakan tadi menimbulkan perkara bersangkutan Perhimpunan Agung Umno dan rentetan komen pascaperhimpunan, mereka tidak menimbulkan langsung isu hak, kedaulatan dan ketuanan Melayu yang menjadi isu hangat di perhimpunan tersebut.
Sebaliknya, rakan-rakan di seberang Tambak itu lebih ghairah memperkatakan cerita 'selak kain' yang dikaitkan dengan gelagat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, 58 tahun, ketika menjawab 'isu lembu' dalam perhimpunan itu.
Saya sendiri ingat peristiwa itu kerana kebetulan sempat mengikutinya melalui siaran langsung TV3.
Ketua Wanita Umno itu memang saya lihat beria-ia, lengkap dengan mimik mukanya sekali, ketika bercakap menolak tuduhan penglibatan beliau dengan penyalahgunaan dana menternak lembu dalam syarikat yang suami dan anak-anaknya mempunyai kepentingan besar.
(Tuduhan itu dibuat beberapa anggota pembangkang di luar perhimpunan).
Datuk Shahrizat bukan sahaja menyingsing lengan, malah mengugut akan selak kain, bagi menunjukkan betapa seriusnya beliau menolak dakwaan ke atasnya.
Bagaimanapun, sehingga akhir perhimpunan, beliau tidak dilihat mengotakan ancamannya. Tiada juga laporan media mengenainya.
Cerita 'selak kain' itu menimbulkan pelbagai komen serius dan lucu.
Seorang rakan bergurau meminta kami
Mungkinkah isu ketuanan Melayu akan tertolak ke belakang diambil alih ulasan mengenai bahagian tubuh Ketua Wanita Umno yang terdedah akibat kainnya yang terselak?
Komen demi komen ditimbulkan dalam sembang itu yang membuat setiap kami tidak kering gusi.
Seorang rakan menambah lagi kehangatan pertemuan itu dengan mengongsi cerita daripada sebuah tulisan yang sempat dibacanya beberapa hari lalu - perihal seorang pemimpin Kelab Taat Suami yang memberikan nasihat bahawa satu cara menyambut suami pulang adalah dengan berbogel.
Beliau tergelak membacanya kerana berasa lucu dengan nasihat itu.
Dalam hatinya, kalau pasangan muda baru berkahwin, bagus juga si isteri yang ada potongan dan seksi menyambut suami dalam keadaan bogel.
Bagaimana jika sudah 'veteran'? Si suami boleh jadi pengsan melihat isterinya yang sudah 'boyot' itu berbogel menyambut kepulangannya!
Berderai lagi tawa kami.
Namun, dalam suasana lucu dan santai seperti itu, tidak mustahil juga akan terselit rasa kesal di kalangan rakan-rakan tadi dengan gambaran 'politik Melayu' pada era global dan canggih sekarang kerana masih memerlukan gimik 'selak kain' untuk menghangatkan suasana.
Walhal nasib bangsa Melayu masih belum menentu dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran baru masa hadapan.
Saya sendiri membaca beberapa komen dalam wadah alternatif melahirkan rasa terkilan betapa perhimpunan hebat parti politik Melayu terbesar itu tidak dimanfaatkan untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengenai dakwaan penyelewengan atau salah guna dana yang menjejas nama baik parti dan kepimpinannya.
Politik 'selak kain' pula yang menjadi tumpuan utama.
Apakah pengertian sebenar di sebalik tumpuan mereka pada cerita 'selak kain' daripada ucapan dan perbahasan lain yang membayangkan kemungkinan akan terhapusnya hak, kedaulatan dan ketuanan Melayu di Malaysia?
Mungkinkah itu petanda bahawa orang-orang biasa seperti mereka sememangnya tidak serius mengikuti perkembangan perhimpunan parti politik Melayu terbesar di negara mereka dan sekali gus menjadi komponen dominan yang telah berkuasa sejak merdeka?
Atau, mungkinkah mereka menganggap isu kekauman yang ditimbulkan di perhimpunan itu hanyalah satu gimik biasa sekadar untuk memancing undi, bukan satu komitmen tulen berdasarkan realiti yang benar-benar mengancam?
Apakah lantaran itu, orang biasa, seperti rakan-rakan tadi, berasa lebih baik sahaja bagi mereka hidup biasa-biasa dengan hal-hal yang boleh diguraukan, sebagai bahagian yang menghiburkan?
Mungkin saya akan menunggu kesempatan lain untuk menemui rakan-rakan di
Sumber : cyberita.asia1.com.sg
No comments:
Post a Comment