boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, December 6, 2011

Ada lagi blogger UMNO yang surrender ..kenapa Najib membisu...

Kemampuan UMNO untuk bertahan nampaknya semakin berkurang sehingga lah hayat UMNO ditalkinkan.....

Akibat dari keluhan seorang perwakilan Pahang, maka timbul kesedaran seorang lagi blogger UMNO minta Najib tolong jawabkan.... mereka dah tak tau nak jawab dah..klik ..najib-kenapa-membisu .


Datuk Wan... Lompatla ke Pakatan... Baiah itu hari tak jadi hal....


Bukannya sedikit persoalan yang ditimbulkan.... 20 persoalan yang selama ini bermain di parlimen mereka mahukankan jawapan.... kantoi....



1) Dakwaan penyelewengan wang pinjaman mudah kerajaan untuk projek lembu National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarga Shahrizat Jalil.

2) Penjualan tanah pengkalan udara TUDM di Sungai Besi kepada 1MDB.

3) Penjualan saham MAS kepada Air Asia dan penglibatan Tony Fernandes di dalam MAS.

4) Penghinaan Tony Fernandes terhadap Malaysia Airports Berhad berkaitan KLIA2 walaupun keputusan kenaikan cukai lapangan terbang diluluskan oleh kerajaan.

5) PKFZ.

6) Penstrukturan semula PLUS di mana rakyat terpaksa menanggung kenaikan tol yang tinggi sementara pengguna Jambatan Pulau Pinang terpaksa membayar tol lebih lama dari yang dijadualkan.

7) Pemberian Notebook membabitkan Kementerian Penerangan dan Komunikasi.

8) Pemberian Spektrum juga oleh Kementerian Penerangan dan Komunikasi.

9) Cadangan Kementerian Pelajaran untuk memberi projek 1Bistari Net yang bernilai hampir RM5 bilion kepada YTL yang menimbulkan kemarahan syarikat-syarikat bumiputera.

10) Pembelian saham E&O oleh Sime Darby dan konflik kepentingan Zarinah Anwar dan suami beliau dalam transaksi pembelian saham.

11) Pengubahan wang berjumlah RM10 juta oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan ke London dan penglibatan seorang Menteri Kabinet kanan juga melibatkan pengubahan wang ke London.

12) Penangkapan pegawai kanan seorang Menteri Kanan di Pulau Pinang yang didapati memiliki berjuta ringgit bersama beliau.

13) Isu pendaftaran biometrik.

14) Perbelanjaan Istana Negara baru dan perlantikan kontraktor tidak berpengalaman untuk melaksanakan projek Istana tersebut.

15) Pemberian kontrak MRT.

16) PPSMI

17) Isu Cincin yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor.

18) PR1MA. Kini diperkatakan bahawa PR1MA sudah menyeleweng dari objektif penubuhan asalnya apabila ia bercadang untuk melibatkan diri dalam penjualan tenaga elektrik oleh penjana kuasa milik bekas seorang Menteri kepada Tenaga Nasional.

19) Projek Tuna Batu Maung di Pulau Pinang.

20) Pelbagai isu yang melibatkan Menteri Pelancongan Ng Yen Yen termasuk isu perbelanjaan penglibatan Malaysia di Expo di China serta pemberian kontrak Kementerian Pelancongan.

Pokoknya, kenapa tiada penjelasan dari Najib atau kerajaan terhadap isu-isu ini atau mungkinkah Najib berharap rakyat akan melupakan isu-isu ini? Seperti kata Wan Amizan, pemimpin punya hal, orang di bawah yang menanggungnya.




Buat semua blogger Pakatan, Petunjuk untuk kita blogger UMNO dah tolong bagi panduanh, terima kasih banyak.... apa lagi...Najib dah istihar Perang,,, jom kita serang......



1 comment:

  1. Wan Amizan ni cakap tak serupa bikin, tanah,balak di Ulu Tembeling habis disapunya. Pengundi DUN Tahan dah buat protes terhadap beliau.

    Adun ni jangan di terima masuk PR

    Dari
    Orang Ulu Tembeling

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari