Satu artikel dari orang UMNO sendiri , blogger SakMongkol .... panas.......
Apa sudah jadi kepada UMNO? Mana parti yang di ransang oleh fikiran besar dan idealism? Mana parti yang di ransang oleh perjuangan emansipasi daripada belenggu penjajahan fisikal dan minda? Sayang seribu sayang, parti tersebut sudah jadi arwah dan sudah di talqinkan.
Sebaliknya, ucapan yang berapi api dari pemimpin biasa sehinga pemimpin besar UMNO di dengar sebagai jeritan nyaring dan kasar pemimpin2 dari sebuah parti yang lebih mirip kepada kumpulan yang di pimpin oleh Benito Mussolini. Ini suara dari parti fasis!
Ini pandangan saya mengenai PAU 2011. Ramai sudah pulang ke kampong halaman. Peniaga pun buat cheap sale saat akhir. Mungkin ada yang masih tingal di Kuala Lumpur sebab pemimpin mereka sudah bayar bilik dan beri duit belanja. Ini kelaziman para perwakilan.
Apa sebetulnya yang mahu di cerna selama PAU 2011? Fikiran besar dan pengucapan yang bertanggung jawab? Pengucapan yang mengutamakan kesejahteraan negara keseluruhan nya?
Tidak ada benda2 ini. Yang ada yang di cernakan ialah perkara perkara yang menyeramkan orang Melayu. Para perwakilan UMNO yang di sifatkan sebagai askar barisan depan UMNO di tanam dengan rasa cemas dan ketakutan. Orang Melayu terancam, mereka tidak selamat, harta benda mereka akan di rampas, kuasa mereka akan hilang, lambang2 budaya Melayu seperti insitusi raja akan di basmikan dan seumpamanya.
Apa objektif cara ini? Pengawalan dan pengekangan keatas minda bangsa Melayu melalui cerita seram dan takut adalah cara sebuah parti yang fasis ( fascist) mengekalkan sokongan dan kuasa. Ia bukan amalan parti yang demokratik. Inilah yang sekarang terjadi keatas UMNO. The rise of UMNO fascism.
Apa objektif cara ini? Pengawalan dan pengekangan keatas minda bangsa Melayu melalui cerita seram dan takut adalah cara sebuah parti yang fasis ( fascist) mengekalkan sokongan dan kuasa. Ia bukan amalan parti yang demokratik. Inilah yang sekarang terjadi keatas UMNO. The rise of UMNO fascism.
Perkara yang paling di fikirkan oleh pimpinan UMNO ialah sama ada para perwakilan yang bermukim selama 4-5 hari di KL akan membawa api semangat yang di nyalakan selama mereka berkampung disini. Bolehkah rasa cemas yang di cipta selama 4-5 hari tersebut dan cerita2 yang menyeramkan mengenai ancaman terhadap bangsa Melayu, agama mereka dan rasa benci yang di di tanam, dapat mengekalkan momentum askar2 barisan depan UMNO tersebut?
Pengekalan rangsangan emosi tersebut amat penting kepada pimpinan UMNO. Jika api rasa cemas, terancam dan marah jadi pudar, UMNO akan berada dalam bahaya. Jika perasaan itu terus membuak buak, maka UMNO ada peluang terus hidup.
Apakah yang akan di lakukan supaya perasaan tersebut di kekalkan? UMNO ada Ahmad Maslan untuk menentukan program menanam rasa benci dan sieged mentality Melayu berterusan. Maslan akan menjaja kesana sini bagaimana Islam terancam, orang Melayu berduyun duyun di kristiankan.
Kesemua alatan media pandang dengar dan penulisan akan di gembelingkan untuk menanam rasa benci , cemas dan ketakutan di kalangan orang Melayu. Dalam bulan2 yang akan datang, kita akan lihat pimpinan UMNO akan menjadi lebih bingung, bernada bermusushan dan rasis. Semua pemimpin UMNO akan mengatakan orang Melayu berada dalam bahaya dan terancam. Musuh orang Melayu, bangsa bangsa lain di ketuai oleh komrad Guang Eng and Kit Siang, di sokong oleh Mulla Hadi dan Ayatullah Nik dengan kerjasama dari gayboy Anwar Ibrahim semua sedang berkonspirasi mengambil alih kuasa orang Melayu, merampas segala hak, menghapuskan budaya Melayu dan memurtadkan orang Melayu. Semua wanita akan di paksa membeli coli RM 26 ribu, lembu2 di hantar mendiami One Menerung, atau the Troika di ibu kota.
Untuk mengelak ini semua, UMNO mesti mengekalkan kuasa mutlak bagi pihak orang Melayu!. Kita akan lancarkan projek2 raksasa untuk meningkatkan kemajuan ekonomi. Kita akan agihkan projek2 tersebut sesame sendiri supaya ianya kekal di kalangan baka UMNO yang tulin.
Apa ini semua? Ini cara kuasa fasis mengekalkan kuasa dan bukan cara negara yang bercakap besar mengenai mengujudkan demokrasi yang terbaik di dunia.
Tapi apa sebenarnya bermain di benak para perwakilan dan para penyokong UMNO yang datang berkelana dan bermukim di ibu kota seminggu yang lalu?
Ada mereka fikirkan dan kisahkan apa yang di bahas dalam dewan? Rasa nya mereka tak kisah pun. Beli belah saat akhir lagi penting. Malam akhir di ibu kota, mesti di manfaatkan semaksima mungkin. Tahun depan, kalau ada rezeki, boleh jadi perwakilan lagi. Kalau UMNO tidak jadi kerajaan, PAU mesti di adakan. Masa itu perwakilan akan korbankan mereka yang di anggap telah menyebabkan kekalahan UMNO.
Bagaimana kita melihat PAU 2011? Impresi pertama, ialah UMNO nampak dalam keadaan cemas. Apabila cemas, perbuatan dan pengucapan kita kurang sopan dan kemas. Almaklum sahajalah, emosi menguasai pemikiran perwakilan UMNO.
Seperti biasa, isiu berat tidak mahu di bahas oleh perwakilan. Isiu ekonomi apatah lagi- ianya pun ilmu yang dismal. Tak menyerlah bercakap mengenai perkara yang berfakta. Tak boleh nak mempukimak, membangsat, melaknat. Tidak boleh juga hendak memondan dan membapuk walaupun ada menteri yang di atas pentas itu menteri ow ow.
Lebih baik bercakap apa yang mahu di dengar oleh para perwakilan. Perwakilan mahu dengar negara kita baik, kita pasti menang, kita bersih lagi maksum, Malaysia akan mati tanpa UMNO dan sebagai nya. Perwakilan nak dengar kita memukimak Lim Kit Siang, mempukimak Nik Aziz dan seumpamanya.
Dan oh ya, tidak lupa juga orang mahu dengar harga coli Shahrizat dan membuat spekulasi besar mana tetek pembahas yang mengatakan colinya pasti lebih mahal, kerana tetek nya lebih besar dari tetek Shahrizat. Jadi perbahasan wanita UMNO 2011 ini ialah teknik dan cara mengukur saiz coli dan tetek.
Kita jangan hairan lah dengan cakap besar dan bong ( kata orang Pahang) para pembahas UMNO. Itu semua untuk konsumpsi dalam dewan. Dan apa hal pula tiba2 dengan baiah? Dengan bangga nya, pimpinan UMNO berkata ini bersejarah kerana kita buat baiah. Sebetulnya, apabila sudah sampai pada tahap kena berbaiah, itu adalah petanda tidak baik untuk UMNO. Sebab ianya bererti dalam UMNO sudah tidak ada lagi orang yang boleh di percayai. Tidak lah salah jika orang mengatakan sifat umum UMNO ialah, ianya parti orang tidak boleh percaya lagi.
Baiah apa yang digemburkan oleh UMNO? Baiah yang berkesan hanya baiah yang ada gambar Seri Paduka Agung itu. itulah baiah ahli UMNO.
Orang yang tidak faham saikoloji orang UMNO akan mentafsir nya, sebagai semua sudah kembali normal. Ini jauh dari kebenaran. Yang sebenar terjadi ialah, perwakilan UMNO bersidang kali ini dengan rasa cemas. Panik di tunjukkan oleh Ketua Penerangan dan Timbalan Presiden UMNO. Mereka bercakap macam orang sudah miring otak.
Tidak masuk akal DAP mahu mengkristiankan orang Melayu sedangkan DAP pun bukan kristian. Apakah orang Melayu ini aqidah mereka terlalu rapuh, sehingga jika ada bangsa lain menjalankan dakwah mereka, maka orang Melayu bersusun susun murtad? Jika demikian, amat lemah sekali aqidah orang Muslim di negara ini dan jika aqidah mereka rapuh, yang mesti di persalahkan ialah institusi yang menjaga Islam dan mereka yang menjadi kepala agama Islam. Mengapa hal ini tidak di bahas?
Islam sudah sempurna. Yang tidak sempurna dan mundur ialah kaum Muslim di Malaysia dan majoriti kaum Muslim di Malaysia ini ialah orang Melayu.
Siapakah yang bertanggung jawab kepada orang Melayu selama ini? jawab nya UMNO. Mereka mendakwa mereka lah pelindung dan penjaga orang Melayu. Mengaku mesti datang dengan tanggung jawab. Maka jika orang Melayu ketinggalan dalam pelbagai bidang kehidupan, kesalahan nya terletak kepada yang mengaku mereka penjaga harga diri dan kepentingan orang Melayu.
Sejak bila peringkat tertinggi UMNO pandai berbaiah? Main sumpah2 ini berlaku di peringkat UMNO bahagian. Boleh jadi wakil Ngganu kite, suke maing sumpoh sumpoh dok eh? Guana mu jjadi gini awang wei? Brayuk mok!
Dan apabila UMNO sudah sampai kepada mesti berbaiah sesama sendiri- itu tanda UMNO sudah tenat dan sudah tidak mempercayai satu sama lain. Keadaan ini macam orang bertanding pada peringkat jawatan dalam UMNO bahagian. Untuk mengelak dari pembelotan, yang bertanding menyuruh pengikut nya, bersumpah pegang Quran dan junjung surah Yassin.
Dan saya sudah menyaksikan dengan mata sendiri, kesan dari orang orang yang menjaja agama untuk kepentingan dunia. Ramai yang kecundang, dapat sakit dan ramai pula yang sudah meninggal dunia. Ucapan Timbalan Presden UMNO kali ini mengalahkan ucapan presiden PAS dengan selingan ayat2 Quran. Saya tanya ustaz yang menghadiri perasmian oleh Muhyidin, dia kata pembacaam Muhyidin tidaklah kemas. Adakah Muhyidin menjaja agama untuk mendapatkan dunia? Sebagaimana yang berlaku kepada tokoh UMNO yang menggunakan agama untuk membeli dunia, kesan yang serupa akan melanda UMNO.
Sudahkah kita memikirkan kesan negative akibat bersumpah dan berbaiah dan menjaja agama untuk mendapatkan dunia? Ini sebetulnya bukti, UMNO boleh di kalahkan. Pemimpin tidak percaya kepada penyokong. Penyokong sangsi kepada pemimpin. Orang UMNO tidak percaya mempercayai satu sama lain. Saat kehancuran sudah hampir.
Di luar dewan, sebaik sahaja sampai ke bahagian masing2- mereka akan bersekongkol dengan tauke cina untuk melanun wang rakyat. Dalam dewan bukan main handal menghentam semua orang. Kita semua dah tahu modus operandi mereka. Mereka bercakap terkeluar biji mata, bertegang urat leher memekik agenda Melayu- agenda sebenar yang mereka kejar ialah mengisi kantong mereka sendiri dengan wang rakyat.
Ahli UMNO dan orang Melayu bukan lah bodoh dan jahil lagi. Mereka tahu banyak perkara; Azeez Rahim yang turut merasa terhina sebab warna kulit nya sama hitam macam kulit Zambri Kadir akan tertawa ke bank dengan kontrak membekal ambulance ke kementerian kesihatan. Itu dia dapat secara runding terus. Reezal Merican akan terus menikmati imbuhan daripada menjadi pemudah cara mengujudkan NFC. Ya tuan tuan, ramai mamat UMNO yang terlibat dalam scam membela lembu ini. sebab itulah ramai yang bermatian mempertahankan isiu lembu ini.
Yang haramjadah, UMNO hari ini ramai mamak tongkang ini apa hal? Lama kelamaan, kalau orang Melayu tidak waspada, UMNO akan jadi United Mamak dan Naina Organization. Jangan marah ya orang UMNO- sebab kalau kita mempukimak orang lain, sehinga celupar memaki hamun tokoh agama, maka orang pun akan memaki kita.
No comments:
Post a Comment