Position Statement : Saya tidak mempunyai apa-apa kecenderungan kepada mana-mana parti dan saya juga tidak tergolong dalam kalangan politikus kampus. Surat terbuka ini sekadar untuk meng-ekspresikan pendapat atas kenyataan abang berkenaan (untuk menonton video abang ludah, sila KLIK DISINI)
Abangku sayang,
Biasanya, surat terbuka yang saya tulis didalam blog ini adalah dalam bahasa Inggeris, kerana, sebagai penutur bahasa Melayu yang sangat fasih, saya gusar saya akan menggunakan perkataan kasar/pasar yang mungkin dapat mengguris perasaan. Namun, melihatkan kepada keadaan abang yang sedikit ganas dan kelihatan tidak berbudi bahasa, saya gusar abang terdiri dari golongan yang tidak begitu memahami bahasa Inggeris, maka, saya terpaksa mengutuskan warkah ini dalam bahasa Ibunda.
Sebelum saya meneruskan tulisan ini, molek kiranya jika abang berkenalan dengan saya, saya Muhammad Qusyairi Hashim, pelajar tahun ketiga Jurusan Sains di sebuah universiti di Pantai Timur Malaysia dan merupakan seorang manusia yang don't give a damn mengenai politik (baca : politik Barisan Nasional dan Pembangkang). Namun, saya begitu minat dengan aspek politik (baca : ilmu pentadbiran dan falsafah bermula dari zaman Aristotle hingga kini). Saya harap abang faham mengenai saya sehingga perenggan ini, saya dengan sedaya upaya telah menggunakan bahasa mudah supaya abang faham apa yang ingin saya katakan. Sebelum saya terlupa, jika abang tidak tahu, Aristotle adalah ahli falsafah Greek yang juga anak murid kepada Plato. Jika abang tidak tahu siapa Plato, sila guna Wikipedia (Wikipedia adalah enjin carian maklumat atas talian).
Abang,
Tindakan untuk "meludah" itu adalah satu tindakan yang tidak baik samada untuk dilakukan ataupun sekadar dikatakan. Saya yakin ibu abang ada mengajar perkara sedemikian, abang tak perlu ke universiti untuk belajar perkara berkenaan, kerana jika perkara itu diajar di universiti, saya maafkan abang, kerana saya faham. Dari sudut adat dan budaya, tindakan ini dikira sangat biadap, abang yang diklasifikasikan sebagai seorang big bro (maksudnya abang yang agak tua, bukan bermaksud abang besar) dikira memberi contoh yang tidak baik kepada adik-adik kecil seperti kami. Walaupun mungkin tahap pendidikan kita berbeda, saya yakin, kami mampu menghormati abang sebagai seorang yang lebih tua. Bila bercakap isu meludah ni, teringat zaman kecil-kecil (lima tahun kebawah), kalau saya nak meludah, mesti ada saudara yang lebih tua akan cakap nak tampar, dulu saya tak faham kenapa, namun kini saya faham, mungkin saudara saya tidak mahu saya menjadi seperti abang.
Bercakap mengenai isu tampar-menampar pula, abang sedar apa yang abang lakukan? (Tulisan selepas ayat ini akan sedikit ilmiah, saya harap abang cuba untuk memahami, secara jujur, sebagai pelajar sains, saya kurang yakin dengan fakta undang-undang saya, sila betulkan jika ada kesalahan). Abang sebenarnya telah melakukan satu bentuk ugutan untuk mencederakan, yang mana, menurut Seksyen 503 Kanun Keseksaan, abang boleh dikenakan hukuman penjara dari 2 tahun hingga 7 tahun beserta denda. Takut tu bang, abang pernah tengok Shawshank Redemption tak? Kat penjara, orang kena liwat pun ada tau.
Abang panglimaku sayang,
Saya ada terperasan yang abang kata abang dengan abang/pak cik lain kat dalam video tu semua panglima-panglima perang. Saya rasa, mungkin abang tak pernah tengok cerita 300 (saya boleh terima alasan abang tak pernah tengok cerita tu, dah la bahasa Inggeris, cerita pasal sejarah, mungkin abang tak faham), jadi saya akan cerita sedikit. Fakta asas sebelum jadi panglima, yang mana abang memang failadalah BMI, saya rasa sedikit lucu bila orang besar nak jadi pahlawan. Kalau zaman dulu, mungkin orang besar boleh jadi pahlawan, kita jadikan sebagai Minotaur, tapi sekarang tak boleh. Kurang-kurang nak jadi askar, badan mesti macam Que Haidar dalam Misteri Jalan Lama
Kemudian, abang, saya suka dengan statement abang yang berbunyi macam ni, (lebih kurang);
Hantar kamu belajar untuk jadi mahasiswa, bukan untuk jadi kuda Anwar Ibrahim, kuda pembangkang
Cara abang cakap, seakan-akan UMNO yang bagi kami belajar. Abangku sayang, mungkin abang tidak belajar politik dan pentadbiran, yang bagi kami belajar, bukan UMNO atau Barisan Nasional, tapi, yang bagi kami belajar adalah kerajaan. Nanti, saya tahu, mesti abang cakap saya macam bodoh cakap macam ni, tapi takpe, kalau saya free, saya akan bersama abang untuk tunjukkan perbezaan antara Barisan Nasional dan Kerajaan Maalysia, lagipun, yang ni memang topik kegemaran saya untuk tunjukkan perbezaan kedua-duanya. Tapi, abang jangan rasa down, bukan abang seorang je yang tak tahu pasal perbezaan ni, saya yakin, menteri pun ada tak tahu, jadi, abang taklah dikira bodoh sangat.
Dan ini mungkin perenggan terakhir, berkenaan komen abang yang kami semua ni otak letak dekat kepala lutut. Pertama, abang kena tahu, otak posisinya di kepala bukan dilutut, tapi, macam saya cakap tadi, saya tak salahkan abang untuk tidak mengetahui, sebab bukan semua orang belajar biologi kan? Dan, kalau abang tak tahu, Biologi adalah kajian terhadap benda hidup. Datang dari perkataan Latin bio dan logosyang bermaksud kajian terhadap benda hidup.
Kedua, abang kena sedar, apa golongan-golongan yang mempunyai otak dekat kepala lutut ni telah lakukan, jom kita tengok apa orang-orang ni lakukan ;
Mewakili Malaysia dan memenangi pelbagai hadiah untuk Pertandingan Kajian dan Inovasi serata dunia.
Memartabatkan bahasa Melayu dengan pertandingan-pertandingan debat dan Pidato peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
Mewakili Malaysia ke Pertandingan-pertandingan kebudayaan dunia demi menaikkan dan menonjolkan seni negara
Mengelilingi segenap pelusuk dunia, demi memperkenalkan Malaysia
Mewakili Malaysia dalam menjadi suara-suara muda di konvensyen-konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan badan-badan dunia lain
Bersukan hingga berjaya menaikkan nama Malaysia di mata dunia
Berjaya mengesan kelompongan akta yang tidak sepadan dengan Perlembagaan yang mana kelompongan ini tidak pernah disedari hakim-hakim dan peguam-peguam terhandal negara.
Jom tengok kejayaan abang pulak
Menjadi artis YouTuube
Eh, rasa macam tak adil pulak saya nak bandingkan abang dengan pelajar yang bakal menerima Ijazah, in that case saya bandingkan pelajar dengan apa yang ahli-ahli politik kesayangan abang tu lakukan.
Berjaya menaikkan semangat rakyat untuk berdemonstrasi sehingga merugikan banyak pihak
Mengutuk dan mengkritik satu sama lain di dalam Dewan Parlimen yang sepatutnya dijadikan gelanggang perdebatan kebajikan rakyat.
Berjaya menggunakan kereta-kereta mewah dan rumah-rumah besar dengan pendapatan yang kecil.
Berjaya menjual hasil minyak petroleum negara dan pada masa yang sama menjual petroleum kepada rakyat dengan harga yang tinggi.
Hampir berjaya menaikkan standard Malaysia hampir sama dengan negara barat dalam bidang seks bebas, hubungan sejenis dan korupsi. Eh, maaf, korupsi kita tetap juara, ranking 60 menumpaskan Amerika, United Kingdom dan Israel.
Saya rasa, setakat ini sajalah surat untuk abang, kalau saya tulis banyak-banyak, saya gusar sukar untuk abang baca, nanti penat pulak.
Sekian, Wasallam,
MUHAMMAD QUSYAIRI HASHIM
Sumber: qusyairih.
tulih banyak lagi...bagi dia faham undang2....hantar surat rasmi kat dia..
ReplyDeleteTERBAIK,,,,,,,,,,,,,,,,,,, bravo zulu ,,,,,,,,,
ReplyDeletesamseng pertahan ketua samseng.
ReplyDeletelagi banyak adik tulis lagi abang tu tak faham. dia dan yang sejenis dgnnya hanya akan faham bila umno sudah tidak jadi kerajaan lagi. ini dalam bahasa lain ialah golongan bodoh sombong, rasa diri pandai tapi sebenarnya bodoh. kesian, pemuda umno, orang bodoh dibodohkan oleh pemimpin yang suka ahli0-ahlinya kekal bodoh.
ReplyDeleteSangat baik dik.. Tapi sayang kalau orang yang tak sekolah yang baca kurang faham sikit. Mungkin adik boleh beri difinisi bagi setiap perkataan yang dirasakan amat susah untuk difahami seperti Klasifikasi, kelompongan, konvensyen dan sebagainya. baru mudah sikit untuk difahami.. Untuk perkataan orang puteh mungkin adik hanya guna yes, no dan alright sahaja.. tak payah la "in that case" susah difahami...yeeehaaa....
ReplyDeleteabang kaki ludah itu bukan belajar tinggi.sebab tu otak dia kat lutut.tunjuk berani kalau seorng kecut telur.teruskan wahai mahasiswa hak anda.syabas
ReplyDeletetaniah bro
ReplyDeleteahhaa...gile kelakar budak yg tulis surat ni....
ReplyDeletesurat camni la layak tok org umno...kang cakap bahasa tinggi sket x paham...cth org umno masih dan sukar tok bezakan kerajaan dan parti...dan juga xboleh bezakan islam dan melayu..
-anonimis-